Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, September 26, 2011

spike aku lagi kencanglah! #3 -end


Sebulan berlalu sejak Neya melatih pasukannya. Berkat kesungguhan dia dan rakan sepasukannya, akhirnya cikgu Ramli membuat keputusan untuk menghantar pasukan itu untuk mewakili sekolah.
Neya gembira tak terkata. Memang sebulan ini, hidupnya dipenuhi dengan onak duri. Bukan senang dia mahu membawa pasukannya ke tahap sekarang. Daripada tak tahu apa-apa, akhirnya ada juga yang boleh setkan bola untuknya, ada yang sudah  boleh spike, dan yang paling penting semuanya boleh mengangkat bola dan serve dengan baik.
Dia bukan pilih orang sembarangan. Semua ada kelebihan masing-masing. Midah, tangannya kuat, dia atlet lontar peluru walaupun badannya kurus. Joji, Ema dan Syira pemain bola keranjang. Respon mereka pantas. Ketinggian mereka boleh tahan. Mereka boleh jadi blocker. Ita atlet lompat jauh dan mempunyai tinggi sepertinya. Dia boleh melompat dan spike! Suzi pula walaupun tidak tinggi, tapi digging dia paling cantik berbanding yang lain. Marina, Iza, Rose, Zakiah dan Yara masing-masing runner sekolah. Mereka ada stamina. Prestasi mereka juga boleh tahan.
Sekali-sekali dia mengajak teman lamanya datang bermain bersama. Dengan itu, pasukan barunya akan lebih bersedia.

            PETANG itu, Amat datang ke gelanggang perempuan. Ada hutang yang mahu dituntutnya.
            “dah sedia ke nak lawan dengan kita orang?”
            bring it on lah Amat. Kita orang tak takutlah dengan team budak laki!” Joji menyahut cabaran Amat.
            Amat dan kawan-kawannya ketawa.
            “baiklah. Weekend ni, court hari tu!” Amat membuat keputusan sambil memandang neya. Neya sahaja yang pernah datang ke gelanggang itu.
            deal!” balas neya.

*****
            “kau biar betul nak lawan team Neya tu?” haikal menyoal Amat selepas mereka meninggalkan gelanggang.
            “kenapa?”
            “mereka kan baru lagi. Perempuan pula tu. kau tahulah team kita ni main macam mana...”
            “Haikal, kau terlalu nak menjaga Neya tu kenapa? Kau jangan pandang rendah dengan team dia. Aku dah tengok dia orang main tempoh hari. Kau pernah tengok kan Neya spike?”
            Haikal mengangguk.
            Spike dia sehebat Jay tahu! dan teammates dia semua dapat angkat bola dia,” Haikal ternganga mendengar cerita Amat. Biar betul temannya ini sedang memuji neya. Bukan mereka tidak sebulu?
            Amat mula mengimbas kembali aksi sebabak yang dia nampak sebelum ini. memang pasukan Neya memang  tidak kurang hebatnya dari dia. Amat tersenyum.
            “tapi... of courselah spike aku lagi kencang!” balasan Amat mengundang tawa Haikal.

*****
            “kau tak nak tengok team Neya main ke? kan dia orang dah masuk semi-final! Game penting ni bro. Lawan dengan johan tahun lepas,” soal Haikal pada Amat yang sudah berura-ura mahu pulang selepas penat berhempas pulas untuk memenangi peringkat separuh akhir tadi.
            “dia orang takkan menang!”
            “kalau ya pun, jomlah kita bagi semangat. Kan kita 1 sekolah,” Haikal memujuk Amat.
            Amat termenung. Apabila difikirkan kembali aksi pasukan Neya sewaktu perlawanan persahabatan mereka tempoh hari, mereka tidak kurang hebatnya. Nama pun persahabatan. Amat hanya serang Neya sahaja. Sebab? Amat sendiri tidak tahu. Lama-lama Amat bersetuju. Haikal tersenyum.
            Sengit! Itulah yang boleh Amat lihat dan tafsirkan. Pasukan lawan memang susah mahu dikalahkan walaupun pasukan Neya bermain dengan sangat baik. Seolah-olah tiada yang mustahil bagi mereka. Namun, takdir tidak menyebelahi pasukan Neya. Mereka tewas akhirnya dengan keputusan 2-3. Kalah tapi kalah bergaya!
            Satu yang dapat Amat pastikan, mereka seolah-olah dapat membaca gerak-geri Neya.
            Neya terduduk kecewa. Sejauh ini mereka berusaha tapi akhirnya kalah jua. Tiada siapa mampu menenangkannya. Tiada siapa yang mampu menghilangkan rasa kecewanya. Bola tampar hampir segala-galanya bagi Neya.
            Mata Neya bergenang. Saat air mata itu mahu jatuh, dia terpandangkan Amat yang turut mamandangnya. Redup pandangan itu bersama senyuman yang sukar untuk dia tafsirkan membuatkan dia bertambah kecewa. Tentu Amat ketawakan dia!
            Tapi... itu bukan senyum sinis! Bisik hatinya. Senyum itu menghantar rasa tenang ke hatinya. Saat dia mahu menatapnya buat kali kedua, kelibat Amat telah pun tiada.
            nice game!” ucap Amat. Jelas di matanya, mata gadis itu bergenang tadi lalu entah bagaimana dia boleh masuk ke dalam gelanggang dan berdiri di belakang Neya. Niatnya saat itu mahu menenangkan musuhnya itu. Musuh! Habis apa aku buat di sini?
            Neya cepat-cepat mengesat air matanya sebelum menoleh ke belakang.
            you won. We lose,” balas Neya.
            you all dah buat yang terbaik kan?” Amat memujuk. Hilang semua egonya entah ke mana.
            Neya mengangguk lemah.
            “dia orang tu last year’s champ. Ramai pemain kebangsaan. Kau pun kenal kan. Team kita, ada kau saja!”
            Neya terdiam. Ada sesuatu mengusik jiwanya. ‘team kita’.
            spike dia orang kencang kan?” Neya meluahkan rasa hatinya.
            spike kau pun kencang. Tapi.... spike aku lagi kencangkan?” kata Amat lalu ketawa meninggalkan Neya.
            Dah datang perangai hantu dia balik!huh! marah Neya dalam hati.
            spike aku lagi kencanglah!” jerit Neya geram.

            “SAYANG termenung apa tu?”
            “oh, abang! terkejut Neya,” Neya tersenyum memandang suamiya penuh kasih.
            Muka pecahlah. Mulut laser macam loji tahilah. Akhirnya jadi laki aku jugak! Neya mengomel dalam hati.
            “abang ada game weekend ni. neya nak ikut tak?” Amat menyoal isterinya.
            “mestilah nak ikut! Kalau boleh Neya nak main sekali!” balas Neya lalu ketawa.
            “Neya jangan nak mengada-ngada. Perut tu dah memboyot, ada hati nak main bola tampar!”
            Neya ketawa manja. Kalau bukan dek kerana perutnya yang memboyot, memang dia akan masuk court.
            Bahagianya dia sekarang! Memang bola tampar hampir segala-galanya bagi Neya sehinggalah dia bertemu Amat.
            “sayang.... spike abang kencangkan?” soal Amat ketawa.
            spike neya lagi kencanglah!”

******
            Semua mata memandang  Neya dek kerana jeritannya. Neya gelabah. Coach, pasukannya, pasukan lawan, penonton, semuanya sedang memandangnya penuh tanda tanda. Rasa nak sembunyikan muka dalam dalam beg saat itu. Ikut perasaan sangat. Padan muka!
            “neya... neya... kau ni memang comel!” ujar Amat perlahan sambil ketawa.

Tamat.

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...