Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Showing posts with label good night sayang 2. Show all posts
Showing posts with label good night sayang 2. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

good night sayang 2! end

8 bunga-bunga cOmeL
Good nite sayang 2 special

Luthfi terkejut bila tiba-tiba seorang gadis duduk disebelahnya. Dari tepi dia memerhati gadis itu. matanya sembab macam tak cukup tidur tapi mungkin juga gadis itu menangis.

‘sayang, I dah dekat hentian duta. Masih sempat lagi kalau u nak datang . I’ll wait for you... pls come sayang.’

Sempat pula dia mencuri-curi baca sms yang dihantar gadis itu. oh, bergaduh dengan boyfriend kot! Detik hati Luthfi. pergerakan gadis itu masih menjadi perhatiannya. Cantik dan nampak manis bertudung begitu. 

Tiba-tiba ada seorang perempuan di sebelah gadis itu bangun diikuti dengan lelaki yang kelihatan seperti memujuknya. Luthfi lihat gadis itu memandang pasangan tadi tidak berkelip dengan dahi yang berkerut. Hai, semua orang ada masalah dengan pasangan masing-masing kot?

Gadis itu mengeluh. Luthfi menyembunyikan senyumannya. Jeleslah tu, yang ditunggu tak datang!

Setengah jam berlalu, akhirnya bas tiba. Sebaik sahaja tamat pengumuman Luthfi bangun dan menggalas backpacknya. Gadis disebelahnya juga begitu. Luthfi semakin teruja. Adakah ini mungkin kebetulan yang baik?

Gadis itu dibontotinya. Besar harapannya seandainya gadis itu menaiki bas yang sama.

Yes!!!

Saturday, March 3, 2012

good night sayang 2! part 10

2 bunga-bunga cOmeL
Chap 10

SEMUANYA berlaku sekelip mata. Emak dan abah pergi menghadap Illahi di saat aku tidak bersedia. Sekelip mata jua aku menjadi isteri kepada lelaki yang telah meranapkan kepercayaanku kepadanya.

Masih segar diingatanku tentang permintaan abah ketika dia sedar untuk 30 minit yang terakhir. Semua yang terjadi terlalu pantas dengan setiap kebetulan yang tidak dirancang.

“abah nak tengok kau nikah dengan Luthfi sebelum abah pejam mata,” kata abah dengan suara yang tenggelam timbul. Alat pernafasan diletakkan seula ke hidungnya.

Aku mengangguk-angguk. Tidak lama lagi abah.

“abah dapat rasakan masa abah tak lama. Abah akan pergi menemani emak,” ujar abah lagi.

“abah jangan cakap macam tu,” pujukku. Air mata aku tahan daripada mengalir. Aku mahu abah tengok aku sebagai seorang anak yang tabah.

“Luthfi, sudikah kamu nikah dengan anak pakcik sekarang?”

Permintaan abah mengejutkan aku. Kalaulah abah tahu apa yang berlaku antara aku dan dia?

Aku lihat Luthfi hanya mengangguk.

“saya janji akan jaga nurin macam saya jaga nyawa saya sendiri,” kata Luthfi sambil menggengam erat tangan abah.

Ya Allah apakah ertinya semua ini???

Ayah Julia yang menguruskan semuanya. Aku yang kebingungan hanya mampu menemani abah di sisinya. Seperti yang aku katakan, kebetulan yang tidak dirancang. Semuanya berjalan dengan lancar. Suami dan ayah Julia, Pak Cik Kamal jiran kami yang menghantar abah dan emak ke hospital, mama dan papa Luthfi malah doktor yang merawat ayah  turut menjadi saksi kepada pernikahan aku, dengan tok imam sebagai juru nikah mewakilkan abah.

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri Luthfi. dengan sekali lafaz itu, aku rasa selah-olah satu beban telah diletakkan dibahuku.

Biarpun terlalu ringkas, aku nampak riak gembira di wajah Luthfi. mungkin dia merasakan kemenangan sudah berpihak kepadanya. Tidak perlu lagi dia memujukku kerana aku sudahpun menjadi miliknya.

“Rin...”

Friday, March 2, 2012

good night sayang 2! part 9

0 bunga-bunga cOmeL
Chap 9

Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke Hentian Duta ini.  memang aku ada kereta tetapi bila setiap kali pulang ke kampung, aku lebih suka menaiki bas. lebih jimat dan dapat berehat. sekarang dah ada orang sanggup jadi driver tak bergaji, lagi seronok! sejak mengenali Luthfi, aku tidak lagi pulang ke kampung dengan bas.

Hmm...masih lagi tentang Luthfi....

Sebaik sahaja sampai di sini tadi, aku terus membeli tiket bas. Satu-satunya yang ada hanyalah pada pukul 12 pagi. Masih ada lagi sejam untuk bas tiba. Aku mengambil tempat duduk yang paling belakang di tempat menunggu.

Mak... abah...

Bak kata orang, sudah jatuh, ditimpa tangga. Itulah yang aku rasai. Kecurangan Luthfi di depan mata dan kemudian perkhabaran sedih daripada Julia. Ya ALLAH, kuat sangatkah aku sehingga diuji begini?

Aku kesat air mata mengalir sebelum menjadi perhatian orang. 

kali terakhir aku bersedih begini sewaktu aku pulang selepas ditinggalkan Azri. Malah macam berjanji-janji pula apabila teksi yang aku naiki tadi merupakan teksi yang sama yang pernah aku naiki malam itu. Tentulah aku takkan dapat lupakan malam yang sedih itu.

Cuma bezanya sekarang, aku tidak mengharapkan kedatangan Luthfi sepertimana aku  pernah mengharapkan kedatangan Azri dulu. Aku tidak mahu Luthfi memujukku sekarang, kerana aku tahu aku pasti tewas dengan pujukannya. Biarlah luka ini sembuh bersama masa yang berlalu.

“sayang...”

Thursday, March 1, 2012

good night sayang 2! part 8

2 bunga-bunga cOmeL
Chap 8.

 SEBULAN lepas aku dan Luthfi ke beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya setelah puas mencari, terjumpa juga yang berkenan di hati. Nak buat macam mana, aku ni memang agak cerewet. Setelah membuat tempahan, kami menukar haluan ke pasaraya SOGO untuk mencari barang-barang hantaran. SOGO tu kan ada sale sepanjang tahun.

Nampaknya bukan aku sahaja yang cerewet bila bab-bab membeli ni, cik abang aku tu pun boleh tahan! Kalau aku, tidak kisah sangat dengan jenama ni, tapi bagi Luthfi jenama itu penting! Harga tolak tepi.


sayang, nak baju ni tak?” dia menunjukkan sehelai gaun malam yang sangat cantik berwarna ungu lembut.

Serius cantik! Dress tanpa lengan, kain pun lembut. aku mencari tag harga tetapi cepat-cepat ditutup oleh Luthfi.

“Luth, Uyin nak tengok harga!” marahku. Suaraku sedikit meninggi membuatkan Luthfi merenungku tajam menghantar isyarat yang ada salesgirl disebelahnya.

“tunjuklah.”

“tak boleh. Luth tanya ni, nak ke tak nak?”

“tunjuk harga dulu!”

“tak boleh!”

Aku merenung Luthfi tajam. Salesgirl yang berada bersama-sama kami sudah tersenyum.

 Memandangkan  Luthfi langsung tidak mahu mengalah, pantas aku mencapai gaun dari jenis yang sama dan melihat tag harganya.

WHAT!! You got to be kidding me! Pertama, baju ni mahal sangat-sangat. Sampai 899. Boleh beli berpasang-pasang baju. Yang kedua, bila masa pula Uyin nak pakai baju ni Luth? Tak payah belilah. Membazir je..” kataku padanya.  Luthfi tersengih.

Dia mendekatkan wajahnya ke telingaku, “pakai untuk Luth nantilah!”

Wednesday, February 29, 2012

good night sayang 2! part 7

0 bunga-bunga cOmeL
Chap 7

KURANG lagi 4 bulan sebelum majlis perkahwinan aku dan Luthfi. Dia seperti biasa sibuk dengan kerja-kerja 'sultan'nya itu manakala aku pula sibuk dengan proposal yang bertimbun-timbun yang perlu disiapkan.

Walaubagaimanapun bila ada sedikit masa terluang, sempat juga aku membelek-belek majalah Pengantin, Wanita dan beberapa majalah lain untuk mencari inspirasi bagi majlis kami nanti. Siapa tidak gembira, berkahwin dengan cinta hati!

Dinner sama-sama malam ni?

Aku membaca mesej ringkas itu. sudah 2 hari dia tidak menghubungiku seperti kebiasaannya. Mungkin kerana terlalu sibuk dan aku sendiri tidak mahu menganggu kerja-kerjanya.

Pantas, nombornya terus kudail.

“assalamualaikum...” dia mengucap salam.

i thought u are still in melaka?” soalku setelah menjawab salamnya.

i’m on my way back, sayang! Rindu sangat...”

Aku dengar dia ketawa perlahan. Tangan kanan, kuletakkan di dada. Sungguh, aku juga rindukan dia!

“dah sampai mana tu?”

“dah masuk KL dah. lepas maghrib Luth jemput Uyin ya?”

“hmm.. tak payahlah. Biar Uyin pula jemput Luth,” ujarku riang. Aku pun tidak sabar mahu berjumpa dengannya. 2 minggu bukan sangat lama, tetapi cukuplah untuk membuatkan aku rasa aku amat memerlukannya di sisi.

“kalau macam tu, lagi bagus. Luth pun penat sangat ni,” katanya perlahan.

“kalau penat sangat, kita jumpa esok jela... esok kan masih ada?” aku berkompromi.

“hari ni please....” dia memujuk.

Monday, February 27, 2012

good night sayang 2! part 6

0 bunga-bunga cOmeL
CHAP 6

Sebaik sahaja pulang dari kerja, aku terus mencari-cari pakaian yang sesuai. Mestilah nak nampak cantik di mata bakal suami. Almari baju, aku buka. Satu-satu pakaian aku selak. 15 minit berlalu, tetap tiada yang berkenan di hati.

Aku duduk di atas katil sambil merenung almari pakaianku yg terbuka luas. Tiba-tiba aku terfikir, yang aku beria-ria sangat ni kenapa? Baru bakal suami, bukan suami lagi? Bukankah lebih baik nampak cantik di mata suami? Lagipun, kalau seseorang tu sayangkan kita, dia mesti terima kita seadanya!

Akhirnya aku hanya mencapai mencapai blaus kegemaranku dan skirt hitam. Mujur kedua-duaya tidak perlu diseterika. Itu yang aku paling suka tu!

Jam telah menunjukkan pukul 8.30. sudah lebih setengah jam aku menunggu. Tapi kelibat Luthfi tidak kunjung tiba. Dari rasa teruja sudah menjadi rasa malas yang  berganda-ganda. Aku mencari handphone di dalam beg tanganku.

“Luth mana awak ni? saya dah siap dah,” kataku sebaik sahaja mendengar suaranya dihujung talian.

“eh, luth dengan Leena ni sayang! Luth ingat awak tak nak dinner sama-sama, kebetulan Leena ajak Luth temankan dia. kita orang kat jusco ni.”

Jawapan Luthfi yang tersangatlah jujur itu meremuk-redamkan hatiku yang dari tadi setia menanti. Tanpa berlengah lagi, aku terus menamatkan  panggilan.

Biarlah, biarlah mereka berdua hari ni!

Aku mengesat air mata yang mula mengalir. Terasa betul-betul tidak berguna. Salah aku juga kerana langsung tidak menghantar sms, atau menghubungnya pasal malam ini.

Tapi, tidak fahamkah dia yang aku benar-benar tidak suka dia keluar berdua-duaan dengan Leena? Tidak tahukah dia, yang aku cemburu?

Luth jemput sayang ye kejap lagi?

Sunday, February 26, 2012

good night sayang 2! part 5

0 bunga-bunga cOmeL
Chap 5

sayang, ada yang tak kena ke antara sayang dan Leena?

Ayat penyata yang keluar tiba-tiba dari bibir Luthfi yang sedang memandu mengejutkan aku yang  sangat gembira dengan ketiadaan Leena yang banyak berceloteh di antara kami. Bukan coleteh dia yang aku hairankan sangat tapi cara dia yang sentiasa mahu menarik perhatian Luthfi membuatkan aku tidak senang duduk sebenarnya.

Nak jawab apa ni? aku mengeluh. Simpan lama-lama pun tak guna.

“dia masih sukakan awak.”

Dahi Luthfi berkerut seribu lalu dia ketawa besar.

it doesn’t make any sense,” balasnya dengan ketawa yang belum reda.

Aku terdiam. Lawak apa yang aku buat sampai dia gelak macam tu? aku tengah serius ni! ketawanya mati terus bila aku merenungnya dengan pandangan yang tajam.

“okay..okay... saya minta maaf, tak patut saya gelak macam tu,” ucapnya sambil cuba memegang tanganku. Namun cepat-cepat aku elak.

“gelaklah, saya sikit pun tak kisah!” marahku lagi sambil memandang ke luar tingkap.

“Leena memang macam tu, tak payahlah awak nak kisahkan sangat...” kata Luthfi. aku sendiri tidak pasti sama ada itu ayat pujukan dari dia atau ayat membela Leena.

“dia tahu semua pasal awak. Dia tahu setiap benda yang awak suka dan tak suka. Saya rasa rendah diri tahu tak,” luahku.

Dari ekor mataku, aku lihat Luhtfi tersenyum.

“sayang... proses mengenali antara pasangan ni ambil masa seumur hidup. Saya tak rasa dia tahu semua benda,” kata Luthfi dengan nada yang sangat yakin.

“yela tu. sampaikan baju tidur favourite awak pun dia tahu!” marahku lagi. Mungkin lebih kepada merajuk dan tertanya-tanya. Takkanlah pasal baju tidur pun boleh dijadikan bahan berborak masa bercinta dulu atau.... nauzubillah. Harap-harap, bukan macam tu!

Saturday, February 25, 2012

good night sayang 2! part 4

0 bunga-bunga cOmeL
Chap 4

NAIK rimas aku dibuatnya dengan perangai Leena ni. dari bertolak sehinggalah sekarang, sudah hampir 2 jam dia masih lagi berborak itu-ini. sudahlah tu, tak reti nak sandar elok-elok dekat tempat duduknya. Dari tadi lagi dia menungkat dagu di tempat duduk Luthfi. Tak lenguh ke duduk macam tu??

 Pada mulanya, aku layankan aje semua yang dia ceritakan. Pengajian dia, keluarga dia, betapa istimewanya Sabah dan macam-macam lagi. Yang pasti semuanya berkaitan dengan dia atau dengan Luthfi yang baru aku kenal beberapa bulan dan dia yang sudah bertahun-tahun. Bila mereka ketawa, aku senyum segaris. Bila aku cuba menyelit, ditepis Leena. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berdiam diri sambil menikmati pemandangan perjalanan kami.

“termenung apa tu?” suara lembut Luthfi menerjah ke telinga.

Aku menoleh ke belakang, leena sedang tidur. Huh, lega! Naik menanah telinga aku ini mendengar dia berceloteh.

“bosan ya?” soal Lutfi lagi.

Aku tidak menjawab sebaliknya terus memandang ke luar tingkap. Baru sekarang ingat nak tanya?

“sayang....” panggilnya lagi.

Tiba-tiba aku dapat merasakan tangannya mengengam tanganku. 

“pegang ajelah stereng kereta tu!” marahku dengan tindakannya. Aku sendiri tidak pasti untuk apa kemarahan itu. mungkin disebabkan tindakannya yang memegang tanganku atau disebabkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami.

Dari ekor mataku,aku lihat dia tersenyum. Langsung tidak terkutik dengan intonasi yang aku gunakan.

“merajuk ya?”

Friday, February 24, 2012

good night sayang 2! part 3

0 bunga-bunga cOmeL
 Chap3

“Mak, nampak kad pengenalan Uyin tak?” soalku ketika emak sedang sibuk menyediakan makanan tengah hari, walhal jam baru menunjukkan pukul 9.
“rajin pula mak kau ni nak jaga i.c kau tu? mana kau letak?  Cuba ingat balik. semalam seharian, tak hilang pula? hari ni dah nak balik, sibuk cari i.c!”
Panjang lebar emak bersyarah! Manalah aku tahu nak jadi macam ni. dah 27 tahun, ni kali pertama aku hilang kad pengenalan. Sudah puas aku menyelongkar dalam bilik, hatta bawah tilam pun aku cari. Manalah tahu kalau-kalau terselit di situ. tapi tak ada!
Kerusi di meja makan, aku tarik perlahan lalu duduk. Otakku mula mengimbas kembali apa yang terjadi.
Semalam, aku tidak ke mana-mana. Lepas majlis pertunangan, kemaskan rumah, cuci pinggan-mangkuk, bergayut dan tidur.
Oh, baru ingat! Pagi itu, aku keluar pekan kejap. Kemudian singgah kedai fotostat. Selepas itu, balik ke rumah terus.
Aduh, takkan tertinggal i.c masa nak fotostat tu?? tak mungkin!
Kalau jatuh tepi jalan, dah tentu orang hantar ke rumah aku. Aku yakin, mesti ada dalam rumah ni juga!
Macam mana kalau betul hilang???
“mak....”panggilku meleret.
“apa?”emak menjawab tegas!  Emak ni, tak boleh nak manja-manjalah. Hati tengah rungsing ni mak oi!
“kalau hilang nak kena buat police report la kan?” aku menyoal emak. Sudah terbayang dalam fikiranku yang aku perlu ke balai polis, kemudian kena beratur di jabatan pendaftaran negara. Leceh...leceh..
“pergilah cari elok-elok...”
“Uyin dah cari mak! Tunggang terbalik bilik tu Uyin kerjakan tapi tak jumpa.”
Air sejuk di dalam peti ais, aku tuang ke dalam gelas dan meneguknya.
“pergilah cari lagi, mesti ada kat mana-mana tu,” kata emak lagi.

Pada mulanya, aku berlengah-lengah. Tapi apabila emak merenungku dengan mata bulatnya, aku faham! Dengan langkah longlai, aku menapak ke bilik. Pada waktu yang sama juga, telefonku berdering. Siapa lagi? Luthfilah! Aku menepuk dahiku sendiri.
Aduh, terlupa nak call semula!
“assalamualaikum,” ucapnya sebaik sahaja aku menjawab panggilan itu.

Thursday, February 23, 2012

good night sayang 2! part 2

0 bunga-bunga cOmeL
Chap 2

“awak cantik sangat!” itu kata-kata yang aku dengar daripadanya sebaik sahaja panggilan telefon itu aku jawab.

“awak cantik sangat jugak!”balasku sinis. Luthfi terdiam sebentar sebelum ketawa besar kemudiannya.

“nakal ye?” usiknya.

“selalu orang akan bagi salam. Sejahteralah ke atas kamu. Lepas tu yang mendengar wajib menjawab, sejahteralah ke atas kamu juga. Tapi tadi saya jawab je call awak, awak cakap ‘awak cantik sangat!”  aku mengajuk cara percakapannya.

“kemudian cik Nurin pun jawablah ‘awak cantik sangat jugak!!” sambung Luthfi pula.

Bagus! Kriteria yang dicari:MEMAHAMI.

“mimpi apa call saya ni? takkan dah rindu?” soalku mesra. Cukuplah aku kenakan dia tadi. Itulah, dah berkali-kali cakap. Kan elok bagi salam dulu. Ini, main redah aje!

“ada lah sikit rindu...” jawabnya acuh tak acuh.

Aku mencebikkan bibir, mungkin mengharapkan pujukan darinya walaupun aku tahu dia tidak nampak.

“sikit aje?”

“kenapa? Awak dah mula rindukan saya ye?”

Wajahku merona merah. Nasib baik dia tak nampak.

“tak ada maknanya!” aku dengar dia ketawa. apa yang seronoknya aku pun tak tahu!

“awak tengah buat apa tu?” soalku padanya setelah mendengar tawanya yang sudah reda.

“tengok gambar-gambar yang Jue tangkap petang tadi. Awak nampak cantik sangat! Sebab terlampau teruja tadi, saya terlupa nak bagi salam,” jawabnya jujur.

Aku pula yang hampir mahu ketawa. kadang-kadang Luthfi ni macam anak kecil. Lurus dan jujur, walaupun benda sekecil itu.

Bagus! kriteria berikutnya:JUJUR!

“tapi.... kalau tengok depan-depan macam petang tadi, laagiiii cantik!” sambungnya lagi sambil ketawa.

Hmmm...aku rasa nak kena tambah lagilah pada kriteria tadi.

JUJUR tapi NAKAL!

“ni puji ke kutuk ni?”

Saturday, February 18, 2012

good night sayang 2! part 1

0 bunga-bunga cOmeL
“selamat malam sayang...”

Sudah sebulan berlalu, kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Petikan gitarnya, suaranya telah menjadi temanku setiap malam.

Aduh, sejak bila aku sudah kembali jiwang ni!!! tak mungkin...

“Apa yang kau terkumat-kamit ni Rin? sekejap aku tengok kau senyum sampai telinga. Lepas tu tiba-tiba dahi kau berkerut-kerut. Kau okay ke tak okay ni?” soalan Julia mengembalikan aku ke alam nyata.

Aku memandang wajahku di cermin. Sudah cantik bertudung. Kebaya labuh, hadiah dari emak sempena pertunanganku hari ini, aku pandang lama. Cantik! Warna ungu cair. Bertahtakan labuci dan manik warna merah, hijau dan ungu gelap.

“betul ke apa aku buat ni Jue?” soalku pada Julia.

“apa yang kau rasa tak betulnya? Bertunang dengan orang yang kau cinta?”

Aku terdiam. Aku memang cintakan dia. tapi...

“aku nampak dia dengan Leena sehari sebelum kami balik kampung,”jawabku perlahan.

“ala.. kawan je. Apa masalahnya?” Julia menjawab acuh tak acuh.

“memang ada masalah. Cara dia pandang Luth! Leena masih sayangkan Luthfi, Julia!”

“tu cuma pandangan kau. Kalau betul pun, sayang ke Luth pada Leena tu? Luthfi sayangkan kau, cintakan kau. Sudahlah... jangan fikir pasal tu lagi. Takkanlah kau nak batalkan pertunangan ni pula?”

“tak adalah sampai macam tu. tapi... bertunang tak semestinya berkahwin kan?”

Julia merenungku tajam. Matanya yang dibesarkan mengundang tawaku.

“okay...okay.... aku surrender!” kataku dengan sisa tawa yang masih ada.
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...