HARI yang dinanti telah pun tiba. Suasana di rumah Julia memang meriah. Tidak cukup dengan makan beradap, siap ada pelaminan yang indah lagi. Lensa kamera di sana sini. Naik juling biji mata aku ni. itu belum kira nak kena senyum lagi masa acara persandingan. Yelah, kalau muka masam, spoil pula orang tengok. Macam pengapit terpaksa aje.
Tak apalah. She is my very best friend. Mestilah aku nak yang terbaik untuk dia. Luthfi juga kelihatan kacak sekali. Sekali tengok, dia lagi kacak dari pengantin lelaki. wah, kecik hati Julia kalau dia tahu aku cakap macam tu! tapi apa ada hal? Dia pun cakap luthfi tu hensem.
Selepas tamat acara persandingan, tugasku selesai. Tapi perutku pula yang berkeroncong. Sudah 2 jam berlalu sejak makan beradab tadi. Mungkin kerana namanya pun makan beradab, perut aku pun dah kembali meminta untuk diisi. Maklumlah, aku makan pun dah macam pengantin makan! Asyik-asyik bertemu pandang dengan Luthfi.
Saat mataku meliar mencari tempat kosong di bawah khemah, aku ternampak Luthfi sedang menjamu selera. Nampaknya dia lagi cepat dari aku.
Aku baru sahaja mahu melangkah ke arahnya sebelum tiba-tiba datang seorang perempuan yang kelihatan begitu mesra duduk disebelahnya.
Dari kejauhan itu, aku lihat mereka makan dengan ceria sekali persis sepasang kekasih. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Luthfi. ‘single but not available!’
“Hei Nurin! Come join us. Saya lapar sangat, terus datang cari makan!” pelawa Luthfi.
Luthfi ni pun satu. Perasan pula dia! Aku dah baik punya cover dah dari terserempak dengan dia.
“eh, tak apalah. Kat sana ada kosong,” balasku, menolak pelawaannya. Tak maulah aku jadi tiang lampu di situ.
“la, buat apa nak pergi sana! Depan saya kan kosong. Duduklah. Kenalkan ini Leena,” pujuknya lagi sekaligus memperkenalkan Leena kepadaku. Leena?? Dan... Leena tu siapa?
Sibuk pula aku. Duduk ajelah.
“Nurin, baru nak makan ke?” soalan Mak teh bersama pinggan di tangannya mengembirakan aku.
“Mak Teh...! marilah makan sekali. Saya pun baru nak makan. Second round ni Mak Teh. Lain kali tak nak jadi pengapit dah. makan tak kenyang!” kataku lalu ketawa.
Mak Teh terus duduk disisiku membuatkan aku berasa lega. Sekurang-kurangnya aku ada Mak Teh untuk berbual.
“Lain kali jadi pengantinlah pula!”balas Mak Teh lalu memandangku dan kemudian Luthfi.
“Ke situ pula mak teh ni.Jadi pengantin nanti lagi makan tak lalu!” jawapanku mengundang tawa Mak Teh dan Luthfi. Dari ekor mataku, aku lihat Leena terdiam. Seolah-olah sedang memendam rasa. Lantaklah, bukan aku yang salah! Makan lagi bagus.
MALAM itu aku terbongkang keletihan. Rumah Julia yang kenduri, aku yang patah kaki dan tangan, lenguh-lenguh badan. Saat aku mahu memejamkan mata, telefon bimbitku berbunyi.
“Hello..”
Tak dapat nak dielakkan lagi. Suara serak-serak Ella ni memang menjadi tanda-tanda aku nak tidur dan baru bangun tidur.
Tiada jawapan.
“hello... siapa ni? nak cakap dengan siapa?”
“err... saya salah dial!”
“oh, ok!” balasku lalu berura-ura untuk menamatkan panggilan sebelum suara itu mencelah lagi.
“eh nanti... tak..em..boleh kita jumpa?”
Aku memandang telefon bimbitku penuh tanda tanya. Sewel ke apa mamat ni? aku dahlah penat tahap gaban. Dia boleh buat lawak bodoh tengah-tengah malam buta ni.
Tanpa berlengah lagi, aku terus menamatkan panggilan.
Beberapa saat kemudian telefon itu berbunyi lagi. Bisinglah! Nak baling, sayang!
“apa lagi ni??” sergahku sebaik sahaja menjawab panggilan itu.
“sorry..I ganggu tidur you malam-malam ni. tapi esok you tolong emailkan budget untuk projek ALam Megah tu. you tak compile sekalilah...”
Alamak bos! Matilah aku. Tapi yang dia pergi telefon malam-malam buta ni kenapa?
“err... ok boss. Sorry. Saya rasa saya dah masukkan sekali semalam.”
“it’s okay. You are on leave. I busy sangat, baru sempat tengok proposal yang you email tu.”
Baru tengok? Bagai nak rak aku bersengkang mata menyiapkan proposal tu walau pun tengah bercuti.
“baik boss. I will email it to you tomorrow. Good night boss,” balasku terus menamatkan talian. Lantaklah!
Telefon berdering lagi!
“ye boss? Saya penat sangat ni. memang tak larat nak hantar malam ni. esok ajelah saya emel pada boss ye. Saya janji,” jawabku dengan mata terpejam.
“Nurin, Luthfi ni...”
“hah!” aku terus bangun sambil menatap number di skrin telefon bimbitku. Matakuterus jadi segar bugar. Tapi ni kan nombor yang sama dengan yang tadi.
“tadi, awak juga ke luthfi?”
“ye, sorry ganggu awak malam-malam ni.”
“aah. Saya mengantuk sangat. Esok ajelah kita borak. Bye,” kataku lalu menamatkan panggilan Luthfi.
Kepala kembali terlentok di atas bantal. Mata mula kupejamkan.
Kenapa Luthfi call aku malam-malam ni? kenapa tadi dia cakap salah number? Kalau dah ambil nombor aku dari orang lain, terus terang ajelah. Tak payah nak kelentong-kelentong. Buat letih kepala otak je nak fikir. Dan kenapa aku fikirkan dia ni?
Telefon yang kuletak jauh-jauh dari sisi, aku capai semula. Ligat jariku menaip sms.
Kenapa call sy tadi?
Sambil mata terpejam, balasannya aku tunggu.
Saja nak borak. Kata nak tidur. Go to sleep then. Sorry ya kacau awk!
Aku tersenyum membaca smsnya.
Awk dah curi rasa mengantuk sy. Jahat!
haha. Jahat ye saya ni? awak lagi jahat.mencuri jugak!
Bila pula aku jadi pencuri ni? walaupun aku ni tak kahwin lagi tapi tak adalah pula sampai kena mencuri untuk hidup.
explain!
Soalku ringkas. Lama aku tunggu balasan darinya.
my heart. You've stole my heart.
Agaknya kan, ada tak orang mati sebab tercekik air liur sendiri?? Sebab itulah yang berlaku pada aku sekarang. Tercekik air liur sendiri!
huarghhhhhhhhhhhhhhhhh... dah rasa ngantuk baliklah. Nanti sy bagi hati awak balik. tak perasan plak saya TERCURI. Good nite!
Sesaat kemudian aku mendapat balasan darinya yang menganggu tidurku malam itu sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi.
Terus ngantuk ya? Haha...Tak apa. Sy nak awk simpan dulu hati sy. Jaga baik-baik tau. Sebab kalau sekali saya dah CURI hati orang, sy memang takkan pulangkan dah. dan sy akan jaga macam jaga nyawa saya. Nite nurin. Sweet dreams!
BERSAMBUN...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment