“hai uyin! Buat apa tu?” suara ceria Luthfi kedengaran sebak sahaja aku menjawab panggilannya.
“buat kerjalah sayang! Ada apa ni?” soalku pula. jari-jemariku ligat menaip kertas kerja projek terbaru syarikat tepat aku bekerja itu.
“amboi, garangnya!” dia ketawa lepas. sedikitpun tidak terasa dengan kata-kata sinisku tadi.
“Awak tak kerja ke hari ni?”
“kerjalah. Tengah kerja ni. tapi rindu awaklah. Sebab tu saya call.”
Aku memandang telefon bimbitku itu! rasa macam tak percaya. Seminggu lebih dia senyap tanpa khabar berita, tiba-tiba telefon dan cakap rindu! Gila!
“saya betul-betul sibuk sekarang Luthfi. Ada proposal nak kena submit tengah hari ni,” kataku agar panggilan itu segera tamat.
Aku dengar dia mengeluh.
“could we have dinner together tonight?” soalnya perlahan.
“tengoklah nanti...” balasku acuh tak acuh.
“i really don’t like your ‘tengoklah nanti’ tu Nurin. Mesti tak jadi,” tegas suaranya menampar pendengaranku.
Yeke? Aku menimbang-nimbang dalam kepala. Banyak kali sangat ke aku cakap ‘tengoklah nanti’?
“tak apalah. I’ll text you soon. Bye.”
Luthfi menamatkan panggilan tanpa sempat aku berkata apa-apa. Aku meneruskan kerjaku,langsung tidak mahu memikirkan hal Luthfi.
10 minit kemudian, aku menerima sms daripadanya.
Saya dah minta izin dari abah awak. Dia benarkan saya keluar dengan awak. So don’t forget tonight! I’ll pick you up at 8. No excuse, pls.
Love, luth! ;p
LUTHFI!!!!!!!!
Terasa mahu bergegar badanku dengan jerita batinku itu. belum lagi aku jerit betul-betul. Mahu bergegar pejabat ni nanti!
“NI kenapa muncung panjang sedepa?” itu sapaannya apabila aku masuk ke dalam perut Honda Jazznya itu.
“nak pergi mana?” soalku garang.
Dia ketawa.
“saya suka tengok muka awak bila marah macam ni!” usiknya.
Steady pula si Luthfi ni. kenapa, cantik sangat ke muka aku ni bila marah? Yang abah ni pun satu, kalau dengan Luthfi, semua ya! Siap warning aku lagi suruh keluar juga dengan Luthfi. Sakit kepala betullah dengan dua beranak ni! Luthfi ni anak abah aku ke anak bapak dia sebenarnya???
“nurin, cuba senyum sikit. Terpaksa sangat ke keluar dinner dengan saya ni?” soalnya. Kereta yang kami naiki sudah pun menjalar di atas jalan.
Tahu pun! Aku senyum segaris. Dia ketawa lagi!
“kelakarlah awak ni. okay, saya tahu awak dipaksa dan terpaksa. But please... for sake of our relationship,” ujarnya perlahan dan lambat-lambat. Mungkin tidak yakin dengan apa yang dia katakan.
“maaksud awak?”
Dia hanya tersenyum lebar dengan pertanyaanku itu. bodoh sangat ke aku tanya macam tu? tapi apa yang dia maksudkan?
Luthfi hanya membiarkan soalanku tanpa jawapan sehinggalah ke destinasi makan malam kami, restoran Akasia, Shah Alam.
“tom yam kat sini sedap. Awak mesti kena cuba!” pujinya bersemangat. Aku hanya mengangguk-angguk sahaja kata-katanya.
Kami duduk di satu meja yang agak jauh dari yang lain.bagus juga! Aku ni bukan rajin sangat nak melayan dia. muka ni pun tak reti-reti maniskan lagi apatah lagi dengan soalanku yang masih lagi tidak terjawab.
“tom yam campur besar satu, ayam goreng kunyit, nasi kosong dua, fresh orange satu ... awak nak minum apa?”
Aku termangu-mangu sekejap dengan pertanyaan. Dah alang-alang tu apasal tak order sekali teh tarik ke sirap bandung ke untuk aku?
“minum kak?” soal pelayan itu kepadaku.
“epal susu sejuk,” balasku ringkas.
Gadis yang sempat aku tengok tag namanya- maisara itu pun berlalu bersama pesanan kami.
“awak tahu tak air buah tak baik campur dengan susu?” soal Luthfi kepadaku.
“tahu. dah lama tak minum. Hari ni teringin nak minum,” jawabku pula. dah alang-alang nak melanggar pantang larang kesihatan ni kan. Bukannya selalu!
20 minit kemudian, pesanan kami tiba. Semangkuk besar tom yam campur, sepiring ayam goreng kunyit, 2 pinggan nasi kosong, fresh orange dan jus epal susu.
Aku masih lagi memandang tom yam yang berasap nipis di atas meja ketika Luthfi sedang enak menjamu selera. Nak makan ke tak nak? Kalau makan karang, tak pasal-pasal esok kena ambil MC.
“kenapa tak makan lagi?”
“errr...”
Dia terus menyudu tom yam dengan isinya sekali ke dalam pingganku sebelum sempat aku menolaknya. Udang, sotong! Kecur air liurlah dibuatnya. tak boleh jadi ni. rezeki dah ada depan mata. Dalam pinggan sendiri lagi!
BERSAMBUNG...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment