Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, March 2, 2012

good night sayang 2! part 9


Chap 9

Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke Hentian Duta ini.  memang aku ada kereta tetapi bila setiap kali pulang ke kampung, aku lebih suka menaiki bas. lebih jimat dan dapat berehat. sekarang dah ada orang sanggup jadi driver tak bergaji, lagi seronok! sejak mengenali Luthfi, aku tidak lagi pulang ke kampung dengan bas.

Hmm...masih lagi tentang Luthfi....

Sebaik sahaja sampai di sini tadi, aku terus membeli tiket bas. Satu-satunya yang ada hanyalah pada pukul 12 pagi. Masih ada lagi sejam untuk bas tiba. Aku mengambil tempat duduk yang paling belakang di tempat menunggu.

Mak... abah...

Bak kata orang, sudah jatuh, ditimpa tangga. Itulah yang aku rasai. Kecurangan Luthfi di depan mata dan kemudian perkhabaran sedih daripada Julia. Ya ALLAH, kuat sangatkah aku sehingga diuji begini?

Aku kesat air mata mengalir sebelum menjadi perhatian orang. 

kali terakhir aku bersedih begini sewaktu aku pulang selepas ditinggalkan Azri. Malah macam berjanji-janji pula apabila teksi yang aku naiki tadi merupakan teksi yang sama yang pernah aku naiki malam itu. Tentulah aku takkan dapat lupakan malam yang sedih itu.

Cuma bezanya sekarang, aku tidak mengharapkan kedatangan Luthfi sepertimana aku  pernah mengharapkan kedatangan Azri dulu. Aku tidak mahu Luthfi memujukku sekarang, kerana aku tahu aku pasti tewas dengan pujukannya. Biarlah luka ini sembuh bersama masa yang berlalu.

“sayang...”


Aku hampir melompat bila tiba-tiba Luthfi sudah berada di sebelahku.

“apa awak buat dekat sini?”

“kita balik sama-sama, jom!”

“tak naklah. Awak pergilah balik sendiri,” marahku bila dia menarik tanganku untuk bangun.

“sayang please... lebih cepat awak sampai nanti,” pujuknya lagi.

Ketika itu aku perasan ada seorang gadis sedang memerhatikan kami.

“tak naklah! Just go Luthfi. I don’t want to see your face. Bukan sekarang, atau bila-bila selagi saya masih ingat kejadian tadi!” kataku tegas. Mujur suasana di situ bising.

that’s not like what you think!”

I don’t want to hear anything! Terlalu banyak benda yang jadi hari dan saya masih belum sempat berehat sejak pagi tadi. So please, don’t make it worse!” kataku lalu bangun meninggalkan Luthfi.

Tiba-tiba bahuku dipegang dari belakang. Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk memarahinya. Tetapi bila aku toleh ke belakang, bukan Luthfi seperti yang aku sangkakan.

“akak, bukan semua orang dapat peluang macam akak. Dia datang untuk pujuk akak. Jangan lepaskan peluang ni akak. Saya sendiri masih menanti orang yang saya sayang tapi dia tak mungkin datang kak,” kata gadis itu, gadis yang sama yang memerrhatikan kami tadi.

“apa adik cakap ni?”

“pulanglah dengan dia kak. Kadang-kadang kita sendiri yang merumitkan keadaan. Jangan biar emosi kita butakan mata dan rasa cinta kita kak.”

Aku mencari kelibat Luthfi di tempat duduk tadi tapi dia sudah tiada. Tiba-tiba aku teringat kembali kejadian dulu. Dulu azri tak pernah datang walaupun aku amat mengharapkan perkara itu berlaku. Kenapa kini bila Luthfi datang, aku tidak pedulikan dia?

“dia keluar ikut sana tadi,” sampuk gadis itu sambil menunjukkan salah satu pintu keluar yang ada di ruang menunggu itu.

Tanpa berlengah lagi, aku terus mencari Luthfi. walaupun orang tidak seramai mana, tetapi aku tetap sukar menjejakinya. Aku menuju ke parking kereta. Honda Jazz putihnya aku cari. Malangnya tiada satu pun rupa Honda Jazz di situ.

Mataku mula bergenang. Luthfi ni pun satu. Takkan terus balik? Mana tahu aku akan ubah fikiran? Ataupun setidak-tidaknya tunggulah sehingga aku naik bas. Ini tak terus balik. bencinyaaa!!!

“cari Luth ke? Luth ke tandas kejap,”kata Luth yang tiba-tiba muncul dibelakangku.

aku mengurut dada.Dia ni memang macam chipsmorelah!

“jom balik dengan Luth ye...” pujuknya lagi.

Aku mengangguk. Mungkin Allah hantar dia kepadaku untuk aku segera sampai kepada emak dan abah.

Luthfi menarik beg galasku dari bahu lalu disangkut ke bahunya.kemudian dia menarik tanganku supaya mengekorinya. Puas aku menarik tanganku kembali tetapi tetap tidak dilepaskannya.

bunyi kereta di unlock kedengaran di telinga. Tapi ini bukan kereta dia.

“kereta Luth dekat workshop.  Ni kereta housemate Luth. Luth pinjam,” jelasnya tanpa di pinta.

“Luth minta maaf...”

not now!” pintasku lalu masuk ke dalam kereta.

Aku lihat dia mengeluh. Biarlah! Salah siapa? Dia kemudiannya masuk ke tempat memandu.

Perjalanan kami hanyalah ditemani lagu-lagu di radio yang silih berganti sehingga kami tiba ke hospital yang menempatkan kedua orang tuaku. Walaupun fajar masih lagi belum kelihatan, tetapi keluarga Julia dan juga ibu bapa Luthfi tetap menanti di luar wad kecemasan.

“macam mana Mak dengan abah aku Jue?” soalku kalut sebaik sahaja mendapatkan Julia.

Aku lihat Julia memandang suaminya, kemudian ayah serta ibunya dan akhir sekali aku.

“mak..mak cik dah tak ada,” kata Julia lalu memelukku erat.

Lidahku kelu. Tubuhku kaku.

Emak...



bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...