Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, August 26, 2009

::apa kata hati (part 3) ::


Equatorial Cameron highland. Mia akhirnya terdampar jua di sini bersama teman-teman seperjuangannya dulu.

Setibanya Mia di hotel di atas bukit itu, dia bertekad ingin menjauhkan diri dari Akim sekiranya dia juga ke reunion ini. Beg dari dalam kereta dikeluarkan. Tidak banyak barang yang dibawanya. Mamanya yang beria-ia mengemas untuknya. Kalau ikutkan hati, tidak ingin dia berada di situ. Menatap wajah Akim hanya membuatkan dia tidak senang duduk.

Akim memandang Mia dari tingkap biliknya yang dibukakan sedikit bagi menjelaskan lagi pandangannya. Dia nampak Mia mengangkat beg di lobi dan dalam masa yang sama dia nampak wajah Mia yang suram. Mungkin telah dipaksa oleh mama dan papanya untuk ke sini. Akim membuat telahan sendiri. Menurut ibunya, Mia tidak mahu mengikuti percutian ini.

“Apa yang kau sekodeng tu Akim” sapa Malik. Akim terkejut.
“kau ni buat terkejut aku saja. tak reti-reti nak bagi salam dulu?” marah Akim menyebunyikan rasa malu. Tangannya ligat menutup tingkap yang terbuka.
“ rilexla bro. kau ni gelabah apasal? Aku je pun. Ni kita kongsi sekalilah bilik,” balas Malik faham akan perasaan sahabatnya. Dia menghampiri Akim lalu mereka bersalaman.
“lama kita tak jumpa kan,” Akim menukar topic.
“kaulah. Sibuk je memanjang, aku ada je kat kl. Kitorang selalu je lepak-lepak kat tempat biasa kita dulu. Man, Ali , din, daus, ejim. Hmm.. tapi hujung minggu je la. maklumlah. Diorang dah ada yang kahwin.”
“siapa yang kahwin? Amboi langsung tak bagitau aku. mentang-mentanglah aku sambung master kat luar sana,” nada AKim sengaja direndahkan, mahu membiarkan sahabatnya itu rasa bersalah.
“ala, kau yang menyepi. Pergi UK pun senyap-senyap. Tau-tau aje dah ada kat sana. Daus dan Din dah kahwin. Time tu kau dah setahun kat sana. Diorang ada kasi kad jemputan kat rumah kau. Nak contact kau, langsung tak tahu. Kau pun satu, bukan nak ingat member! Mari sini, aku cepuk sikit!”

Akim ketawa mendengar ugutan Malik. Dia tahu pasal perkahwinan mereka itu melalui papa. Tapi pada masa itu dia tidak punya kekuatan untuk pulang ke Malaysia. Hatinya masih lagi kecewa dengan tindakannya sendiri memutuskan hubungannya dengan Mia.

“mana diorang semua Malik? Aku rindu nak jumpa diorang,” soal Akim. Diorang masih belum sampailah. Yang dah sampai pun, kau tak kenal kot. Budak-budak engenering dulu. tapi aku rasa yang sorang ni kau kenal. Sammy!”
“Sammy yang lembut-lembut tu ke?”
“haaa… sekarang dah tak lembut lagi kot. Badan pun dah ketul-ketul. Dia jadi instructor kat gym. Tapi aku tak sure la kat gym mana. Mari kita jumpa dia,” malik mengajak temannya, Akim dan Malik menemui Sammy ditingkat atas. Lelaki itu pernah menjadi buah mulut geng mereka dulu kerana kelembutannya yang tidak ubah seperti seorang wanita.

Memang betul apa yang diperkatakan Malik. Sammy bukan seperti dulu lagi. Mereka ketawa mengenang kisah di UTM dulu. sedang rancak berbual, teman-teman yang lain pula tiba. Masing-masing bersalam dan berpelukan antara satu sama lain.


Mia keresahan menanti di lobi. Belum ada sesiapa yang tiba. Yang hanya ada Marlia yang bertanggungjawab menjadi mastermind di sebalik reunion mereka ini.

“Awal Mia tiba,” soal Marlia.
“ala, saya ingatkan sayalah orang paling lambat tiba. Rupa-rupanya saya pula orang terawal yang sampai. Ramai ke yang datang Mar?”
“ramai, tak ramai tu boleh tahanlah juga. Lelaki ada lebih kurang 50 orang. Same goes to the women. Tapi kalau nak banding dengan semua pelajar batch kita memang sikitlah. Ada yang tak dapat contact. Ada yang yang tak dpaat datang,” balas Mar.
Sudahnya kedua-duanya pun mendiamkan diri. Mia mati akal mahu berborak tentang apa. Dia dan Marlia tidaklah serapat mana. Sekadar teman sekuliah sahaja. Tidak pernah berborak lama dan tidak pernah juga bercerita tentang hati dan perasaan.

“mar, boleh saya berehat di bilik dulu sementara menanti yang lain datang.”

Marlia mengangguk. dia juga sudah kehabisan idea mahu memancing Mia berborak. Gadis itu kelihatan penat. Namun belum sempat mereka berdua melangkah, kedengaran suara orang memberi salam.

“mia!!!!”
Mia mengalihkan pandangannya ke pintu.
“intan!!”
Mereka saling berpelukan.
“kau datang dengan siapa?”
“of coursela hubby aku,” balasnya lalu tersengih.
“mana laki kau?”
“ala, bukan kau tak kenal. Din. Kawan Akim juga.”Mia terdiam mendengar nama Akim disebut. Intan pula menyalami marlia yang setia menanti disebelah mereka tadi.
“itu kan Din?”

Din kelihatan sedikit berbeza dengan yang dikenali Mia ketika di kolej dulu. sesuailah dengan statusnya yang sudah bergelar suami. Lelaki itu mengenakan kemeja putih dengan seluar jean biru gelap. Pandangan Mia jatuh pula pada sesusuk tubuh milik intan. Wanita itu juga juga memakai warna yang sama.

“Hani dan Ain dah datang ke belum Mia?”
“aku orang pertama sampai sini sayang!” balas Mia.
“hai Mia. Apa khabar? Masih sama je I tengok you,” sapa Din. Mia tersenyum.
“I sihat je. macam nilah you tengok I Din. Sama je macam dulu. tiada yang berubah pun. jadi juga you dengan Intan kan?” balas Mia disamping mengusik mereka berdua.
“ dah jodoh Mia. I sayang Intan tau,” kata Din. Pandangan kasih diberikan buat isteri tersayang yang masih setia di sisi.
“abang, boleh Intan tinggal sebilik dengan Mia. Abang duduklah dengan kawan-kawan?” pinta Intan sambil tersengih.
“yelah Din, I dah lama tak jumpa bini tercinta you ni. Kasilah I berkepit pula,” Mia pula menambah.
“are you sure dear? Nanti malam-malam siapa nak jadi bantal peluk abang???” balas Din. Dia sengaja mahu menduga. Namun balasannya, dia dicubit oleh isterinya sendiri. Din ketawa. Begitu juga Mia. Dalam hati terdetik rasa cemburu melihat kasih sayang yang tercipta antara mereka.
“abang ni!!”
“you tengoklah tu Mia. Dah jadi bini orang pun, muncung tu masih lagi panjang sedepa. Yelah sayang. Abang izinkan. Nanti malam-malam bolehlah abang lepak dengan kawan-kawan abang. Sayang tak kisah kan?”
“ok. janji jangan buat intan jeles ok!” balas Intan dengan gaya manja.
“dahlah tu. Penat I ketawa. Jom Intan kita daftar masuk. Din you pun, pergilah rehat-rehatkan badan,” saran Mia. Dia yang keletihan sebenarnya walaupun tadi bukan dia yang memandu untuk ke sini. pemandu ayahnya yang diarahkan menghantarnya.
“I sebelah bilik you all ok?”

Mia mengenakan blaus merah hati dan jacket coklat hadiah daripada papanya. Malam itu mereka perlu berkumpul di dewan yang disewakan khas untuk reunion ini.Intan sudah lama keluar menemui suaminya.

‘Petang tadi bukan main lagi ingin meneman aku. At last aku juga yang ditinggalkan sendirian.’ mia mengomel sendirian.

Kalau ikutkan hati, ingin sahaja dia bermalas-malasan di atas katil sahaja. Jam sudah menunjukkan jam 9.00 malam. Dia sepatutnya berada di dewan itu lima belas minit yang lalu.

Pintu bilik di ketuk.

“Akim!” wajah yang dirinduinya dalam diam muncul di depan pintu. Jantungnya bergetar saat angin membiaskan wangian yang dipakai Akim.

Akim terpana saat pintu itu dibuka. Tidak sangka ketukannya begitu cepat mendapat sambutan. Entah mengapa hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang.
Kau cantik Mia. Sama juga seperti dulu. tiada langsung yang berubah. Malah lebih cantik dan manis lagi bila kau bertudung.

Pap!

Pintu ditutup semula sebelum sempat AKim bersuara walaupun sepatah.
“Mia janganlah macam ni. Come, turun bawah dengan I. semua kawan-kawan tunggu kita. I ask them to wait for us.”

Lama AKim menanti di luar pintu. Sementara di dalam bilik Mia sudah tidak tentu arah.

Kenapalah di saat saya ingin menjauhi awak, makin dekat awak datang. Pergilah AKim. Tolonglah beri saya peluang bernafas!

Namun kata-kata itu hanya mainan hatinya sahaja. dia sudahpun membuka pintu dan tanpa sedar dia juga turut memberikan peluang kepada Akim mengatur langkah seterusnya.

“you look so beautiful Mia!” puji Akim memecah kesunyian yang tercipta di antara mereka.

Dalam hati, mia berdoa agar lif ini segera turun ke bawah.

“thanks,” balas Mia pendek.

Masih lagi sepi.

“hmm.. Akim..” panggil Mia. Akim pula tersenyum memandang gadis pujaan hatinya.
“ yes my dear?”
“please stop pushing me!” balas Mia.
“pushing what? Did I do anything wrong?” soal AKim pada Mia. Sebentar tadi hatinya berbunga apabila dipanggil begitu oleh Mia. Rupa-rupanya itu hanyalah mukadimah sahaja. selebihnya hanyalah menyakitkan hatinya sahaja.
“you kan yang kasi rose tu?Penuh bilik dengan bunga ros tu. Rimas tau tak!” telah Mia. Dia sendiri tidak pasti apa yang ingin dihujahkan. padahal hatinya turut berbunga-bunga melihat bunga yang begitu banyak seperti itu.
“bila pula akim kasi mia bunga?” Akim berdalih. Sumpah! bukan dia ingin menipu.
“habis, kalau bukan you, siapa lagi?” soal Mia,mendesak.hatinya sungguh menyatakan yang Akimlah penghantar bunga itu.
“manalah Akim tau. Mia kan cantik. Ramai peminat,” balas AKim. Suaranya sengaja direndahkan.
“Dahlah, malas Mia nak bergaduh dengan AKim lagi! Bencilah Mia dengan Akim, tau tak!” bentak Mia.
“sayang…” panggil Akim. “ tunggulah Akim.”
“hish… jangan panggil sayanglah! I dah tak sayang you and stop holding my hand!” marah Mia.

Sesuka hati Akim mahu pegang tangannya dan panggil dia sayang. bila mahu, dia sayang. bila tak nak, dia buang!

Mia melangkah laju, meninggalkan AKim yang terkedu. Akim membiarkan Mia pergi. Dia harus banyak bersabar dalam memujuk hati Mia. Dia tahu hati wanita itu. dalam matanya masih punya sinar cinta untuknya. Itu dia pasti.

---- to be continue---

read part 1  . part 2

5 bunga-bunga cOmeL:

pelaholic said... [reply to comment]

cepatla ending weyh
ni mesti mau tunggu sebulan dua baru dapat nak tgk ending or next chap
cepat2 la sambung
ku sudah tak sabo mau menjadi mcm akim....hahahha

ATIE said... [reply to comment]

hee.. tau xpe...

ko nak jd cam akim... hmmm?

K-RuN said... [reply to comment]

btol2...
bila lama2 xingt dah jln cita part 1 n 2...
tpakse revise balik b4 bc part 3 ni..heeee

ATIE said... [reply to comment]

khairun.. kte bz sket.. tu yg lambat tu.. hari tu time cuti ingtkn nak abeskan terus je satu part. tp mcm x sesuai la plak..

pelaholic said... [reply to comment]

mesti nak jadi mcm akim...hehehehe

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...