Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, November 14, 2009

...kamp0ng girl~ v0L 2







... kampung girl~ v0l 1
***************************************************************************


“you makan apa tu? Macam daun entah apa-apa entah?” soal Ros sekali lagi diiringi dengan gelak ketawa. Intan terdiam seketika. Apa yang lucunya dengan ulam yang berada dalam pinggannya ini?
“Intan, Ros memang macam ni? Kalau nampak makanan lain sikit, dia mesti banyak tanya. Tengoklah pipi dia dah makin tembam sebab makan banyakla,” balas Johan. Mereka ketawa lagi. Pantas jari jemari Ros mencubit lengan J0han. Hati Intan sejuk sedikit. Mungkin dia yang terasa lebih.
“ ini makanan kegemaran saya. Pucuk ubi. Sejenis ulam-ulaman. Kalau di kampung saya, tak payah beli. Kebanyakannya b0leh ambil di mana-mana. Makan ulam ni sihat tau!” jelas Intan penuh semangat.
“you tak nak rasa spaghetti ni intan?” pelawa Ros pula.
“tak k0t. lidah saya tak biasalah,”balas Intan sambil tersengih. Pinggan yang berisi spaghetti itu hanya dipandang kosong sahaja. dalam hatinya dia ketawa. Dia fikir itu hanyalah mee biasa rupa-rupanya ada nama lain.
“By the way Intan, biar aku kenalkan kau dengan kawan aku ni,”tiba-tiba Taufik menyampuk. Satu persatu sahabatnya diperkenalkan kepada Intan. Intan cuba mengingati semuanya;Edy, Johan, Ros dan yang sudah ditemuinya tempoh hari sudah tentulah Sophia.
“intan..”panggil Sophia.
“awak boleh panggil saya Inn,” balas Intan. Matanya tertumpu kepada Sophia saat ini. Dalam masa yang sama, dia sedar mata yang lainnya pula tertumpu pada dia.
“boleh I rasa sikit u..ulam?” pinta Sophia lalu tersengih. Intan pula ketawa. Mereka seperti tidak pernah mendengar langsung perkataan ulam, apatah lagi merasainya barangkali.
Intan tersenyum lalu menggangguk. Dia mencubit sedikit pucuk ubi di dalam pinggannya lalu diberikan pada Sophia.
‘sekarang rasailah keenakkan makanan ruji nenek m0yang kita semua dulu selain nasi!’hatinya berkata-kata.
“hmm.. I rasa sedaplah. Lebih kurang je dengan sayur-sayur daun yang lain. You tak nak rasa ke Fik?” k0men Sophia lalu matanya tertumpu pada Taufik. Taufik hanya menggeleng. Nasi goreng ayam di dalam pinggan segera dihabiskan.
“kenapa you suka ulam-ulam ni semua Inn?” soal Edy.
“sebab saya dari kecil lagi sudah dijamu dengan hasil kampung,”balas Intan. Mereka hanya mengangguk-angguk.


Intan ketawa mengingati saat itu. lucu apabila mengingati saat mereka bersoal jawab dengannya mengenai ulam-ulaman yang menjadi makanan kegemarannya. Mereka se0lah-olah tidak pernah didedahkn dengan makanan kampung seperti mana dia tidak pernah tahu mengenai spaghetti blognese. Namun paling dia bersyukur, mereka tidak pandang serong akan kekurangan yang dirasainya walaupun pada intan sebenarnya itulah kelebihan yang ada pada dirinya yang orang lain tiada.
Suatu hari, dia disapa oleh Sophia. Dahi Sophia kelihatan berkerut-kerut.
“Inn, petang ni ada kelas tak?” soal Sophia.
“kelas Dr. Muna batal. Kenapa kak?” soalnya pada Sophia. Sudah berkali panggilan itu disebutnya walaupun dah berkali jua dia dimarahi oleh Sophia.
“ you ni. Kan I dah cakap. Don’t call me kakak?” Intan tersengih. Itulah ayat yang sama didengarinya tatkala dia tersasul menyebut kakak.
“ala, saya terbiasalah. Dari kecil, mak dah suruh panggil kakak atau abang pada orang yang lebih tua.
“suka hati youla,” Sophia mengalah. Walaupun dirasakan tua apabila mendengar Intan memanggilnya kakak tetapi panggilan itu membuatkan dia rasa lebih dihormati.
“jadi saya boleh panggil kakak la?” Sophia mengangguk.
Intan melompat kegembiraan. Dipeluknya gadis itu tanpa dia sedar. Sophia hanya tersenyum melihat gelagat Intan. Pelukan itu dibalas. Baguslah, hari ini dia dapat seorang adik. Begitu juga intan. Dia pula mendapat seorang kakak.
“kenapa akak tanya ada kelas ke tak petang ni?” soal Intan sambil melepaskan pelukannya.
“ hmm.. jom teman I pergi butik boleh?”
“butik? Nak buat apa kak? Inn tak pernah masuk butik-butik ni,” balas Intan. Dahinya berkerut. Sophia pula gelisah hendak menerangkan tujuannya.
“kita pergi jelah dulu. nanti sampai sana, I beritahu you.”
“tapi kak..”
“tapi apa lagi Inn?” soal Sophia, pelik dengan perangai Intan. Tadi matanya kelihatan bersinar-sinar, sekarang ada masalah pula.
“Inn nak beritahu ayah dulu Inn nak keluar,”balas Intan. Matanya liar mencari telefon awam di kampus itu. Sophia juga turut mengikut padangan mata Intan yang kelihatannya sedang mencari sesuatu.
“you cari apa?”
“cari public phone,” balas Intan. Sophia hampir ketawa. Namun ditahan juga. Dia tidak mahu gadis itu berkecil hati. Setahunya dalam bagunan ni tiada telefon awam.
“just use mine,” kata Sophia. I-phone  milik Sophia diberikan kepada Intan. Huluran itu diterima. Namun mata Intan hanya terkebil-kebil memandang alat k0munikasi itu. mana dia tahu menggunakan telefon bimbit yang canggih-canggih seperti ini.
Sophia sudah tidak tahan lagi menahan tawanya. Gadis ini betul-betul naïf. Melihat reaksi Intan sebentar tadi menambahkan lagi perasaan geli hatinya.
“intan sayang… I’m so sorry. You ni lawak lah,” kata Sophia. Senyumnya masih ada makna.
“ala kak. Saya memang tak pandai pun,”balas Intan sambil tersengih. Dia sedar dia budak kampung yang ketinggalan dari segi kecanggihan teknologi seperti ini. namun dia tahu di mana kelebihan budak kampung sepertinya.
Setelah Intan memberitahu ayahnya yang dia ingin keluar menemani Sophia, barulah mereka bertolak dari kampus. Sophia ingin membawa Intan ke Butik Seri Indah milik teman mamanya di KLCC. Sepanjang perjalanan Intan hanya diam mengagumi keindahan bagunan-bagunan pencakar langit. Namun jauh dari sudut hatinya, dia tahu yang kehijauan alam di kampung lebih indah. Sekali-sekali mulutnya becok bercerita itu ini.
“wah….” Intan terkaku melihat Menara berkembar Petronas kini benar-benar di depannya.
“first time here Intan?” soal Sophia.
“yela kak. Saya mana pernah datang sini sebelum ini. kagumnya saya kak. Tinggi betul twin tower ni,” balas Intan. Wajahnya melambangkan keterujaan.
“Jom kita pergi butik dulu. I nak mintak tolong you pilihkan baju yang sesuai untuk I. I nak beli baju kurung,” ajak Sophia.
“Lah akak nak beli baju kurung rupanya. Saya tak pandailah kak pilih baju mahal-mahal ni. Selalu saya jahit sendiri je,”balas Intan.
“wow, you jahit sendiri?” Intan mengangguk.
“lepas mak meninggal, saya yang ambil alih tugas mak menjahit baju. Tapi sejak masuk sini, saya dah tak terima tempahan lagi. Tak sempat nak buat,” jelas Intan.
“hebatnya you,”puji Sophia.


Mereka berjalan-jalan di dalam KLCC sambil mencari Butik Seri Indah. Lupa pula Sophia bertanya mamanya dengan lebih terpeinci. Mata Intan pula tidak lepas dari memandang orang yang lalu lalang di sekitarnya. Susahnya nak jumpa orang yang berbaju kurung dalam KLCC ni. Kalau ada pun, boleh dibilang dengan jari.
“Sophia!” langkah Sophia dan intan berhenti tatkala mendengar nama Sophia dipanggil. Mereka mencari-cari dari mana datangnya suara itu.
“penat I panggil you,” tiba-tiba Taufik datang dari arah belakang.
“oh, Fik. Apa yang you buat kat sni?”
“I teman mama keluar shopping. Tapi biasalah, dia shopping, I pusing-pusing,” balas Taufik lalu ketawa.
“auntie sihat Fik?” soal Sophia
“ala you ni sayang. Dah nama pun shopping, dah tentu-tentulah orang tua tu sihat. Papa I outstation. Jadi I lah jadi penemannya,”
“your sis mana?”


Intan sudah tidak dengar lagi apa yang dibualkan mereka. Malas untuk dia ambil peduli. Dia berjalan ke kedai dekat-dekat dengan mereka. Kalau jauh sangat nanti, sesat pula dia. sedang asyik matanya memandang sekeliling, dia ternampak Butik Seri Indah yang dicari Sophia. Dia berlari mendapatkan Sophia.
“dah jumpa dah butik Ser..” kata-katanya segera dipintas oleh Sophia.
“jangan cakap depan Taufik. I nak buat surprise pada dia,” bisik Sophia pada Intan. Intan menggangguk.
“sayang, I pergi dulu ya. Jumpa lagi esok,” kata Sophia pula pada Taufik.
“are you sure tak nak I ikut?” soal Taufik. Sophia mengangguk dan mereka berpisah di situ.


to be continue..

3 bunga-bunga cOmeL:

Anonymous said... [reply to comment]

best~
im waiting 4 da next vOlume
-buSuk-
haha =D

pelaholic said... [reply to comment]

cepat sambung...hahaha

dh la tak bgtau aku chapter bru ni kuar...keciwak..hahaha

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

lupe.. hahaa... sry2.. nt if ade baru aku inf0rm..

thanx yer busuk~ haha..nt bace lg

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...