Chap 8
“tak nak salam aku ke?” tanya Riyat sebelum dia memasuki
kereta. ada senyuman di wajahnya.
Aku mendengus, namun tangannya tetap aku sambut. Aku isteri
dia sekarang, isteri!
“macam tulah. Ni yang aku makin sayang pada kau Kiki,”
katanya sebelum mengucup lembut dahiku.
Aku tergamam. Ada satu perasaan indah yang aku rasakan saat
itu.
“bye sayang. Jumpa petang nanti,” katanya lagi lalu mengucap
salam dan keretanya berlalu pergi.
Lama aku berdiri di muka pintu sehinggalah aku benar-benar
kembali berpijak di alam nyata.
Ya, akhirnya aku selamat diijabkabulkan bersama Mohd Shakir
Hazriyat. Bukan main meleret lagi senyum nenek bila melihat aku naik pelamin
bersama lelaki pilihannya. Pelik juga aku. Sebulan lepas, keadaan nenek teruk
benar. Siap duduk hospital seminggu sebab darah tinggi dia datang balik. masa
sakit-sakit tulah nenek buat permintaan.
Permintaan apa?
Hmmm.. inilah permintaannya: perkahwinan aku dan Riyat mesti
dipercepatkan.
Hai... demi nenekku yang menjagaku sejak aku masih kecil,
aku rela buat apa sahaja selagi tidak melanggar larangan agama. Nenek hanya
suruh aku berkahwin, bukan suruh aku jadi GRO ke, edar dadah ke? apalah
salahnya aku turutkan. Semoga adalah keberkatan daripada Allah bila berkahwin
dengan restu orang tua ni.
Kini, aku tinggal berdua bersama Riyat di rumah yang sebelum
ini dihuni oleh aku dan Ana. Kesian Ana, kena pula pindah rumah. Mujurlah
memang itulah rancangannya dari dulu lagi. bila aku dah ada peneman, dia akan
cari rumah sendiri.
Sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan lagi kenapa
Riyat beria sangat nak kahwin dengan aku? Pernah sekali aku bertanya, tapi dia
hanya tersenyum. Tak juga aku dapat jawapannya.
PETANG itu aku pulang ke rumah lebih awal dari dulu.
Maklumlah sejak kahwin ni, aku dah tak balik kerja lambat. Walaupun hubungan
aku dan RIyat masih dingin namun aku tetap mengingatkan diri tentang
kewajipanku sebagai isteri.
Sampai sahaja ke rumah, aku segera mandi dan menunaikan
solat asar. Kemudian, aku ke dapur untuk memasak makan malam. entah kenapa,
hari ini aku lebih semangat daripada hari-hari sebelumnya. Mungkin sebab kucupan
Riyat pagi tadi kot! Aku ketawa sendiri di dapur.
Lebih sejam kemudian, semuanya sudah terhidang di meja. Ikan
goreng, sambal udang galah dan sayur kalian. Cukuplah tu. bukannya nak makan 10
orang. hanya kami berdua sahaja.
Setelah berpuas hati, aku masuk ke bilik untuk tunaikan
solat maghrib. Daripada mahgrib, bawa ke isyak, Riyat masih belum pulang.
Biasanya dia tidak pulang lambat begini. Setidak-tidaknya pukul 7.30 dia pasti
sampai ke rumah.
Aku menunggunya di ruang tamu. Perut aku dah berkeroncong ni. mana kau
Riyat??
Telefon di atas meja, aku jeling. Bukannya reti nak
telefon!!! Marahku, entah pada siapa. Bukannya Riyat dengar pun.
Aku nak telefon dia?? tak mungkin... tak mungkin...
“Assalamualaikum...” akhirnya suara salam itu menghilangkan semua
resah yang bertandang tadi. Siapa kata aku tak risaukan Riyat? Dia suami aku,
tentulah aku risaukan dia!
“waalaikumussalam..” aku menjawab dengan nada yang aku
sendiri tak tahu nak gambarkan bagaimana. Marah? Merajuk? Geram?
“eh, lain macam aje bunyi tu?” katanya lalu menutup pintu
rumah.
“dah makan ke belum?” soalku padanya.
“dah. kenapa? kau tak masak kan? tak apa. aku makan dengan
Eddy tadi kat riang-riang!”
Wah, siap mention
lagi makan dekat mana! Aku yang duduk kat rumah ni, berlapar tunggu dia. menyesalnya!
Penat aku masak. Tiba-tiba rasa touching
semacam ni. aduh!
“eh, kau masak ke? Kau dah makan ke belum ni kiki?”soalnya
bila melalui meja makan.
“aku dah makan!” jawabku pantas, lalu bangun mahu
meninggalkan dia sebelum aku menangis di depannya.
Dia pantas menarik tanganku, “kau belum makan kan?”
“lepaslah Riyat! Aku dah makan. aku nak masuk bilik. Kau kan
rimas kalau tengok aku!” balasku sedih. Entah kenapa tiba-tiba aku mengungkit
kisah lama.
“itu dulu... bukan sekarang. bukan setelah kau menjadi
isteri aku Kirana. Duduklah. Kita makan sama-sama. Tadi aku makan sate.
Sekarang, aku nak makan nasi. Tambah-tambah isteri aku yang cute ni masak.
Mestilah aku nak makan,” pujuknya lalu mencuit hidungku. Aku lihat dia
tersenyum.
Boleh tak, aku rasa... aku dah termakan dengan
pujukannya???? Tapi mestilah aku nak jual mahal kan?
“kau makanlah sorang-sorang.”
“Kirana... please...”
Bila melihat matanya yang bercahaya tu, tak sampai hati pula
aku. Tambahan pula dengan aksi dia yang sedang menadah pinggan. Hai, anak
siapalah ni?
“BURPP....”
Dia sendawa kuat. “Alhamdulillah.”
“selekeh!”
“nak buat macam mana. Sedap dan kenyang sangat. Kalau selalu
macam ni, buncitlah aku jawabnya!”
“buncit sebab tak jaga makan. tengah malam keluar lagi pergi
cari makan. burger pula tu! lepas tu,
balik rumah terus tidur. Mahunya tak gemuk!”
“baik cik puan... lain-kali aku balik awal, kita makan
sama-sama okay?” balasnya lalu tersengih.
“betul ke sedap aku masak?” soalku lalu ketawa.
aku lihat dia mengangguk.
“weh, kau jangan tipu aku sebab nak ambil hati. Kalau tak
sedap, beritahu aku. lain kali, aku boleh adjust.
Dulu, aku dengan Ana. Sekarang, aku dengan kau. Taste kita tak semestinya sama.”
“okay. Tapi untuk hari ini, aku rasa sedap je. Betul, aku
tak tipu. Sesuailah dengan tekak aku,” balasannya kedengaran ikhlas.
“bagus!” aku ketawa lagi. “aku dah penat masak, kau cuci
pinggan ye?”
“tak boleh. Kaulah cuci pinggan!”
“aku dah masak...”
“kiki....!” suaranya tegas.
“yelah tuan besar. Kau pergilah rehat. Biar aku yang
settlekan semua ni,” balasku beralah.
Dia kemudiannya ketawa., “kau ni comel jugak bila merajuk!”
“huh!”
“aku gurau jelah sayang. Jom, aku tolong kau. Boleh?”
bersambung
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment