Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, March 3, 2012

good night sayang 2! part 10


Chap 10

SEMUANYA berlaku sekelip mata. Emak dan abah pergi menghadap Illahi di saat aku tidak bersedia. Sekelip mata jua aku menjadi isteri kepada lelaki yang telah meranapkan kepercayaanku kepadanya.

Masih segar diingatanku tentang permintaan abah ketika dia sedar untuk 30 minit yang terakhir. Semua yang terjadi terlalu pantas dengan setiap kebetulan yang tidak dirancang.

“abah nak tengok kau nikah dengan Luthfi sebelum abah pejam mata,” kata abah dengan suara yang tenggelam timbul. Alat pernafasan diletakkan seula ke hidungnya.

Aku mengangguk-angguk. Tidak lama lagi abah.

“abah dapat rasakan masa abah tak lama. Abah akan pergi menemani emak,” ujar abah lagi.

“abah jangan cakap macam tu,” pujukku. Air mata aku tahan daripada mengalir. Aku mahu abah tengok aku sebagai seorang anak yang tabah.

“Luthfi, sudikah kamu nikah dengan anak pakcik sekarang?”

Permintaan abah mengejutkan aku. Kalaulah abah tahu apa yang berlaku antara aku dan dia?

Aku lihat Luthfi hanya mengangguk.

“saya janji akan jaga nurin macam saya jaga nyawa saya sendiri,” kata Luthfi sambil menggengam erat tangan abah.

Ya Allah apakah ertinya semua ini???

Ayah Julia yang menguruskan semuanya. Aku yang kebingungan hanya mampu menemani abah di sisinya. Seperti yang aku katakan, kebetulan yang tidak dirancang. Semuanya berjalan dengan lancar. Suami dan ayah Julia, Pak Cik Kamal jiran kami yang menghantar abah dan emak ke hospital, mama dan papa Luthfi malah doktor yang merawat ayah  turut menjadi saksi kepada pernikahan aku, dengan tok imam sebagai juru nikah mewakilkan abah.

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri Luthfi. dengan sekali lafaz itu, aku rasa selah-olah satu beban telah diletakkan dibahuku.

Biarpun terlalu ringkas, aku nampak riak gembira di wajah Luthfi. mungkin dia merasakan kemenangan sudah berpihak kepadanya. Tidak perlu lagi dia memujukku kerana aku sudahpun menjadi miliknya.

“Rin...”


Azan Subuh yang berkumandang selepas itu menjadi saksi perginya insan yang menjaga aku selama ini.

Emak dan abah dikebumikan jam 10 pagi. Selaps bacaan tahlil pada sebelah malamnya, ayah Julia membuat pengumuan kepada hadirin yang hadir bahawa aku dan Luthfi sudahpun selamat dinikahkan.

Pada mulanya aku mahu semua itu dirahsiakan terlebih dahulu memandangkan majlis perkahwinan pun akan berlangsung tidak lama lagi. Tetapi Julia terlalu risaukan aku. Dia tidak mahu aku tinggal seorang diri di rumah apabila aku menolak untuk tinggal bersamanya. Apabila dia mencadangkan Luthfi tinggal bersama-sama aku, aku masih lagi menolak dengan alasan pernikah kami masih lagi tidak diketahui umum. Takut pula ada yang menyebarkan fitnah.

Akhirnya mungkin itu yang paling baik dapat difikirkan oleh Julia supaya aku berteman dan menghilangkan andaian aku yang bukan-bukan.

Memang Luthfi menemani aku, di bawah bumbung yang sama yang menjadi teduhan aku emak dan abah selama ini.  Tetapi aku lebih selesa bersendiri. Aku sangat memerlukan ruang dan masa setelah apa yang terjadi dalam hidupku.

Luthfi pula seperti dapat meneka apa yang aku perlukan kerana dia langsung tidak mengganggu aku. Kami memang berkongsi bumbung yang sama tetapi menjadi dua orang asing yang tidak bercakap antara satu sama lain.

“hei, apa yang kau menungkan?” tegur Julia. Dia sedang menurunkan lengan bajunya ang disingsing tadi.

“dah sudah basuh pinggan tu? susahkan kau aje,” kataku padanya. Tadi aku memang berniat mahu menolongnya mengemas dapur tapi Julia menyuruhku menghantar tetamu pulang.

“dah siap dah. mana cik abang aku?”

“tu, ada kat sana dengan Luthfi,” balasku sambil menunjukkan kea rah pokok tidak jauh dari situ.

“Rin, kau dengan Luth ada masalah ke?” soalan Julia membuatkan aku terdiam. Tiadasiapa pun yang mengetahui masalah ini melainkan aku dan Luthfi serta mungkin Leena yang menjadi punca masalah kami ini.

“Nurin, mama dengan papa nak minta diri dulu ya,” ujar mama Luthfi, Puan Kaisah yang baru datang dari dapur bersama suaminya yang sudah tentulah merupakan bapa mertuaku. Mujurlah mama datang tepat pada masanya, kerana aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku ceritakan pada Julia.

“terima kasih mama, papa.”

Ya, mujur juga mereka sendiri tidak membantah dengan permintaan terakhir abah sewaktu di hospital dulu.

Aku menyalami mereka diikuti Luthfi yang sudahpun datang ke sini bila melihat kedua orang tuanya mahu pulang. Selepas itu, keluarga Julia pula mengundur diri.

Kini tinggallah aku dan Luthfi di rumah emak dan abah sambil ditemani keheningan malam.

“cantikkan bulan malam ni?” ujar Luthfi.

Ya, memang malam ni bulan kelihatan penuh. Langit juga ditaburi bintang-bintang yang gemerlapan.

“ada lagi bulan yang cantik di hati Luth. Tapi dia dah tak nak senyum untuk Luth. Bercakap apatah lagi,” sambungnya lagi.

Aku mendengus kasar. nak cari gaduhlah tu! agaknya bosan kot duduk kat rumah dengan aku yang melancarkan perang dingin.

“sayang, we need to talk!” ucapnya tegas ketika aku berura-ura mahu masuk ke dalam rumah.

what kind of talk do you have in mind?” soalku sinis lalu masuk ke dalam rumah meninggalkan dia sendirian.

Dia juga masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu seperti malam-malam sebelumnya. Mujur juga ada dia sebenarnya.

“Leena nak sangat jumpa Uyin..” katanya.

Mendengar sahaja nama perempuan tu membuang darahku menyirap.

“berani Luth sebut nama dia lagi lepas semua yang terjadi ni? apa yang dia nak kali ni? dia nak Luth? Hah? Dia nak luth sangat ke?” aku sudah meninggikan suara. Benteng air mata yang aku bina sepanjang 3 hari ni semakin nipis. Teruk sangatkah aku?

Aku takkan menangis depan dia!

“Leena nak...”

“kalau Luth lebih bahagia dengan dia, go get her Luthfi!” pintasku.

“jangan salahkan Luth, kalau Luth cari dia.”

Ayat dari Luthfi benar-benar mengejutkan aku.  Baru 3 hari dia nikahi aku dan sekarang dia mahukan lebih dari aku! Ya Allah, dugaan apa ini?

“apa luth cakap ni?”

since you not accept me as your husband,” jawab Luthfi. Pandangannya tajam, tidak redup seperti selalu.

Aku melawan pandang dengannya. Ya allah, kenapa dengan Luthfi aku tidak mampu menahan air mata ini. aku sayangkan dia tapi kenapa semua ini harus terjadi?

Pantas aku berlari ke bilik emak. Di katil emak, aku hamburkan semua kesedihan, kehilangan dan kekecewaan yang bersarang di hatiku selama ini.

Tiba-tiba aku dapat rasakan ada tangan mengusap lembut kepalaku.

“sayang... luahkan semuanya sayang...”

Aku memeluk Luthfi yang berada disisiku. Di dadanya aku menangis hiba. Ke manakah aku akan lari kalau bukan kepada dia, apatah lagi sekarang dia menjadi suamiku.

“Uyin tak nak Luth tinggalkan Uyin. Cukuplah mak dan abah tinggalakn Uyin. Takkan Luth pun nak tinggalkan Uyin?” aku menyoalnya dalam tangisan yang belum reda.

“shhh... siapa kata Luth nak tinggalkan Uyin?”

“tadi Luth cakap nak cari Leena?”

Air mataku dikesat Luthfi. dia menghadiahkan senyuman yang paling manis untukku.

“memanglah Luth nak cari...”

Aku menolak tubuhnya menjauhi aku.

“aduh, sayang ni cuba dengar dulu. Ini tak dari tadi asyik nak menyampuk aje,” marah dia padaku. Aku terus membelakanginya.

“sayang tak baik tau membelakangi suami,” katanya pula.

“cakap jelah!”

“dah ready nak dengar semuanya?”

better be good! Uyin takut tak larat nak dengar cerita-cerita sedih ni,” balasku perlahan.

Luthfi menghampiri aku lalu menarik aku supaya menghadapnya. Tangganku digengamnya erat.

“malam tu Leena datang jumpa Luth..”

 Hish, pantang betullah aku dengar nama tu! Luthfi meletakkan jarinya di bibirku bila aku mahu menyampuk. 

“dia cakap, betullah sangkaan Uyin pada dia yang dia sukakan Luth.”

“macam mana dia tahu?”

“manalah Luth tahu macam mana dia tahu. sayang, duduk diam-diam dan dengar aje boleh tak?”

“yelah...yelah...”

“dia juga tahu yang tak mungkin luth akan kembali bersama dengan dia sebab Luth sangat-sangat cintakan Uyin, sayangkan Uyin, sanggup berkorban apa sahaja demi Uyin.”

Okay, aku tahu dari gayanya dia sengaaja menambahkan cerita!

“habis yang sampai peluk tu kenapa?” marahku.

“sayang! Luth cium karang!” ugutnya bila aku menyampuk lagi. aku terdiam. Tentulah aura ingin tahu aku ni membuak-buak. Dia pula sengaja buat suspen.

“nampak ni?” aku menunjukkan penumbukku.

“berani ke?” soalnya pula sambil mendekatkan wajahnya padaku.

“chop..! okay teruskan cerita,”  aku pantas menahannya dari terus menghampiriku. Dia ketawa.

“tau takut!”

“cepatlah!”

“hmm.. dia cakap dia nak balik Sabah, sambung master di UMS. Masa dia nak balik tu, tiba-tiba dia peluk Luth dan pada masa yang sama tu jugaklah sayang datang bawak kek chocolate indulgence kegemaran Luth.”

“betul??”

“betullah. Takkan Luth nak tipu. Kesian Luth tau! It was my first birthday with you, and then that thing happened! Dahlah tiba-tiba sayang ada kerja, stay office sampai malam. I was really disappointed! Kek tu pun tak sempat Luth nak makan sebab lepas tu dapat call dari Julia. Mesti dah habis dikerjakan budak-budak rumah Luth,” luahnya panjang berjela.

Aku cuba menyembunyikan senyumku. Kelakar pula Luthfi ni. selalu aku yang merajuk. Ini bila first time dia yang merajuk, dah macam aku pula!

“tapi Luth sedar, apa yang Luth hadapi ni taklah seteruk yang berlaku pada sayang. Penat-penat datang terus dari office sebab nak makan kek dengan luth tapi tiba-tiba ternampak sesuatu yang sepatutnya tak berlaku. Leena nak sangat minta maaf pada sayang. Dia rasa bersalah sangat.”

“kat mana dia sekarang?”

“dah balik sabah dah.”

“tak apalah nanti kita jumpa dia sama-sama,” aku membuat keputusan akhirnya.

“maknanya, sayang dah maafkan Luth lah?”

Aku mengangguk lalu tangannya aku cium. Dia tergamam seketika sebelum meraih aku ke dalam pelukannya.

Terima kasih Allah kerana menerangkan hariku yang kelam.

“Sayang...” dia memanggilku lembut.

“apa?”

“nak chocolate indulgence,” rengeknya manja.

Mengada-ngada. Mana nak cari secret recipe malam-malam buta ni. tiba-tiba aku teringat sesuatu. Memanglah tak ada kaitan dengan kek tapi...

“Luth... di mana kita pertama kali berjumpa?” soalku dengan dahi yang sudah tentunya berkerut.

“sayang tak ingat ke?”

“tak ingatlah. Kalau tak, tak adanya orang nak tanya. Yang pasti bukan kat rumah Julia.”

“betul nak tahu?”

Aku mengangguk. Senyumannya yang lebar lama-lama bertukar menjadi tawa yang galak.

“nantilah Luth cerita. Dahagalah sayang. Kita minum dulu!” katanya sambil membuat aksi seperti di dalam iklan.

Huh! Sengaja nak menambahkan kerut kat dahi aku ni! baik, aku akan tuntut juga cerita tu sampai dapat!

“selamat malam sayang....” ucapnya sambil tersenyum lalu meninggalkan aku.

 "Luth!!!!"


bersambung...

2 bunga-bunga cOmeL:

-m3- said... [reply to comment]

adeh..-_- hehehe..nsb baik ade 'bersambung' kt bwh tu..

ATIE said... [reply to comment]

haha..surprise x?haha

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...