Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, December 2, 2011

cerpen: AQIF, I Love U! end


SEMINGGU aku tak nampak batang hidung Aqif. Baguslah juga. Setidak-tidaknya perasaan suka aku tu terbantut macam tu aje. Tapi... entah-entah dia cuti sebab nak bertunang!

“Hai Aqif, berseri-seri je muka? Ada apa-apa ke?” suara Kak Ita memecahkan keheningan pagi itu.

Aku mencari wajah Aqif dalam diam. Tipu gila! Mana ada berseri-seri. Biasa je aku tengok.

“Berseri sebab ada orang sayang kot,” balasnya lalu memandangku. aku yang saat itu memang tengah merenung dia jadi gelabah.

Kantoi sudah! Eh, chup! Apa dia cakap tadi? Sayang dia, lepas tu pandang aku? Kenapa pula aku terbabit? Bukan ada siapa-siapa kat sini yang tahu pasal aku suka pada dia pun. Hmm... dia sengaja pandang aku kot.

“you sihat? Dah lama tak jumpa,” soal Aqif.

“Rindu ke Qif?” usik Kak Ita.

Aku menjeling ke arah Kak Ita. Ada-ada je.

“I ada je kat sini. You yang menghilang. Kenapa? Memang betul rindu I ke?” aku menduganya lalu ketawa.

Dia turut sama ketawa.

“you nak i jawab macam mana?”

Amboi, balas nampak! Siap diangkat kening tu lagi. Cabar akulah tu!

“I tak kisah. Kalau rindu, tentulah I happy. Ada juga orang rindu I ni kan. Tapi nanti jangan sampai ada perang dunia ke 3 pula!” balasku.

Dia mengangguk-angguk. Langsung tak menafikannya. Sekali lagi, dalam diam, aku kecewa. Memang dia sudah punya seseorang.

“i jamin takkan perang punyalah!”

“ada-ada je you ni. Lama menghilang ke mana? Balik bertunang ke?” dugaku lagi. Dia yang mula dulu okay!

Dia tersenyum lebar sebagai jawapan kepada soalanku lalu mengangkat sebelah keningnya.

            “you will find out yourself later,” balasnya lalu melangkah pergi bersama senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.

            Bodoh!bodoh! yang pergi buat lawak tanya pasal tu kenapa? Akhirnya siapa yang sakit hati? Padan muka kau Aie! Padan sangat!

            Aku merenung komputer di atas meja.

            Sudahlah! Buat aje kerja ni!

Sejak itu aku sentiasa melarikan diri daripanya. Aku takut perasaan yang baru berputik ini kian berkembang dengan gurau-gurauannya. Tapi semakin cuba aku elak, semakin selalu pula dia muncul di hadapanku.

Ya allah, apakah perasaan ini? kenapa begitu sukar aku melupakannya?

“Syah, Aqif cari tu!” ujar Kak Ita.

Aku yang sedang membancuh air di pantri, segera menyembunyikan diri. Bila langkah Aqif semakin dekat ke pantry, aku menggeleng-geleng kepalaku memberi isyarat supaya Aqif jangan sampai ke sini. Tidak cukup dengan itu, tangan juga aku goyangkan.

Sedar-sedar aje mug di tanganku sudah pecah bersepai terlepas ke lantai. Aku segera menekup mulut daripada menjerit kepanasan. Tentu melecur kakiku kerana terkena air panas.

            “Syah, kenapa ni?” Aqif menyoal cemas.

            “ya allah syah....” Kak ita pula bersuara.

“err... tak ada apa-apa. Sikit aje,” balasku tanpa langsung memandang wajah Aqif. Aku tunduk mahu mengutip serpihan kaca yang bertaburan.

“sikit you cakap??? Cuai sangat kenapa ni?”

“yang you nak marah I kenapa pula?”

Aku sudah naik angin. Dah tentulah kaki aku ni masih lagi sakit. Yang dia suka-suka hati nak tengking-tengking kenapa? Hatta mama dan abah pun tak pernah tengking aku macam tu.

“Jom I bawa pergi klinik!”

“I tak nak pergi klinik!”

Dia merenungku tajam. Aku juga membalas dengan renungan yang sama. Tiba-tiba hatiku sebak. Saat-saat ini jugalah air mataku berlumba-lumba menunjukkan diri.

“You pergi jauh-jauh. Kaki I ni sakit tau! You jangan nak sakitkan hati I lagi. Kalau setakat nak marah-marah I, baik you jangan ada kat sini,” kataku dengan linangan air mata.

Aku menolaknya ke tepi. Kak Ita yang dari tadi menjadi penonton setia drama sebabak kini sedang mengutip serpihan kaca. Aku mengambil susu pekat yang berada di atas meja lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

aku menanggalkan kasut perlahan-lahan. Memang ada kesan lecur di situ. aku tuangkan sedikit susu di atas tangan lalu aku lumurkan pada bahagian yang melecur. Aqif masih lagi memerhatikan tindak tanduk aku sementara Kak Ita pula sudah pun kembali ke mejanya.

“boleh I tanya sikit?”

Aku mengesat sisa air mata yang masih ada, “nak tanya apa?”

“Kenapa you macam nak larikan diri dari I je? I ada buat salah ke?”

Aku memandang wajahnya. Sudah tidak setegang tadi. Hai.. aku sakit-sakit macam ni pun nak tanya soalan cepumas macam tu.

Terlepas satu keluhan.

Nak jawab ke tak? Patut ke tak patut?

“entahlah Aqif. Betul ke I macam larikan diri dari you?” aku memandangnya.

“you suka I ya?”

Terbeliak mataku mendengar serkap jarang daripadanya. Sungguh tak malunya si Aqif ni! dah tu terkena pula tekaannya. Kalau macam inilah gayanya bukan setakat kaki merah sebab melecur, muka pun merah sekali sebab malu!

“memanglah I suka you, kalau tak suka, tak adalah I kawan dengan you kan?” balasku lalu tersenyum.

Dia ketawa.

“betul juga! Tapi maksud I suka lebih dari seorang kawan?”

Kini giliran aku pula ketawa.

“you nak I jawab apa?”

“i nak you jujur sahaja.”

Aku terdiam seketika, menyelak kamus dewan yang ada dalam kepala, mencari prosa kata yang indah untuk aku luahkan semunya. Tetapi ini sahaja yang aku mampu.

“Aqif, you dah bertunang! Apa guna I suka atau tak pada you.”

“jadi kalau I tak bertunang, you suka I lah?”

“perasan betul you ni!” aku membalas soalan itu dengan gurauan, mengharapkan yang dia tidak bisa membaca suara hatiku yang nyata bertingkah dengan lisanku.

“please Syah,  be honest with me,” pujuk dia pula.

Aku memandang seraut wajahnya. Kenapa dengan dia hari ini? kenapa dengan soalan-soalannya hari ini? dia mahu menguji aku atau apa? Tapi...kenyataan itu...


I admit you are really nice to me. And i really like you. but just as a friend,” balasku. Aku sendiri tidak jujur dengan jawapanku. Aku lihat raut wajahnya ceria pada mulanya namun lama-lama wajah itu bertukar sedih. Aku tahu dia seolah-olah cuba menyembunyikan riak wajah itu tetapi nampaknya aku terlebih dahulu mengesannya.

what a relief!” dia ketawa tetapi ketawanya itu mengundang perit di hatiku.

“kenapa you cakap macam tu?”

“selama ni I suka pada you. tapi you tak pernah nak respon pada hint yang I bagi. Mama pula tiba-tiba carikan jodoh untuk I. Dalam masa 2 minggu lagi kami akan bertunang. Tapi hati I masih pada you. dan hari ni you dah buktikan semuanya. Jadi tak perlu lagilah I menanti you. mungkin pilihan mama adalah pilihan yang tepat untuk I. Siapa tahu kan?” ulas Aqif. Aku terkejut mendengar ceritanya. Apa yang perlu aku buat? Aku cintakan dia. Tapi dia seolah-olah sudah putus asa dengan aku.

“nanti jemputlah datang ke majlis I ye?tapi lambat lagi kot. Err.. kaki you macam mana? Betul ni tak nak pergi klinik?”

Aku hanya mengangguk. Tidak mampu berkata-kata kerana aku tahu air mataku bila-bila sahaja akan tumpah. Pergilah Aqif,pergilah...

“kalau macam tu I pergi dulu ye,” katanya lalu bangun dari situ.

Aku melihat kelibatnya pergi meninggalkan aku. Ternyata pembohongan itu  akhirnya memakan diri sendiri. Air mata yang sedari tadi aku tahan jatuh jua akhirnya. Kenapa dia tidak luahkan itu semua padaku? kenapa?

Aku mendail nombor Hafiz.

“Hello Aie, make sure it is important. I’m quite busy here,” balas Hafiz.

“hafiz.....” tangisan aku selepas itu yang berbicara.

“hei... what happend to you? shhh. . don’t cry..”

“dia...dia..betul-betul bertunang 2 minggu lagi..”

“Aie... come on.. kita dah bincang kan pasal ni sebelum ni kan...”

“tapi .. tapi semua sebab salah aku. Tadi dia tanya aku. Dan aku tipu dia. Aku cakap, aku suka dia sebagai kawan je. Disebabkan itu, dia akan terima pilihan mama dia dan akan bertunang dua minggu lagi,” jelasku bersama esakan yang menjadi-jadi.

you still have time. Go and tell him Aie!” gesa Hafiz.

“aku malu...”

“kau sayangkan dia tak?”

“aku sayangkan dia, aku cintakan dia, Hafiz. Aku cintakan Aqif!”balasku ppenuh yakin.

then you should tell me that not to him...”

Suara Aqif mengejutkan aku. Dia sudah berdiri di depanku dengan senyuman yang begitu indah sekali di mataku.

Aqif mencapai handphone di tanganku lalu diletakkan di telinganya pula.

“Hafiz, Aqif’s here. Kawan you ni memang degillah!” ujar Aqif sambil mengenyitkan mata padaku. Entah apa yang diborakkan Aqif dengan Hafiz, Aqif asyik mengangguk saja. Aku mengesat air mata yang masih bersisa.

Aqif meletakkan handphoneku di atas meja lalu duduk bertentangan denganku.

“i tipu pasal pertunangan tu, dan i minta tolong Kak ita sampaikan pada you sebelum ni,” ujar Aqif.

Wajahku berubah. Sampai hati dia! Terlupa tentang kaki yan gmasih sakit, aku terus bangun dan menyarungkan kasutku. Padahnya, memang sakitlah!

“you tak patut tipu i!”marahku. sakit hati dan sakit kaki!

“you pun tipu I kan?”

“Aqif, I percaya you dah bertunang. Walau sehebat manapun cinta I pada you, i takkan tergamak nak rosakkan hubungan you dengan ‘tunang you’. i bukan perampas. Kalau ‘dia’ pilihan you, I akan terima.”

“i minta maaf. I tak tahu macam mana nak luahkan perasaan sayang I ni pada you.”

Senang dia menjawab? Aku yang siang malam teringatkan yang cinta aku tak kesampaian.

“I pergi dulu!”

“Syah please... i love you!”

Aku tidak mengedahkan luahan perasaannya. Rasa tertipu dan malu terlalu menguasai diriku.

“Syah, you nak I betul-betul bertunang dengan orang lain ke?”

Langkahku terhenti. tapi... Aku tak nak dia bertunang dengan orang lain... mahu tapi malu konon! ni, kalau Hafiz tahu ni, mahunya aku kena gelak sebulan!

“ish you ni! mana boleh main ugut-ugut macam tu!”

“I tak peduli. I want to hear it from you,”

hear what?”

“syah! You know what i mean, otherwise you akan menyesal.”

Aku menarik nafas dalam-dalam lalu berjalan menghampirinya. dia ni kan, memang tau! tak sweet langsung!

“Syah cintakan Aqif...” di telinganya aku berbisik perlahan. Dia tersenyum.

too slow la. I tak berapa nak dengar!”

“you jangan nak mengada!”balasku lalu mencucuk pinggangnya. Sebelum meninggalkan dia, aku hadiahkannya dengan senyuman yang paling istimewa untuknya.

“Aqif cintakan Syah juga...” walaupun perlahan tetapi tetap singgah ke telingaku. 

Senyumanku melebar.

YA allah, terima kasih di atas anugerahmu ini. Semoga dia menjadi pilihan yang tepat untukku.




---tamat---

sejujurnya, aku rsa spoil sketla cerita ni...something yg aku sendiri xbape puas hati.hehe ape pendapat korg?

thanx for reading..

;p

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...