Chap 8
Neya mengikat kedua-dua tali kasutnya. Selalunya dialah yang paling semangat sekali bila datang bab-bab main bola tampar ni. tengoklah sekarang? Dia orang pertama yang sampai. Neya tersengih sendiri.
Derapan kaki seseorang menjengah ke telingan Neya. haikallah tu. orang kedua yang akan sampai.
“hmmm.. macam biasalah kit...” kata-katanya terhenti bila melihat siapa di belakangnya.
“buat apa kau datang sini?” marah Neya.
“aku nak mainlah. takkanlah aku nak makan cendol pulak? Bukannya court ni ada nama kau pun,” balas Amat. Gadis itu direnung lembut.
amboi, siap buat lawak lagi! Neya mengetap gigi. Wajahnya merah menahan marah.
“memang ada nama aku. Kau dah lupa ke? aku letak nama aku kat tiang tu!!”kata Neya sambil menunjukkan tiang yang dia maksudkan.
“peduli apa aku. Nama aku pun ada kat situ. jadi kau tak ada hak nak halang aku main kat sini.”
“huh, suka hati akulah! aku tak suka kau ada kat sini. Kau balik sekarang!”bentak Neya. Amat memang tak ada langsung rasa bersalah pada dia. bukannya nak pujuk. Lagi bergaduh ada!
“aku nak main. aku tak nak balik.”
“baik, biar aku yang balik,” kata Neya bila Amat tidak mahu beralah.
Amat kaget bila dia melihat Neya sudah bangun bersama beg kasut dan bola ditangannya. Spontan, dia menarik tangan Neya dari terus melangkah.
“apa main tarik-tarik ni? ingat aku lembu ke apa?” marah Neya. tangannya direntap kasar. pegangan Amat terlepas.
“err.. ehem.. aku nak main dengan kau!”
“hai bukan ke kau tak bagi aku main kan? Sekarang nak main dengan aku pulak?”
“takkan kau masih takut dengan spike aku kot?” soal Amat sinis. Dia tahu kelemahan Neya. kalau bab bola tampar, memang pantang dicabar.
“excuse me. Kau dah lupa ke? Tak ada maknanya aku takut! Bring it on!”bentak Neya.
Amat masuk ke dalam gelanggang, “tunggu apa lagi? Masuklah!”
“masuk apa? Tunggulah budak-budak lain datang dulu,” balas Neya. marah.
“aku bukan cakap dengan kau. Tu, aku cakap dengan dia orang tu!” kata Amat pula sambil mulutnya menjuihkan pada satu arah.
Cis, semua dah datang rupanya! Suka hati kau orang je kan nak tengok free show aku dan Amat bergaduh?
“kita orang bagi chance aje,” haikal mencelah sambil tersengih. Teman-teman yang lain tersenyum lebar.
Chance la sangat. Bergaduh juga aku dengan Amat. Tak ada pun dia nak pujuk-pujuk. Stone cold betul! Menyampah!!!! Jerit Neya dalam hati.
“SPIKE aku kencang kan?” soal Amat pada Neya yang sedang melakukan cooling down selepas lebih sejam mereka bermain. bersungguh-sungguh betul Neya tadi. Memang benar, gadis itu betul-betul sakit hati dengannya. Kalau tak, masakan dia hampir-hampir menjadi mangsa spike kencang gadis itu. mujur sempat dielaknya tadi.
“excuse me, aku tak nampak pun kau spike tadi? Ada ke? macam budak lembik tampar belon ada la!”balas Neya sambil ketawa kuat.
“hoi, dah senja ni!” kata Suzi, neya di sebelah disikunya.
“yelah, aku terover excited kenakan mamat poyo ni!” bisik Neya. nafasnya ditarik dan dihembus beberapa kali. Tamat sudah cooling downnya. Tak adalah nanti sakit-sakit badan. Tambahan pula, bukan main lagi tadi dia beraksi, terlompat sana-sini nak balas dendam pada Amat.
“neya, aku minta maaf!” ucap Amat di hadapan semua teman mereka. SUzi disebelah menyikunya lagi.
Budak ni kan! Suka sangat menyiku aku kenapa? Suzi dijelingnya tajam. Ya, Amat minta maaf padanya! So what?
“Neya, aku betul-betul minta maaf ni,” kata Amat lagi bila Neya tidak mengendahkannya malah gadis itu mahu melangkah pergi.
“dahlah tu Neya. bukan senang dia nak minta maaf,”Jay membela Amat.
“jangan Neya. ingat senang ke? dua tahun tau kau tak main,” Suzi mencelah.
“cerita lama. Semua orang pernah buat silap kan?” balas Jay.
“ah, minta maaf lepas tu buat lagi!!” bentak suzi.
“hoi!! Kau orang ni kenapa? Siapa yang bergaduh ni. kau dengan Jay ke Amat dengan Neya?” sergahan Haikal membuat Suzi dan Jay tersengih malu.
“dah lah tu Neya, buang yang keruh, ambil yang jernih,” pujuk Ita. Dia tahu Amat pasti sedar dengan semua kesilapan dia dulu.
“tengoklah. Aku nak balik dulu!” balas Neya lalu meninggalkan semua yang ada di situ.
“Neya, tunggu!” jerit Amat lalu berlari mendapatkan Neya.
“aku tahu, semua tu salah aku. Entah kenapa, aku tertipu dengan lakonan Dina. Bengang betul aku dengan perempuan tu bila dia mengaku salah pada aku!” kata Amat lagi bila dia berjaya menyaingi Neya.
“jadi kalau dia tak mengaku salah pada kau, kau tak adalah datang minta maaf pada akulah? 2 tahun amat! 2 tahun kau tipu aku!! Hish, aku rasa nak tampar aje kau sekarang!!!!arghh!” marah Neya. langkahnya terhenti. Dia mengadap Amat dengan pandangan amarah.
“kalau itu yang buat kau lega, Neya!”
Pang!!!
bersambung...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment