“oh, pak long, mak long! Masuklah. Inn baru je sampai,” pelawa Intan pada haji Shukri dan isterinya, Zabedah. Mereka berdua menapak masuk ke dalam rumah.
“lepas kamu telefon tadi, terus kami balik dari hospital. Lagipun hanya seorang pelawat saja yang dibenarkan menemani ayah kamu tu. Jadi kami suruh Abang Man kamu tinggal di sana. Bersabarlah ye Intan. ayah kamu dah stabil sekarang. Baru tadi kami selesaikan urusan pendaftaran dan sebagainya di bahagian kecemasan. Esok pagi saja kamu lawat ayah kamu tu,” ujar haji Shukri memahami gelodak perasaan Intan. intan hanya mengangguk. tadi semasa intan menghubungi mereka, dia disuruh pulang ke rumah dahulu.
“kenalkan ini aidil dan Kak Sophia. Teman sekampus dengan Inn,” kata Intan kepada kedua iba bapa saudaranya. Sophia dan Aidil bangun menyalami mereka. “akak, Aidil, pak long dan mak Long duduklah dulu. saya nak ke dapur, buatkan air.”
“ish, kamu ni. Baru je sampai. Biarlah mak long yang buat air. Kamu pergi kemas bilik untuk kawan kamu.
“baiklah mak long,” akur intan ketika Mak longnya sudah melangkah ke dapur.
“err.. biar I tolong you Inn,” kata Sophia. Intan hanya mengangguk. saat ini fikirannya melayang mengenangkan ayahnya yang sedang terlantar di hospital.
“AKAK, ayah Inn….”suaranya lirih sebaik sahaja keluar dari panggung. Sudah lama dia menahan sebak di dada. Sophia terkejut dengan tangisan Intan yang tiba-tiba. Gadis itu tiba-tiba memegang tangannya. Orang ramai yang keluar dari panggung sesekali memandang mereka.
“kenapa ni Inn?” tanya Sophia sambil menenangkan gadis itu.
“jom, keluar dari sini dulu,”ujar taufik.
Setelah berada di satu sudut yang lebih selesa, intan menceritakan apa yang terjadi. Dia telah mendapat panggilan telefon dari pak longnya yang mengatakan ayahnya terlantar di hospital kerana kemalangan.
“bila pak long kau telefon?” soal Taufik. Mereka yang lain hanya memasang telinga.
“aku tahu. Masa kau tiba-tiba berdiri tadi kan?” teka Aidil. intan mengangguk walaupun egonya melarang mengiyakan pernyataan yang keluar dari mulut Aidil.
“Inn, it was 20 minutes ago! Why didn’t you tell us earlier?” tanya Sophia pula. nadanya sedikit marah.
“Inn tak sampai hati…”
“kau sanggup biar ayah kau sakit daripada beritahu kitorang?” duga Aidil. geram pula dengan sikap yang ditunjukkan intan. mana boleh dia lambat-lambatkan perkara-perkara begitu.
“sudahlah. Sekarang bukannya masa nak bergaduh,”kata Taufik mengurangkan ketegangan yang muncul di antara mereka.
Intan kembali menangis. Menyesal dengan apa yang terjadi. Julia dan Sophia menenangkan intan. diusap belakang gadis berbaju kurung itu.
“kaulah tolong hantar dia Aidil. seriously, kalau aku ni baru sekali mungkir janji dengan mama aku, aku tak kisah hantar Intan balik,”pujuk Taufik.pening dia memikirkan hal itu. Sophia sudah bersetuju menemani Intan pulang ke kampung. Tapi takkanlah dia hanya membiarkan Sophia memandu seorang diri pula. Johan dan Rose sudah menempah tiket pulang ke sabah esok. Esok juga Edi perlu melapor diri di tempat dia melakukan latihan industri.
“tapi aku…”
“kalau Julia pergi pun, aku tetap tak berharap dengan mereka. Sekarang dah tengah malam. Boleh ya Aidil?”
Akhirnya Aidil setuju walaupun berat hatinya mahu menghantar Intan pulang ke kampung. Intan pula setelah diberitahu yang dia akan dihantar pulang oleh Aidil pada mulanya menolak habis-habisan. Dia tidak mahu berhutang budi dengan lelaki itu.
“kau ni! Cubalah sekali-sekala kau dengar cakap kitorang sikit. Kau ingat nak sangat ke aku hantar kau? Cuba hargai sikit apa yang orang buat untuk kau!” marah Aidil kepada Intan. malas mahu difikir perasaan gadis itu lagi. Dia tahu, pasti sengketa lama membuatkan Intan berhati-hati dengannya.
Demi mendengar apa yang dibicarakan oleh Aidil, hati Intan tersentap. Sampai macam tu sekali Aidil memarahinya. Apa salah dia pada lelaki itu? tiba-tiba ingatannya mengenang ayah yang masih di dalam ICU. Ayah! Ya, kerana ayah Intan bersetuju!
INTAN kembali ke alam realiti. Lincah tangannya memasang cadar dan menukar sarung bantal yang baru.Di sebalik dinding kayu yang memisahkan ruang tamu dan bilik yang sedang dikemasnya itu, kedengaran Aidil berborak dengan Haji Shukri.
“akak, pergilah dulu tukar baju di bilik Inn,” ujar Intan. dia faham, tentu Sophia keletihan. Dia sendiri turut berasa letih. Sophia mengangguk lalu Intan menunjukkaan biliknya kepada Sophia.
Selepas itu intan ke dapur. Hajat di hati ingin menolong mak longnya apa yang patut tetapi sebaik sahaja dia ke dapur, semuanya telah siap.
“bawak biskut tu ke depan Inn. mana tahu kawan kamu tu lapar,” ujar hjh. Zabedah kepada anak saudaranya.
“err… mak long kejap.”
“ada apa intan?”
“hmm.. mak long dan pak long tinggal di sini ya. Nanti apa kata orang kampung pula tengok Intan bawak balik kawan lelaki,” kata Intan perlahan. mak longnya mengangguk.
“AWAK tidur bilik ni. sebelah ni bilik mak long dengan pak long. Ini bilik saya. Dan kalau awak nak pergi tandas, ada dekat dapur,” kata intan sambil menunjukkan bilik-bilik yang dimaksudkannya. Aidil pula hanya mengangguk. 4 jam memandu membuatkan dia ingin tidur sekarang.
“err.. Aidil. terima kasih!” ucap Intan lagi sebelum lelaki itu masuk ke biliknya. Aidil tidak menjawab sebaliknya terus menutup pintu.
Intan terkelu.Aku salah ucapankah? atau dia tidak dengar? atau dia masih marah dengan aku? atau… eh, kenapa aku mesti fikir pasalnya?
Intan meninggalkan bilik itu lalu melangkah ke ruang tamu.
“pak long, bagaimana ayah boleh kemalangan?” soal Intan. tadi dia tidak sempat bertanya dengan pak longnya. Haji Shukri dan isterinya saling berpandangan.
“intan, esok sajalah kita berborak pasal ini. kamu tu dah penat. Pergilah tidur. Sudah pukul 4 pun. Esok pagi-pagi kita ke hospital,” balas haji Shukri.
“kalau macam tu, baiklah. Pak long dan mak long tidur bilik ayah ye,” kata Intan lalu bangun dan mengangkat dulang berisi cawan-cawan kosong kecuali satu sahaja yang dilihatnya air tidak terusik. Sophia sudah nyenyak tidur ketika dia masuk ke bilik ingin menjemput gadis itu minum.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
“err.. pak long, memek mana?”
“kamu ni… malam-malam macam ni sempat lagi teringat pada lembu kamu tu ye?” pak long ketawa. “ memek ada kt bawah rumah nilah. Dekat tempat dia. esok aje kamu jenguk memek tu. Jangan risau, pak long tengok, memek tu sihat aje, makin gemuk ada lah.”
Intan tersenyum senang hati. Setelah mengemas dapur, dia terus ke bilik. matanya tiba-tba diserang rasa mengantuk yang amat sangat.
SUDAH tiga hari ayah intan terlantar di hospital. Sophia dan Aidil masih lagi menemani Intan di kampung. Entah mengapa rasa berat di hati Sophia untuk meninggalkan Intan seorang diri. Tambahan pula layanan dari kedua ibu bapa saudara Intan juga sangat baik. Sophia jarang sekali dapat bermesra dengan saudara maranya. Semuanya sibuk mencari harta. Andai satu hari nanti berlaku sesuatu pada kedua orang tuanya, adakah saudara-maranya sudi menolong dia sekeluarga? Sophia mengeluh, membuang prasangka yang tidak-tidak.
“kenapa ni kak? Termenung panjang saja? teringatkan buah hati ke?” soal Intan. tadi dilihatnya Sophia begitu gembira sekali bila ingin dibawanya ke sungai. Katanya dah lama dia tidak mandi sungai. Sekarang, bila dah sampai termenung pula!
“tak ada apa-apa Inn,” balas Sophia lalu tersenyum. angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, terasa begitu nyaman sekali.
“Akak kata nak mandi, tunggu apa lagi? Silalah,” ujar Intan lalu tersengih.
“nantilah. Main-main air dulu. macam-mana ayah Inn hari ni?” soal Sophia.
Intan tersenyum. Ayahnya sudah semakin pulih. Cuma tinggal luka-luka di tangan dan badan yang perlu dijaga. Pagi tadi, hanya dia dan Aidil sahaja ke hospital. Sophia ingin berehat-rehat di rumah. Manakala pak long dan mak longnya pulang ke rumah mereka sebentar. Mujurlah Aidil akhir-akhir ini tidaklah segarang dulu. Cuma kadangkala kata-katanya pedas macam cili. Kalau tak makan cili pun, boleh rasa pedasnya. Tapi bila berdepan dengan ayah Intan, Aidil seolah-olah berdepan dengan ayahnya sendiri. Itu yang membuatkan intan kagum.
“Aidil dah lama ke kenal anak pak cik ni?” soal encik Syafik, ayah intan.
Intan memandang ayahnya. ‘Apa kena pula ayah ni? Dah jatuh hati ke dengan si aidil ni? Depan ayah je dia baik, depan Inn laser tak terkata! Kalaulah ayah tahu apa yang Aidil ni kutuk Inn, pasti ayah marah.’ Detik hati Intan.
“baru je kenal Inn ni pak cik. Kawan-kawan saya yang lain yang dah lama kenal dia. saya baru je balik ke UNIKL tu sebab sebelum ni, saya dekat UKM, ada twinning program,” jelas Aidil menjawab pertanyaan ayah intan sekaligus menjawab persoalan yang berlegar-legar di minda Intan selama ini.
‘ooo…patutlah! sejak aku jumpa kali pertama di kampus, hari-hari aku nampak dia pula di café sedangkan sebelum itu aku tak pernah nampak dia. Rupa-rupanya dia baru balik dari twinning program. Tapi kenapa di pertengahan semester pula? Ah, mengapa perlu aku mengerah otak mencari jawapan yang tiada kaitan dengan aku!’ intan bersoal jawab dengan hatinya.
“yang kamu tu Intan, apa halnya terkumat-kamit aje ayah tengok?” sapaan ayah Intan membuatkan dia terkejut.
“ha?”
Aidil tersenyum sinis ke arah Intan.“dia memang selalu macam tu kat sana pak cik,” kata Aidil mahu mengenakan gadis itu.
“mana ada. aidil tu mengadakan cerita saja ayah,” intan membela diri.
“intan..intan.. dari dulu perangai kamu tu tak pernah berubah,”kata-kata ayah Intan mengundang tawa dari aidil seolah-olah mengejek, ‘kau dah kalah intan.’
Hampir sejam lebih mereka di situ, mereka mengundur diri. Kasihan pula Sophia di rumah keseorangan, fikir Intan.
“amboi-amboi bukan main sedap lagi kau ketawakan aku ya sepet!” kata Intan sebaik sahaja berada di dalam kereta.
“kau panggil aku apa budak kampung?” soal AIdil semula. Pandangannya tertumpu pada Intan sekarang. Enjin masih belum dihidupkan. Hatinya panas. Sudahlah aku menghantar kau pulang, kereta aku pun kau tumpang, ada hati lagi nak mengata aku.
“aku panggil kau S.E.P.E.T. sepet!” ulang intan. siap di eja lagi perkataan sepet.
“kau ni, memang tak mengenang budilah intan. aku hantar kau pulang, aku tumpangkan kau ke hospital, ini yang kau balas pada aku?” soal AIdil lagi. Diluahkan juga kata hatinya sebentar tadi. Bukan dia tidak ikhlas, tetapi gadis di sebelahnya ini betul-betul menggugat kesabarannya.
Intan merenung aidil, mencerakinkan maksud di sebalik ayat yang baru dikeluarkan lelaki itu. dia hanya ingin bergurau, tidak sangka pula yang Aidil akan terasa hati.
“aku bergurau.”
“aku tak suka bergurau. Dan aku tak suka kau panggil aku sepet.”
“tapi kau panggil aku budak kampung.”
“aku suka.”
“tapi aku tak suka.”
“aku peduli apa kau suka atau tidak. Kau memang dari kampung kan?”
“kalau begitu aku panggil kau sepet. Sebab kau memang sepet!”
“aku kata aku tak suka!”
“kenapa aku kena kisah sama ada kau suka atau tidak?”
“budak kampung!kau memang sengaja nak cari pasal!”
“kau yang cari pasal sepet!”
“keluar!”
“keluar?”
Saat itu barulah Intan sedar yang dia terlalu berani bermain kata dengan lelaki itu. sesaat dia memandang tepat ke mata Aidil, cuba mencari kebenaran kata yang berupa arahan itu. mana tahu dia hanya bergurau. Namun riak wajah Aidil langsung tiada tanda-tanda gurauan di mata Intan.
Intan membuka pintu kereta lalu mengambil beg sandang lusuh miliknya dan melangkah keluar dari kereta itu. dan beberapa saat kemudian kereta itu meluncur laju, meninggalkan intan di tepi jalan.
“oh, memang dia maksudkannya! Hmm… dah nasib badan. Ada orang baik, kau cari pasal Intan oi! Nasib baik tempat kau sendiri. Tapi di sini susah nak dapat teksi atau bas. Hari jumaat pula tu! Nasib kaulah intan, berjanggut menunggu di sini!” intan bercakap sendirian.
Nasi sudah jadi bubur. Tapi bukan semuanya salah dia! intan berdesis. Aidil juga tidak mahu mengalah. dia mahu panggil aku budak kampung, tapi aku tak boleh panggil dia sepet. Mana adil!
“AIDIL, mana Intan?” soal Sophia apabila tidak melihat kelibat Intan bersama.
“aku tinggalkan dia di tepi jalan,” jawab AIdil dengan riak muka tidak bersalah.
“kenapa pula?”
“kau tanya dia sendiri! Aku nak pergi mandi, nak solat jumaat.”
“di tepi jalan mana you tinggalkan dia?” soal Sophia lagi apabila melihat lelaki itu buat tidak tahu sahaja malah langkahnya sudah menaiki tangga.
“dekat hospital,” jawab aidil bersahaja.
“aidil! you ni kan!! Hari ni kan hari jumaat. You lupa ke yang Intan cakap pagi tadi kalau hari jumaat, susah nak dapatkan public transport.”
Langkah aidil terhenti. Baru dia teringat perbualan mereka pagi tadi. Memang intan ada menyebut tentang hal itu, dan dia yang sukarela mahu menumpangkan Intan.
“hmm.. kejap lagilah pergi ambil dia. dah lewat ni. I nak mandi kejap. Kemudian pergi masjid, and you are coming with me. lepas hantar I, you pergilah ambil si intan tu.”kata Aidil lalu meninggalkan Sophia.
Mujur Sophia masih mengingati jalan ke hospital, kalau tidak memang kena tunggu Aidil baliklah jawabnya. 30 minit dia memandu, dia nampak kelibat Intan di tepi jalan. Sekejap intan berdiri, sekejap duduk, mungkin penat menunggu, desis hati Sophia.
Intan memerah otak mencari jalan bagaimana mahu pulang. Sudah lebih sejam dia menunggu, kelibat teksi langsung tiada apatah lagi bas. Jam di tangan dipandang sekilas, sudah pukul 2 petang. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya. Aidil?
“bagi pula si sepet tu pinjamkan girlfriend kesayangan dia ni kak?” itu kata pertama yang terluah dari mulut intan apabila memasuki fair lady kepunyaan Aidil.
“menanahlah juga telinga I ni dia bersyarah Intan. memang dia sayang sangat dengan kereta ni tapi dia lagi sayang you kot,”balas Sophia sambil tersengih. Intan ketawa. Sayang aku?
“kenapa sayang Intan pula? jumpa intan je naik angin si sepet tu. Bukan reti nak senyum dekat Intan, asyik marah adalah. Garang macam singa!”luah Intan.
“dia yang suruh jemput Inn, well walaupun dengan nada yang bersahaja tapi I tau dia risau juga bila ingatkan you yang tunggu sorang-sorang kat tengah pekan ni. Jadi lepas hantar dia ke masjid, dia yang suruh I jemput you,” terang Sophia.
“jadi lepas ni kena jemput dialah ye?” soal Intan.
“yelah. Rasanya sempat kot. Around 2.30 kita sampai kampung you kan?”
Tetapi sehingga pukul 3 lebih, mereka tunggu di luar perkarangan masjid Kampung Lama, kelibat Aidil tidak juga muncul. Sehinggalah orang yang terakhir pulang, Aidil tetap tiada. Intan melihat jam di tangannya lagi. Memang mereka tiba agak lewat untuk menjemput Aidil, tetapi bukannya mereka sengaja. Dalam perjalanan pulang tadi, sudah banyak masjid yang selesai menunaikan solat jumaat, jadi pergerakan kereta menjadi perlahan
“akak, kita nak tunggu ke nak balik? Inn pun belum solat lagi ni?” soal Intan. kalau mahu tunggu lagi, dia ingin bersolat di dalam masjid saja.
“kita baliklah. Mungkin Aidil sudah pulang agaknya,” jawab Sophia.
Memang seperti yang disangkakan oleh Sophia. Sebaik sahaja sampai di rumah, kelihatan Aidil sedang bersembang-sembang dengan haji Shukri di beranda. Intan memandang Sophia, mengapa mereka tidak masuk? Pintu rumah juga tertutup rapat.
“akak, kunci pada siapa?” soal Intan dan Sophia hanya tersengih. Maknanya Aidil terkunci di luar. Sebab itu mereka berbual-bual di beranda.
“ha kamu ni Inn, pergi ke mana lama sangat? Kesian si Aidil ni tak boleh masuk rumah. Pak long ajak dia ke rumah pak long, dia tak nak?”
“kami tunggu Aidil dekat masjid. Tak tau pula yang dia dah balik,” jawab Intan.
“I tak bawak handphone,” ujar Aidil sambil menghantar kata maaf melalui pandangan matanya kepada mereka.
“jomlah masuk dulu pak long, aidil,” jemputnya sopan sambil tangannya membuka pintu.
Aidil hanya menjeling intan sekilas. Tahu pula dia bersopan santun dengan aku!
“tak apalah Inn, pak long nak balik rumah dulu. Mak long kamu tu katanya nak ke rumah tok Besut petang nanti. Kamu jaga diri elok-elok ye. Malam karang, pak long datang sini.” pesan pak long. Intan mengangguk memahami maksud pesanan bapa saudaranya.
“kirim salam pada tok besut ye pak long. Nanti bila ayah dah sembuh, Inn ajak ayah melawat dia,” kata Intan.
Intan hanya tercegat di pintu rumahnya sehingga kelibat pak longnya hilang. Kemudian dia menapak masuk ke rumah, diikuti Aidil dan Sophia.
“akak dah makan belum?” soal intan kepada Sophia.
“I tunggu you tadi. Tak best pula nak makan seorang diri,” balas Sophia.
“Aidil pun belum makan kan?” soal Intan kepada Aidil yang sedang duduk di sofa. Matanya terpejam.
Aidil tidak bersuara sebaliknya hanya mengangguk.
“inn pergilah solat. I bancuh air dulu, nanti boleh makan sama-sama.” Ujar Sophia lalu meninggalkan Aidil dan Intan di ruang tamu. Dia faham ada perselisihan faham antara mereka. Melihat cara intan memandang Aidil tadi, dia tahu intan sedang menyimpan rasa bersalah.
“Aidil, saya minta maaf,” ucap intan perlahan. dia tahu lelaki itu tidak tidur.
“kenapa kau nak minta maaf pula?” soal Aidil dalam keadaan matanya yang masih terpejam. Lama dia menunggu jawapan dari gadis itu, tapi tiada kedengaran suara lembut di telinganya. Tatkala dia membuka matanya, Intan sudah tiada di situ. Aidil mengeluh.
bersambung...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment