Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, April 7, 2012

spike aku masih kencang OK! 4


Chap 4

Neya tersenyum lebar. Makin lama, makin lebar. Sekali-sekali ekor matanya memandang sekeliling, takut pula dikata gila!

Tak sangka, skill aku memang boleh tahan! Dah dua tahun berhenti main, tapi spike aku masih kencang macam dulu. Nasib baik jugalah coach tu bagi peluang pada aku, kalau tak melepaslah jawabnya. Yelah, orang lain pergi berlatih untuk selection dah 2 minggu, tapi aku?2 hari yang terakhir baru nak tunjuk muka. Nasib baik juga budak-budak lain sporting kasi aku join diaorang.

Neya tersenyum lagi. Langkah kakinya semakin laju bila langit sudah semakin kelam. Kalau berlari pun, 15 minit juga baru sampai ke kolej. Inikan pula berjalan macam sekarang.

“Neya, jom I hantar balik?” suara itu kedengaran sebaik sahaja ada sebuah kereta berhenti di bahu jalan betul-betul sebelah Neya.

“Aqil?”

“jomlah, I hantar you balik kolej.”

Neya berfikir sejenak. Kalau ditolak, rasa rugi pula. tapi kalau diterima, termakan budi.

thanks but no thanks,” balas Neya lalu meneruskan langkahnya.

“come on Neya, kawan-kawan I kat belakang semua tengah tengok I tu,”pujuk Aqil sambil keretanya dipandu perlahan menyaingi langkah Neya.


Neya berhenti lagi lalu pandangannya ditebarkan ke belakang. Memang ada beberapa orang lelaki yang sedang memandang ke arah mereka.

“yelah... yelah...” kata Neya lalu mengambil tempat duduk di sebelah pemandu. Aqil tersenyum girang.

“Jom kita pergi dinner dulu?”

“awak nampak tak langit dah kelam? Matahari pun dah terbenam. Dah maghrib pun. dengan peluh-peluh macam ni? awak tu, dah macam baru lepas berkubang, baliklah mandi  dan solat dulu. Baru fikir pasal makan. Lagipun saya tak ada selera nak makan lepas penat main,” jawab Neya.  dia lihat Aqil tersengih.

“apa yang lucunya?”

“you ni macam mak nenek!” jawab Aqil lalu ketawa.

“whatever!”

5 minit kemudian, kereta satria Aqil sudahpun tiba di perkarangan kolej penginapan Neya. selepas mengucapkan terima kasih, neya terus meninggalkan Aqil sebelum lelaki itu sempat berkata apa-apa.

“aduh!! Nombor telefon pun aku tak sempat nak minta!” Aqil menepuk dahinya.
Ingatannya kembali pada pelawaannya untuk dinner. Padahal bukan itu yang dia hendak tanyakan. Malah, semua yang Neya bebelkan selepas itu pun ada betulnya. Bab-bab nak mengayat ni, dia memang lemah!



USAI membersihkan diri, Neya sujud menghadap yang esa. Segera menunaikan tuntutan yang satu itu memandangkan jam sudah menginjak ke angka Selepas itu, dia mencapai al-qurannya lalu dibaca merdu. dia rasa tenang, lebih tenang dari biasa.

Sedang asyik dia mengalunkan ayat suci itu, pintu biliknya diketuk perlahan. Hendak dibiarkan, takut ada hal penting. Kitab suci itu lalu ditutup dan diletakkan di atas meja sebelum dia mencapai tombol pintu dan membukanya.

“sorry kak, ganggu!” terjengul wajah Kiki di muka pintu sambil tersengih menampakkan barisan gigi yang dipasang besi itu.

 Besi? Braceslah!

“ada apa ni kiki?”

“ada abang hensem idaman Malaya nak jumpa akak kat bawah.”

“siapa?”

“entahlah tak ada pula nama kat dahi dia tadi,” balas kiki berseleroh.

Neya menampar bahunya lembut, “kau buat lawak bijak pula ya!”

“betullah kak. Tak sempat pula saya tanya dia tadi sebab... sebab...” Kiki menekan-nekan perutnya. Tadi rasa macam dah hilang. Mungkin sebab niat dia ikhlas kot nak tolong orang, jadi sakit perutnya pun semacam hilang. Tapi sekarang,“... saya nak pergi tandas dulu kak.”

Kiki terkocoh –kocoh meninggalkan Neya. nasib baik biliknya pun tidak jauh dari tandas. Kalau tak, mahu tercicir tengah jalan! Neya ketawa.

“kak, tumpang sangkut air kelapa kat situ. nanti saya ambil!” jerit Kiki lagi sebelum menghilangkan diri ke dalam tandas.

Neya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Kiki. Air kelapa dia tu memang tak tinggal! Entah bila budak tu sangkut air kelapanya di situ pun dia tidak sedar.

Eh, siapa pula yang datang?

Tanpa berlengah, dia terus menanggalkan telekung. Mujurlah dia memang sedang berpakaian sopan saat itu. tudung di tempat sangkut, dicapainya lalu disarung kemas.


“AQIL, apa awak buat kat sini?” soal Neya sebaik sahaja nampak orang yang mahu berjumpa dengannya. Rasanya dia memang tidak salah orang sebab di situ hanya ada dia.

“i nak ajak you keluar makan memandangkan sekarang i dah mandi, wangi, dan super hensom!” pelawa Aqil sambil tersengih.

Neya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia memang agak lapar tapi tak pernah terlintas  di fikirannya yang dia akan keluar makan bersama dengan Aqil, abang hensem idaman Malaya, bak kata Kiki tadi.

“please...” pujuk Aqil.

“okay, tapi balik secepat mungkin. Paling lambat pukul 10. Saya ada banyak kerja nak kena siapkan,” kata Neya akhirnya bersetuju dengan pelawaan Aqil.

yes ma’am. As you wished!” balas Aqil teruja.

“saya naik atas tukar jeans kejap,” kata Neya sambil menunjukkan track bottom yang dipakainya.

15 minit kemudian neya dan Aqil tiba di restoran Semut-Semut, terletak tidak jauh dari kampus mereka. Neya ketawa membaca papan tanda restoran itu. tak ada ke nama lain yang lebih sedap? Ada ke semut!

“apa yang lucunya ni?” soal Aqil bila mendengar tawa dari Neya.

“semut-semut! Agak-agak jadi pelupa tak kalau makan kat sini?”soalan Aqil dibalas pula dengan soalan.

Aqil hanya menggelengkan kepalanya lalu ketawa. dia tak perasan pula kelucuannya pada nama restoran ini kerana pertama kali datang bersama Zaril dan kawan-kawan yang lain, dia tidak pandang kiri–kanan. Masuk, duduk, order dan makan kerana terlalu lapar dan stress waktu itu. maklumlah tengah final exam. Kelazatan makanan di situ terus melenyapkan kelucuan pada namanya.

"tak kisahlah yang penting nasi ayam sini sedap,” balas Aqil.

Mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu. 15 minit selepas membuat pesanan, juadah mereka pun sampai. Tidak banyak yang dibualkan memandangkan Neya agak keletihan. Dia hanya mengangguk-angguk apa yang diceritakan oleh Aqil.

Kadang-kadang dia pelik dengan Aqil. apa yang lelaki ini mahu? Dulu dia juga yang dikutuk-kutuk, kini lain pula yang jadi.

“jauh mengalamun?” Soal Aqil bila dilihat Neya termenung jauh.

“kalau saya tanya sikit boleh?”

“tanyalah.”

“kenapa ya awak tiba-tiba rapat dengan saya? I mean why you have to do all these?”

well... nothing much. Just i see something special in you and i want to know you better,” jawab Aqil jujur.

“tak ada apa yang istimewanya saya ni Aqil. awak dah salah orang,” kata Neya pula. bukan apa, kalau betullah apa yang difikirkannya, dia tidak mahu berikan lelaki itu harapan.

“tak salah kan kalau kita kawan?”

“memang tak salah. But if more than a friend that you seek, i just can’t!”

“kenapa Neya? you masih tak lupakan dia lagi?”

“i am trying.”

“let me help you then.”

“ia bukan semudah yang awak sangka, Aqil. saya tak nak bagi awak harapan. Saya tak nak awak kecewa sebab saya tahu kecewa tu sakit.”

“okay.okay... let just be friends?”

“betul?”

“betullah. Tapi you tak boleh nak salahkan i kalau i sukakan you.”

“Aqil!”

Aqil ketawa bila Neya marah begitu. Nak marah tapi macam tak marah. Comel adalah!

“gelak pula? saya bukan buat lawak.”

“baiklah Neya sayang. Macam nilah. Kita kawan dan serahkan semuanya pada takdir. Andai kata satu hari nanti salah seorang dari kita jatuh cinta tapi bertepuk sebelah tangan, terpaksalah terima. Tapi kalau masing-masing suka, so be it! Okay?”

“ah, suka hati awaklah!”

cool.that’s my girl.”

“tak ada maknanya. Berapa ringgit ni?” soal Neya mematikan terus topik mereka tadi.

“you nak buat apa?”

“nak bayarlah. Dah makan, takkan nak blah macam tu je?”

Aqil ketawa. makin cantik  pula si Neya bila marah-marah macam ni. hai, tadi cute, sekarang cantik. Lepas ni apa pula?Aqil ketawa lagi.

“awak ni kenapa? Dah dapat sawan gelak ke?” Neya menyindir. Lelaki itu tak habis-habis gelakkan dia dari tadi.

“hari ni saya belanja,” balas Aqil lalu bangun dan melangkah ke kaunter bayaran.

“tak payah nak susah-susah,” neya menarik tangan Aqil yang sudah maju beberapa langkah di hadapan.

“hai.. takkan baru 2 saat I bangun, you dah rindu?”

Aqil ketawa lagi.

“suka hati awaklah!” marah Neya lalu keluar dari restoran itu dan menuju ke kereta Aqil.

Dah lelaki tu nak belanja sangat. Hah, baguslah! selamat duit aku. Hari-hari belanja pun bagus! Neya mendengus geram.

 bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...