Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, December 31, 2010

...kampOng girl_ VOL 12


“I love you!” aidil mengulanginya lagi sekali bila tiada respon dari Intan. “inn!” aidil menjerit.
“apa? Tak reti nak cakap elok-elok? Buat malu orang je,” balas Intan dengan riak wajah yang bersahaja. Garang pula!
Aidil mendengus. Punyalah susah payah dia mengenepikan egonya melafazkan kata cinta, boleh pula Intan tidak mendengarnya. Kuat mengelamun betullah minah sorang ni. Jerit hatinya.
“baliklah jom,” Aidil bangun dari tempat mereka duduk.
“eh, barang-barang ni?” soal intan gelabah bila dilihat wajah AIdil yang tiba-tiba masam mencuka dan mula melangkah meninggalkan dia dan barang-barang pemberiannya itu.
“take it or leave it…” ujar AIdil tanpa memandang Intan.
“aidil saya tinggalkan kat sini…” jerit Intan takut-takut setelah melihat tubuh AIdil semakin menjauh. Namun tiada balasan dari lelaki itu.
“alamak, macam mana ni?” Intan gelabah. Takkanlah nak tinggalkan kat sini pula. Bukannya murah. 
Telefon bordering. Panggilan dari Aidil.
“belajarlah hargai apa yang orang bagi pada you. Anggaplah tu pemberian ikhlas dari I. tak ada apa-apa maksud,” tegas suara Aidil di hujung talian.
“err…”
“just take it. Cepatlah, I hantar you balik. Lembab!” kata aidil lagi.
“aidil!” kata-kata Intan disambut dengan bunyi tuttt yang berpanjangan. Kurang asam punya Aidil sempat lagi dia ya!huh!

“KAU tau tak fik, lembab betullah si Inn tu. Aku bagi hint tak faham-faham,” adu Aidil pada sahabat baiknya itu. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian tempoh hari. Mujur Inn mendengar kata-katanya. Sayanglah kalau dibiarkan barang-barang pemberiannya ditinggalkan di situ.
“kau ajak aku lunch sama-sama hari ni sebab nak meluahkan perasaanlah ni ye?” ujar Taufik lalu ketawa.
“lebih kuranglah. Ala, kau dah bahagia dengan bini kau, sekarang turn aku pula,” balas Aidil.
“kau ni memang betul-betul serius ke dengan Intan ni? Kau jangalah main-mainkan perasaan dia. Aku sayangkan dia. Dia dah macam adik aku tau.”
“bila pula aku cakap aku nak main-mainkan dia. Aku seriuslah Fik!”
“okay..okay… emo pulak dia. Relaxlah,” Taufik menenangkan sahabatnya yang sudah naik angin.
“sejak malam majlis kau tu, dia terus hambar dengan aku. Dia ajak aku keluar minggu lepas pun sebab nak pulangkan barang-barang yang pernah aku beri pada dia. Boleh pulak dia mengelamun masa aku confess aku cintakan dia,” keluh Aidil.
“you what?” soal Taufik seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
“aku cakap ‘I love you’lah. Apa yang kau hairan sangat ni?”jawab Aidil selamba. Sakit pula hatinya melihat reaksi Taufik.
“wow! Ni memang betul-betul serius ni,” kata TAufik sambil menepuk-nepuk bahuh temannya itu. “then what happened?” soalnya penuh teruja.
 “hmmm… dia tak dengar pun. Kuat mengelamun betul minah kampung tu!”
“hish kau ni.  Mulut tu memang tak reti nak control. Agaknya itulah sebab kenapa dia tak percaya pada kau. Kau kutuk dia, tapi kau cakap kau sayang dia. Macam mana? Kau kena belajar berlembut dengan dia. Janganlah main lepas cakap aje walaupun kau memang macam tu sebenarnya.”
“yelah….” Jawab Aidil mendatar sahaja suaranya

AIDIL memandang sepi fail-fail di atas mejanya. Fikirannya rungsing memikirkan Intan. Rindu mula menerpa ke segenap hati. Gadis itu menyepi seribu bahasa. Mungkin sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Maklumlah dia kan masih belajar. Pandang fail nampak Intan, pandang pintu nampak Intan, pandang dinding nampak Intan, sampaikan pandang papanya pagi tadi pun nampak Intan. Dia harus melakukan sesuatu.
Butang intercom ditekan.
“Sal, batalkan semua appointment I hari ni. I ada hal kat luar.”
“baik bos.”
Aidil mengemas mejanya ala kadar. Dia harus pergi sekarang, menemui gadis yang telah membuatkan hari-harinya tidak tenteram.

Hampir setengah jam kemudian dia masuk ke perkarangan UNIKL. Matanya melilau mencari sesiapa yang dikenalinya sehinggalah dia ternampak Julia. Aidil segera mendapatkan Julia. Selalunya gadis itu bersama Intan tapi kali ini Julia hanya bersendirian.
“mana Inn?”
“eh, hai!”Julia terkedu melihat menyambut sapaan Aidil yang tiba-tiba.
“sorry… hai Julia? Baru lepas exam ke?” Aidil membetulkan sapaannya sambil tersengih.
“aah.. baru je habis,” balas Julia takut-takut. Dia mahu segera berlalu dari situ.
“emm… mana Inn?”
“buat apa you nak cari dia lagi AIdil? Dia dah cukup terluka,” tegas Julia membela sahabatnya.
“please Julia. I need to see her. I know I have done a very big mistake. Please… I nak betulkan keadaan,” rayu Aidil. Dia tahu Julia seperti mahu melarikan diri daripadanya.
“ok. But don’t hurt her! Dia dah cukup sakit you buat dia mcam tu Aidil,” jawab Julia akhirnya. Tersentuh juga dia melihat kesungguhan Aidil.
“I janji,” kata Aidil penuh yakin. Tangannya kanannya diangkat tanda berjanji.
“dia dah balik kampung…”
“exam dia?”
“dia dah habis exam dua hari lepas. Lepas tu terus beli tiket balik kampung.”
“Alright Julia. Thank you. Tunggu kad kahwin dari kita orang ok!” ucap Aidil lalu meninggalkan Julia. Julia tersenyum. Alangkah bahagianya Intan jika dapat bersama dengan lelaki pujaannya itu.

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...