Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, December 10, 2011

hye there!

0 bunga-bunga cOmeL
assalam...

tanam anggur..tanam anggur...


pe khabar sume.hehe... baru berkesempatan nk on9..


skrg aku tgh menikmati cuti2 malaysia di kampung tercinta, merbok kedah..huhu.. n working for a new short story.hee.. ofcosla yg sweet2 kan.hee

tq untuk sume pembaca blog aku yg setia. slmt menunggu cute terbaru ni ya.. hmm.. berkisarkan tentang cinta rebound. pernah dgr?pernah alami x?berjaya ke x?hehe

okela. that's it for now. have a nice and barakah weekend guys! ;p

Friday, December 2, 2011

cerpen: AQIF, I Love U! end

0 bunga-bunga cOmeL
SEMINGGU aku tak nampak batang hidung Aqif. Baguslah juga. Setidak-tidaknya perasaan suka aku tu terbantut macam tu aje. Tapi... entah-entah dia cuti sebab nak bertunang!

“Hai Aqif, berseri-seri je muka? Ada apa-apa ke?” suara Kak Ita memecahkan keheningan pagi itu.

Aku mencari wajah Aqif dalam diam. Tipu gila! Mana ada berseri-seri. Biasa je aku tengok.

“Berseri sebab ada orang sayang kot,” balasnya lalu memandangku. aku yang saat itu memang tengah merenung dia jadi gelabah.

Kantoi sudah! Eh, chup! Apa dia cakap tadi? Sayang dia, lepas tu pandang aku? Kenapa pula aku terbabit? Bukan ada siapa-siapa kat sini yang tahu pasal aku suka pada dia pun. Hmm... dia sengaja pandang aku kot.

“you sihat? Dah lama tak jumpa,” soal Aqif.

“Rindu ke Qif?” usik Kak Ita.

Aku menjeling ke arah Kak Ita. Ada-ada je.

“I ada je kat sini. You yang menghilang. Kenapa? Memang betul rindu I ke?” aku menduganya lalu ketawa.

Dia turut sama ketawa.

“you nak i jawab macam mana?”

Amboi, balas nampak! Siap diangkat kening tu lagi. Cabar akulah tu!

“I tak kisah. Kalau rindu, tentulah I happy. Ada juga orang rindu I ni kan. Tapi nanti jangan sampai ada perang dunia ke 3 pula!” balasku.

Dia mengangguk-angguk. Langsung tak menafikannya. Sekali lagi, dalam diam, aku kecewa. Memang dia sudah punya seseorang.

“i jamin takkan perang punyalah!”

“ada-ada je you ni. Lama menghilang ke mana? Balik bertunang ke?” dugaku lagi. Dia yang mula dulu okay!

Dia tersenyum lebar sebagai jawapan kepada soalanku lalu mengangkat sebelah keningnya.

            “you will find out yourself later,” balasnya lalu melangkah pergi bersama senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.

            Bodoh!bodoh! yang pergi buat lawak tanya pasal tu kenapa? Akhirnya siapa yang sakit hati? Padan muka kau Aie! Padan sangat!

            Aku merenung komputer di atas meja.

            Sudahlah! Buat aje kerja ni!

Sejak itu aku sentiasa melarikan diri daripanya. Aku takut perasaan yang baru berputik ini kian berkembang dengan gurau-gurauannya. Tapi semakin cuba aku elak, semakin selalu pula dia muncul di hadapanku.

Ya allah, apakah perasaan ini? kenapa begitu sukar aku melupakannya?

“Syah, Aqif cari tu!” ujar Kak Ita.

Aku yang sedang membancuh air di pantri, segera menyembunyikan diri. Bila langkah Aqif semakin dekat ke pantry, aku menggeleng-geleng kepalaku memberi isyarat supaya Aqif jangan sampai ke sini. Tidak cukup dengan itu, tangan juga aku goyangkan.

Sedar-sedar aje mug di tanganku sudah pecah bersepai terlepas ke lantai. Aku segera menekup mulut daripada menjerit kepanasan. Tentu melecur kakiku kerana terkena air panas.

            “Syah, kenapa ni?” Aqif menyoal cemas.

            “ya allah syah....” Kak ita pula bersuara.

“err... tak ada apa-apa. Sikit aje,” balasku tanpa langsung memandang wajah Aqif. Aku tunduk mahu mengutip serpihan kaca yang bertaburan.

“sikit you cakap??? Cuai sangat kenapa ni?”

“yang you nak marah I kenapa pula?”

Aku sudah naik angin. Dah tentulah kaki aku ni masih lagi sakit. Yang dia suka-suka hati nak tengking-tengking kenapa? Hatta mama dan abah pun tak pernah tengking aku macam tu.

“Jom I bawa pergi klinik!”

“I tak nak pergi klinik!”

Dia merenungku tajam. Aku juga membalas dengan renungan yang sama. Tiba-tiba hatiku sebak. Saat-saat ini jugalah air mataku berlumba-lumba menunjukkan diri.

“You pergi jauh-jauh. Kaki I ni sakit tau! You jangan nak sakitkan hati I lagi. Kalau setakat nak marah-marah I, baik you jangan ada kat sini,” kataku dengan linangan air mata.

Aku menolaknya ke tepi. Kak Ita yang dari tadi menjadi penonton setia drama sebabak kini sedang mengutip serpihan kaca. Aku mengambil susu pekat yang berada di atas meja lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

aku menanggalkan kasut perlahan-lahan. Memang ada kesan lecur di situ. aku tuangkan sedikit susu di atas tangan lalu aku lumurkan pada bahagian yang melecur. Aqif masih lagi memerhatikan tindak tanduk aku sementara Kak Ita pula sudah pun kembali ke mejanya.

“boleh I tanya sikit?”

Aku mengesat sisa air mata yang masih ada, “nak tanya apa?”

“Kenapa you macam nak larikan diri dari I je? I ada buat salah ke?”

Aku memandang wajahnya. Sudah tidak setegang tadi. Hai.. aku sakit-sakit macam ni pun nak tanya soalan cepumas macam tu.

Terlepas satu keluhan.

Nak jawab ke tak? Patut ke tak patut?

“entahlah Aqif. Betul ke I macam larikan diri dari you?” aku memandangnya.

“you suka I ya?”

Terbeliak mataku mendengar serkap jarang daripadanya. Sungguh tak malunya si Aqif ni! dah tu terkena pula tekaannya. Kalau macam inilah gayanya bukan setakat kaki merah sebab melecur, muka pun merah sekali sebab malu!

“memanglah I suka you, kalau tak suka, tak adalah I kawan dengan you kan?” balasku lalu tersenyum.

Dia ketawa.

“betul juga! Tapi maksud I suka lebih dari seorang kawan?”

Kini giliran aku pula ketawa.

“you nak I jawab apa?”

“i nak you jujur sahaja.”

Aku terdiam seketika, menyelak kamus dewan yang ada dalam kepala, mencari prosa kata yang indah untuk aku luahkan semunya. Tetapi ini sahaja yang aku mampu.

“Aqif, you dah bertunang! Apa guna I suka atau tak pada you.”

“jadi kalau I tak bertunang, you suka I lah?”

“perasan betul you ni!” aku membalas soalan itu dengan gurauan, mengharapkan yang dia tidak bisa membaca suara hatiku yang nyata bertingkah dengan lisanku.

“please Syah,  be honest with me,” pujuk dia pula.

Aku memandang seraut wajahnya. Kenapa dengan dia hari ini? kenapa dengan soalan-soalannya hari ini? dia mahu menguji aku atau apa? Tapi...kenyataan itu...

Thursday, December 1, 2011

cerpen: AQIF, I Love U! 2

2 bunga-bunga cOmeL
need extra hands?” Aqif menyoal ketika aku sedang terbongkok-bongkok mahu mengangkat sebuah periuk yang berisi ayam masak merah. Periuk tu memanglah tak besar mana. Tapi dengan kudrat gadis yang tak seberapa ni, memang aku perlukan ‘tangan lebih’.

“mesti!” jawabku lalu ketawa.

“tak adalah berat mana!” Aqif bersuara bila dia akhirnya berjaya meletakkan periuk itu di atas meja.

you are the man...” balasku lalu tersenyum nipis. Ikhlas ke tak tolong ni. tak ikhlas, pergi jauh-jauh.

“takkan you nak letak periuk ni kat sini?” soal Aqif lagi.

“taklah. I nak transfer masuk dalam tray ni. catering ni pun satu, main tinggal pulak dia. Yang lain-lain pergi main. kebetulan pula tahun ni department I yang ada berapa kerat je tu yang handle. I taulah I budak baru. Tapi janganlah buli I macam ni. penat uruskan sarapan pagi tadi pun tak hilang lagi..” mulutku membebel-bebel serentak dengan tanganku yang ligat menceduk ayam ke dalam tray.

“Aisyah...” aku tergamam.

Erk! Apa aku cakap tadi? Aku cakap depan Aqif ke? oh my...

are you okay?”

Serius malu! Bila aku penat macam ni, otak memang dah jadi tak berapa betul. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, malu macam nilah jadinya.

Sorry.. sorry.. please forget what did you hear just now. I don’t really mean any of it. And please... just go Aqif...” aku bersuara tanpa memandangnya. Tanganku masih ligat memasukkan ayam ke dalam tray.

“Bagi I tolong you,” pintanya padaku.

Nak tolong? Tak payahlah. Aku dah malu sangat dah ni.

Just go Aqif,” balasku merayu.

“Syah, nanti I ambil senduk tu dari tangan you! you tentu tak suka kan?”

Aku terus memandangnya yang berada di hadapanku. Why are you so nice to me Aqif?

Dia tersenyum. Tanpa berlengah aku terus menyerahkan senduk itu kepadanya. Dia terus mengambil alih kerjaku.

“Aqif, boleh ke I nak makan sekejap? 5 minit je. I lapar sangat sebab tadi I tak sempat nak srapan. Sebab tu lah I ‘terbebel’ pada you tadi,” pintaku padanya. Yelah, dah dia datang tolong takkan aku nak tinggalkan dia pula.

Dia hanya mengangguk, “take your time...”

Aku mengambil sebungkus roti di dalam beg. Mataku melilau mencari kerusi yang terdekat lalu membawanya ke depan Aqif.

“pergilah makan jauh-jauh. Karang kotor baju you kena percikan sambal ni?”

“I tak sampai hati lah. Ini kan kerja I,”balasku.

just...”

“naa... don’t say a word. Bagi I makan dengan tenang ok!” ucapku lalu meletakkan jari terlunjuk ke mulut. Dia menggeleng lalu ketawa.

Bila acara bola sepak di tengah padang tamat, barulah nampak batang hidung mamat-mamat catering ni. kurang asam betul! Entah mana Kak Idah dapat dia orang ni. tak professional langsung. Dia ingat majlis kecil ke ni.

“Jom ikut I.”

Aku memandang Aqif. Kenapa pula dia ni? nak ikut ke mana?

come on Syah. Kan budak-budak tu dah datang. You sepatutnya enjoy the event. Walaupun you unit jamuan, you sepatutnya tak kena buat kerja tadi,” ujarnya.

Ayat dia yang terakhir terus menusuk ke dalam hatiku. Apakah maksud dia yang sebenarnya. Kenapa dia tolong aku tadi.

“I don’t seek for your help just now. So please don’t ever say it again!” balasku pula. Tiba-tiba emosi semacam. Tak nak tolong, janganlah tolong.

“bukan macam tu maksud I.”

Wednesday, November 30, 2011

good bye again..

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

last day at subang.

CEH! dah bape kali nk say good bye. tup2 ade je lagi kat sni...kalau betul2 forever kat kedah ni, xtaula bile lg akan dtg kl.

...good bye KL. good bye SUBANG. good bye undefine MR.P. good bye to you.good bye semuanya...
-see u when i see u-

all the best untuk students form 5 sambest. tc harap you all success.. being here with you all such a great experiences.  i wish you all best of luck.. ;p

smoga Allah permudahkan urusan hidup kita semua. amin...


assalamualaikum..

cerpen: AQIF, I Love U! 1

3 bunga-bunga cOmeL


“Ya allah, andai dia jodohku, kau temukanlah kami dalam redhaMu. Andai dialah yang terbaik untukku, kau panjangkanlah jodohku dengannya, tetapkanlah hatiku dan semaikanlah rasa kasihku padanya. Andai dia bukan ditakdirkan untukku, kuatkanlah hatiku menerima takdir ini. hilangkan rasa kecewa yang bisa menggelapkan hati. Sesungguhnya engkau yang maha mengetahui semua yang di langit dan di bumi...”

            AKU mengaminkan doa lalu tangan kuraup ke muka. Terasa hilang segala penat lelah bekerja sepangjang hari setelah berwudu’ tadi. Mengeliat pun sedap ni! ketika aku berura-ura mahu mengangkat tangan, meluruskan urat-urat di lengan barulah aku sedar yang aku tidak keseorangan di surau ini.

            Mujur lagi.... kalau tak...

“Tak balik lagi kak Ita?” aku menyoal Kak Anita yang sedang bersandar.

“Dah kau nampak akak kat sini, dah tentulah akak belum balik,” Kak Ita menjawab lalu tersengih.

“Ala kak, macam tak faham. Itu maksudnya berbasa-basi. Orang melayu kan memang macam tu. dah nampak jalan seorang pun tanya lagi. ‘seorang je ke?”

Kak Ita pula ketawa.

“Akak tunggu suami akak. Dia ajak dinner kat luar. Hari ni kan anniversary kita orang,” ucap Kak Ita sambil tersenyum penuh makna.

Alahai sweetnya dia orang ni. Kak Ita terus bercerita perihal dia dan suaminya bila aku asyik menyoal dia itu-ini. Sekali-sekali dia ketawa, sekali-sekali dia bercerita penuh makna. Yang pasti, aku yakin dia sedang bahagia.

Aku hanya melayan sahaja ceritanya sementelah aku pun sedang menunggu masuknya maghrib. Kalau balik sekarang, mahunya aku terkandas dalam kesesakan lalulintas.

“Kau tu bila lagi Syah?”

“Saya lambat lagilah kak,” balasku lalu ketawa. soalan itu memang aku paling fobia sekali. Malas betul mahu menjawabnya.

“Si Aqif tu pun dah nak bertunang..” ujarnya.

Mataku terus memandang Kak Ita. Nak bertunang? Aqif nak bertunang?

Aqif dah nak bertunang rupanya. ayat itu kusebut meleret di dalam hati.

Aku terdiam seketika. Mahu mencari ayat yang sesuai. Hai... melepaslah aku. Itulah, orang cakap cari pakwe masa dekat universiti. Nanti dah kerja susah dah nak dapat. Ah, merepek!

“Aqif bertunang bila kak? Oh, nak bertunang ye?” aku memaparkan wajah teruja.

“hujung tahun nanti kot,” Kak ita menjawab tapi sebelum aku sempat mengorek rahsia Aqif lagi, telefon Kak Ita berbunyi. Dan selepas itu, dia bergegas mengemas apa yang patut sebelum akhirnya mengundur diri.

Aku keliru. Betul ke dia yang aku suka. Aqif tu?

Dia seorang yang baik. Solatnya terjaga. Tinggi, berkulit cerah. Tidak sehensem Zack Efron tapi entah kenapa mata aku ni sedap aje memandangnya.

Aku mengenalinya pun hanya kerana kebetulan. Dan seingat aku, aku pernah bercakap dengannya pun hanya kerana satu projek yang kini telah pun selesai diuruskan. Selebihnya, bila berselisih, kami hanya saling berbalas senyuman.

Aku suka padanya?

Tak kot. Ini semua mainan perasaan je ni. maklumlah dekat floor ni, mana ada lagi gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang single selain kami. Ops, dia sekarang sudah tak single! Lalu lelaki mana lagi yang boleh aku ushar. Suami orang? Sorry, not interested! Aku ketawa.

Ok, tak betul! Apa gelak sorang-sorang ni!

Astaghfirullahal’azim. Dalam surau ni. Baik berzikir daripada fikir pasal lelaki. Dah tentu-tentu bila buat kerja tu, mulut bukan diringan-ringankan untuk memuji Allah. hai....

Azan dari masjid berdekatan berkumandang. Setelah usai menunaikan solat, aku terus pulang ke rumah.

“hai Syah!” aku memandang ke arah tuan empunya suara. Aqif! Aku melambai lalu senyuman kecil aku hadiahkan untuknya. Bezanya sekarang senyuman aku tidak selebar dulu.

Tuesday, November 29, 2011

mcm tongkang pecah!

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..
tah mana aku dpt kt google ni.hehe

letih mengepack barg2.. masih lagi dlm mood packing.. TAKKAN HABIS SELAGI SEMINIT SEBELUM BERANGKAT.

that's a habit of mine. 

selagi tak berangkat slagi tu brg xkn habis kemas... ni pun baru 3/5 kemas. start dr kol 3 lebih ptg td sampai hampir mgrib-settle untuk  brg2 yg ditumpang kat umah member..

so, 3/4 barang2 dah selamat dilenyapkan dr pandangan mata.

first time dtg sni, 1 beg pakaian, 1 beg laptop. pastu mulalah beranak pinak, bercucu cicit.letih gak nk kemas. shawls ng inners dan separuh beg roda yg boleh sardinkan 5 ekor kucing dewasa ke dlm tu. tu blum lg baju kurung, baju itu baju ini..

last2 td g cri beg ala plastik2 yg ade zip tu. sbb kmpem ni kalau xcri beg besar, esok balik, xckup tgn la bawak beg. byk sgt anak beranak nt...ahaha 

oklah. nk update cerpen plak.

gud nite everyone!!

packing lalala~

0 bunga-bunga cOmeL
as salam..

second last day at subang...


benda paling malas sekali nak buat adalah pack and unpack.

ada sapa2 nak offer extra hand untuk tlg aku packing?hrhehehe...sgt2 di alu-alukan...

pasni tah bila lagi akn dtg ke kl. balik kampung tanam jagung la jwabnya.

oh msi aku cuti ni: nak amek lesen kereta yang dah setgh tahun tertangguh niat tu...


rabu malam gerak balik kedah, khamis pagi sampai, zombi seharian, jumaat sabtu-cuti/yoya2 ng kwn2, ahad g register.

pastu akan bz ng driving practices, n preparation for my sis wedding...ecece.. bz sgt la kan...

apa ye nk bg hadiah pd adik terchenta... hai.. cpt plak dia tamatkan zaman bujang dia..xpa2, aku coming soon.insyaallah..

p/s:nt aku schedule kan cerpen baru n smbunga eruthanasia.

Monday, November 28, 2011

candid time contest!

0 bunga-bunga cOmeL

tak payah banyak cite.

tu dia tujuan aku kali ni.

'CANDID TIME CONTEST' by cik Muna Rahimah

aku pilih gmbar ni!

volleyball underground bbq 2009 
aku yg bertudung putih
tgh bajet cun/macho amek gmbar tiba2 ade orang curah air. 
tak guna!!haha

this is one of my best memory ever.
c(;

so aku nk tag:


Sunday, November 27, 2011

lepas ni berdua jela..

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

slmt kembali.hee

salam maalhijrah untuk semua. smoga tahun baru ni menjadikan kita orang yang lebih kuat dan sentiasa berjuang ke jalanNya. amin...

the thing is...

kawan rapat aku dah bertunang!!!

tak lama lagi tinggallah berdua je.. sorang dah kena ikut ckp suami.. hee

tup2.. pilihan keluarga jugak menjadi..keberkatan kot kan?

tertekan2.. ahaha..berkali2 cari sendiri tp ended up dengan sad ending, agaknya mak kena tlg carikan jugak kot!haha

rilex2...aku bukannya tua sgt lagi..agak2 setahun dua bekerja, tak ada jugak calon, apa lgi. roger mak suruh carilah!hahah

ok.ckup pasal tu.

aku sebenarnya nk ckp, betapa TEGARNYA aku balik kedah jumaat malam sabtu. sampai kedah pagi2 hari sabtu. kawan aku bertunang lepas asar. pg rumah dia around 4. balik rumah around 7 and then 12 am naik bas balik KL pulak!

ini first time aku setegar ni.. paling sekejap aku balik sempatlah tidur 2 mlam kat umah.

apa pun. aku rasa sgt berbaloi untuk kongsi that happy moment together..

aku doakan beliau sentiasa bahagia bersama pasangannya. ;p

Thursday, November 24, 2011

genap 3 tahun!

0 bunga-bunga cOmeL
dah 3 tahun sejak aku mula guna blogspot!!


jemput2 amek kek kt bawah.hee



semua suka dan duka aku share kat dalam ni.
this is like my second-me
my truly me.

~terataibungaindah in memory~

semoga -kalau tak semua pun- at least  ada sesuatu di dalam ni yg memberi manfaat untuk kita...

wish me luck dear friends!
den tak sabo dah nak jadi cikgu nih.
bilo tah nk posting. da lotih den nunggu.huu

c(;
assalamualaikum..


Wednesday, November 23, 2011

Graduation Day_outdoor 2

0 bunga-bunga cOmeL
continue...

tup tup ade la plak 4 5 org students(shud i call them student?) amek gmbar jugak kt situ. masing2 xde photographer, so saling kitorg combine. n tukar2 amek gmbar la...

ash, awi and new friends!



 akhirnya ada gmbar bertiga.
 

ni keje ash!
 serius!EXHAUSTED! tapi kalau tak gagah hari ini, dah takde dah hari lain.

Graduation Day_outdoor 1

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

akhirnya berkesempatan jugak nak mengupdate ttg grad outdoor.

outdoor sgt! SDN BHD je.hahah.. bersama-sama ash n awi at canceleri new building.

sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.. 




senget r mortar korg tu!

Tuesday, November 22, 2011

SAMBEST_high tea

0 bunga-bunga cOmeL
as salam..

secebis kenangan bersama cikgu cikgu di sambest..

majlis Hi-Tea di Hotel UITM  on 3.11.11.

tips penting masa pergi any makan2 event ni adalah: DUDUK DI MEJA YANG PALING DEKAT DENGAN MAKANAN!

perut dah bunyi2..lepas je rasmi segala, terus serbu buffet die!
miss specky!!

same age. masih single. ajar kimia, math, add math.

nasi goreng cina kot.aku rasa aku x amek nih.
memang byk gile aku makan!

harimau tetap gagah!!

0 bunga-bunga cOmeL
bergegar rumah bila malaysia gol semalam!

as salam...

best kan tgk bola semalam?
tahniah untuk pasukan harimau muda!
dorg mmg superb! walaupun indon gol dulu, tp msia tak patah smngt. aku yg menengok ni pun dah down saat gol tu masuk..


adei..haha
tp kebanyakan corner kick n free kick garuda tak menjadi. mesti dipatahkan harimau. setiap kali garuda nk amek kicks ni, aku dah rsa suspen semacam je.. macam tgk cite hantu.

apatah lagi masa additional time.asyik kena asak je garuda masa last2 tu. kalau gol, mmg sakit! xkn sempat kejar punya.. tp alhamdulillah, kemenangan tu tetap milik anak2 malaysia..

mengingatkan yg indon n msia mmg tak sebulu, ada satu yg scene yang membuatkan aku relief akhirnya.

nk tau apa?

Monday, November 21, 2011

secholian_open table '11

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

sejak2 tgk blog marinata buat review G-day, aku pun terasa nk buat sama!

open table sempena hari graduasi UM 2011..

kesian. tahun ni second college xde final year dinner or hari graduan kt kolej. sadis betol. aku tgu 5
 tahun nk join jamuan graduan. tup2 bila tima aku grad, xde!!!

gerai second stove pun xde!

akhirnya open table untuk graduan2 secholian  dibuat kt fak engin.

sadis!biasanya buat kt 2nd stove. motifnya, senior akan dpt kenal junior n hubungan tu akan terus terjalin walaupun da xde kt kolej. BUT as i said before, 2nd stove xde. so plan asalnya nak buat kt kolej. dewan makan ke, cafe ke. kononnya nk lah kan ada connection 2nd tu. tp tak dibenarkan plak!

at last berkampunglah kitorg kt foyer fak engin, sebelah second college. boleh la kan.kira ada kaitan la tu.haha

syafi and cqah.
thanx cqah, tumpangkan kte kt bilik.

kek SR sumbangan budak2 QS.
cantik.mcm tak sanggup nk makan.hee

with organiser n co-organiser.

friends, seniors and juniors


bajet aku pendek r tu!ceh.

ok,hensem gile!!

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

morning!!

yup. masih di subang nih..

nk tau aku buat apa weekend lepas?marathon cite lord of the ring. oke.mmg loser habis sbb baru nk tgk.haha

aku suke cite nih!! paling kagum dorg punya friendship tu.mmg kagum habis. ade aje since yang meleleh2 air mata aku.. x kurg jugak yg kelakar.

tapi... ada lagi best!

orlando bloom sgt hensem dalam cite nih. suci je muka dia..hensem, smart, character yg dia bawak tu sgt jadi! he is a hero in his own way. adei....hahah..dah rasa cm jatuh cinta dgn legolas!

dpt pakwe hensem macam ni, dah xpandang laki lain da.hahaha



aku xtau kenapa aku tegar sgt nk buat marathon cite ni. sampai 3 tu! dah tu aku rasa setiap 1 mvie tu macam lebih dr 2 jam je...bape kali benti. masak, makan, smyg, tdo. 2 hari marathon cite ni..

mybe sbb cara cerita tu dikupas kot. interesting n ternanti2 apa yg akan berlaku kemudian..

dan yg paling best, xde since sensor yang melampau2!

so that's it.hehehe

p/s: stdy dgn budak2 spm malam ni ditukar kepada ptg ni. sbb malam ni tgk bola! harimau muda vs garuda!heh hopefully msia menang.amin..

Saturday, November 19, 2011

confused!help me..

0 bunga-bunga cOmeL
as salam...

yeay!msia masuk final sukan sea.hopefully msia menang la kan...

mmm.. aku confius sebenarnya..xtau sape yg bersalah ..masalahnya x rumit cuma byk tekanan..bahaya kan mulut manusia ni. ada yg mulut manis tp hati macam loji taik. ada mulut pedas tp dlm hati ada taman.. 

ada orang xkan mengaku salah dia.. and then put the blame of someone else...

ada org yg baik hati, ditindas.. bila dia tegakkan hak dia, orang pandang sinis.

 i just want to clear everything in my head... 

x ape la bersangka baik.. semua yg terjadi ada sebabnya... 

p/s: aku harap tindakan yg aku amek tu betul. 

Friday, November 18, 2011

bajet cun, tersungkur plak!

0 bunga-bunga cOmeL
as salam...

hari ni last day at school.. nama je last day, tapi lepas ni aku masih lg bersepah2 kt skolah ni tgu budak2 spm exam kimia.. apasal la kimia lambat sgt...huhu

n kawan rapat aku, my very best friend is getting engage on 26th. nk pg majlis dia. tp paper kimia plak.adei... serba salah jadinya...

oke. berbalik pada tajuk sebenarnya post ni.

baru2 ni aku g perak.ikut rombongan skolah-persatuan sejarah. best melawat2 gua2 segala..hehe

ade 2 mende yg agak memalukanlah terjadi sebenarnya.haha

korg melatah x? adei..payah r bile melatah ni.. aku ni pun kind of melatah la gak.tp x teruk la. yg malunya tu, aku melatah g sebut nama guider yg bawak masuk gua.depan dia plak tu. ya allah, malu gile r... aku da rasa muka blushing da time tu. nasib baik masa tu xde sape yg noticed. just encik guider tu jela yg dgr since da ade org sebut nama dia. adei.bangang betollah.haha..

aku tgh bertinggung atas batu tgh tgk bdg2 ni turun cerun..adei..sbelum tu akak A suh bg balik torch light mamat tu balik kt dia. akak tu pas kat aku sbb aku dkt dgn dia..aku xtau nk pgl nama je ke?cm xproper plak. nk pgl abg S.., cm geli plak. nk pgl encik cm skema.last2 aku sbut 'shhhh..' je.(nama dia start ng huruf s.) dia pandang, aku terus bg. tup2 aku nak terjatuh2. pe lagi, dah nama dia mmg dok berlegar dlm kepala. terus termelatah.sumpah malu!hahaha

p/s:moral of the story.in case jd cmni pada korg, cepat2 tukar topik k!cover r.pe lagi!haha

rahsia disebalik anggota wuduk:migrain,resdung

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum....

kali ni aku nak kongsi ttg rahsia kepala kita dengan ruas di jari kita...

menurut ustaz tersebut, kepala kita ni terbahagi kepada 3 bahagian.
bahagian pertama: dahi atas sehingga ke kening kita termasuklah bahagian atas kepala
bahagian ke3: dari misai ke bawah
bahagian ke2:diantara bahagian 1 dan 3

sepertimana kepala kita, jari kita kalau kita tgk , pun ada 3 bahagian atau dipanggil ruas.
ruas 1: yg paling atas
begitulah seterusnya.

so apa connectionnya???

inilah rahsia disebalik anggota wuduk kita.

1. kalau korg sakit kepala misalnya, korg penyet2/picit2 jari korg pada ruas yg pertama.
2. kalau korg sakit resdung ke selsema ke, buatlah perkara yg sama pada ruas jari korg yg kedua.
3. begitulah untuk sakit gigi ke misalnya, picitlah jari korg pada ruas ketiga.

picit untuk semua jari n then feel the difference. kalau salah satu jari tu tiba-tiba terasa cm 'erk!' sakitnya, itulah punca sakit korg. so picit2 smpai rasa kurang sakit/hilang terus sakit tu...

dgn cara ni, ade tenaga dihasilkan yg dpt mengurangkan sakit pada bahagian2 tersebut.insyaallah..

sambil2 tu apa salah kan korg selawat ke zikir ke, dpt extra pahala..

senang kan, smbil baring pun bleh buat..xsusahkan org, tak perlu keluarkan duit.. ibaratnya mcm one sort of reflexology technique la .

nest time, aku kongsi macam mana nk kurgkan sakit perut, asma dan sewaktu dengannya..

slmt berkongsi dan mencuba!;p

Thursday, November 17, 2011

rahsia disebalik anggota wuduk: sembelit

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

nak tahu cara yg mudah nk atasi masalah SEMBELIT???

caranya:
tak payah kuar duit, tak payah heboh korg tgh sembelit. senyap2 aje.hehe..
sume org ada dagu kan? masa korg wt bisnes tu, korg gentel/tenyeh dagu korg tu. insyaallah sume berjalan ng lancar..

bgus jugak cara ni untuk anak2 kecik yg slalu ngis sbb susah nk tu kan... masa die dok meneran tu, gentellah dagu dia.insyaallah, berhasil.

rahsianya:
dagu tu termasuk dalam anggota wuduk kita kan. bahagian muka. bila basuh muka, termasuklah dagu ng janggut2 sekali kan...ibaratnya, bila kita duduk tahiyatul akhir, di mana kedudukan dubur kita?paling bawah. samalah juga kedudukan dagu di muka kita..


aku xretilah nk membuktikan secara saintifik tapi menurut ustaz tu bila kita gentel dagu kita, adalah tenaga yg terhasil yg melembutkan kita punya sisa2 tu..so senanglah nk kuar..


rahsia anggota kita kan.. sesungguhnya Allah itu maha bijaksana..

wallahualam.. tpi yes, aku pernah try..menjadi la jugak.hehe..

next time aku kongsi lg ng korg pasal kaitan muka dan ruas di jari kita yg boleh atasi masalah sakit kepala, resdung dan yg sewaktu dgnnya.. ;p

Wednesday, November 16, 2011

cerpen: Aduh, DRAMANYA! end

5 bunga-bunga cOmeL

         
Sudah sebulan berlalu sejak aku mengelakkan diri dari bertembung dengan Muaz. Kalau terserempak pun mungkin sesekali pada waktu makan malam. Waktu lain, ada sahaja alasan yang aku berikan pada mama setiap kali mama ajak makan bersama. Sungguh, mana aku nak letak muka ni? gambar tu, satu-satunya gambar dia di dalam rumah ini selain gambar graduasinya di dinding utama. Dan gambar itu ang di dakwa hilang oleh semua penghuni dalam rumah ini selepas dia berlepas ke luar negara. Hilang apanya! Aku yang ambil sebenarnya.

            Selepas sarapan agak lewat pagi itu, aku bergegas mendapatkan keretaku. Kereta Muaz masih ada di parkir. Tak pergi kerja lagi ke si Muaz ni? sempat pula hati ini memikirkan dia.

            “itulah... dah elok-elok turun sarapan awal, mengada-ngada nak makan lewat. Kan dah kelam kabut. Ni kau punya buku nota, tinggal atas meja!”

             Habis pagi yang indah aku!

“nak bagi, bagi ajelah. Jangan berleter!” aku merenungnya tajam.

“hai, kata tak nak bercakap dengan aku? Ni dah melanggar perintah sendiri ni macam mana ni?” katanya sinis.

Aku terus merampas buku di tangannya dan segera meloloskan diri ke dalam kereta. Tanpa berlengah lagi, aku menghidupkan enjin. Entah kenapa berali-kali aku mencuba tetap tidak berjaya.

Muaz mengetuktingkap keretaku, “kan dah kena tulah aku!”

Dia ketawa. aku terus membuka pintu sekuat hati dengan niat mahu mengenakan dia, tapi sempat pula dia mengelak.

“nak ke mana tu adik manis? Sini tak ada teksi kan?” laungnya bila aku mula melangkah.

“diamlah kau! Aku benci kau!” balasku lantang.

“jangan selalu sebut benci! Nanti jadi sayang!!” katanya pula. aku berhenti melangkah. Dia benar-benar menggugat kesabaran aku! Laju-laju aku berjalan ke arahnya lalu berdiri tegak dihadapannya. Wajah itu aku tatap lama dengan perasaan yang bercmapur baur.

“aku TAK AKAN sayangkan kau!”balasku keras sambil merenung ke dalam matanya yang redup sebelum aku berpusing dan meneruskan langkah tanpa menoleh lagi. Air mata yang bergenang, aku kesat cepat-cepat.

klik continue reading untuk baca selanjutnya

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...