Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, December 1, 2011

cerpen: AQIF, I Love U! 2


need extra hands?” Aqif menyoal ketika aku sedang terbongkok-bongkok mahu mengangkat sebuah periuk yang berisi ayam masak merah. Periuk tu memanglah tak besar mana. Tapi dengan kudrat gadis yang tak seberapa ni, memang aku perlukan ‘tangan lebih’.

“mesti!” jawabku lalu ketawa.

“tak adalah berat mana!” Aqif bersuara bila dia akhirnya berjaya meletakkan periuk itu di atas meja.

you are the man...” balasku lalu tersenyum nipis. Ikhlas ke tak tolong ni. tak ikhlas, pergi jauh-jauh.

“takkan you nak letak periuk ni kat sini?” soal Aqif lagi.

“taklah. I nak transfer masuk dalam tray ni. catering ni pun satu, main tinggal pulak dia. Yang lain-lain pergi main. kebetulan pula tahun ni department I yang ada berapa kerat je tu yang handle. I taulah I budak baru. Tapi janganlah buli I macam ni. penat uruskan sarapan pagi tadi pun tak hilang lagi..” mulutku membebel-bebel serentak dengan tanganku yang ligat menceduk ayam ke dalam tray.

“Aisyah...” aku tergamam.

Erk! Apa aku cakap tadi? Aku cakap depan Aqif ke? oh my...

are you okay?”

Serius malu! Bila aku penat macam ni, otak memang dah jadi tak berapa betul. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, malu macam nilah jadinya.

Sorry.. sorry.. please forget what did you hear just now. I don’t really mean any of it. And please... just go Aqif...” aku bersuara tanpa memandangnya. Tanganku masih ligat memasukkan ayam ke dalam tray.

“Bagi I tolong you,” pintanya padaku.

Nak tolong? Tak payahlah. Aku dah malu sangat dah ni.

Just go Aqif,” balasku merayu.

“Syah, nanti I ambil senduk tu dari tangan you! you tentu tak suka kan?”

Aku terus memandangnya yang berada di hadapanku. Why are you so nice to me Aqif?

Dia tersenyum. Tanpa berlengah aku terus menyerahkan senduk itu kepadanya. Dia terus mengambil alih kerjaku.

“Aqif, boleh ke I nak makan sekejap? 5 minit je. I lapar sangat sebab tadi I tak sempat nak srapan. Sebab tu lah I ‘terbebel’ pada you tadi,” pintaku padanya. Yelah, dah dia datang tolong takkan aku nak tinggalkan dia pula.

Dia hanya mengangguk, “take your time...”

Aku mengambil sebungkus roti di dalam beg. Mataku melilau mencari kerusi yang terdekat lalu membawanya ke depan Aqif.

“pergilah makan jauh-jauh. Karang kotor baju you kena percikan sambal ni?”

“I tak sampai hati lah. Ini kan kerja I,”balasku.

just...”

“naa... don’t say a word. Bagi I makan dengan tenang ok!” ucapku lalu meletakkan jari terlunjuk ke mulut. Dia menggeleng lalu ketawa.

Bila acara bola sepak di tengah padang tamat, barulah nampak batang hidung mamat-mamat catering ni. kurang asam betul! Entah mana Kak Idah dapat dia orang ni. tak professional langsung. Dia ingat majlis kecil ke ni.

“Jom ikut I.”

Aku memandang Aqif. Kenapa pula dia ni? nak ikut ke mana?

come on Syah. Kan budak-budak tu dah datang. You sepatutnya enjoy the event. Walaupun you unit jamuan, you sepatutnya tak kena buat kerja tadi,” ujarnya.

Ayat dia yang terakhir terus menusuk ke dalam hatiku. Apakah maksud dia yang sebenarnya. Kenapa dia tolong aku tadi.

“I don’t seek for your help just now. So please don’t ever say it again!” balasku pula. Tiba-tiba emosi semacam. Tak nak tolong, janganlah tolong.

“bukan macam tu maksud I.”


“tolong tinggalkan I dan kerja I ni. Lagipun nanti apa pula kata dia orang kalau I tak ada di sini di saat-saat kemuncak macam ni,” balasku lalu meninggalkan dia.

Aku menyibukkan diri di tengah-tengah orang ramai. Masing-masing sibuk dengan keluarga masing-masing. Aku yang tak ada sebarang komitmen ni terpaksalah buat-buat sibuk.

Tiba-tiba perutku berkeriuk, memainkan irama lapar yang sememangnya tak boleh dilambatkan barang seminit dua sekalipun. Orang yang beratur pun dah tak ramai. Bolehlah aku berhenti makan sekejap.

Bahagian  ni yang aku suka ni. bila jadi unit jamuan, dengan secara automatiknya, aku tak payah beratur! Mulalah terasa nak senyum jahat!

Dengan kuasa veto yang ada, dalam beberapa saat sahaja, sepinggan nasi beriani gam beserta lauk-pauknya sudah membukit di dalam pingganku. Perut ni, tak payah cakap lagilah. Dia dah mula rock kapak dah!

Baru sahaja aku ingin menyuap nasi ke dalam mulut, namaku di panggil!

“cepatlah ceduk lauk untuk si Aqif ni. kalau tak, tak berjalanlah barisan ni,” kata Encik Sufian, senior engineer di syarikat ini.

“encik Sufian cakap dengan I ke?” soalku padanya.

“tak nak. Saya nak dia yang letak,” budak lelaki yang sedang menyedukkan lauk ke dalam pinggan Aqif memandangku.

“you ni kan.....!”

Dia ketawa. begitu juga yang lain-lain. aku hanya pekakkan sahaja telingaku mendengar usikan mereka. Si aqif ni pula, hanya tersenyum bila diusik begitu.

“berkasih biar seribu, berkahwin biar satu,” kata encik sufian. Aku tak tahu apa yang dia maksudkan tapi ayat itu memang menyentuh hatiku.

Selepas tamat aktiviti petang itu, aku segera pulang.

Malam itu, hatiku tidak tenang memikirkan apa yang berlaku siang tadi. Ada maknakah? Atau aku yang terlalu perasan???

Aie       : aku dah jatuh cinta!

Lama aku menanti jawapan.

Hafiz23: wow! That’s great, girl! I’m happy for you then. We should celebrate this!!

            Banyaklah kau punya celebrate. Kau tak tahu hati aku tengah gundah gulana ni.

            Aie      : tak perlu kot aku rasa.

Hafiz23:why is that?

Aie       :he gonna engaged soon! ;(

Hafiz23: seriously?

Aie       : did I ever lie to you?

Hafiz23: oh my.. are you ok?

Aie       : ofcausela aku frust dude!!!!

Beberapa saat kemudian, telefonku berbunyi. Aku melihat nama di skrin telefonku. Dah tentulah hafiz yang call. He is my very bestfriend.

“hafiizzzzzzz...” aku dah merengek di telefon lalu ketawa. dia juga begitu.

“dah datang angin gila kau tu!”

“kau janganlah! Karang aku menangis baru tahu!”

“nope! Jangan. Tenteram  hati aku dengar kau gelak macam tu maksudnya aku tahu, kau tak adalah frust mana sangat,” balasnya.

“aku tak tau la kenapa aku rasa macam ni. aku ingat aku main-main aje bila aku pernah suka dia awal-awal dulu. Lepas apa yang jadi hari ni, aku makin yakin yang aku suka dia,” luahku pada Hafiz. Dia ketawa lagi.

“apa yang jadi hari ni?”

Aku menceritakan apa yang berlaku hari ini selengkapnya. Tidak tinggal barang sekelumit pun fakta. Dia pula hanya mendengar seperti selalu.

“aku ke yang perasan Fiz?”

“kau yakin ke dia nak bertunang?”

“yakinlah. Kenapa?”

“kau cakap, akak tu baik dengan dia kan? Kau tak rasa ke kot-kot akak tu nak test kau sebenarnya?”

Aku ketawa kuat-kuat. Test aku? Konon-konon nak tengok respond aku lah. Lepas tu nanti rupa-rupanya yang dia maksudkan nak bertunang dengan aku lah? Hmmm...

“kau jangan nak buat drama melayu sangat. Kau bagi aku harapan tahu tak? Sebab aku terfikir juga macam tu sebelum ni,” balasku lalu ketawa.

“dah lah Aie. Lelaki kan ramai kat luar sana.”

“lelaki memang ramai.  Tapi lelaki yang single yang nak kat aku, aku tak tahu kat mana.”

“Kau percaya jodoh kan?”

“mestilah. Soalan apa kau tanya ni?” aku mula bengang. Takkan aku tak percaya. Kalau tak percaya tu tandanya apa? Nau’zubillah...

“kau doalah semoga jodoh kau dengannya dipanjangkan. Semoga kau orang bertemu dan bersatu dalam redhaNya. Tapi dalam masa yang sama kau kenalah tabah kalau-kalau memang berita pertunangan dia tu benar.”

Okay! Ayat motivator Encik Hafiz dah keluar. Kalau datang gila-gila dia tu memang tak kering gusi ketawa. Tapi bab-bab bagi nasihat memang terbaik. Penuh hikmah.

“Aku betul-batul jatuh cinta ke ni Fiz? Tak pernah lagi aku rasa macam ni.”

“Mungkin. Tapi aku harap kau tabahlah. Kalau ada jodoh kau orang, mesti akan bersatu juga akhirnya.”

“Aku rasa 50-50 je aku percaya yang dia akan bertunang.”

“Dah la Aie. Jangan fikir sangat okay. If anything, let me know. Aku nak juga tahu kesudahan drama cinta kau ni.”

Hafiz ketawa kuat di hujung talian. Hampeh punya kawan. Kami berbual seketika sebelum akhirnya aku memohon diri untuk tidur. Sangat letih! Belum masuk yang nak melayan perasaan ni. macam-macam...


bersambung...

2 bunga-bunga cOmeL:

cerimanis said... [reply to comment]

dh ok dh nie...nk lgi best hafiz pon sbnar nyer suka syah!!!heeeeeeeee

ATIE said... [reply to comment]

hahaa...mlas nk tmbh2 lg dah.hee

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...