Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, June 22, 2009

::blogging take rest ::

1 bunga-bunga cOmeL
salam


there are lots of things i want to share with all of u.. but since i've become very busy.... what can i do now is just listed down my becoming post..heee...

>>kem biro tatanegara
>>kisah orang tua dan rumah pusaka.
>>about my next fav song
>>and the next tipical love story!!

hoho.... 4 compulsory posts... hope i have time for it..

see ya~~

Saturday, June 13, 2009

khas buat ibu...

3 bunga-bunga cOmeL


khas buat ibuku tercinta..
yang melahirkan aku lebih 22 tahun yang lalu...
yng menjaga aku..
yang mengajar aku erti hidup ini...
yang memberikan aku peluang melihat dunia dengan keizinan Tuhan...
yang kasih sayangnya padaku tidak bertepi...
yang jasanya tidak mungkin dapat ku balas dengan segunung intan dan permata..
mak,..
selamat hari lahir...semoga panjang umur n sihat selalu
Tie sayang mak... mmuah..mmmuah..

Thursday, June 11, 2009

what about leadership?

3 bunga-bunga cOmeL
what do u think when we r talking about leadership? some people said, ' kebolehan mempengaruhi orang'. and the same people also said, leadership ni boleh dibentuk. bukan lahir2 je terus ada leadership tu. but the thing is, kalau leadership tu 'kebolehan mempengaruhi orang' jadi leadership tu adalah anugerah. natural. semulajadi. lahir2 tu dah memang ada sifat kepimpinan. betul x? kalau ikut tafsiran 'kebolehan'la

cuba kita tgk dr sudut lain. believe it not, sometime leadership tu tak payah guna kata-kata byk pun. kadang2, ada pemimpin ni, dia cakap berapi-api. abes segelen air dia minum sebab tekak kering. tapi orang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ada pula yang dia cakap sepatah dua je, yang penting2 xperlu huraikan panjang berjela, tapi orang bawahan dia ikut. respect dia as a leader. dan kalau katogeri ni, aku rasa anugerah. sama macam yang atas. anugerah mempengaruhi orang. orang tgk die je, 'hmmm... dia sesuai jd leader kita.'

tapi, bak kata orang, don't simply judge a book by it's cover. kita tgk die baik, rupa ada, rajin pun ya, tapi dia maybe good as a follower not a leader.

leader ni mesti ada strategi. bukan semua perkara die kena buat and bukan semua perkara, dia kasi arahan. x kisah la besar mana jajahan 'leader' ni. strategi tetap penting. tp nak jadi leader yang baik mesti jadi leader yang menghormati followers and at the same time, leader must know which one he/she shud do and which one kasi pada anak buah.

selain tu, leader mesti percaya pada anak buah. kalau x percaya macam mana nak kasi dia task kan? last2 semua buat sendiri. apa kes? if u r the leader, then u ada kuasa mengarah, jadi bagilah arahan. tapi bukanlah semua mengarah je. sometime you pun kena buat kerja. gunakan anak buah sebaiknya. guna dalam erti kata sebenarlah. bukan maksud guna yang ambil kesempatan.. tu tak baik...

bukan itu je, seorang pemimpin, mesti always be rasional... jangan cepat melenting. bila fikiran dahdikuasai emosi,habislah! dah x balance nak fikir mana betul mna salah. kan?

lagi satu, leader mesti perjuangkan hak anak buah..itu baru leader untuk anak buah. dan anak buah mesti bagi sokongan.

ada lagi banyak sebenarnya. ni sebahagian daripada pengalaman aku 3 4 tahun kebelakangan ni.. tiba-tiba je aku rasa nak berkongsi.. hee

'kalau kita nak orang hormati kita, kita mestila hormat orang tu.'


Monday, June 8, 2009

wow...!! jumpa AKim

4 bunga-bunga cOmeL
haaaaaaaa.... ni aku nak cte..

hari sabtu baru2 ni, aku ikut sorang member aku g kenduri sepupu die kt upm serdang.pas isi perut, borak2 sket, kitorg ingt nk balik tp mak cik member aku ni suruh stay sampai pengantin tiba.. so kitorg yang dah angkat punggung ni pun duduk balik... dalam hatiku resah gelisah la jugak, meninggalkan adik2 ku kt jtk nu buat keje yang aku tinggalkan...

nak dipendekkan cite, after pengantin sampai, kitorg tgu kejap and at last berssalam2 nak balik...

masa odw nak ke kete nilah, aku rasa aku selisih ng AKIM.... wahahahahahahaha... tak tergmabar perasaan aku saat tu.. mula2 aku ingt dsalah org. tp bile tgk lg skali, n die senyum dgn cnfidentnya pada aku... memang sahla tu AKim.. huhu..tergoda betul..haha..kalaulah awal sket aku noticed yg tu betul2 Akim, mesti aku dah amik gmbar ng die..hee.. aku xdelah fanatik sgt tp...sbb aku suka dgr die nyanyi kot... anyway.. kalaulah aku balik awal, mesti x jumpa die...

pada kak anan.... jgn jeles.. =p

Thursday, June 4, 2009

umi khadijah (part 3)

9 bunga-bunga cOmeL
Aku berdebar-debar saat menanti bakal suamiku melafazkan akad yang akan menyatukan kami. Kak Mas, mak andamku sedikit-sedikit men’touch up’ wajahku. Kadang-kala naik rimas aku dibuatnya. Sarah pula setia berada di sisi aku sejak dari pagi lagi. Kak Ann pula mengambil tugas melayan tetamu bersama mama, papa dan abang.

“dah selamat Umi,” kata Kak Ann tiba-tiba muncul di sebalik pintu.

Aku mengucap syukur. Senyuman terukir di bibirku. Dengup jantungku semakin laju saat si dia memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke bilikku bagi melaksanakan majlis pembatalan air sembahyang dan menyarungkan cincin di jari manisku.

Hafezi… kacak berbaju melayu lengkap bersamping. Dialah lelaki yang akan menjadi teman hidupku, berkongsi suka dan duka bersama-sama. Dialah juga yang sabar melayan karenahku saat aku langsung tidak mengendahkannya.

“abang…” kuraih tangannya lalu kukucup. Aku hadiahkan sebuah senyuman yang paling manis untuk dirinya di saat tangan kami bersentuhan. Dia dengan penuh ikhlas mengucup dahiku. Cahaya dari lensa kamera memenuhi ruang bilikku bagi merakan saat indah ini.


*****

Aku ditinggalkan bersama Hafez di dalam wad itu. mungkin mereka sengaja mahu meninggalkan aku sendirian bersama lelaki yang sedang terlantar di atas katil ini. Aku lihat dahinya berbalut. Ada sedikit kesan darah di situ. Dia juga mnggunakan alat bantuan penafasan.

Aku menatap wajahnya. Rasa sayu segera menyelinap ke jiwaku. Tetapi entah mengapa lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus kukatakan. Dengan keadaannya yang tidak sedar begini, aku jadi semakin serba salah.

“saya tahu awak mendengar ketika ini. saya nak minta maaf kerana selama ini saya tidak mengendahkan awak. Saya betul-betul ingat awak dah kahwin dan Aqilla tu anak awak. Dan awak ambil masa yang lama untuk menerangkan yang selama ni saya salah faham tentang status awak. Awak sendiri yang menyakiti diri awak dan saya juga.

Hafez, saya tahu lebih setahun yang lalu awaklah yang menghadiahkan novel itu untuk saya. Dan untuk pengetahuan awak, rupa-rupanya awaklah lelaki yang saya tunggu selama ini. awaklah budak lelaki yang menjadi teman saya dulu tak kira ketika saya sedih dan gembira. Awak berkawan dengan saya ketika budak-budak lain menyisihkan saya. awaklah budak lelaki yang dikatakan mati oleh kawan-kawan kita yang nakal dulu. Awak ingat tak? Tidak sangka awak masih lagi berada di depan mata saya sekarang. Bangunlah Hafez…” rayuku.

Air mataku mengalir laju. Tangannya kugengam erat, cuba mengalirkan semangatku untuknya. Aku yakin dia mendengar kata-kataku walaupun dalam keadaan begini.

“Umi, jom kita balik dulu. dah lewat benar ni. Umi pun kerja esok kan? Abang tunggu di luar ni,” kata abang lalu menutup semula pintu bilik yang menempatkan Hafez dan aku kini.Aku mengesat air mata. Aku tidak mahu dia melihat aku menangis begini. Aku mesti kuat.

“dan awak mesti bangun Hafez! tapi saya mesti pulang sekarang. Esok bila saya datang semula, awak mesti sedar ye…” kataku lagi seolah-olah memujuk seseorang yang sedang berjaga.

Keesokkannya, aku datang lagi. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Dia masih tetap sama. Tidak sedarkan diri tetapi sekurang-kurangnya dia sudah boleh bernafas sendiri. Setiap kali melawatnya, aku sentiasa menceriakan diri walaupun aku tidaklah sekuat mana. Dan selepas itu barulah aku akan menangis. Aku takut jika tiba-tiba aku kehilangannya lagi.

“assalamualaikum Hafez… Umi datang lagi. Umi bawa bunga baru untuk Hafez. Hafez tengok bunga ni layu dan Umi kena ganti baru. Umi tak nak Hafez jadi macam bunga ni,” kataku merujuk pada bunga layu terdapat di dalam pasu. Bunga mawar segar yang baru kubawa, kuletakkan di dadanya. Aku mahu dia menghidu bau segar itu.
“Hafez, Umi laparlah. Umi belum makan. Hari ni kerja banyak sampai tak sempat Umi nak makan. Hafez bangunlah. Bila Hafez nak temankan Umi makan?” aku bercakap sendiri lagi. Itulah yang aku lakukan setiap kali melawatnya.
“hafez, semalam kenduri kawan Hafez yang tentera tu. Abang ajak Umi temankan dia sebab kak ann tak sempat pergi. menariknya majlis tu Hafez. rugi Hafez tak dapat pergi. mula-mula Umi ingat nak temankan Hafez di sini tapi bila ingatkan yang Hafez pernah ajak Umi, jadi Umi pun ikut abang. Cantik betul gaun pengantin perempuan tu. Macam Cinderella pula. pengantin lelaku pun tak kurang hebatnya. Kalau pengantin lelaki tu kawan abang, mestilah kawan Hafez juga kan. Bestnya kalau dapat pergi dengan Hafez!” aku bercerita penuh teruja.
“Hafez, Umi nak balik dulu. esok Umi datang lagi,” kataku setelah lama membiarkan keadaan sunyi seketika. Perut yang kosong juga harus kuisi walaupun seleraku sudah tumpul kebelakangan ini.
“sayang… tak nak teman hafez lagi…?”langkahku terhenti tatkala mendengar suaranya. Lambat-lambat aku berpusing. Bimbang jika itu hanya mainan hatiku yang begitu rindukan dirinya.

Dia tersenyum. tangannya memanggil supaya aku ke sisinya. Tidak tahan dengan keadaan itu, air mataku menitis lagi.tangannya segera aku gengam.

“hei.. janganlah menangis sayang…”pujuknya.
“Umi pergi panggil doktor,” kataku cuba mengelak walaupun sebenarnya aku malu dipanggil begitu dalam keadaan seperti sekarang.
“kejap lagilah. Hafez ok. mari sini, Hafez kesat air mata tu,” katanya lalu menarikku supaya menghampirinya.
“cantik betul Umi ni. Geram Hafez tengok. Rasa macam nak cium je!” aku terus terpacak berdiri tatkala mendengar ayatnya yang terakhir. Wajahku merona merah. Itu aku pasti.
“hish Hafez ni.otak tu dah tak betul ke lepas accident? Gatal betul,” balasku. Nadaku sengaja aku tegaskan. Dia hanya tersenyum.

****

“sayang boleh abang tanya sikit?” soalnya tiba-tiba. Dahinya berkerut persis sudah lama dia mencari waktu yang sesuai untuk bertanya. Apa tidaknya, sejak dari pagi lagi kami sentiasa dikerumiuni oleh teman dan saudara mara.
“tanyalah,” balasku.
“mana sayang tahu abang ni budak lelaki yang pernah ‘mati’ dulu tu? Faiz dah janji tak nak beritahu sayang. Mana ada orang lain tahu,”
“ooo… abang Faiz pun tahulah hal ni? Sampai hati dia tak cakap. Padahal dia tahu yang Umi sayangkan budak lelaki tu,” balasku. Selama ni aku sahaja yang tidak tahu hal sebenar.
“ala sayang, bukan salah Faiz. Tapi abang yang nak dia rahsiakan. abang nak tahu, betul ke sayang ni sayang abang macam yang Faiz cakap. Tapi sekali, Umi pula salah faham. Pening abang tau nak tackle isteri abang ni,” katanya lalu memelukku. Aku ketawa. Dia tidak tahu Linalah yang membocorkan rahsianya itu. dan kalau lina tidak memberitahu aku sekalipun, aku sudah lama mengecamnya melalui senyuman yang sama dia pernah hadiahkan untukku pertama kali dia berkawan denganku dulu dan yang paling penting adalah tahi lalat di tepi telinganya.
“ha ni kenapa senyum sorang-sorang ni? Fikir apa?” sergahnya.

Aku ketawa lalu melepaskan diri dari pelukannya. Dia mengejarku di saat aku mencapai tudung dan lari menuruni anak tangga untuk ke bawah.

Hai… bahagianya aku !!! =)

-----------------------THE END------------------------

Wednesday, June 3, 2009

khas untuk abah....

0 bunga-bunga cOmeL
saya sayang abah sangat......
tapi xreti nak ckp macam mana syg tu bila abah ada bersama....
xdpt nak bayangkan kalau tiba-tiba abah tiada...

dulu masa sy sekolah lagi, bila bagi duit belanja, tgn abah mesti teketar2 sikit..
saya perasan walau abah cuba lindungkan... saat itu saya berjanji nak belajar sungguh-sungguh mengubah hidup kita kepada yg lebih selesa... menjadi pengikut pada kakak dan abang yang telah berjaya

saya sayang abah sangat...


selamat hari lahir abah...
semoga abah dipanjangkan umur...
semoga abah sentiasa dirahmati Allah...

dari anakmu...

Tuesday, June 2, 2009

umi khadijah (part 2)

10 bunga-bunga cOmeL
Sudah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki ke MPH. Lebih sebulan lalu, kes Hafez dan dua minggu kebelakangan ini aku terlalu sibuk ke sana ke mari berjumpa dengan pelanggan pula. sejak peristiwa di rumahku dulu, aku sudah tidak mendengar sebarang berita langsung tentang Hafez dan anaknya Aqilla.

Sedang aku asyik melayani sebuah novel, Plain Jane, yang kukira lain sedikit jalan penceritaannya, datang seorang kanak-kanak kepadaku.

Hi auntie! How are you?” soal si kecil itu. comel benar suaranya bertanyakan itu ini kepadaku.
Apabila ditanya dengan siapa dia ke sini, senyumnya sampai ke telinga.
I come here with mama,” balasnya.
Oh, datang dengan mama mestilah datang dengan papa sekali. Hari ni hujung minggu. Takkanlah dia tak keluar dengan keluarga tersayang.
mom…!” tiba-tiba Aqilla berlari ke arah seorang wanita. Memang cantik wanita itu. jelas sekali dia bukan berasal dari sini, tapi pakaiannya memang bercirikan melayu. Kalah wanita melayu yang perasan minah salleh.
Mom that’s auntie Umi,” aku terdengar suara comel Aqilla memperkenalkan aku kepada ibunya.

Aku bangun lalu menghampiri mereka, tidak mahu dikatakan sombong. Selangkah lagi aku hampir tiba kepada mereka, kedengaran suara Hafez memanggil Aqilla. Saat itu, pandangan mata kami sudah bersatu. Aku mengalihkan pandangan. Apa kata isterinya pula nanti. Benarlah sangkaan hatiku tadi. Memang dia di sini.

“Lina, kenalkan ini adik kawan abang. Namanya Umi,” Hafez memperkenalkan diriku pada isterinya itu.
“jadi inilah, umi yang abang dan Aqilla ceritakan tu?” soalnya pada Hafez dengan bahasa melayu yang fasih. kulihat Hafez mengangguk. hai… kenapa aku pula yang menjadi bahan bualan antara mereka.
we are going to have lunch, why not if you come and join us,” pelawa Hafez padaku.
no abang! We are ok here. In fact, Lina nak bawa Aqilla pergi jumpa doktor kejap. So just two of you,” kata Lina. Gembira semacam pula dia.
I don’t think that’s the good idea. I nak stay lagi kat sini,” balas aku menolak tanpa sesiapa pun berkecil hati.
come onlah Umi, kenapa you selalu sangat tolak pelawaan I?” pujuk Hafez.

Aku memandang lelaki itu. matanya kelihatan begitu mengharap. Hatiku terasa serba-salah antara meneruskan prinsipku atau keluar bersamanya.

“yelah. I bayar ni dulu,” akhirnya aku menyatakan keputusanku.
Novel Plain Jane yang belum sempat aku tamatkan pembacaannya, aku bawa ke kaunter pembayaran.
“ Lina, are you sure?” soal Hafez sekali lagi sebelum meninggalkan isterinya.

Aku lihat Lina mengangguk. senyuman manis menghiasi wajahnya. Rasa bersalah menghantui sanubariku. Benarkah tindakanku ini? keluar dengan suami orang? Tetapi isterinya sendiri yang memberi izin. Malah kulihat matanya, senyumnya kelihatan berseri-seri. Jangan-jangan aku calon madunya. Oh tidak!!

“you fikir apa Umi?” Hafez tiba-tiba menyoal aku. Aku hanya menggeleng. Bimbang dia berkecil hati pula jika aku berterus- terang.
“Umi, you nak tahu tak? You dah salah faham. Lina…” kata-katanya terhenti apabila telefon bimbitku berbunyi.
“sebentar ya. I jawab call dulu,”kataku padanya.
“siapa tadi?”soalnya sebaik sahaja aku menamatkan panggilan.
“mama, dia minta tolong beli barang dapur sikit sebelum I balik nanti,”jawabku jujur.
“ok, nanti I temankan you,” katanya pula.
“eh, tak perlu susah-susah. I boleh buat sendiri,” balasku.
“cuba sekali-sekali you terima pertolongan I?” katanya hampa.
“ha, apa yang you nak cakap tadi?” soalku menukar topik. Malas mahu bergaduh dengannya.
“emmm… nothing important. I pun dah lupa,”balas Hafez lalu tersenyum. aku hanya mengangguk. senyumannya mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang telah lama meninggalkan aku.

Kami makan tengah hari di secret receipy. Dia yang beria-ria ingin makan di situ. Aku menurut sahaja langkah kakinya.
“umi, kenapa Umi belum kahwin?” soal dia tiba-tiba.
“belum sampai seru agaknya. Nanti bila dah tiba hari tu, I jemput you ok?” balasku lalu tersenyum.
“you mesti suka tengok orang bersanding kan?” soalnya lagi.
“kenapa you cakap macam tu?”
“sebab you kan suka keindahan-keindahan ni. Ingat tak masa you cerita pada I tentang persandingan abang you? You look so excited my dear..” jawabnya lalu ketawa. Aku turut ketawa.
“macam yang you cakap. Tapi tak adalah I selalu pergi kenduri kahwin tengok orang bersanding. I pun ada banyak kerja.tapi bila kawan-kawan I jemput ke kenduri dia orang, I takkan lepaskan peluang,” jelasku lalu tersenyum lebar. Benar, aku jarang sekali tidak menghadiri kenduri teman-temanku.
“ok, kalau macam tu, I nak ajak you temankan I ke kenduri kawan I boleh? Kenduri kahwin dia dalam adat istiadat tentera. Please….” Pujuk Hafez.
“hah, kenapa pula ajak I. Lina dan Aqilla kan ada?” balasku. Sungguh aku teringin pergi bersamanya, tetapi statusnya itu…
“umi sayang…. Sampai bila you nak salah faham ni?”
“hei, don’t ever call me sayang ok! you tu dah ada wife!”
“tau tak dari dulu, I gilakan you!”
“merepek! Berhenti ckap pasal ni! Kalau tak I balik. Menyesal I keluar makan dengan you,”
“ok..ok.. I’m sorry. We talk about anything else,” pujuknya.


Aku segera pulang ke rumah selepas membeli barangan yang dipesan mama. Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya berdiam diri. Hafez hanya menghantarku melalui pandangan matanya saat keretaku meninggalkan kawasan parking Midvalley.

“kenapa anak mama ni bermuram durja aje ni?” soal mama, menghentikan lamunanku.
“tak ada apa-apa mama. Tadi jumpa Hafez anak beranak dekat MPH. and then dia ajak lunch. Sudahlah bini dia ada sama, Umi malaslah nak ikut. Tapi mama tau tak, isteri dia kasi je Umi ni keluar dengan Hafez,” ceritaku pada mama.
“then what’s the problem?” aku sedikit terkejut bila mama bertanyakan soalan itu.
“mama… he’s married!” balasku tidak mahu mengalah. Mama ketawa.
“ada ke dia cakap dia dah kahwin?”

Aku menggeleng. Senyum mama melebar. Apa makna senyum itu? Nanti...! Tiada seorang pun yang cakap dia tu dah kahwin. In fact, aku sahaja yang menelah sebegitu.
are you hiding something from me?”soalku pada mama. Mama tersenyum lagi.
you better ask him Umi,”balas Umi.

Aku terus naik ke bilik. ada sesuatu yang ingin aku tanyakan pada lelaki itu. sampai hati dia berahsia denganku. Mungkin juga aku yang bersalah, dia sudah beberapa kali ingin berterus terang dengan aku. malah baru tadi dia cakap sampai bila aku perlu salah faham?

Namanya di dalam contact listku segera aku klik. Saat-saat yang berlalu sementara menanti dia menyambut panggilanku menyesakkan ruang dada. berdebar-debar jantungku menanti jawapan dari bibirnya sendiri.

Panggilan pertama, tidak berjawab. Begitu juga panggilan kedua dan ketiga. Namun apabila yang kelima juga tidak berjawab, aku menghantar sms kepadanya. barangkali dia tengah sibuk sekarang.

Malam sudah melabuhkan tirainya. Bintang-bintang dan sinar bulan sudah menghiasi dada langit yang kelam. Bunyi-bunyi kenderaan yang bersimpang siur siang tadi sudah berkurang. Mereka juga tahu pulang. Abang juga sudah pulang dari jamuan makan malam tahunan tempat dia bekerja. Si kecil Aiman sudah lama dibuai mimpi. Namun aku masih setia menanti di sisi telefon bimbitku.

“jangan hubungi saya lagi!” teringat kata-kataku padanya siang tadi sebelum keretaku memecut meninggalkan dia.

Tiba-tiba telefonku berdering.nama Hafez di skrin membuatkan dadaku berdebar-debar. Lambat-lambat aku menyusun kata.

hello, is that you umi?” soal suara itu. yang aku pasti itu bukan suara Hafez.
yes. Siapa tu?” soalku pula.
“I Amir, adik Hafez. hafez dekat HKL sekarang. Dia accident. Mungkin you patut datang. Sorry I’ve read your message,” katanya dan merujuk pula mesej yang aku hantar pada Hafez tadi. Ah, malunya!
it’s ok. I think you better come here,” suara itu kedengaran lagi. Mungkin kerana aku terlalu lama berdiam diri.

Sebaik sahaja bertanya butiran yang perlu,dia menamatkan panggilan. Tatkala itu jugalah, pintu bilikku diketuk kuat. Aku bangun lalu menapak ke pintu. Aku yang masih terkejut ini bertambah terkejut melihat muka abang terpacul di depan pintu bilikku.

“abang, Hafez…” kataku perlahan. Entah mengapa tiba-tiba kejadian petang tadi menerjah ke ruang mindaku lalu meniupkan rasa bersalah yang tidak terkira. Bagaimana kalau hal itu yang mengganggu fikirannya hingga dia terlibat dalam kemalangan.
“abang pun baru dapat panggilan adiknya. Umi nak ikut tak?” soal abang padaku.
“Umi… Umi.. tak tahu…” balasku gugup. Lemah rasanya kaki aku saat itu. ai mataku mula bergenang.
“dah..dah.. pergi siap! Abang tunggu bawah,” arah abang. Aku turuti jua akhirnya.

Tidak sampai 20 minit kemudian, kami sudah tiba di sana. Kak Ann tidak turut sama kerana bimbang meninggalkan Aiman. Mama dan papa pula hanya menanti berita dari kami berdua. Aku masih lagi kaku di dalam kereta sehinggalah abang datang membukakan pintu kereta untukku.

Sebaik sahaja kami tiba di bahagian kecemasan,aku lihat abang melambai-lambai ke arah seorang lelaki.

“Umi, kenalkan ini Amir. And the lady besides him is Lina. Amir’s wife,” kata-kata abang menjawab segala persoalan yang bersimpang-siur di mindaku sejak dari petang lagi.
I thought u are …” kataku terhenti di situ.
“mari, ada sesuatu yang saya nak beritahu awak,” kata Lina pula lalu menarik tanganku mengikutnya.
“jumpa di atas ye,” katanya lagi pada abangku dan juga suaminya. Atas mana? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin di tingkat atas.

Lina membawaku ke sebuah kerusi panjang. Dia menyuruh aku duduk di situ dan mendengar apa yang ingin diperkatakan. Aku hanya menurut. dia menjelaskan salah faham yang berlaku antara aku dan Hafez. bagaimana dan kenapa semua orang merahsiakan hal ini daripadaku.

he loves you very much Umi. Dia sengaja biar you salah faham sebab dia nak tunggu masa yang sesuai untuk terangkan segalanya. Bila you langsung tidak pedulikan dia kerana status ‘suami orang’, dia seperti orang gila bayang. I pun tak sangkalah, orang educated macam dia pun boleh gila bayang. Cuma depan you, dia tak tunjuklah,” jelas Lina.
“I mati-mati ingatkan aqilla tu anak dia Lina. Malunya I pada semua orang,” balasku padanya. Tidak segan-segan aku menyatakan rasa maluku itu.
“you jumpalah dia nanti sebelum terlambat. You sayangkan dia kan?” dia menyoalku. Lama-lama aku mengangguk.
what do you mean before it’s too late?” soalku pula, cemas. Jangan-jangan…
“hei… bukanlah my dear. Dia dah stabil sekarang. Dah masuk wad biasa cuma belum sedarkan diri. He will be fine. Just that, I think he applied for renewing his contract working in UK. Frustlah kot,” balas Lina. Aku menarik lafaz lega. Setidak-tidaknya,dia masih ada lagi di dunia ni, walaupun aku tahu esok belum pasti apa yang terjadi.
“Lina, jom. Saya nak tengok dia,” aku menarik tangannya. Dia tersenyum lalu bangun.

to be continue.....

hafiz af7: i believe i can fly...

2 bunga-bunga cOmeL
video

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...