Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, August 27, 2011

salam aidilfitri..

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..


semua orang pun dah sibuk nak berhari raya.. sekejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik dah hampir sebulan kita berpuasa...semoga ramadhan ini, ramadhan yang terbaik buat saya, dan buat anda semua..


semalam, dah selamat mendodol.hehe... walaupun aku kacau dodol lebih kurang setengah jam lebih, tapi dia punya muscle pain tu sampai ke malam terasa.. setengah jam bukan sebarang setengah jam tau. masa tu dodol dah keras jugak.. lebih kurang sejamm sebelum diangkat la...


esok, mak cakap nak kacau lg sekali.. abg aku dah balik bahau la kot.. tp abang ipar aku ada rasanya.. sorang..hmm.. nampak gayanya, aku pun kena jugakla..


oh, sibuk2 ni xsempat nak update jogging..nak kena termenung dulu, baru dpt idea.haha.. ni masa nk termenung pun xde.haha.. kalau sempat, aku post 1 episod untuk pagi esok. kalau tak, akan disambung after raya nanti..


untuk semua pembaca n pengomen, tq.hehe.. seksa betul nak balas balik k0men..internet slow. reload berkali-kali pun xbleh jugak.tensen.huhu..


di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... kalau ada tersalah, tersinggung kat mana-mana sama ada di alam maya ataupun di alam real, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... kalau tak puas hati, kita face to face.hehe.. 


assalamualaikum...


p/s: dpt 1 je kad rya. tu pun dr kedai spek... haha.. jadilah..







Friday, August 26, 2011

jogging #20

3 bunga-bunga cOmeL

Jogging day 28

Aku mengambil angin di taman permainan itu. Malam tadi, aku dipaksa juga ikut mama. Memang dekat sangat! Dalam taman perumahan ni juga.

Dan yang paling penting, itu adalah rumah mamat kepul-kepul tu!

Huh! Memang malang. Dan baru aku tau siapa sebenarnya nama dia. Raja! Cuma raja. Itu yang diberitahu kepadaku ketika kami diperkenalkan.

Raja?

Raja kapoor? Raj...rajni khan? Hahaha

Ada lagi nama raja dalam dunia moden ni?

“ni untie kenalkan anak perempuan auntie, queen!” balas mama lalu tersengih-sengih.

Keluarga Raja ketawa. “pandai auntie buat lawak.”

Mama, kalau datang penyakit humor dia, memang tak kira tempat...

“Hai Cik  Queen!”

Aku mencari arah suara itu. Siapa lagi, mamat KK tulah a.k.a Raja. Dia tersenyum meleret. Tak ada nama lain ke selain raja. Geli anak tekak aku nak menyebutnya.

“berapa round hari ni?”

“3 je. Dah penat. Semalam overloaded. Sedap sangat!” aku ketawa.

“i don’t know it was you at first. selalu tengok selekeh je.malam tadi cantik sangat!” dia memujiku. Ikhlas atau pun tidak, aku tidak pasti.

“thank you. panggil saya Que aje. Mama memang macam tu. suka buat lawak,” ujarku.

“oh, really? Ingatkan memang betul nama Queen. It is so unique and very rare. Lagi-lagi zaman moden ni.”

Dia ketawa lagi.

Amboi mamat KK ni. lebihlah pulak.

“okeylah encik raja. Saya balik dulu ya.”


bersambung...

Wednesday, August 24, 2011

balik kampung!!

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...


kalau masa tak online..byk giler idea nk merepek... tp bile je bukak writing new post, terus blank! sume yg nak direpekkan rsa xpenting...


huhu.. talking about this coming aidilfitiri, what do you have in mind?


for certain people, skrg mesti tgh mengira hari nak balik kampung untuk beraya kan?? dan aku, buat pertama kalinya tak rsa cmtu... maklumlah dah lebih 20 hari dah puasa kt rumah... nk balik mana lagi. dah memang dok kat kampung..hehe


merantau ni kt tempat org ni ada jugak bagusnya... feeling masa nak balik tu, hanya Allah yang tahu apa rasanya...itu yang mahal tu... rndu p0n mesti dah berkoyan-koyan...kan2???hehe pastu rsa macam nak suruh mak masak macam-macam. nak p sana. nk p sini... 


haha...okaylah. i'm out. dont know what else to write..


have a safe journey guys! 

salam..

Tuesday, August 23, 2011

jogging #19

1 bunga-bunga cOmeL
Jogging day27

“adik cuti kan malam ni?” soal mama yang sedang menyiram pokok bunga di taman.

“cutilah. Kan hujung minggu. Kenapa?” aku menyoal mama kembali.

“temankan mama pergi rumah kawan mama. Dekat aje!” aku yang sudah lengkap berpakaian sukan, menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“mama ajaklah abang. adik malaslah. Lagipun kan dekat je.”

“hah, ajak abang pergi mana?” sergahan abang mengejutkan aku. Tapi tatkala melihat dia juga lengkap dengan pakaian sukan, itu lebih mengejutkan aku.

“ni kamu nak pergi mana pula?” soal mama pada abang.

“abang nak ikut adik pergi cari jodoh!” balas abang lalu ketawa. 

mama hanya menggelengkan kepala.

“jangan lupa malam ni!!” mama mengingatkan aku lagi sebelum aku dan abang meninggalkan mama bersama bunga-bunga di tamannya.

“mama ajak pergi mana?”

“pergi rumah kawan dia.”

“blind date lagilah tu. abang pun nak ikutlah! Mana tau auntie tu ada anak perempuan cun yang tak pernah cucuk-cucuk langit,” balas abang.

Perli akulah tu!

bersambung.....


Monday, August 22, 2011

bajet raya 2011

0 bunga-bunga cOmeL



status untuk raya tahun ni dah xsama mcm tahun lepas..oh. bukan status bujang atau sudah berkahwin. tp status belajar atau sudah bekerja..


alhamdulillah.. walaupun masih belum lagi bekerja sebagai guru sandaran terlatih, tp allah dah bukakan pintu rezeki aku di subang. 


so.. berkenaan bajet raya tahun ni. hehe.. semuanya terpaksa ala kadar saja spt sll.. memandangkan bulan ni xde gaji apatah lagi bonus raya.huhu.so kena berjimat cermat spy sebulan pertama lepas raya nanti dpt survive sblum dpt pulak gaji lagi.hehe


1-baju raya (dah settle bfre puasa. tgl nk byar upah buat je)
2-baju untuk mak n abah(mak da settle bulan lepas lagi. abah pun dah belikan)
3-kasut(dah.comfort n bukan untuk raya semata-mata)
4- tudung(belum lg.)
5-kuih raya.(belum. xtau nak buat apa)
6-duit raya.(anak sedara-3 orang. anak sedara sepupu-4 + tak terkira)
7- duit belanja raya ..wt dodol segala.. xkn xmenyumbang...huhu
8-
9-
10-


ok2... sudah2... takut aku nak buat list lgi...hahaha


belanja ikut kemampuan la kan... nk simpan lg. nk bayar ptptn lagi. nk survive kt sana lagi... harap dorg faham..

p/s: ramadhan bakal berakhir... terasa cepat sngt masa berlalu....

Monday, August 15, 2011

jogging #18

1 bunga-bunga cOmeL
Jogging day  25
Hai mana pergi encik kepul-kepul ni? dah 5 hari tak nampak batang  hidung. Takkanlah malu sangat sampai tak keluar rumah?

Itulah... yang tiba-tiba dia mengaku dia tu boyfriend aku tu kenapa? Dah tu gayanya macam nak cari gaduh bukan gaya nak kenal siapa yang duduk sebelah aku. Abang pula apa lagi, mulalah nak jadi ala-ala pemenang grammy award. Poyo!

“kau siapa?” abang dah berubah riak.

“aku boyfriend dialah!” mamat kepul-kepul menjawab.

Abang memandang aku, “you kenal siapa laki ni sayang?”

Aku terkelu memandang kedua-duanya. Masing-masing dengan aura nak cari gaduh.

“sayang, jom kita balik!” abang menarik tanganku.

Aku segera bangun. Tapi belumpun sempat kami memulakan langkah mamat kepul-kepul tu tiba-tiba menarik tangan abang. Apa lagi, lebam biji mata!

“aku abang dialah!” balas abang lalu dilebamkan pula muka mamat tu.


Aku ketawa. Padan muka!

Ops. Nanti orang ingat aku ni gila pula, ketawa sorang-sorang.Lalu aku pandang kiri dan kanan.

“Ok, line clear,” kataku perlahan.

“apa yang line clear??”

Huh!mamat kepul-kepul! Bikin terkejut saja. Macam tau-tau je aku tengah ketawakan dia, tiba-tiba muncul kat sini.

“dah lama lepak kat sini?”

“baru je.”

“ni apa sengih-sengih ni?” dia menyoal.

Aku memang tak boleh tengok muka dia la! Lama dia merenungku. dan akhirnya dia mengeluh.

“saya balik dululah!” katanya lalu bangun dan berlalu. Aku tergamam.

“eh.. eh.. hei.. emm..” alamak! Siapa pula nama mamat ni.

Dan akhirnya dia hilang dari pandangan mata.

Alahai... softhearted pulak!

Saturday, August 13, 2011

jogging #17

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 19

“abang bangunlah. Weekend je nak mengular.weekend je nak mengular..”
“adik nak apa? Membebel macam mama pagi-pagi ni!”
“adik nak ajak abang joggingla!”
“malas!”
“jomlah abang. Kata nak cari jodoh...”

Berjaya jugak mengajak kekandaku berjogging pagi ni.bersemangat betul dia. Sampai ke stadium diajaknya aku berjogging.

“hah!mana Marlini anak auntie Farhana? Instructor yoga konon.... nandini adalah!”

“adik sebut nandini apa! Abang yang dengar marlini,” balasku lalu ketawa.

“banyaklah kau punya Nandini. Dahlah, jom rehat dulu. Abang dah semput.”

“cucuk-cucuk langit tak semput pulak?” ujarku perlahan. Bilalah abang mahu berubah..

“kau ni mulut tu memang laser! Patutlah sampai sekarang tak ada boyfriend!” balas abang lalu ketawa.

Aku menumbuk bahu kirinya. Dia membalas. Aku pun, balaslah balik.

“assalamualaikum...” suara itu menghentikan tingkah laku kami.

Aku yang memegang tangan abang saat itu terus melepaskannya.

“Kau ni siapa? Aku boyfriend dia!”

Aku menelan air liur. Apahal pula mamat ni?????sejak bila aku berboyfriendkan dia????


bersambung...

Friday, August 12, 2011

jogging #16

2 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 18

Mulakan hari dengan senyuman.. bersemangat hari ni!sangat!

Bismillah... langkah dimulakan...

Bukan apa, malam tadi kawan mama je datang. Gembira betul aku! Anak dia tiba-tiba kena masuk kerja. Petang ni baru balik. Melompat jugalah aku. Tak payah buat blind date kat tepi kolam macam selalu.

Tapi mak cik tu macam baik aje... mesti anak dia baik kan. Alah, tapi tak tentu jugak. Kadang-kadang mak bapak baik, tapi anak, tak sedar diri!

Yang lawaknya tu, siap bawak gmbar anak dia lagi. Comel! Tapi masa umur 9 tahun. Entah-entah sekarang dah debab ke. hish tak nak lah aku..huu...

Abang pula, menyesal tak sudah sebab cancelkan date dia tapi ‘bakal adik ipar’ dia tu tak datang pula. Dia cakap kat mama, cancel jadi adik ipar! Dan aku, apa lagi, sangat setuju!

Penat berjogging, seperti biasa aku bersantai di kerusi panjang tempat aku selalu melepak.

Mana mamat asap kepul-kepul ni? hari ni semangat nak kenakan dia membuak-buak, dia pula tak ada.

Mulut kata tak nak, tapi mata tu asyik-asyik menjeling rumah dia kenapa? Sewel!

“HAH!”

Allahurabbi! Nak tertanggal jantung aku!

“hei, dah tak ada kerja lain dah?” aku memarahi dia. Cancel buat calon. Lama-lama macam ni, mau darah tinggi aku.

Dia hanya tersengih menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. Baru aku perasan.

“cacat rupanya awak ni...” senyum aku meleret.

Dia mengerutkan dahi. Mungkin tidak faham dengan maksud ayatku tadi.

“tak ada apa-apa..” balasku lalu ketawa dan meninggalkan dia...


bersambung...

Thursday, August 11, 2011

jogging #15

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 17

“ni kenapa resah gelisah ni , mengeluh je dari sarapan tadi?” soal abang ketika dia mahu ke pejabat.

“abanglah ni! kahwinlah cepat bang. Nak naik menanah dah telinga dengar mama membebel pasal kahwin kt adik tau!” balasku sambil tangan ligat mengikat tali kasut sukanku.

“abang belum jumpa yang sesuai dibuat binilah..”

“habis, yang pergi cari dekat club tu siapa suruh? Mana ada perempuan baik pergi tergedik-gedik dekat club cucuk-cucuk langit kekandaku oi!”

“jadi nak cari kat mana?”

“ carilah kat masjid ke surau ke. takpun suruhlah mama carikan! Ini adik pula yang mama sibuk carikan!” bentakku.

“oh, sebab itulah! Bila?” soal abang lalu masuk ke dalam keretanya.

“malam ni,”

“yes! Abang cancel malam ni punya date. Abang nak jumpa bakal adik ipar!” dia ketawa lalu menghidupkan enjin. Sesaat kemuadian, keretanya sudah memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

Dan kakiku turut memulakan langkah...


bersambung...

Tuesday, August 9, 2011

dialog #1_ kakak bila lagi?

3 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..


pagi semalam baca blog cik cerimanis. then malamnya terkena batang hidung sendiri..


alkisahnya....ketika sedang menunggu untuk solat isyak..


mak cik L: mak tak mai lagi hari ni? tak sihat lagi ka?
aku: ha. mak dah sihat.cucu pulak demam.


ibaratnya tanya sepatah, jawab sepatahlah.. sbb aku bukan dlm mood nak berborak..


mak cik L : bilik hg kt rumah ada beqapa?
aku tergamam sekejap. apesal tanya pasal bilik pulak.
aku            : ada 3. eh 4. 
mak cik L : bilik yang kecik tu boleh duduk la?bilik yang abg hg duduk dulu.
aku            : ha. boleh2. bilik tu adik yang dok la ni..


diam sekejap..


mak cik L  : hang qeja cikgula la ni kan?
aku             : saya ajaq tuisyen ja.
 mak cik L  : tengah tunggu depa hantaq la?
aku angguk2 jela.. kang aku cerita pasal kpm segala, panjang pulak jadinya..


diam lagi... 


aku            :mila buat apa la ni?
teringat anak dia yang sama umur dgn adik aku.
mak cik L : dia tengah belajaq. kat nilai. nursing college.
aku            : oooooooo
mak cik L : adik hang dah tak belajaq dah kan. hari tu tanya abah hang dia cakap nak kawen dah. tup tup minggu depan tu, org mai..(org mai tu means, org dtg meminangla) 
aku            : ha tula...dia dah qeja. bulan 12 ni kot kenduri..
(sambil sengih-sengih. dah mula menjangka ke mana arah perbualan ni)
mak cik L : adik dah.... kakak bila lagi? 


dan mak cik L tu pun tersengih2..


aku dah agak dah! adei... aku paling alergi kalau orang tanya aku pasal ni.huhu...mak cik tak dak soalan lain ka..sy mai ni nak solat terawih..sy calon pon xdak mak cik oi. tlg carikan boleh? saya nak laki yg hensem, kaya raya, keje pilot,tak hsap rokok, yang paling penting solat tak tinggal. ada makcik? ada? hehee... kidding...


jodoh, ajal maut semua di tangan Tuhan. kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan..


nota hati: selamat menjalani ibadah puasa.. jangan bersedih. Allah pasti merancang sesuatu yang baik untuk kita..


p/s: nampaknya kenalah bersedia fizikal (buat pekak + senyum plastik) dan mental (adalah tu nanti) untuk menghadapi wedding akan datang...huuu~

jogging #14

2 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 16

“esok malam jangan pergi mana-mana! Kawan mama nak datang.”
“kan adik kerja ma!”
“ambillah cuti.”
“apasal kawan mama nak datang adik pula yang kena ambil cuti?”
“adalah...”

Arghhh!!!  ‘adalah...’ mama tu dengan senyuman dia memang satu pakej yang sentiasa menakutkan aku.

Mesti ada rancangan nak kenal-kenalkan aku dengan anak kawan dia. Baru balik oversealah, kerja lawyer lah, businessmanlah dan entah apa-apa lagi yang mama dah carikan untuk aku. Tapi semua stok asap kepul-kepul!

“hai...”

Haa! Mamat ni sorang lagi!

“ada apa??” sergahku.

“amboi garangnya!”

“ada apa sayang...” ujarku semula dengan nada sinis.

“macam tu barulah sedap telinga ni dengar. Selalu-selalulah panggil sayang semoga awak akan sayang saya,” katanya selamba.

Sebelum sempat aku mambalasnya, dia segera berlari pulang kerumahnya.

Aku perhatikan dia dengan wajah yang bengang. Sempat pula dia melambai sebelum menutp pintu pagar rumahnya.

Huh!

Monday, August 8, 2011

jogging #13

7 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 13

“Jogging lagi hari ni?” mama menyoalku semasa aku melintas dibelakangnya yang sedang menyiram pokok bunga.

“Yelah, mama juga yang suruh adik kahwin kan?” soalku lalu segera memulakan langkah sebelum mama memulakan pula ceramahnya di pagi yang indah ini.

Dari ekor mataku, aku lihat mama termangu-mangu.



bersambung....

Sunday, August 7, 2011

special untuk cerimanis dan princess ain!

3 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

buat yang mengikuti siri 'jogging',(ecece mcm ramai je) terutamanya princess ain dan cik cerimanis, ada beberapa siri baru yang dah dijadualkan untuk korg! nantikan okey.. *-*

hehe..terima kasih kerana menyokong siri 'jogging'. ringan-ringankanlah jari tu mengomen ye.. semoga komen korg tu memberi inspirasi untuk aku terus mencuit hati korg..hee

salam sayang, atieput3.

p/s: slmt berpuasa!;)




jogging #12

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 12

Aku duduk termenung di kerusi panjang setelah penat berjogging. Semalam mama bising lagi. Tak habis-habis hal yang sama.

Kahwin..kahwin..kahwin..

Dah tak ada benda lain agaknya. Umur aku bukannya tua sangat pun. Baru 26 tahun. Abang tu, dah 32 tahun tapi masih single, tak ada pula mama bising.

Ini abanglah punya pasal ini. tak reti-reti nak settle down. Girlfriend keliling pinggang. Tak dapat menantu dari abang, aku yang mama bisingkan.

“hah!apa yang membebel-bebel tu!”

Aku mengurut dada. Terasa jantung aku berlari meninggalkan aku. Terkejut betul!

“apa sergah-sergah orang ni? dah tak reti nak bagi salam ke? kalau ada sakit jantung, dah lama K.O tau!” aku memarahinya. Siapa lagi! Tentulah lelaki yang sama yang selalu mengganggu aku.

“sorry..sorry. saya tak sengaja. Suka tengok awak terkumat-kamit macam tu. comel!” katanya. Aku yang mendengar perkataan terakhir itu, mengerutkan dahi. Ada-ada sahaja.

“tak ada maknanya. Okaylah. Saya nak balik,” kataku lalu bangun mahu meninggalkan dia.

Spontan, dia menarik tanganku membuatkan aku terjatuh di ribaannya.

Untuk beberapa saat, kami saling berpandangan.

Memang hensem! Kening lebat, hidung macam mancung sikit, bulu mata panjang, muka licin tak ada jerawat dan yang paling penting, dagu belah tu! tapi asap kepul-kepul! Ok, out of list!

“hensem tak saya?” dia menegurku lalu tersengih.

Aku yang baru tersedar bingkas bangun lalu terus meninggalkan dia.

Dah dua kali malu!argh!

Saturday, August 6, 2011

dia buat 20. kita???

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..


beberapa hari menyepi, rindu jugak kt blog ni.huhu


kali ni aku nk kongsi pengalaman aku ttg seorang sahabat aku.. 


haa...alkisahnya  ttg terawih 8 atau 20 rakaat.. aku rasa menarik, mana tau boleh encourage korg wt 20 rakaat ke.hehe


beliau ni seorang yang aktif. bersukan. panjat sana, panjat sini...


bile masuk ramadhan, dia cakap dia sikit resah gelisah... mampukah dia tunaikan  solat terawih 20 rakaat.. segala yg negatif2 mulalah kuar dlm minda..


penatlah.
lamalah..


dah entah apa-apa lagi...


malam pertama tarawih, hatinya semakin berdebar2...


dia ke surau (sbb paling dekat dgn rumah) bersama mak dengan ayahnya untuk tarawih.. dalam hati msih lagi menimbang-nimbang...


8 atau 20?8 atau 20?8 atau 20?


bila sampai ke surau, dia lihat kebanyakan jemaah sume dah boleh masuk katogeri warga emas.. nak bangun pun kena tolak lutut dulu kemudian baru pinggang ke atas..


maka sahabat aku ni pun memulakan solat...


setelah selesai rakaat yang ke 8, dia lihat tiada seorang pun jemaah yang bangun.. hatta pakcik-pakcik warga emas tadi... hatta mak ng ayah dia sekalipun (yg sudah berusia 50-an)




dan andai saat itu, dia (seorang yang masih muda, masih kuat, aktif, tak ada sakit2 badan)keluar saf, dia terasa sgt MALU sedangkan pak cik2 yang dah berumur tu pun mantain aje!




dan akhirnya... dia meneruskan solat tarawih sehingga 20 rakaat + 3 witir..


 lepas je selesai solat malam tu dia tersenyum...


korg nak tau dia cakap apa???


alaa.... tarawih 20 rakaat apa ada hal?? bukannya sesemput panjat gunung kinabalu!


dia cakap lg, mula2 tu mmglah terasa jugak 23 rakaat.lepas2 tu rasa kejap je... tup tup, dah makan moreh.hehehe


kita pulak macam mana?? ;p


salam ramadhan!




p/s:mula2 tu mungkin la kena paksa diri. walaupun setan tu kena ikat tapi dalam diri kita masih ada nafsu.. lama-lama allah pasti mudahkan kita.. sbb allah kata, selangkah kita mendekatinya, seribu langkah allah kepada kita... tak percaya?? cubalah!;p

Tuesday, August 2, 2011

jogging #11

3 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 11

Eh, itu macam mamat hisap rokok tu je! Aku terus bersembunyi di sebalik pokok di taman permainan itu.

Siapa pulak yang hantar dia balik?? Mana kereta coklat dia tu?

Tiba-tiba aku ternampak ada seorang perempuan keluar dari Honda jazz berwarna merah itu.

Dalam tak sedar, rupa-rupanya, aku terasa sesuatu. Kecewakah aku?

Aku duduk di kerusi panjang. Mulalah terasa nak layan blues... ini malas ni.huh!

MP4 ni pun! Masa-masa ni juga, dia play lagu jiwang.argh... stress!

“assalamualaikum!”

Aku mendongak ke arah suara yang kedengaran perlahan ditelingaku.

“Aduh!” dia mengaduh. Apa tidaknya. Aku tiba-tiba terus terpacak berdiri sehingga kepalaku terhantuk di dagunya.

“sakit ke?” aku menyoal sambil mengusap-usap kepalaku.

“sikit... boleh duduk sini?” dia menyoal.

“duduklah. Saya dah nak balik,” balasku pula. Tidak mahu berlamaan disitu dengannya.

“nantilah...”

“err.. mak saya panggil balik,” balasku lalu meninggalkan dirinya.


bersambung...

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan!

1 bunga-bunga cOmeL




semoga ramadhan kali memberi makna yang besar untuk kita semua..

salam kemaafan dr sy..
selamat menyambut ramadhan...

;)

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...