Jogging day 12
Aku duduk termenung di kerusi panjang setelah penat berjogging. Semalam mama bising lagi. Tak habis-habis hal yang sama.
Kahwin..kahwin..kahwin..
Dah tak ada benda lain agaknya. Umur aku bukannya tua sangat pun. Baru 26 tahun. Abang tu, dah 32 tahun tapi masih single, tak ada pula mama bising.
Ini abanglah punya pasal ini. tak reti-reti nak settle down. Girlfriend keliling pinggang. Tak dapat menantu dari abang, aku yang mama bisingkan.
“hah!apa yang membebel-bebel tu!”
Aku mengurut dada. Terasa jantung aku berlari meninggalkan aku. Terkejut betul!
“apa sergah-sergah orang ni? dah tak reti nak bagi salam ke? kalau ada sakit jantung, dah lama K.O tau!” aku memarahinya. Siapa lagi! Tentulah lelaki yang sama yang selalu mengganggu aku.
“sorry..sorry. saya tak sengaja. Suka tengok awak terkumat-kamit macam tu. comel!” katanya. Aku yang mendengar perkataan terakhir itu, mengerutkan dahi. Ada-ada sahaja.
“tak ada maknanya. Okaylah. Saya nak balik,” kataku lalu bangun mahu meninggalkan dia.
Spontan, dia menarik tanganku membuatkan aku terjatuh di ribaannya.
Untuk beberapa saat, kami saling berpandangan.
Memang hensem! Kening lebat, hidung macam mancung sikit, bulu mata panjang, muka licin tak ada jerawat dan yang paling penting, dagu belah tu! tapi asap kepul-kepul! Ok, out of list!
“hensem tak saya?” dia menegurku lalu tersengih.
Aku yang baru tersedar bingkas bangun lalu terus meninggalkan dia.
Dah dua kali malu!argh!
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment