Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, July 15, 2009

:: apa kata hati (part 1)


“ok, kalau dah itu yang awak nak. Apa lagi yang saya boleh buat. Memang saya yang minta hubungan kita berakhir tetapi semuanya atas kehendak awak. Saya doakan kebahagian awak,” kata Mia lalu meninggalkan Akim termangu-mangu sendirian.

Inilah padahnya. Inilah jadinya apabila mengikut kata hati. Bukan dia tidak sayang, bukan dia tidak cinta tapi entah kenapa keinginan hatinya tiba-tiba beralih arah. Tiba-tiba dia jadi bosan dengan rutin hidupnya yang setiap hari ada sahaja kaitannya dengan buah hatinya itu.

Mia, Akim minta maaf. Akim sendiri tidak pasti apa yang hati Akim nak. Akim minta maaf sayang. Kalau ada jodoh, Akim takkan tolak, sayang. Kita berpisah sekarang dan andaikata kita bertemu lagi, Akim takkan lepaskan sayang lagi. Itu janji Akim.

Akim, sampai hati awak buat macam ni pada Mia. Mia sayang awak. Sayang sangat. Entah apa salah Mia tiba-tiba Akim datang dan cakap Akim sudah tidak menyayangi Mia lagi. Sampai hati Akim buat begini. Kalau Mia salah, betulkan Mia tetapi bukan berpisah begini yang menjadi anganan Mia, sayang. Ini yang pertama dan ini jua yang terakhir. Moga kita tidak akan pernah bertemu lagi selepas ini.

*****

“Mia, I nak you jumpa client dari Alam Perdana hari ni,” En. Karim memberi arahan kepada anak buahnya.
“err… I tak tahu apa-apa pun pasal meeting ni bos? bukankah Ismail yang handle kes Alam Perdana ni?” balas Mia. Dia memang langsung tidak tahu-menahu tentang kes Alam Perdana
“yes, memang Alam Perdana Ismail yang incharge but since he’s taking emergency leave today, so the best person to take this responsibility is goes to you. I know you can do the rest easily,”.
“If you say so, then I will try my best.,” akhirnya Mia bersetuju juga. Ismail juga pernah mengambil alih kesnya dulu. apa salahnya jika sekarang Mia pula yang membantu.
“anything you need just check in our system. I think Ismail put everything about Alam Perdana case in there,” kata Encik Karim lagi. Mia mengangguk.
“kalau tak ada apa-apa lagi, I keluar dulu Encik Karim,” kini giliran Encik Karim pula yang mengangguk.

Mia terus ke biliknya. Setiap kali masuk ke biliknya dia pasti tersenyum. Hiasan di dalam biliknya selalu membuatkan dia tenang. Untuk menjadikan bilik seperti itu tiada masalah baginya kerana tugasnya memang seorang pereka hiasan dalaman. Malah biliknya selalu menjadi inspirasi untuk pelanggannya menetapkan sesuatu konsep hiasan yang mereka inginkan.

Mia kembali menatap fail di tangannya.Seingat dia, kes Alam Perdana bukan mengenai hiasan tetapi lebih kepada pendawaian yang menjadi tugas Ismail, teman sefirma dengannya. Firma inilah menjadi tempat Mia mencari rezeki selepas dia menamatkan pengajian di UTM dalam bidang hiasan dalaman dan lanskap. Cuma di firma ini dia lebih terserlah dalam bidang hiasan dalaman.

Mia mencari butir-butir kes Alam Perdana di dalam sistem komputer firma mereka. Dia mencatatkan butir-butiran yang dirasakan perlu. Seketika kemudian matanya tertancap pada contoh-contoh hiasan dalaman yang ada di atas mejanya. Kata orang tua-tua, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dia berjumpa pelanggan apa salahnya dia mempromosikan konsep hiasan dalaman, mana tahu jika mereka berminat. Mia tersenyum.

“hai, Nama saya Mia. Untuk hari ni saya menggantikan Encik Ismail. He’s taking an emergency leave today,” Mia menyapa mereka sebaik sahaja dia memasuki bilik mesyuarat Alam Perdana.
“saya Liza, secretary of this company. This is Mr. Joe, head of technical department. Kejap lagi bos datang. Kita nak mulakan dulu atau nak tunggu,” soal Liza setelah memperkenalkan diri.
“up to you,” balas Mia.
“what do you think Mr joe?” soal Liza kepada Mr. Joe.
“kita mulakan dulu lah,” balas lelaki berbangsa Cina itu.

Mia memulakan perbincangan. Dia hanya lebih banyak mendengar dan mencatat. Perbualan mereka lebih rancak apabila Liza tiba-tiba menyoal mengenai contoh hiasan dalaman yang Mia bawa bersama-samanya tadi. Kata Liza, bosnya ada bertanya mengenai hiasan dalaman.

“I think you better show all this beautiful photos to my boss. He currently bought a new house, maybe you can help him,” kata Liza.
“wah, you memang secretary yang baguslah! You tahu semua pasal bos you,” puji Mia.
“ well, Mia! Miss kita ni ada scandal dengan boss. Sebab tulah tahu semua,” kata Mr. Joe pula lalu ketawa. Mia hanya tersenyum. Sesekali matanya memandang wajah cantik milik Liza. Patutlah setiap kali bercakap tentang boss mereka, wajah Liza berseri-seri, matanya pula bersinar-sinar.

“hai, sorry terlambat.”

Ketawa mereka terhenti. Mia mengalihkan pandangannya pada sesusuk tubuh yang baru tiba ke bilik itu. mati senyumnya melihat lelaki itu. Akim?

“bos, kenalkan ini Mia. Interior designer dari firma Cahaya Indah,” Mia diperkenalkan oleh Liza. Mungkin kerana dia terlalu lama berdiam diri.
“err.. hai…” balas Mia, cuma bertindak professional. Dia sangat mengenali lelaki itu. lelaki itu pernah dipujanya dulu. lama dia mengubat hatinya yang kecewa dibuat lelaki itu. setelah bertahun-tahun kenapa perlu sekarang mereka bertemu semula?

Akim kaget. Tidak sangka penantiannya berakhir juga. Betapa dia merindui wajah yang berada di depannya kini. Tangan mereka bersatu, tanda sahabat perniagaan. Lama tangan itu digengamnya. Tetapi dia lihat Mia sangat bersahaja. Apakah Mia tidak merasa debaran seperti yang dia rasakan sekarang.

“awak lelaki ego!” kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.

Serentak itu dia melepaskan tangan Mia yang sedari tadi cuba melepaskan tangannya dari gengaman Akim. Biarlah Akim menunjukkan egonya seperti kata Mia beberapa tahun dulu.

“please have a seat,” pelawa Akim kepada mereka.

Mia duduk semula di tempatnya. Siapa kata dia tidak gugup? Jantungnya berdegup laju. Dia lihat Liza duduk disebelah Akim lalu menunjukkan fail yang dia bawakan tadi. Tugas secretary, Mia menyedapkan hati.

Dirasakan masa lambat benar berlalu. bilalah perbincangan ini berakhir? Mia sudah tidak betah lagi berada di sini. bukan kerana cemburu melihat Akim dan Liza tetapi yang lebih menyakitkan hati, Akim melayaninya seolah-olah mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

“I rasa sudah tak ada apa-apa lagi yang kita nak bincangkan lagi kan? Jadi kami akan hantar belanjawan dan kontrak. Apabila semua dah selesai, kerja akan dimulakan,” terang Mia.

Akim merenung wajah Mia yang sedang berbicara. Mia masih cantik macam dulu cuma nampak lebih matang apabila bertudung.

“Encik Akim…?” panggil Mia. Bengang betul apabila dilihatnya Akim seolah-olah tidak dengar apa yang dia terangkan.
“err.. apa tadi ya?” soal Akim menyedari kesilapannya yang tidak memberikan perhatian.
“nanti firma dia orang akan hantar budget n contract,” balas Liza.
“oh, ok then. So why not, we all have lunch together?” Akim memberi cadangan. Dia masih ingin menatap wajah bekas kekasihnya itu. Mr. Joe dan Liza mengangguk tanda setuju.
“I’m sorry Mr. Akim. I have other work to do. So next time maybe,” balas Mia. Bukan next time yang dipintanya tetapi itu semua hanya untuk menolak tanpa sesiapa berkecil hati. Tambahan pula, ini melibatkan kerjanya. Etikanya mesti dijaga.
“your business card? I think I may need an interior designer,” soal Akim sekali lagi menguji sengaja menguji Mia. Dia lihat Mia begitu tenang.
“ok. this is my card. Do contact me!” balas Mia menyerahkan kadnya lalu tanpa berlengah lagi dia meninggalkan mereka.

Akim menghantar Mia dengan pandangan mata sehingga wanita itu hilang di sebalik pintu lift. dia mengeluh. Terasa dirinya sangat rugi melepaskan Mia, sedangkan selepas itu baru dia sedar yang dia sangat cintakan Mia.

“ok, let’s go and have lunch together,” pelawa Akim lagi, cuba melupakan kenangan lama yang hampir sahaja terlayar di ruang minda.
“I ambil handbag kejap,” balas Liza.
“kita orang tunggu dekat lobi. Cepat ye liza,” balas Akim.

Liza segera menuju ke mejanya mengambil beg tangan. Masa seperti inilah yang dinanti-nantikan oleh Liza. Bukan senang hendak menghabiskan masa bersama bossnya.

“Akim, you seems know her,” soal Mr. Joe pada ketuanya itu.
“siapa?Mia?” soal Akim kembali kepada Mr. Joe.
“of courselah. Takkanlah your miss secretary pulak?” balas Mr. Joe lalu mereka sama ketawa.
“Alah, cerita lama uncle,” kata Akim.
“you and your father sama saje. Suka berahsia dengan uncle. Tapi last-last nanti cari uncle jugak,” balas Mr. Joe. Dia rapat dengan Akim begitu juga dengan ayah Akim, pemilik Alam Perdana sebelum Akim.
“Ala uncle ni, mulalah tu nak ungkit.”
“Akim, you better watch your action. Jangan nanti ada orang lain kecewa pula,” nasihat Mr Joe pada anak sahabat baiknya itu. hati orang muda, dia yang tua sudah dapat membacanya.
“what do you mean uncle?” soal Akim tanda tidak faham. Serentak dengan itu pandangan mata Mr. Joe tertuju pada Liza yang sedang berlenggang ke arah mereka.

Mia menghentakkan stereng kereta. Tidak sangka selepas bertahun-tahun dia masih lagi bertemu dengan Akim, lelaki yang telah mengecewakan dia dulu. benci betul dia dengan pertemuan sebentar tadi. Lepas tu ada pula skandal sengan setiausaha sendiri. Hai… macam cerita dalam novel!

Sudahlah Mia. Dia menasihati dirinya sendiri.

Mia dan Akim sudah tiada sebarang ikatan. Jadi biarlah kita mengikut haluan kita masing-masing. Dulu bila Mia hubungi Akim, Akim buat tak peduli pada Mia. Akim cakap kita kawan, tapi Akim buat macam Mia ni tak wujud. Mulai saat itu, Mia buat keputusan, akan ikut cara Akim. Akim ego!

“Hello, Mia?” telefon yang berbunyi terus diangkat.
“Assalamualaikum. Mail, what happened to you? Tiba-tiba je you ambil emergency leave?” soal Mia setelah mengenalpasti suara Ismail.
“Mia, suara I macam Mail ke?” suara itu bertanya kepada Mia semula. Mia terkejut. Lantas dia melihat nama di skrin telefon bimbitnya. Memang bukan nama Mail yang tertera di situ.
“err… siapa di sana? I’m sorry. I thought u were my officemate,” balas Mia akhirnya.
“Akim is here Mia,” suara itu berhenti di situ. Mia terdiam. Fikirannya bekerja mencari apa yang harus dilakukannya.
“Mia….” Suara Akim kedengaran lagi.
“ada apa you call I Akim? Haa… tadi your girlfriend cakap you beli rumah. So if you need service regarding interior design, just come to my office,” balas Mia.
“my girlfriend? Siapa, Liza?” Akim ketawa. “dia memang tahu semua benda pasal I. sayang betul I pada dia. tapi…” belum pun sempat Akim menghabiskan bicaranya yang terakhir, talian itu sudah diputuskan.

Akim ketawa. Sayang lagi kau pada aku, Mia. Tahu pun cemburu apabila aku bercakap tentang Liza. Kononnya girlfriend aku.

Eleh… nak tunjuk macholah tu. Malas aku nak layan. Lelaki semua sama. Bosannya. Dulu tiada pula dia nak berbangga-bangga bila bertemankan aku.

+sorry2.. line tak clear. I tgh drive. Anything regarding the interior design please come to my office.

Mesej ringkas itu dihantar jua kepada Akim. Bimbang jika dikatakan dia cemburu walaupun jauh di sudut hatinya, memang ada rasa itu. Cuma dia sahaja yang sekeras-kerasnya cuba menafikannya.

Akim tersenyum membaca mesej yang dikirimkan Mia. Namun dia tidak ingin membalasnya. Biarlah gadis itu ternanti-nanti balasan daripadanya walaupun jauh dari sudut hatinya., dia yakin yang Mia tidak pun menunggu balasan daripadanya.

“you kenapa senyum sorang-sorang ni?” soal Liza kepada Akim.
“dia tengah angaulah tu Liza,” Mr. Joe menambah. Akim hanya tersenyum.
****

“Mia, umur kamu dah hampir 30. Bila kamu nak kahwin ni? Takkan kamu nak jadi anak dara tua pula?” soal Puan Kamariah pada anak gadisnya. Risau benar dia kerana Mia masih pun belum menunjukkan sebarang tanda ingin mendirikan rumah tangga. sudah banyak pinangan yang ditolak Mia. Alasannya, dia sudah punya pilihan hati. Namun sampai sekarang belum pernah dia tunjukkan bakal suaminya itu.
“ala ma. Nanti ada jodoh, Mia kahwin la. apa mama nak risau. Papa tak cakap apa-apa pun,” balas Mia, memberi alasan.
“baiklah, hujung minggu ni papa nak kenalkan dengan anak kawan papa. Ingat papa tak tahu, kamu tu bukan ada sesiapa,” celah encik Rosli yang baru sahaja datang dari bilik.
“Mia tak naklah papa,” Mia bersuara memujuk papanya supaya membatalkan rancangannya itu.
“ala Mia, jumpa aje. Bukan papa kamu suruh kahwin terus,” balas Puan Kamariah.


Dan kini dia sudah pun berada di rumah teman papanya. Sudahlah dipaksa berkenalan. Kemudian dia pula yang kena datang ke rumah lelaki. Macam dia pula yang terhegeh-hegeh.
Puan kamariah menarik tangan Mia apabila melihat anak gadisnya itu tidak mahu berganjak dari dalam kereta.

“Mia, jangan buat perangai pula ya. Jom!” kata-kata tegas papanya membuatkan dia bingkas bangun. demi papa dan mamanya, dia menurut.
“jemput masuk, Rosli, Kamariah,Mia,” pelawa Puan Rose.
“apa khabar auntie?” kata Mia berbasa-basi lalu menyalami Puan rose. tersenyum Puan Rose melihat kesopanan anak gadis temannya. Memang sesuai jika digandingkan dengan anak lelakinya.
“bang, kalau cantik dan sopan macam ni, Ros rasa anak teruna kita tu mesti tak tolak punyalah,” bisik Puan Rose pada suaminya, Encik taufik.
“betul…betul.. semalam punyalah dia melawan cakap kita. Tengok, sengaja dia balik lambat malam ni. Proteslah tu,” balas suaminya pula.


Tetamu dijemput masuk ke dalam rumah. Berdebar-debar hati Mia menantikan siapa yang bakal dikenalkan dengan dirinya. Kalau mama dan papa sudah mencari untuknya, biarlah dia menurut sahaja. Tunggu akim pun bagai tunggu kucing tumbuh tanduk. Mustahil dan tiada harapan.

Mia sekeluarga dijamu dengan makan malam. Dalam diam Mia bersyukur kerana sehingga ke saat itu, lelaki yang dimaksudkan masih tidak kunjung tiba. Dari tadi, Encik Taufik memohon maaf kerana anaknya masih juga belum pulang.

Mia tersenyum. jam sudah menunjukkan ke angka sepuluh. Takkan mama dan papanya mahu menunggu sehingga lelaki itu pulang. Senyuman Mia semakin lebar tatkala melihat papanya memohon diri. Dia turut bangun.

“Assalamualaikum…” senyuman Mia mati di situ.
“hah, balik pun kamu. Kawan papa dah nak balik dah pun,” encik taufik bersuarasebaik sahaja menjawab salam anaknya.
“Akim..” Mia bersuara antara dengar dan tidak.
Bagaikan satu tarikan magnet, pandangan mata Akim dan Mia bersatu. Wajah muram Akim terus ceria dihiasi senyuman. Kalau dia tahu Mia yang datang pasti dia pulang awal.
“papa, mama, auntie, uncle, boleh tak Akim nak mintak izin supaya Mia temankan Akim makan. Akim belum makan. Lagipun AKim nak berkenal-kenalan dengan Mia,” pinta Akim.
“pergilah Mia, temankan Akim,” kata Puan Kamariah.
“tapi mama…”

“kenapa you tak cakap you yang nak datang rumah I?” tanya Akim kepada Mia.
“mana I tau I datang rumah you!” balas Mia.
“jadi kalau you tahu, you bagitau I lah? maksudnya you memang harapkan I lagilah? Yes!!!” balas Akim. Dia tahu yang Mia sendiri tidak bermaksud seperti itu. tetapi dia sengaja mengusik gadis di depannya kini.
“huh.. no way!” balas Mia. Menyesal betul dia kerana tersalah kata.
“eh, apa you buat ni? Dah tak sabar nak jadi isteri I ke?” soal AKim apabila melihat gadis itu mencedokkan nasi untuknya.
“Habis, you jugak yang suruh I temankan,” balas Mia lalu menghentikan perbuatannya. Akim datang kepadanya lalu mengambil senduk nasi dan pinggan di tangan Mia.
“I boleh buat sendiri sayang. You duduk sini tengok I makan atau kalau you nak makan lagi sekali pun boleh,” kata Akim samnbil tersenyum.

Mia tergamam seketika. Sayang? Akim panggil aku sayang? Mia, dia saja nak menduga kau. Jangan terpengaruh dengan kata-kata manisnya tu! Akalnya memberi amaran. Walaupun sekejap tadi perasaannya indah sekali tatkala dipanggil sayang.

“hai.. terbayangkan Akim ke?” lamunan Mia terhenti. Dia segera duduk. Akim di depannya kini. Apa yang harus dia lakukan? Sedangkan lelaki itu berselera benar menjamu selera. Dia pula yang di amuk badai asmara.
“kenapa Akim langsung tak pedulikan Mia dulu?” soal Mia tiba-tiba. Kesunyian antara mereka membuatkan kenangan lalu singgah kembali di ruang matanya. Suapan Akim terhenti.
“sebab Akim tak sekuat Mia.” Lambat-lambat AKim mengunyah..
“Mia tak kuat mana pun,” balas Mia.
“Akim memang cakap kita jadi kawan, tapi sebenarnya AKim langsung tak boleh terima yang kita dah berpisah. AKim tak bleh terima yang kita hanya berkawan. Akim langsung tak boleh bayangkan kalau Mia dengan lelaki lain,” jelas Akim.

Mia terdiam. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya. Kalau itu yang ada di fikiran Akim, kenapa mereka harus berpisah? Sedangkan dalam hatinya hanya ada Akim. Memang ego!

“mia nak balik. Antara kita sudah tiada sebarang ikatan dan tak akan ada!” tegas suara Mia. Dia bangun meninggalkan Akim termangu-mangu.


-------------------to be continue.........

14 bunga-bunga cOmeL:

a PiEce of mE... said... [reply to comment]

akim2~xde nama lain ke?

nurhafizoh said... [reply to comment]

weh,sambung cpt!! xsbr aku nk bc..weekend ni ka..

AYeEn said... [reply to comment]

i like...
menarik...
cuma tertanya2 kenapa nama akim di pilih...hehhee...=)

neway..nice job!!

chik wan said... [reply to comment]

tina nama aku x de ker?? gne nama aku la plak

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

a piece of me & ayeen:tgh addicted ng nama Akim.heee.. ayeen , thanx.. =)

zoi: aku busy sket r lately ni.heee.. xsempat nak sambung..

chik wan:nk letak ape? chik wan?haha

miss hannan said... [reply to comment]

tina...haha....bce cite ni.....


akak terbayang.....




akim= afiq hakim ahmad..

mia= nur hannan nazri...


haha....
*poyo jek...*

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

oh tidak!! jgnla bayangkan... xleh2.. tna x kasi..haha

miss hannan said... [reply to comment]

haha...=P

pelaholic said... [reply to comment]

bila agak2 kita dapat kawin???







tu soalan akim kat mia...bukan soalan aku pada tina tau...hahahha

cepat2 sambung citer....

ashnike88 said... [reply to comment]

kak hannan mmg poyo~ hahaha...

sbb name akim???

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

sbb aku suke nk letak akim...heee

akan diusahakan pelah...

miss hannan said... [reply to comment]

ash..jeles ar tuh....=P

iekalicious said... [reply to comment]

amoi sambung cepat cket....
akim...emmmm (=)senyum seribu makna)

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

sbb senyum seribu makna..??haaha

mesti de pape ni.. bek cte kt aku..

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...