Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, September 21, 2011

spike aku lagi kencanglah! #2


“Neya watch out!”
Tetapi semuanya sudah terlambat. Neya jatuh terduduk. Dia membetulkan pin tudungnya yang sudah tercabut.
“Hoi! Kan kita orang tak ready lagi!” Haikal bengang.
“main, mana boleh tak bersedia. Nanti lawan ambil kesempatan,” balas Amat tanpa rasa sedikit pun serba salah.
“kau okay ke Neya?”  Acap menyoal dengan cemas.
Neya terasa pandangannya berpinar. Boleh tahan juga spike mamat ni! rasa bergegar otak aku. Dia mendesah.
rilex...rilex.. aku okay. Small matter,” Neya menjawab. Dia bangun sambil membetulkan tudungnya.
“Najib, ganti Neya!” haikal bersuara.
“ala.. aku nak main. Dah lama aku tak main. Kasilah aku lepas gian dulu...” rayu Neya pada ahli pasukannya.
are you sure?”
Neya mengangguk penuh yakin.
            Petang itu, Neya berjaya membalas dendam pada Amat. Akhirnya pasukan mereka menang dengan keputusan 2-1.

************

“APA? Tak ada pasukan perempuan? Cikgu biar betul?” soal Neya pada cikgu Ramli, pengurus pasukan bola tampar lelaki.
“takkan cikgu nak tipu kamu. Dah bertahun-tahun sekolah kita tak hantar wakil perempuan. Tak ada harapan menang!”
“biar saya tubuhkan pasukan perempuan?”Neya member cadangan.
“neya, kamu ada 2 bulan je lagi untuk pertandingan. Walaupun kamu pernah ke peringkat kebangsaan, kamu takkan mampu nak hasilkan pasukan yang mantap. Sia-sia sahaja sekolah hantar pasukan nanti!”
“tapi cikgu... belum cuba belum tahu. inilah peranan sekolah untuk cungkil bakat-bakat baru!” Neya berhujah penuh semangat.
“kamu takkan berjaya!”
“tapi cikgu....” Neya menayangkan muka kecewanya di hadapan cikgu Ramli.
Cikgu Ramli diam. Dia menimbang-nimbang cadangan Neya.  Betul juga kata Neya. Belum cuba, belum tahu. yang paling penting, rugi pula jika bakat dan kebolehan Neya itu dipendamkan.
“baiklah... cikgu beri kamu seminggu untuk cari ahli pasukan kamu! Dan sebulan untuk melihat hasilnya. Baru cikgu putuskan mahu hantar ataupun tidak.”
Neya melompat kegirangan. Mahu sahaja dipeluk guru sukannya itu. Dia mengucapkan terima kasih lalu terkocoh-kocoh meninggalkan CIkgu Ramli. Ada sesuatu perlu segera diselesaikan.
Saat dia ingin keluar itulah dia bertembung dengan Amat. Senyuman Neya mati. Dia belajar di sini? Neya bertanya dalam hati.
Amat hanya memandang tajam Neya di hadapannya. Buat apa gadis ini di sini?
Neya menjelir lidah lalu meninggalkan Amat yang terkebil-kebil.
“Gila!” amat mendengus lalu mendapatkan Cikgu Ramli.
“ada apa cikgu nak jumpa saya?”
“ini jadual latihan. Pastikan semua datang tepat pada masanya. Lari 5 pusingan dan warm-up. Ingat, tahun ni kita mesti juara. Kamu sebagai kapten, mesti ambil peranan. Ok?” cikgu Ramli tegas member arahan.
Amat mengangguk. Setelah membincangkan beberapa perkara, dia akhirnya memohon diri kerana masa rehat sudah pun tamat.

****
            Neya tersandar lesu. Kalau beginilah pasukannya, memang tak ada harapan nak dihantar mewakili sekolah. Digging lintang pukang. servis jarang nak lepas. Sudah penat dia menunjuk ajar. Sudah seminggu lebih. Sepatutnya mereka sudah boleh melakukan yang asas itu.
            “tak payahlah kau berangan nak buat team, budak baru! Setakat main macam longkang, baik balik rumah cuci pinggan!” kutuk Amat yang kebetulan sedang menuju ke gelanggang bola tampar sekolah lalu di sambut dengan gelak ketawa kawan-kawannya. Ada yang neya kenal, ada yang Neya belum sempat berkenalan.
            “kau cakap apa?” Midah bengang mendengar kutukan Amat. Bukan dia tak kenal dengan budak lelaki itu. Memanglah hero bola tampar sekolah. Tapi mulut busuk macam logi tahi!
            “dahlah tak payah gaduh,” Neya menenangkan Midah. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia menampar mulut celopar lelaki itu.
“jomlah!” haikal menarik tangan Amat. Dia bimbang andai berlakunya pergaduhan di situ.
            “kau ni kenapa? Hari tu kau yang semangat! Tapi kenapa hari ni kau biar je dia kutuk kita?” Midah menyoal Neya bertubi-tubi.  Dek kerana pujukan dan semangat yang Neya tunjukkan dengan bola tampar, dia yang kasihankan teman barunya itu, dia yang tangan kayu itu turut sama menyertai pasukan Neya. Tapi tengoklah sekarang. Apa yang jadi. Neya dah putus harapan.
            “kau dah putus asa dengan kami ke Neya?” Joji pula menyoal. Dia sedar, mereka semua tidak pernah bermain sukan ini. sentuh bolanya, apatah lagi! Mereka sertai Neya pun kerana didorong dek keterujaan yang Neya tunjukkan. Semangat dia memang berkobar-kobar.
            Neya hanya terdiam. Satu persatu wajah teman-teman barunya ditatap. Dia yang bersalah! Terlalu meletakkan harapan yang tinggi sedangkan mereka hanya baru bermula. Dia perlu lebih bersabar dan kuatkan hati. Baru seminggu mereka berlatih. Masih ada lagi 3 minggu berbaki.
            Neya menarik nafas dalam-dalam.
“betul kau orang bersedia nak main?”
Teman-temannya mengangguk.
Baiklah. Ada sesuatu yang mesti dilakukan. Neya bangun lalu melangkah ke gelanggang pasukan lelaki.
“oi!” dia menjerit memanggil Amat. Warm up mereka terhenti. Semua mata memandang  ke arah neya.
“kau!” Neya memandang tajam ke arah Amat.
“suka-suka hati kau panggil aku oi!” Amat naik angin. “nama aku Amat!”
“nama aku Neya!”
“kenapa? Dah surrender ke?” Amat menyoal sinis.
surrender tak ada dalam kamus hidup aku. Mark my word! Tahun ni sekolah mesti hantar team perempuan juga!”
“bunyi macam yakin!”
“memang aku yakin. Dan aku akan pastikan, team aku pasti boleh angkat spike kau!”
spike aku, kencang!”
spike aku lagi kencanglah!huh!”

* * * *
“apa? Kau gila nak angkat spike dia tu?” Mida menyiga sebaik sahaja mendengar cerita Neya.
“kau tengoklah tu. dia ambik step nak lompat je aku dah rasa nak lari jauh-jauh!” Syira mencelah. Semua mata sedang tertumpu pada permainan pasukan lelaki. Yang paling tepat- ke arah Amat.
“tak sanggup... Bob yang terrer tu pun sampai kena berenang nak mengangkatnya! Inikan kita yang baru terhegeh-hegeh nak main,” Ita pula melahirkan rasa cuaknya. Apatah lagi dengan aksi spike-sambut sedang dipertontonkan.
“ala, gimik je tu! aku tahu, dia takkan serang kau orang punya.”
“mana kau tahu?” midah menyoal Neya.
“aku tahulah!”


bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...