“Ya allah, andai dia jodohku, kau temukanlah kami dalam redhaMu. Andai dialah yang terbaik untukku, kau panjangkanlah jodohku dengannya, tetapkanlah hatiku dan semaikanlah rasa kasihku padanya. Andai dia bukan ditakdirkan untukku, kuatkanlah hatiku menerima takdir ini. hilangkan rasa kecewa yang bisa menggelapkan hati. Sesungguhnya engkau yang maha mengetahui semua yang di langit dan di bumi...”
AKU mengaminkan doa lalu tangan kuraup ke muka. Terasa hilang segala penat lelah bekerja sepangjang hari setelah berwudu’ tadi. Mengeliat pun sedap ni! ketika aku berura-ura mahu mengangkat tangan, meluruskan urat-urat di lengan barulah aku sedar yang aku tidak keseorangan di surau ini.
Mujur lagi.... kalau tak...
“Tak balik lagi kak Ita?” aku menyoal Kak Anita yang sedang bersandar.
“Dah kau nampak akak kat sini, dah tentulah akak belum balik,” Kak Ita menjawab lalu tersengih.
“Ala kak, macam tak faham. Itu maksudnya berbasa-basi. Orang melayu kan memang macam tu. dah nampak jalan seorang pun tanya lagi. ‘seorang je ke?”
Kak Ita pula ketawa.
“Akak tunggu suami akak. Dia ajak dinner kat luar. Hari ni kan anniversary kita orang,” ucap Kak Ita sambil tersenyum penuh makna.
Alahai sweetnya dia orang ni. Kak Ita terus bercerita perihal dia dan suaminya bila aku asyik menyoal dia itu-ini. Sekali-sekali dia ketawa, sekali-sekali dia bercerita penuh makna. Yang pasti, aku yakin dia sedang bahagia.
Aku hanya melayan sahaja ceritanya sementelah aku pun sedang menunggu masuknya maghrib. Kalau balik sekarang, mahunya aku terkandas dalam kesesakan lalulintas.
“Kau tu bila lagi Syah?”
“Saya lambat lagilah kak,” balasku lalu ketawa. soalan itu memang aku paling fobia sekali. Malas betul mahu menjawabnya.
“Si Aqif tu pun dah nak bertunang..” ujarnya.
Mataku terus memandang Kak Ita. Nak bertunang? Aqif nak bertunang?
Aqif dah nak bertunang rupanya. ayat itu kusebut meleret di dalam hati.
Aku terdiam seketika. Mahu mencari ayat yang sesuai. Hai... melepaslah aku. Itulah, orang cakap cari pakwe masa dekat universiti. Nanti dah kerja susah dah nak dapat. Ah, merepek!
“Aqif bertunang bila kak? Oh, nak bertunang ye?” aku memaparkan wajah teruja.
“hujung tahun nanti kot,” Kak ita menjawab tapi sebelum aku sempat mengorek rahsia Aqif lagi, telefon Kak Ita berbunyi. Dan selepas itu, dia bergegas mengemas apa yang patut sebelum akhirnya mengundur diri.
Aku keliru. Betul ke dia yang aku suka. Aqif tu?
Dia seorang yang baik. Solatnya terjaga. Tinggi, berkulit cerah. Tidak sehensem Zack Efron tapi entah kenapa mata aku ni sedap aje memandangnya.
Aku mengenalinya pun hanya kerana kebetulan. Dan seingat aku, aku pernah bercakap dengannya pun hanya kerana satu projek yang kini telah pun selesai diuruskan. Selebihnya, bila berselisih, kami hanya saling berbalas senyuman.
Aku suka padanya?
Tak kot. Ini semua mainan perasaan je ni. maklumlah dekat floor ni, mana ada lagi gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang single selain kami. Ops, dia sekarang sudah tak single! Lalu lelaki mana lagi yang boleh aku ushar. Suami orang? Sorry, not interested! Aku ketawa.
Ok, tak betul! Apa gelak sorang-sorang ni!
Astaghfirullahal’azim. Dalam surau ni. Baik berzikir daripada fikir pasal lelaki. Dah tentu-tentu bila buat kerja tu, mulut bukan diringan-ringankan untuk memuji Allah. hai....
Azan dari masjid berdekatan berkumandang. Setelah usai menunaikan solat, aku terus pulang ke rumah.
“hai Syah!” aku memandang ke arah tuan empunya suara. Aqif! Aku melambai lalu senyuman kecil aku hadiahkan untuknya. Bezanya sekarang senyuman aku tidak selebar dulu.
Hai... tak lama lagi dia menjadi tunangan orang.
Dia berlalu. Dari kejauhan, aku masih mengekori langkahnya dalam diam. Kenapa dengan aku ni?
“Nah memo untuk meeting petang ni!”
Aku terus menjeling Kak Ita di sebelahku. Kusss semangat! Main sergah je. Agak-agak tak kantoi kan aku ushar si Aqif tadi.
“meeting apa ni kak?”
“untuk sport’s day kita la yang oi!”
“company kita ada sport’s day ke kak? Macam sekolah!” aku ketawa.
“gelak pula kau! Company kita ni kan mesra pekerja. Kau tak pernah join lagi ye? Eh, memanglah tak pernah. Kau pun belum sampai setahun lagi kat sini,” Kak Ita tersengih. Aku pula hanya menggelengkan kepala dan kemudian mengangguk pula.
“yang kau angguk-angguk geleng-geleng ni kenapa?”
“geleng untuk akak yang bertanya dan menjawab sendiri. Angguk untuk, ya saya belum cukup setahun lagi kat sini,” jawabku lalu tersenyum.
“sudahlah. Akak nak balik tempat akak. Borak dengan kau memang tak habis,” balasnya lalu meninggalkan aku. Aku hanya ketawa. bukan aku yang mencarinya.
Aku melihat kertas di tangan. memo pun dah macam minit mesyuarat. Eh,ada nama aku! Unit jamuan. Ketua, Kak Idah dan ahli yang lain Kak Ita dan Kak Su. Aqif unit apa?
Hmmm.. nama itu juga yang aku cari.
Eh, kenapa tak ada? Aku menyelak helaian itu lagi. Mencari-cari nama itu di situ tetapi kenapa tiada?
tanganku berhenti menyelak. kenapa aku yang sibuk-sibuk nak mencari pula?
Memo itu, aku letak di dalam laci. Sebelum terlupa, aku segera mencatatkan meeting itu di dalam ke dalam planner. Nanti bila buat kerja memang dah tak ingat benda lain dah.
HARI SUKAN akhirnya tiba juga. Besar juga syarikat yang aku kerja ni rupanya. Bila dah berkumpul di stadium Shah Alam ni, dah rasa macam dekat ‘sure heboh’ pula. Memang ramai. Tahun ini pula buat pertama kalinya, sport’s day digabungkan sekali dengan hari keluarga. Itu yang makin ramai tu.
Di sebabkan terlalu sibuk menguruskan hal jamuan, aku memang tak ke mana-mana melainkan di bawah khemah tempat makanan di sediakan. Maklumlah aku kan AJK tak berbayar.
..bersambung
3 bunga-bunga cOmeL:
like3!!! :)
bgus2!hehe
Very interesting... I really like it... Thank you so much...
Post a Comment