Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, January 31, 2012

good night sayang! 8_END


Selamat hari tua Nurin! Semoga kau jatuh cinta dengan Luthfi!

Itu sms pertama yang aku terima dari teman baikku, Julia sejak usiaku cukup 27 tahun. Ya, hari ni tepat 1230 pagi, merupakan ulangtahun hari lahir aku yang ke-27!

Dah tua juga rupanya aku ni! patutlah mak dengan abah dah bising suruh kahwin.

Thank you. tapi kenapa mesti Luthfi?

Aku membalas sms Julia. Suka-suka hati aje nak padankan aku dengan Luthfi. Aku tahulah dia memang hensem. Lebih hensem dari ex-boy aku dulu, tapi aku tak tahu kenapa aku susah nak terima orang lain lepas aku dikecewakan dulu.

Sebab dia sepupu aku dan aku tahu dia sukakan kau. Luth tu baik Rin. Why not u give him a chance? Aku yakin dia boleh jadi suami yang baik untuk kau.

Aku takut jue.

Darling, when one door closed, another opens. jangan pandang pada pintu yang tutup tu lama sangat, takut terlepas pula yang sedang terbuka.

hmmm.. yelah tu Julia!

Pintu yang terbuka tu tak semestinya terbaik untuk kita kan?

Mana kau tahu baik ke tak baik ke selagi kau tak try!bagi peluang pada Luth untuk buktikan kasih sayang dia pada kau.

Mak cik ni dah mula dah. ini yang aku malas ni. kenapa semua orang suka sangat dekat Luthfi tu???

Err... kita tgh ckp pasal pintu kan? Dari mana datang Luthfi ni?hee

RIN!!!! Kau jgn nak buat-buat tak faham2!

Aku ketawa membaca balasan dari Julia. Garang juga dia ni. walaupun dalam sms, tapi terbayang-bayang dalam kepala aku intonasi dan mimik mukanya andai dia berada di depan aku sekarang.

Jue, aku sendiri tak yakin hati aku ni la......

Aku pernah berikan sepenuhnya hatiku ini pada seseorang dan sampai sekarang aku sendiri tak yakin yang aku sudah berjaya lupakan dia ataupun tidak. Macam-mana tiba-tiba dia muncul kembali dalam hidup aku?

Kau pun suka Luth kan?

Soalan Julia benar-benar membuatkan aku hilang akal mahu menjawabnya. Akhirnya persoalan itu hanya tinggal persoalan, walaupun untuk diri aku sendiri kerana aku tak tahu apa jawapannya.

Telefon yang tiba-tiba berbunyi, mengejutkan aku dari lamunan. Skrin sentuh itu menjadi tatapan aku seketika. Luthfi! Aku segera mencapai tudung lalu memakainya. Sibuk ajelah nak buat  video call!

“hello...”

Aku lihat wajahnya tersenyum manis. Ala, macam yang aku suka tengok tu! Sungguh, dadaku berdebar-debar! Apa maknanya ni?

“happy birthday Nurin!” ucapnya ceria.

“thank you Luth,” balasku malu-malu. Agaknya dia nampak ke muka aku yang tiba-tiba panas semacam ni?

“tengah buat apa tu?” soalnya lagi.

“tengah goreng lauk! Tak nampak?” balasku sinis. Bukan dia tak nampak aku tidak melakukan apa-apa, tetapi nak juga bertanya. Tambah-tambah malam-malam macam ni. dah tentu-tentulah tunggu masa nak tidur aje.

Dia ketawa lepas. Suka benar dengan gurauanku itu barangkali.

“kejap ye. Jangan letak lagi. I have something special for you,” katanya.

Aku mengerutkan dahi bila melihat videonya bergerak-gerak dan berubah latar belakang.

“chop! awak pejam mata dulu!” arahnya.

“yelah,” aku menurut jua arahannya.

Beberapa saat kemudian, dia menyuruhku membuka mata semula. Aku lihat dia sedang duduk bersama gitar di tangan sambil tersenyum manis.

Dadaku berdegup kenyang tatkala Luthfi mula memetik gitar.

biarkan berlalu
semua kepedihanmu
lelapkan matamu
biarkan mimpi membawamu
ke mana kau mahu



“sayang, kenapa muka you ni macam kena telan ubat gegat je ni?”

“Nurin, I tak boleh teruskan lagi. hubungan kita sampai sini saja.”


biarkan berlalu
tirai kisah smlm




 “kenapa you pilih dia Azri? You tak sayangkan I ke?”

Kenangan itu kembali di ingatanku. Ya, dulu aku amat sayangkan dia tetapi kerana dia, semua impian dan harapan aku untuk hidup bahagaia bersama-sama hanya tinggal anganan sahaja.

“I sayangkan you Nurin. Lebih dari dia. tapi dia perlukan I, Rin. dia tak mungkin sekuat you kalau I tinggalkan dia Rin. dia perlukan bimbingan I.”



yang indah ada padamu
dengan setiap impian dan harapan

selamat malam...
tidurlah sygku
siang kan tiba bercahaya bermula baru
semua untukmu



“hai nama saya Luthfi.”
“just give him a chance, rin!”


kan ku menjadi arjuna dlm mimpi-mimpimu
kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
pari-pari kuutus bawa kau ke sini lagi
terhapus semua air mata dengan senyuman....



ya Allah, kenapa hati ini terlalu lama memandang pada yang sepi sedangkan keindahan dan kebahagian berada betul-betul di hadapanku.

Aku mengesat air mata yang mengalir. Aku yakin! Aku suka dia. aku yakin aku sudah mula sayang dan cintakannya. Bukan kerana lagu ini, tetapi dengan apa yang dia telah tunjukkan padaku.

“hei.. syhhh...syhhh...kenapa awak nangis ni? saya buat awak sedih ke?”

Kini, wajahnya memenuhi skrin hanphoneku. Entah bila dia kembali memegang handphonenya.

“teruk sangat ke saya nyanyi sampai awak nangis ni?” soalnya sambil tersenyum.

Sungguh, aku cintakan dia!

“sayang, kalau saya ada dengan awak, saya dah kesat air mata awak. Janganlah menangis lagi,” pujuknya lagi. Aku tersenyum dengan usahanya memujukku, pantas aku mengelap air mata yang masih bersisa.

“awak buat saya teringat kisah lamalah,” marahku sebelum tersenyum. Air mataku kembali menitis. Kenapa dia begitu baik?

“lepaskanlah apa yang telah menjadi kenangan. Saya hanya mahu awak berikan saya peluang. Saya memang bukan lelaki yang sempurna untuk awak, tetapi saya akan cuba untuk jadi seorang yang istimewa untuk awak.”

Dia bermadah pujangga.

“tak sangka awak ni jiwang jugak kan?” kataku lalu ketawa. air mata aku kesat lagi.

“yang awak ni gelak tapi air mata tu tak reti duduk diam-diam kenapa?”

Kelakar pula soalannya di telingaku.

“air mata gembira kot,” balasku sambil tersenyum manis.

“nurin...” panggilnya lembut, terus menusuk ke dalam hatiku.

“bulan depan, kita balik kampung nak?” soalannya mengejutkan aku.

“kenapa?”

“anak dah dapat. Mak dan abah dah lama dapat tapi mestilah kena ikat juga kan?” jawabnya sambil mengenyitkan matanya.

Aku ketawa dengan keyakinan yang dia tunjukkan. Padahal seingat aku, aku belum berikan sebarang keputusan lagi.

“tengoklah nanti...” balasku sengaja mahu melihat responnya. Bukan aku tidak tahu, dia begitu anti dengan jawapan favouriteku itu.

“main-main dengan Luth ya??” soalnya dengan dahi yang berkerut dan kening yang hampir tercantum.

Aku hanya diam tetapi menghadiahkan satu senyuman sinis untuknya. Kini dia pula menayangkan muka merajuknya pula.

“luthfi...” panggilku lembut.

“ye...” jawabnya sambil menayangkan muka yang tiada perasaan.

“hodoh betullah lelaki tua merajuk ni!” kataku lalu ketawa. dia juga turut ketawa. aku yakin tadi dia sengaja mahu mendugaku.

“saya ingat awak nak pujuk saya,” katanya dengan tawa yang masih bersisa.

“saya tak retilah jiwang-jiwang ni. alergi!”

“saya akan hilangkan alergi awak tu. tengoklah,” katanya yakin.

Masing-masing terdiam.

“Luth, terima kasih buat semua ni untuk saya,” ucapku ikhlas, menggambarkan seluruh perasaanku terhadapnya.

“satu kiss dekat sini,” pintanya pula sambil meletakkan jari telunjuknya di pipi.

Wajahku merona merah. Pantas penumbuk yang tidak sebesar mana ini menjadi jawapan kepada permintaannya tadi.

Aku dengar dia ketawa. suka benar dia, sedangkan wajahku dah macam udang kena bakar!

“Selamat malam sayang,” katanya lagi.

Aku jadi kalut dan entah kenapa aku terus menamatkan panggilan video itu. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa cemasnya, kalutnya perasaanku saat itu. benarlah kata orang, when the right person come, you just know it!

I love you, Luthfi.

Satu hari nanti, pasti dia akan dapat mendengarnya. Selamat hari lahir untuk diri sendiri  dan malam ini aku dapat hadiah birthday yang paling besar sekali maknanya!

Tapi... di mana aku pernah jumpa dia sebelum ni??

Bantal peluk di sisi, aku peluk erat-erat, terima kasih ALLAH!








----tamat----

p/s: tq sebab jadi pembaca setia atieput3! ;p

8 bunga-bunga cOmeL:

aZwaN mUsLiM said... [reply to comment]

biasa jd silent reader je, tp kali ni rasa nk naip lak, haha..

tp mcm ada gaya2 volume 2 je, soalan kat mna penah jumpa dulu tu x berjawab lg kn :)

another question, pompuan mmg suka eh kalo laki nyanyikan lagu utk dia? kalo suara laki tu x sedap cmne lak?

hehe

icecream. said... [reply to comment]

tcer. best !
tapi mcam kne smbung lg je. cket je lg ;)
serius sbnrnya sy t'tnya2 dr awl kat mne die prnh jumpe tu. Igt ending dpt jwpn. Hoho =)

princess ain ♥ said... [reply to comment]

hihihi.
we want more!
go kak tina! :D

~atieput3~ said... [reply to comment]

@azwan muslim.
silent reader kt blog tp kdg2 berbunyi kt twitter.hee.. btw thanx sgt2!

sedap ke xsedap ke, belakang kira, walau suara macam katak sekalipun, ofsos la dia xkan kata sedap macam faizal tahir, TAPI bila namanya sayang ni, dia kan menghargai ketulusan dan usaha kita tu.tak kiralah laki ke perempuan ke?

bila nk try ni azwan? kamon2!!! haha

~atieput3~ said... [reply to comment]

cik ice cream
tq.hehe.. tgu ending part 2. insyaallah ada jwpn.


and princess ain:

tq2..hehe.

cerita ni akan disambung tak lama lagi.saje je nk bgi suspen.

dont worry ok, u will know soon!

thanx lgi!

aZwaN mUsLiM said... [reply to comment]

haha br tbaca komen reply ni, dulu tna suruh tiru scene nyanyi time konvo tu da xleh wt da, ni nk nyanyi time video call time beday eh, hurm2.. :)

~atieput3~ said... [reply to comment]

gambate!hahaha

~atieput3~ said... [reply to comment]

gambate!hahaha

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...