dah berkurun x bersambung2 kampong girl..
pada yang baru mengenali blog ini, aku ade tulis cerpen. di bawah label d' typical love stories . jadi, semua cerpen yg pernah aku tulis (baru ade 3), ade di bawah label tersebut. =)
dah lebih stgh tahun aku xsambung cerita ni.. mungkin sbb terlalu byk mende yg terjadi dalam hidup aku kot... =p
so pada yang dah lupa jalan cerita ni, boleh klik2 link di bawah ni =)
(kalau nk aku buat summarize, next time aku buat k. )
jadi untuk vOL 9 ni, aku bagi sikit je. hihi... penat nt korg nk kena refresh dr awal kan.hihi...
so enjoy ur reading =)
---------------------------------------------------------
‘can’t wait to see you’
Sms AIdil dibiarkan tidak berbalas. Intan malas mahu bergaduh dengan lelaki itu namun tidak dinafikan yang hatinya berbunga-bunga membacanya.
INTAN mengenakan kurung putih sutera berbunga kecil biru dan merah hati yang dihadiahkan oleh mak longnya semasa abang Man berkahwin dulu. Baju itu merupakan tema keluarga mereka. Selendang silk berwarna biru lembut menyamai warna bunga di baju dililit kemas menutupi auratnya. Dia melihat wajahnya di cermin lalu tersenyum.
Terima kasih Tuhan, mengurniakan aku anugerah ini. Kau peliharalah aku dari kejahatan dan jauhkanlah aku dari perasaan riak. Amin… Intan berdoa di dalam hati.
“Kau ni memang cantik semulajadilah Inn,” puji Julia. dari tadi dia menawarkan diri untuk menyolek Intan tetapi intan menolak. Sekarang hanya bertempekkan bedak asas, celak dan sedikit gincu, Intan sudah kelihatan cantik.
“betul ni kau tak nak ikut?” soal intan. Julia hanya menggeleng.
“betul ni kau nak pakai baju ni?” soal Julia pula.
“kenapa? tak boleh ke? Kau rasa kampung sangat ke?” marah Intan tiba-tiba. Terasa dengan pertanyaan temannya.
“bukanlah. Maksud aku, macam mana kalau Sophia kecil hati sebab kau tak pakai baju dia bagi?” Julia menjelaskan ayatnya. Intan tersengih.
“aku takut juga. Tapi nanti aku explain padanya,” balas Intan.
Intan meninggalkan Julia yang tersenyum dan melangkah ke tempat meletak kereta kerana Aidil sudah menanti di sana.
‘take care kawan. Jangan garang sangat.=)’
sms yang diterima Intan daripada Julia mencetuskan senyuman di bibir gadis itu. Dari kejauhan dia sudah ternampak kelibat Aidil dengan kamejanya sedang berdiri di bahagian penumpang.
“assalamualaikum…” ucap Intan sebaik tiba di hadapan Aidil .lelaki itu hanya diam memandangnya.
“mana baju you?” soal lelaki itu.
“ini bukan baju ke?” soal intan semula sambil menunjukkan bajunya.
“I mean, baju yang you dapat,” balas Aidil. Wajahnya tergambar sedikit rasa kecewa.
“what do you mean baju yang Inn dapat?how did you know? Awak dah tengok apa yang Sophia bagi ke?” tiba-tiba Intan rasa marah. Aidil tiada hak untuk melihat yang yang Sophia beri kepadanya.
“dahlah… just get into the car,” arah AIdil bengis. Intan pelik dengan perlakuan AIdil yang berubah tiba-tiba. Tadi dalam mesej, bukan main romantik lagi.
Perjalanan ke majlis resepsi di hotel J.W. Marriot putrajaya hanya ditemani dengan suara DJ dan lagu-lagu yang berkumandang di radio. Masing-masing hanya diam seribu bahasa. Intan meletakkan pandangan matanya ke luar tingkap, manakala Aidil pula tertumpu di jalan raya.
“Aidil, kenapa awak diam?selalu awak jugak yang banyak mulut,” soal Intan, benci dengan kebisuan mereka. Matanya tertumpu pada AIdil kini.
Aidil diam lagi, langsung tidak memandang Intan walaupun sekilas.
“sombong!”kata intan perlahan lalu mengalihkan pandanganya ke luar tingkap semula.
“you better shut your mouth,” balas Aidil,garang.
Intan menjeling Aidil dengan perasaan bercampur baur. Dia marah aku kah? Namun sedikit sebanyak kata-kata itu mengguris hatinya.
Sepanjang majlis malam itu, Intan kesunyian. Dia tidak biasa dengan suasana baru yang sedang di alaminya sekarang. Apatah lagi bila dia hanya ditinggal-tinggalkan keseorangan oleh Aidil yang asyik melayan teman-teman selepas selesai makan.
Intan gelisah.
Dipandang kiri dan kanannya hampir semua tidak dikenali. Dia tekad, mahu keluar dari majlis itu secepat mungkin. Intan mencari-cari kelibat Aidil. Namun di tengah keramaian tetamu yang ada, sangat mustahil untuk bertemu aidil.
Akhirnya Intan melangkah keluar dari dewan itu dan kemudian berjalan lemah ke tempat kereta. Menyesal pula dia mengikut aidil. Sudahlah ditengking, ditinggalkan seorang diri pula.
Lama intan menunggu di tepi kereta milik Aidil. Penat berdiri, dia duduk. Penat duduk, dia berdiri. Akhirnya kelibat Aidil muncul jua.
“intan!!you tau tak betapa risaunya I bila I cari you kat dalam tadi tapi tak ada!” Aidil memarahi intan sebelum sempat gadis itu membela diri.
Intan memandang tepat ke dalam mata aidil. Memang jelas riak kemarahan di wajahnya. Intan hanya diam. Malas mahu melawan kata. Api, jangan dibalas api. Dia terus masuk ke dalam kereta.
“intan, I’m talking to you! I bukan nak dengar you diam macam tu!” intan disergah lagi.
'aku diam, memanglah tak dengar apa-apa. bukannya aku bercakap. itulah, bila marah menguasai diri, ayat pun dah lintang pukang'. Intan menjawab dalam hati.
“Inn tak nampak point kenapa awak marah-marah,” balas Intan. Suaranya direndahkan.
Aidil tercabar bila dibalas begitu ditambah pula dengan ketenangan yang terpancar di wajah intan seolah-olah tiada langsung sekelumit perasaan bersalah di hati gadis itu.
“you keluar dari kereta I sekarang. Perempuan kampong tak sedar diri!”
Intan memandang Aidil tidak berkelip. Dia cakap aku perempuan kampong tak sedar diri. Dia suruh aku keluar? Aku nak balik dengan apa?
“are you out of your mind?” soal intan.
Dan akhirnya intan melangkah keluar dari kereta itu apabila Aidil hanya mendiamkan diri dengan riak wajah yang mana Intan pasti, lelaki itu tidak bergurau.
“saya sedar siapa saya Encik Aidil", perkataan ENCIK sengaja dia tekankan. Terima kasih dengan pertolongan awak selama ni. Assalamualaikum…” kata intan lalu berjalan meninggalkan Aidil.
Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu betapa dia kecewa dengan perangai lelaki itu. Hanya Allah yang tahu betapa hatinya sangat terguris apabila bait-bait perkataan itu keluar dari mulut orang yang disayanginya. Pergilah Aidil. Ambil semua kenangan kita bersama. Aku sudah tidak perlukannya lagi…
tiba-tiba muncul hero baru???
mmm... sama2 nantikan..hihi
p/s: nt tunggu aku berangan lagi ye..=)
2 bunga-bunga cOmeL:
lama tak singgah sini kan???
isnggah2 la lagi..=)
Post a Comment