“selamat malam sayang...”
Sudah sebulan berlalu, kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Petikan gitarnya, suaranya telah menjadi temanku setiap malam.
Aduh, sejak bila aku sudah kembali jiwang ni!!! tak mungkin...
“Apa yang kau terkumat-kamit ni Rin? sekejap aku tengok kau senyum sampai telinga. Lepas tu tiba-tiba dahi kau berkerut-kerut. Kau okay ke tak okay ni?” soalan Julia mengembalikan aku ke alam nyata.
Aku memandang wajahku di cermin. Sudah cantik bertudung. Kebaya labuh, hadiah dari emak sempena pertunanganku hari ini, aku pandang lama. Cantik! Warna ungu cair. Bertahtakan labuci dan manik warna merah, hijau dan ungu gelap.
“betul ke apa aku buat ni Jue?” soalku pada Julia.
“apa yang kau rasa tak betulnya? Bertunang dengan orang yang kau cinta?”
Aku terdiam. Aku memang cintakan dia. tapi...
“aku nampak dia dengan Leena sehari sebelum kami balik kampung,”jawabku perlahan.
“ala.. kawan je. Apa masalahnya?” Julia menjawab acuh tak acuh.
“memang ada masalah. Cara dia pandang Luth! Leena masih sayangkan Luthfi, Julia!”
“tu cuma pandangan kau. Kalau betul pun, sayang ke Luth pada Leena tu? Luthfi sayangkan kau, cintakan kau. Sudahlah... jangan fikir pasal tu lagi. Takkanlah kau nak batalkan pertunangan ni pula?”
“tak adalah sampai macam tu. tapi... bertunang tak semestinya berkahwin kan?”
Julia merenungku tajam. Matanya yang dibesarkan mengundang tawaku.
“tau pun takut!”
Majlis pertunanganku berjalan dengan lancar tanpa kehadiran Luthfi. Awal-awal lagi, mak dan abah menegah Luthfi supaya datang semasa majlis ini. maklumlah, adat orang melayu. Lagipun bukannya aturan keluarga. Nak kata belum kenal lagi, dah berkali-kali keluar bersama.
“Luth!! Apa kau buat kat sini?” sergahan Julia jelas kedengaran di telingaku ketika rombongan bakal mertuaku beransur pulang.
“aku nak tengok tunang akulah,” jawab Luthfi pula sambil melambai-lambai ahli keluarganya. Lagaknya seperti dia pula yang menjadi tuan rumah.
Dia menatap wajahku seketika. Redup pandangannya terus menghilangkan kegusaran aku sebentar tadi.
“hai Luthfi...! tak sabar-sabar nak jumpa dah?” sergah abah pula.
“Tak ke mana si Uyin ni. kalau lari pun, mencari kamu jugak,” sampuk emak pula.
Wajahku merona merah. Ada-ada je emak ni. kalau dah aku lari sebab sakit hati dengan dia, takkanlah kepada dia juga! Jawab mak jawab??
“hah, apasal berkerut-kerut dahi kamu tu Uyin? Tu adalah benda tak puas hati dalam kepala kamu tu kan?"
“eh.... mana ada mak. Uyin memang suka buat exercise muka. Awek muda,” balasku berseloroh selain mahu menutup rasa getar di dada. Ada ke berkerut macam tu exercise untuk awek muda? Cepat tua adalah!
“sebab tu cik abang suka,” sambung Julia pula diikuti ketawa mereka yang ada di situ.
Julia ni memang nak kena tau! Tak sahlah kalau tak kenakan aku. Tak apa, hari ni, hari kau. Esok-esok hari aku pula.
“abang, jomlah balik dulu. Nanti si rin ni mengamuk, habislah kita,” ajak Julia pada suaminya yang setia di sisi.
“dah nak balik dah jue?” kata emak.
“balik dululah mak cik. Rin dah bagi signal ‘nak telan hidup-hidup’ dah dengan pandangan mata dia yang besar macam ni!” balas Jue sambil meniru aksi aku membesarkan mata. Dia cepat-cepat bersalaman dengan emak sebelum menarik suaminya pergi.
Nasib baik aku pakai baju sopan ni.... kalau tak, siaplah kau aku kejar Jue! Sampai ke Terengganu, rumah laki kau pun aku sanggup!
“hah, kau tengok tu Luth! Kalau berkerut-kerut tu memang adalah dalam kepala dia yang tak kena tu. lepas ni pandai-pandailah kau ya.”
Aku lihat Luthfi tersengih-sengih.
Emak!!!! Kenapa bocor rahsia Uyin ni??
“saya pun nak beransur dululah. Terima kasihlah mak cik, pak cik terima pinangan saya ni,” suara Luthfi kedengaran serius.
“insyaallah, dah jodoh kamu dengan Nurin ni luth. Dia aje satu-satunya anak yang kami ada. Buruk-buruk dia pun, kami sayangkan dia,” kata abah.
Terharu aku mendengar jawapan abah. Dah rasa macam dalam sinetron air mata Indonesia pula.
“kalau tiba-tiba kamu berdua ada masalah, bawa berbincang. masing-masing dah besar. Kalau ditakdirkan, walaupun mak cik tak minta, kamu tak perlukan Uyin lagi, pulangkanlah dia kepada kami dengan cara yang baik...”
Air mataku sudah bergenang di tubir mata. Emak ni cakap macam aku dah kahwin aje dengan Luthfi. Padahal baru bertunang. Bukannya aku jadi milik dia lagi.
“saya janji saya akan jaga dia dengan baik,” balas Luthfi seraya memandangku.
Beberapa minit kemudian, Luthfi pulang ke rumahnya. Aku memandang abah dan emak sambil tersenyum. Sebelum ni, mak dengan abah tak pernah luahkan kasih-sayang mereka dengan kata-kata. Aku pun apatah lagi. Masing-masing hanya faham sendiri. Anak mana yang tak sayangkan kedua-dua orang tuanya? Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak mereka?
Tapi hari ni, aku nak mak dan abah tahu...
“Uyin saaaayang mak dengan abah!” kataku lalu memeluk mereka seeratnya.
“sudahlah tu... kau ni buang tabiat ke apa? Lemaslah peluk lama-lama ni! kau tu bukan budak kecik lagi” kata emak. Abah ketawa.
Aku melepaskan pelukan lalu tersengih memandang emak. Emak tersenyum, begitu juga abah. Abah mengusap kepalaku seperti aku kecil-kecil dulu.
Selepas itu aku terus masuk ke dalam rumah dengan hati yang berbunga-bunga. Memang seronok bila dapat berkongsi kebahagiaan dengan keluarga tercinta?
Tidak lama selepas itu, aku terdengar suara abah perlahan.
“ yang awak tu menangis kenapa?”
Hi hi....tak sangka emak yang garang macam tu pun boleh jadi softhearted! Tak apalah mak. Walau siapapun emak, walau macam mana pun keadaan emak, Uyin akan tetap sayang dan jaga mak sampai bila-bila.
Uyin sayang mak dengan abah sangat!
bersambung....
bersambung....
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment