Chap 7
KURANG lagi 4 bulan sebelum majlis perkahwinan aku dan Luthfi. Dia seperti biasa sibuk dengan kerja-kerja 'sultan'nya itu manakala aku pula sibuk dengan proposal yang bertimbun-timbun yang perlu disiapkan.
Walaubagaimanapun bila ada sedikit masa terluang, sempat juga aku membelek-belek majalah Pengantin, Wanita dan beberapa majalah lain untuk mencari inspirasi bagi majlis kami nanti. Siapa tidak gembira, berkahwin dengan cinta hati!
Dinner sama-sama malam ni?
Aku membaca mesej ringkas itu. sudah 2 hari dia tidak menghubungiku seperti kebiasaannya. Mungkin kerana terlalu sibuk dan aku sendiri tidak mahu menganggu kerja-kerjanya.
Pantas, nombornya terus kudail.
“assalamualaikum...” dia mengucap salam.
“i thought u are still in melaka?” soalku setelah menjawab salamnya.
“i’m on my way back, sayang! Rindu sangat...”
Aku dengar dia ketawa perlahan. Tangan kanan, kuletakkan di dada. Sungguh, aku juga rindukan dia!
“dah sampai mana tu?”
“dah masuk KL dah. lepas maghrib Luth jemput Uyin ya?”
“hmm.. tak payahlah. Biar Uyin pula jemput Luth,” ujarku riang. Aku pun tidak sabar mahu berjumpa dengannya. 2 minggu bukan sangat lama, tetapi cukuplah untuk membuatkan aku rasa aku amat memerlukannya di sisi.
“kalau macam tu, lagi bagus. Luth pun penat sangat ni,” katanya perlahan.
“kalau penat sangat, kita jumpa esok jela... esok kan masih ada?” aku berkompromi.
“hari ni please....” dia memujuk.
Aku ketawa. aku memang tak ada masalah cuma aku kasihankan dia yang kepenatan. Tentulah kerjanya sangat banyak bila dia langsung tidak menghubungiku.
“okay..okay. it’s up to you. nanti kalau rasa nak pengsan, jangan salahkan Uyin!”
Dia pula ketawa.
SUASANA di restoran ini cukup tenang! Sesuai untuk orang-orang yang mahu pastinya mahu mencari ketenangan. Mungkin kerana itulah Luthfi mengajak aku ke sini.
“dah 2 hari Luth tak tidur!” katanya memecah kesunyian sementara menanti pesanan tiba.
“alala...kesiannya Encik Luthfi ni!” usikku sambil ketawa riang.
“rindu Luth tak?” soalnya dan aku menghadiahkan senyuman yang paling manis untuknya sebagai jawapan kepada soalan itu.
“so Luth beli souvenir apa untuk Uyin?” soalku pula sambil mengangkat kening sebelah.
“sorry sangat-sangat. Luth tak sempat keluar pun sayang. Sekejap meeting, sekejap lawat event site, sekejap ke sana, sekejap ke sini. Penat sangat kalau jadi event manager ni. Everything should base on protocols!” luahnya.
Aku tersenyum.
“itu tandanya, orang yakin yang Luth boleh buat. Sebab tu Luth dilantik jadi event manager. Seronok tak?”
“tolak rasa tension dan penat, seronok juga sebab dapat tambah pengalaman yang sedia ada. Lepas je habis post mortem pagi tadi, Luth terus drive balik. yang lain, masih ramai lagi di sana. Habiskan sehari cuti rehat untuk semua staff yang terlibat.”
“kenapa Luth tak stay sana je sehari?”
“hei... mestilah Luth nak jumpa awak!” jawabnya lalu ketawa.
“bagusnya! Tak sabar tau tunggu Luth balik!” ucapku jujur.
Luhtfi merenungku lembut sambil tersenyum manis. Senyuman yang mencairkan hati aku seperti selalu.
Pesanan kami tiba tidak lama kemudian. Setelah membaca doa, kami sama-sama menikmatinya dengan rasa gembira di dalam hati. Setidak-tidaknya aku rasa begitu dan aku juga pasti dia merasai perkara yang yang sama kerana sejak dari tadi, matanya sentiasa memandangku lembut.
“Luth, hujung minggu ni free tak? Mak dah bising pasal baju untuk majlis kita nanti. Uyin ingat nak ajak Luth keluar,” kataku ketika kami sedang menjamu selera.
“hmm..boleh. esok pun Luth dah cuti. Bolehlah rehat kat rumah. Qada tidur. Lepas tu hari sabtu kita keluar,” katanya lalu ketawa. pinggannya yang telah kosong di tolak ke tengah meja. Ternyata, dia benar-benar lapar. Licin!
“okay, deal! kalau jadi macam hari tu lagi, siaplah!” aku mengugutnya.
“hari tu Uyin pun salah juga tau! Siapa suruh jual mahal sangat. Akhirnya salah faham,” dia membela dirinya.
“yelah, Uyinlah yang salah! Luth ada contact Leena tak?”
“hmm.. Luth tak ada contact dia tapi kadang-kadang dia adalah sms luth tanya khabar.”
Aku cuba menyembunyikan rasa cemburu di hati. Ternyata jawapan darinya membuatkan hatiku tidak senang.
“sayang ni kalau dah cemburu janganlah sebut pasal dia. tengok at last siapa yang sakit hati...” dia memujukku.
Mungkin ada sesetengah perkara, dia perlu merahsiakannya. nak buat macam mana, Luthfi ni memang tak pandai nak kelentong, jujur! jadi terpaksalah aku menghadapinya walaupun kadangkala pahit.
“dia masih sukakan Luth,” kataku perlahan. Teh tarik yang berasap nipis, aku hirup sedikit.
“how do you know that?” dia menyoalku penuh tanda tanya.
“i just know...”
“hmm.. jawapan yang tidak meyakinkan,” katanya sinis. “...atau Luth ni hensem sangat kot?”
Aku ketawa. perasan pula! nasib baik memang hensem.
“dahlah Luth tak sukalah cakap pasal Leena. we are just a history. Just that. Bukan salah Luth kalau dia masih suka pada Luth sebab Luth dah anggap dia macam adik Luth. And i hope you feel that way too.”
“okay. Janganlah serius sangat,” kataku lalu tersengih.
Luthfi terus menukar topik perbualan kami. Dia menceritakan pengalamannya di Melaka. Sekali-sekali dia ketawa. aku pula seperti biasa, menjadi pendengar yang setia.
“hei, kenapa tenung Luth macam tu?” soalannya mematikan khayalanku.
Pendengar yang setialah konon!
bersambung....
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment