Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, January 15, 2011

euthanasia_bab 4


BAB 4
15 MEI 2006
BATU HAMPAR, KEDAH
Ditadirkan Allah, kesihatannya semakin baik. Setelah dua bulan berada di hospital, rumah keduanya, akhirnya dia dibenarkan pulang. Rasa gembira sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Dari semalam, dia sudah mengemas apa yang patut kerana keesokkan paginya suaminya akan datang menjemput. Malangnya  Shamsul, suaminya tidak dapat datang. Katanya out station. Kecewa sudah rasa di hati. Apa boleh buat. Akhirnya terpaksalah dia tunggu sehingga jam 5.00 petang baru abangnya yang  sulung, Johan, datang menjemput.
“Ami, mari ke depan nak. Mak Lang datang ni,” suara ibunya memecahkan lamunan yang menusuk di hati.
“Ye, ibu! Kejap.” Balasnya pendek lalu membetulkan kain batiknya yang hampir terlondeh. Kakinya yang tempang akibat penyakitnya membuatkan perjalanan yang pendek terasa amat sukar. Apatah lagi kini dia perlu bertongkat ke mana-mana sahaja.
“ Hah, Ami! Hidup lagi kamu ye.” Tersentap hatinya apabila disapa begitu. Ingin aku mati cepatkah?

“Saya hidup lagi Mak Lang. Kenapa? Dah tak sabar nak mandikan jenazah saya ke?” Bidas Amilia pedas. Wajah Mak Langnya berkedut.
Aku bergurau dibalasnya serius.
“Ami ni. Mak Lang bergurau je. Janganlah kamu ambil hati pula.” Balas Mak Lang lembut. Niatnya ingin bergurau tetapi gurauannya disalahtafsirkan pula.
“Gurau?” dia ketawa. Saya ni dah macam mayat hidup dah Mak Lang. Bila-bila masa sahaja nyawa saya terbang melayang. Mak Lang nak gurau lagi ke? Mak Lang tak kesiankan saya ke?” soal Amilia sambil membalas pandangan Mak Langnya.  Wanita separuh abad itu tunduk, menyedari kesilapannya yang terlepas kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Mak Lang dah tak sayang saya lagi?” soal Amilia lagi. Dikesat air matanya yang entah bila mengalir.
“Jangan cakap macam tu Ami. Mak Lang sayang Ami. Betul! Mak Lang harap sangat Ami sembuh dan lincah seperti dulu. Mak Lang rindu Ami. Mak Lang nak Ami kuat menghadapi ini semua. Semua orang sayang Ami. Ingat tu!”
Mereka berdua berpelukan. Amilia dibelai seperti anak kecil. Dulu, lebih 25 tahun yang lalu, Mak Lang yang menyusui Amilia ketika ibunya sakit dan keluarga mengalami kesempitan duit. Mak Langlah yang menjaganya, yang memberi pakai, makan dan minumnya. Apalah salahnya jika ibu saudaranya yang menjaganya dulu terlepas kata hanya sekali ini. Bukan dia sengaja. Sudah menjadi kebiasaannya bergurau begitu.
“Sudahlah tu. Semuanya sayang Ami. Mari minum ni,” kata-kata Mak Leha mematikan pelukan mereka berdua. Lalu masing-masing melemparkan senyuman penuh makna.
“Sekejap ye Jah, Ami. Mak ambil kuih di dapur,” sambungnya lagi lalu tanpa berlengah, dia terus melangkah ke dapur. Di satu sudut yang tersorok, Mak Leha mengesat air matanya. Sampai bila dugaan ini berakhir? Dia kasihan melihat anaknya terseksa begitu. Andai dia boleh menjadi galang gantinya, dia sanggup. Semuanya kerana kasih ibu yang tiada sempadan.
Siang sudah menginjak ke malam. Gelap gelita langit di luar apabila tiada bintang dan bulan yang menerangi alam. Amilia mendongak ke langit. Betapa kosongnya langit malam itu, begitulah jualah kosong perasaannya.

“Ceraikan saya bang,” pinta Amilia.
“Aku takkan ceraikan kau!” suaminya menjawab kasar.
“Tapi kenapa bang?”
“Sebab kau isteri aku.”
“Isteri abang? Ada abang jaga Ami? Ada ke bang? Sepanjang saya sakit, abang datang ke jenguk saya kat hospital. Ada tak? Sepanjang saya sakit, ada abang suapkan saya makan? Ada tak bang? Saya isteri abang. Ya, memang! Tapi dalam kertas dan depan Tok Kadi je. Hakikatnya abang langsung tak  tunaikan tanggungjawab abang!” bentak Amilia.
Sedar-sedar satu tamparan berbisa hinggap di pipinya. Sakitnya bukan kepalang apatah lagi pipi yang dulunya gebu kini hanya tinggal tulang.
“Abang!!” dia menjerit.

“Ami, jom masuk dalam. Dah malam benar ni,” kata ibunya yang tiba-tiba muncul disisinya. Mari ibu pimpin kamu”.
“Terima kasih ibu. Terima kasih atas segalanya. Ami tak mampu balas segala jasa baik ibu dan ayah selama ini.”
“Sudahlah Ami, kamu tu kan anak kami. Dah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga Ami. Jangan cakap begitu lagi nak. Ami buat ibu sedih.”
Ami memeluk ibunya. Melepaskan segala bebanan yang ditanggung sekian lama. Dia inginkan kekuatan ibunya. Dia inginkan kasih sayang yang tiada bertepi dari ibunya. Dikucup penuh syahdu dahi tua milik ibunya. Menitislah air mata yang cuba ditahan-tahan. Lantas Mak Leha mengesat penuh kasih pipi anaknya itu. Hati kecilnya berdoa agar anak ini sentiasa dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa, mohon jua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh hari-hari yang mendatang tanpa dapat diduga nasib mereka. Dia berdoa agar umurnya panjang supaya dia bisa menjaga Amilia selagi hayat dikandung badan. Tiada apa yang indah padanya sekarang melainkan dia dapat melihatnya anaknya itu kembali lincah seperti dahulu.

2 bunga-bunga cOmeL:

~nazma said... [reply to comment]

is it the one that u gave me masa final year hari tu?

ATIE said... [reply to comment]

aah.hihih..

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...