Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, February 23, 2012

good night sayang 2! part 2


Chap 2

“awak cantik sangat!” itu kata-kata yang aku dengar daripadanya sebaik sahaja panggilan telefon itu aku jawab.

“awak cantik sangat jugak!”balasku sinis. Luthfi terdiam sebentar sebelum ketawa besar kemudiannya.

“nakal ye?” usiknya.

“selalu orang akan bagi salam. Sejahteralah ke atas kamu. Lepas tu yang mendengar wajib menjawab, sejahteralah ke atas kamu juga. Tapi tadi saya jawab je call awak, awak cakap ‘awak cantik sangat!”  aku mengajuk cara percakapannya.

“kemudian cik Nurin pun jawablah ‘awak cantik sangat jugak!!” sambung Luthfi pula.

Bagus! Kriteria yang dicari:MEMAHAMI.

“mimpi apa call saya ni? takkan dah rindu?” soalku mesra. Cukuplah aku kenakan dia tadi. Itulah, dah berkali-kali cakap. Kan elok bagi salam dulu. Ini, main redah aje!

“ada lah sikit rindu...” jawabnya acuh tak acuh.

Aku mencebikkan bibir, mungkin mengharapkan pujukan darinya walaupun aku tahu dia tidak nampak.

“sikit aje?”

“kenapa? Awak dah mula rindukan saya ye?”

Wajahku merona merah. Nasib baik dia tak nampak.

“tak ada maknanya!” aku dengar dia ketawa. apa yang seronoknya aku pun tak tahu!

“awak tengah buat apa tu?” soalku padanya setelah mendengar tawanya yang sudah reda.

“tengok gambar-gambar yang Jue tangkap petang tadi. Awak nampak cantik sangat! Sebab terlampau teruja tadi, saya terlupa nak bagi salam,” jawabnya jujur.

Aku pula yang hampir mahu ketawa. kadang-kadang Luthfi ni macam anak kecil. Lurus dan jujur, walaupun benda sekecil itu.

Bagus! kriteria berikutnya:JUJUR!

“tapi.... kalau tengok depan-depan macam petang tadi, laagiiii cantik!” sambungnya lagi sambil ketawa.

Hmmm...aku rasa nak kena tambah lagilah pada kriteria tadi.

JUJUR tapi NAKAL!

“ni puji ke kutuk ni?”

“awak rasa?”

“saya rasa.....  saya nak tidur dulu,” balasku lalu ketawa.

“ala.. saya baru je call kan?”suaranya kedengaran mengedur. Mungkin kecewa bila aku berura-ura mahu menamatkan panggilan.

“kenapa? Setiap kali call kena sampai sejam dua ke?”

“bukanlah macam tu maksud saya...”

“Luth... dah malam kan? Saya tak larat sangat. Lagipun, bilik saya ni sebelah aje dengan bilik mak. takut kantoi bergayut lama-lama. Nanti ada je modal mak nak kenakan saya. Please..please...”rayuku.

Sebenarnya aku memang tidak suka bergayut lama-lama. Esok-esok berjumpa juga.

“macam-macam ya alasan awak ni,” aku dengar suara Luthfi ketawa.

“biarlah bakal mak mertua  saya dengar. Tahulah dia yang anak dia tengah dilamun cinta dengan anak pak cik malek ni!” sambung dia lagi.

“Uyin, kamu cakap dengan siapa malam-malam buta ni? esok-esoklah berborak!!”sergahan dari bilik emak meremangkan bulu romaku.

Emak ni, dengar aje! Padahal aku dah baik punya cover dah.

“hah dengar tu! mak dah bising. Esok ajelah ye saya call balik,” kataku lalu cepat-cepat memberi salam dan menamatkan panggilan.

Jangan lupa call!

Aku mendapat sms daripadanya beberapa saat kemudian.

Ye sayang. ;)

Hai..maklumlah dalam hati ada taman!

I don’t know how many times i’ve told u this. sy suka sgt bila awak panggil syg..Slmt malam sayang.
Loves, Luth!

Criteria seterusnya: JIWANG a.k.a romantik??

Aku tersenyum sendiri. Jatuh cinta? Itulah yang boleh aku katakan sekarang. Tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya perasaan aku. Syukur Alhamdulillah. Semoga ikatan ini akan sentiasa diberkati. Semoga kami juga diberi kekuatan untuk mengawal diri masing-masing.

Jatuh cinta antara manusia memang manis. Dan kerana kemanisan itu, kadang-kadang ada yang terlalai. Bertunang tu bukannya alasan untuk pegang sana-sini, jumpa hari-hari. Selagi tak bernikah, selagi itulah batas antara lelaki dan perempuan itu ada.

Semoga aku dan Luthfi bukanlah dari golongan yang lalai. amin...

Luthfi...luthfi... akhirnya kan???

Aku tersenyum lagi. Tapi.... kat mana aku pernah jumpa dia ni?

Dari senyuman yang aku kira manis macam gula ni bertukar menjadi muncung itik. Betullah, di rumah Julia tu bukan kali pertama aku jumpa dia!

Dalam asyik aku mencari jawapan pada persoalan aku itu, tiba-tiba aku terdengar suara perlahan. memanggil nama aku pula tu!

Aiseh, ini memang masa paling tepat untuk tidur!

Selamat malam semua. Selamat malam sayang!


bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...