Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, January 29, 2011

euthanasia_bab 7


1 FEBRUARI 2008

KOLEJ KEDIAMAN SULTANAH BAHIYAH
Cuti pertengahan semester pun bermula. Ramai yang sudah berangkat pulang ke kampung. Tetapi tidak bagi aku dan juga ahli-ahli keluarga KKAAXI. Lagi dua hari projek kesayanganku ini akan berlangsung. Berdebar-debar hatiku hanya Tuhan yang tahu. Syukurlah di saat projekku bermula, rezeki datang mencurah-curah.
“Hasri, kau baca apa tu”, soalku pada Hasri yang kulihat kusyuk membaca sesuatu di satu sudut dalam BSG.
“Warkah Halaqah, edisi Januari. Dah lama keluar ni.” Balasnya sambil membelek-belek kertas nan sekeping itu.
“Hmmm.. aku belum baca. Pinjam.” Lalu dia menyerahkan rencana itu kepadaku.
‘UKHUWWAH ISLAMIAH’. Aku membaca tajuk hadapannya. Macam menarik. Detik hatiku. Aku teruskan bacaan.
‘Ukhuwwah juga merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa. Tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwwah. Begitu juga tiada persahabatan tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa persahabatan.’
Aku berhenti membaca seketika, cuba mencerna apa yang melintasi kotak fikiranku sebentar tadi.
‘Terdapat beberapa  kelebihan terhadap Ukhuwwah Islamiyyah jika dihayati. Antaranya ialah wajah mereka bercahaya, mendapat perlindungan Arasy ALLAH pada hari Khiamat, merasai kemanisan iman serta mereka dilimpahi kasih sayang ALLAH.’
“Kesimpulannya, Ukhuwwah Islamiyyah yang mantap di kalangan penokong-pendokong perjuangan Islam merupakan kekuatan dalaman jemaah yang sukar diganggu gugat. Melaluinya akan lahirlah pejuang-pejuang yang istiqamah dan bersedia berkorban untuk kepentingan Islam. Mereka juga ibarat mata rantai yang kukuh bagi jentera kecil tetapi mampu menggerakkan beban yang berat. Begitu?” soalku pada Hasri.
“Ya, pandai pun kau!” pujinya sambil tersenyum.
“Memang aku pandai,” balasku tersengih sambil memandangnya. Dia mencebikkan bibirnya ke arahku tanda tidak puas hati. Namun ia hanya mengundang tawaku sahaja. Macam tak faham-faham sahaja aku ini bagaimana. Itu pun nak ambil hati. Niat aku hanyalah ingin mengusiknya, Si Kambing yang perasan muka macam Yusri KRU. Kadangkala aku rasa bersalah apabila mengejeknya begitu, namun dia tidak pernah mengambil hati. Katanya itu pengikat persahabatan, gurau-gurau begitu. Mungkin betul juga. Tetapi apa yang lagi penting, dipanggil pula aku Si Cicak. Aku terkekeh-kekeh ketawa setiap kali dia memanggilku dengan panggilan itu. Walau seribu kali aku cuba tidak menyahutnya panggilan ‘cicak’ daripadanya, dia tidak pernah puas mengusik. Selagi aku tak menyahut atau memandangnya, selagi itulah kedengaran ‘cicak..cicak..cicak..’ Sakit benar telingaku. Tapi apa boleh buat, sudah pun terbiasa dengannya.
“Kambing!!” aku memarahinya suatu hari kerana mengejutkan aku yang sedang leka menatap skrin komputer.
“Cicak!!” dia membalas dengan wajahnya yang menyakitkan hati. Tuhan, sabarkanlah diri ini.
“Apa kelas kau panggil aku cicak. Aku ni patut kau panggil bidadari tau!” balasku pula sengaja mengumpan jawapan daripadanya.
“Ish, perasan minah ni! Tak ada rupa bidadari langsung,” pantas dia menjawab, mengenakan aku kembali. Salahku jua kerana memberi peluang kepadanya mengenakan aku. Masakan tidak, membandingkan diri sendiri dengan bidadari yang sinonim dengan kecantikan yang tiada tara di antara makhlukNya. Memang wajarlah dicopkan ‘minah perasan’. Aku tersengih dalam hati. Tiba-tiba aku mendapat satu akal.
“Yelah, aku tau aku tak lawa, tak cantik! Tapi di akhirat nanti InsyaAllah aku akan jadi bidadari untuk suami aku tau,” balasku dengan rasa bangga. Apatah lagi dia hanya tersengih dan tidak membalas seperti selalu.
“Yelah.. aku kalah.”
Dan akhirnya aku menang. Tapi hanya pada ketika itu sahajalah. Masa lain, pasti ada sahaja  hujahnya yang membuatkan aku terdiam, mati akal.
Aku kembali meneruskan kerja-kerja yang tergendala. Sewaktu mesyuarat rutin tadi, banyak kerja-kerja yang telah disiapkan. Jemputan VIP, jemputan perasmi, bas untuk lawatan ke Politeknik Shah Alam, ucapan-ucapan untuk majlis pembukaan, dan aturcara perasmian sudahpun di selesaikan. Backdrop, hiasan dewan, pengambaran multimedia, jamuan vip, buku cenderamata, nametag dan beberapa perkara penting masih lagi dalam proses. Walaupun aku dilanda kerisauan namun kutahu, mereka pasti tidak akan mengecewakan aku. Itu janji mereka dan aku percaya kepada mereka.
“Euthanasia!” terpacul perkataan itu dari bibirku tanpa sedar. Aku berfikir sejenak. Sepanjang cuti ini, perhatianku betul-betul tertumpu kepada projekku yang satu ini  hingga melupakan pada yang lain. Tidak mengapa Tina, lepas habis projek ini, kita selesaikan pula projek Euthanasia. Kataku pada diri sendiri, memujuk dan menenangkan diriku yang tiba-tiba dirasuk rasa bersalah. Selesaikan kerja satu-persatu. Bagai terdengar-dengar diriku mengarah.

4 FEBRUARI 2008

Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya KKAA XI. Hari sudah pun menginjak ke petang. Aku keletihan berkejaran ke sana ke mari. Sekejap orang ini panggil. Sekejap cikgu pengiring mahu berjumpa. Sebentar kemudian, masalah penginapan pula. Serabut kepala aku memikirkannya. Namun senyuman tetap tidak lekang dari bibirku yang comel ini. Comel ke? Aku tersenyum sendiri. Perasan! Macam kata Hasri. Senyumku masih meleret. Bagus juga terapi ‘perasan’ ni, boleh buat aku senyum sepanjang hari.
Apabila adik-adik yang menjadi tamu di kediaman kami ini diambil seratus peratus oleh barisan fasilitator, aku menitipkan syukur yang teramat sangat. Begitu susah untuk mendapat peserta di kala cuti-cuti begini. Inipun, tiada seorang pun pelajar dari kaum Cina. Bukan kami tidak beruasaha mencari tetapi aku sendiri sedia maklum bahawasanya projek aku jatuh pada Hari Tahun Baru Cina. Sudah berkali-kali aku menukar tarikh namun apakan daya, Tahun Baru cina memang tidak dapat dielakkan. Tidak dapat tidak, perlu jua dilangsungkan majlis yang sudah sebelas kali bertukar pengarah, bermakna sudah sebelas tahun dianjurkan oleh KKSB dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan YATIM.
YATIM, sehebat namanya, hebat jugalah yang bernaung di bawahnya. Sebutlah apa sahaja yang berkaitan anak-anak yatim, pasti yang timbul di fikiran kebanyakan orang adalah, sedekah makanan, wang belanja untuk berhari raya dan lain-lain lagi. Tetapi, satu yang kukagumi mengenai YATIM yang berpusat di Taman Tun ini ialah cara mereka. Pendekatan mereka berlainan. Mereka bukan seperti agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang biasanya hanya menyuap sahaja golongan ini. Bukan maksudku menafikan budi mereka. Tetapi cuba kita fikirkan, si miskin, jika kita beri ikan untuk dimakan, maka ikan itu akan habis. Tetapi cuba kita ajar kepada mereka cara untuk memancing. Nah, hasilnya! Sepuluh tahun akan datang pun dia bisa mendapatkan ikan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Inilah pendekatan YATIM yang menarik aku untuk sama-sama mengembeleng tenaga dan usaha ke arah yang lebih maju. Adik-adik ini bukan hanya diberi kemewahan sebentar cuma, namun disisipkan juga ilmu dunia dan akhirat yang boleh mereka gunakan sepanjang hayat. Moga-moga kem ini menjadi titik tolak untuk mereka melangkah ke alam dewasa yang matang.

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...