18 JANUARI 2008
KUALA LUMPUR
Aku menghantar Fad ke puduraya. Tiada apa yang menarik di sepanjang perjalanan kami ketika menaiki PUTRA LRT untuk ke Masjid Jamek dan terpaksa bersesak-sesak dengan lautan manusia. Masakan tidak. Pukul 1.00 petang, pastinya warga-warga kota yang berkerja keluar mengisi perut.
Aku megesat peluh yang menuruni dahiku. Air-cond bagaikan tidak terasa. Oh, bilakah perjalanan ini akan berakhir? Di satu sudut, aku lihat Fad terperosok di sebalik lelaki berkemeja hijau. Hmm.. Hensom juga. Aku tersengih kepada Fad. Dia hanya membalas dengan memek muka yang kecewa. Sabarlah! Ucapku kepadanya. Walaupun tidak sekuat mana namun aku harap dia dapat memahaminya.
“Kau ni kenapa Fad? Dari tadi mencuka je.” Soalku apabila keadaan mengizinkan. Baru sebentar tadi kami turun dari perut PUTRA LRT. Terasa sedikit lega.
“Bencilah aku!” balasnya. Aku pula yang dimarahnya.
“Hoi, mak cik! Yang kau emosi sangat ni kenapa. Releks. Tarik nafas.” Aku lihat dia melakukan perkara yang aku sebut. Ikut juga. Aku tersenyum melihat gelagatnya. Setelah beberapa ketika, baru kulihat dia tersengih.
“Maaf Tina. Aku tertekan tadi.”
“Kau ni kenapa?” soalku seperti tadi.
“Ada masalah sikit.” Dia menceritakan masalahnya kepadaku. Kadangkala ceritanya terhenti apabila ada yang menghalang perjalanan kami.
“Kalau kau ada waktu itu mesti berapi. Ya ALLAH.. Sabar jelah. Nasib baik aku ni bukan spesies yang melawan, yang suka bergaduh. Kalau tak, apalah yang akan jadi.”
“Kenapa kawan kau tu berubah sampai macam tu?” mulutku masih becok bertanya melihatkan kesungguhan dia bercerita.
“Aku pun tak pasti. Tapi lepas je dia couple dengan presiden kolej aku, terus jadi macam tu. Dah tak kawan dah dengan aku. Aku sedar aku tak berduit macam diorang, tak berada macam diorang. Tapi apa salah aku? Aku ikhlas kawan, tapi ini yang aku dapat.”
“Oh, sabarlah Fad. Mungkin dia memang macam tu. Kacang lupakan kulit,”
“Tak kisahlah kacang lupa kulit ke apa ke. Tapi kenapa mesti kawan baik aku pun dia nak sapu jugak. Aku bukannya nak kawal siapa-siapa. Tapi dia buat sampai aku tak ada kawan nak lepak sama- sama. Makan sama-sama. Sedih tau tak! Dari first year kami berkawan.”
Aku lihat Fad mengesat air matanya. Tentu ini menjadi bebanan besar dalam dirinya. Tambahan pula, setahu aku orang yang dimaksudkan itu adalah orang yang sama menjadi salah seorang ketua biro projek yang dipegangnya.
“Fad, tren dah sampai. Jom naik. Dah, jangan nangis! Aku kan ada,” ujarku lalu memimpin tangannya melangkah ke dalam tren STAR LRT untuk ke stesen Plaza Rakyat.
Sepuluh minit kemudian kami tiba di Plaza Rakyat. Aku segera mengundur diri. Kepadanya aku nasihatkan supaya lebih tabah. Inilah dugaan. Dalam masa yang sama aku juga menasihati diriku andai suatu hari aku menghadapi masalah yang sama. Kita takkan dapat menduga apa yang terjadi satu hari nanti.
“Hello, sayang!” ujarku sebaik sahaja aku mendengar suaranya. Tiba-tiba terasa rindu yang teramat sangat walaupun baru semalam aku berjumpa dengannya.
“Sayang kat mana?” soalnya kepadaku.
“Orang kat Plaza Rakyat lagi. Tengah tunggu tren nak ke Masjid Jamek. Sayang dah sampai ke?”
“Aah, mak masuk flight awal tadi!”
“Kejap-kejap. Tren dah sampai. Jumpa kejap lagi.”
Aku mempercepatkan langkah. Tidak mahu dia ternanti-nantikan aku di sana. Penantian itu satu penyiksaan. Aku tahu itu. Aku juga tidak suka menunggu, samalah seperti dirinya.
Aku melangkah masuk ke dalam tren. Orang masih ramai tapi tidak seramai tadi. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering lagi menandakan ada pesanan yang masuk.
+ take care sayang..
20 Januari 2008
Universiti Malaya
“Fad, jomlah ikut aku balik. Kita studi Mekanik Klasik. Esok kan test. Matilah aku.” Pintaku separuh merayu.
Bagai nak rak aku memujuknya semalam. Pelbagai alasan aku berikan supaya dia mengikut cadangan aku. Kukatakan padanya bahawa apabila study berdua, lebih cepat mendapat jalan penyelesaian kerana masing-masing boleh saling melengkapi. Lalu kunyanyikan pula lagu ‘berdua lebih baik’ nyanyian Archa Satriasa. Terkekek-kekek dia ketawa. Terhibur barangkali dengan suara ‘katak’ku ini. Akhirnya dia bersetuju mengikut idea aku. Dalam hati, aku memuji diri sendiri. Rupa-rupanya pandai juga aku menyakinkan orang untuk dapatkan sesuatu. Tahniah, tahniah! Namun bukanlah untuk kebaikan aku sendiri tetapi untuk kebaikan bersama-sama.
“Tina, aku kat fakulti sebelah kolej kau ni.”
“Dah dekatlah tu. Kejap, aku turun!” balasku lalu memutuskan talian.
“Hmm… semputnya nak datang sini.” Katanya sebaik sahaja dia menghampiri aku. Kulihat dia termengah-mengah.
“Macam nilah aku tiap-tiap hari. Itulah sebabnya semua orang pun cakap aku dah makin kurus. Terharu aku,” balas aku pula sambil ketawa.
“Amboi sempat lagi puji diri sendiri,” ujarnya. Aku merasakan satu cubitan hinggap di rusuk kiriku. Sempat pula dia mengeluarkan senjatanya itu. Aku tidak membalas mengenangkan kesudiannya bertandang ke kolejku.
Tiba di bilik, aku menyuruhnya berehat seketika sekadar melepaskan lelah dan penat berjalan. Dia mengambil tempat di katilku sementara aku berbaring di atas katil teman sebilikku.
“Fad, bangun, dah pukul tiga,” aku mengejutnya supaya bangun. Nah, pisang goreng! Kau kan tak makan tengah hari.”
Sepiring pisang goreng kuletakkan di atas meja. Tetamu harus diraikan. Pesan ibuku. Begitu juga sunnah Rasulullah (s). Kulihat Fad bangun dengan mata yang berpisat-pisat.
Sejam berlalu, begitu juga jam-jam seterusnya. Perbincangan lebih dinominasi oleh Fad memandangka aku belum habis mengulangkaji lagi. Apabila aku memujinya hebat, dia hanya membalas ‘taklah, ikut solution je’ kemudian tersengih.
Jam berikutnya dia memohon diri untuk beredar. Aku menghantarnya separuh jalan.
21 JANUARI 2008
BLOK E, FAKULTI PENDIDIKAN
Menyedari akan kelambatanku, aku melangkah dengan lebih laju. Tidak kuhiraukan orang yang lalu lalang melepasiku atau ada yang memandang enteng terhadapku. Benarkah ada yang memandang enteng? Tapi kenapa? Pakaianku terukkah? Rasanya biasa sahaja. Cuma aku lebih gemar memakai t-shirt beserta seluar jeans dan selipar yang aku beli di bahagian sukan JUSCO ini. Apabila ada yang mengutuk seliparku sebagai selipar jamban, aku marah. Aku beli selipar ini dengan harga RM13.90. Padaku mahallah untuk selipar yang seperti ini. Tapi aku bukan pandang pada harganya. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah pada kombinasi warnanya. Biru-putih. Terus aku beli tanpa berfikir. Ini kelemahan aku. Kalah pada warna biru.
Sedar-sedar, aku sudah tiba ke tempat yang dituju. Tahniah untuk aku kerana berjaya tiba juga akhirnya dengan kelambatan selama sepuluh minit. Satu, dua, tiga, empat. Eh, kenapa ada empat? Sepatutnya termasuk aku baru empat. Kawan Fad kot ataupun kawan Fatiha ke? Oh, baru ingat! Minggu lepas Fatiha cakap ada seorang pelajar BKPG masuk kumpulan kami. Mungkin dialah orang itu.
“Maaf, maaf. Terlambat datang. Tertidur tadi,” kataku sebaik sahaja menghampiri mereka. Aku mengambil tempat di sebelah Fad.
“Kita boleh buat konon-kononnya ada undian sms. Lain sikit daripada yang lain,” cadang ahli baru kami.
“Okay juga tu,” balas Fatiha menyokong cadangan lelaki tadi.
“Siapa yang nak buat? Macam mana?” soalku pula. Aku tak naklah hanya semata-mata cadangan.
“Tak tahu. Tengoklah nanti.”
Ish, boleh pula macam itu! Aku terlepas sesuatukah ketika aku lambat tadi? Tercengang-cengang aku mendengar apa yang mereka bincangkan berikutnya. Terasa malas aku hendak bersuara. Pendapatku bagai tidak diterima.
“Korang cakap pasal apa ni?” soalku apabila kehadiranku diketepikan.
“Euthanasia terjadi bila ada pesakit yang nak doktor matikan dia,” muncul satu suara.
“Saya ada contoh euthanasia. Ada cerita dalam buku yang saya pinjam kat library,” balas pula satu suara yang lain.
“Bawa tak buku tu?” soalku mencelah.
“Tidak,” dia membalas pendek.
Terasa terngiang-ngiang suara mereka di pendengaranku. Butirannya pula kabur. Kenapa ni? Kenapa kabur sahaja apa yang aku dengar.
“Tina, jom dah pukul 3.30,” ajak Fad.
Aku memandang jam di tangan. Ya, memang dah pukul 3.30. Cepatnya masa berlalu. Apa yang aku bualkan tadi?
“Siapa nama lelaki kumpulan kita tu?” soalku pada Fad.
“Manaf!”
“Oh, Manaf!”
“Kami pun baru tahu tadi. Tapi kau pun dah ada waktu tu. Fatiha tanya siapa nama dia. Dia pun tanya kita. Kau cakaplah tadi nama kau sendiri. Takkanlah dah lupa?” Fad pula menyoalku.
Aku tersengih sambil memandangnya. Patutlah aku antara dengar dan tidak sebentar tadi. Kami beriringan menuju ke Dewan Bestari di bagunan sebelah bagunan SKET.
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment