SEMINGGU cutiku telahpun tamat dan aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Terpaksa? Lebih kuranglah. Aku bukannya suka sangat berpisah dengan emak bila setiap kali aku pulang ke kampung. Sedih!
Atas pelawaan Luthfi dan desakan emak serta abah, aku ‘terpaksa’ pulang ke KL bersama Luthfi. Emak dan abah pun satu! Entah angin-angin sepoi bahasa mana yang bertiup, mereka izinkan aku pulang berdua dengan Luthfi. Dulu bukan aku tak pernah minta izin untuk balik ke Kuala Lumpur dengan kawan lelaki, ditentang habis-habisan. Macam-macam alasan. Ini, dengan Luthfi, senang-senang je bagi lampu hijau. Siap desak aku lagi!
Luthfi pula, gembira tak terkata. Ingat aku tak nampak senyum dia lepas mak dan abah izinkan aku balik dengan dia! Sejauh mana pun aku lari daripada dia, semakin dekat pula dia menghampiriku. Dari Julia, aku tahu bahawa Leena merupakan teman paling rapat Luthfi ketika di Sabah dan mereka hampir-hampir bertunang.
Hampir-hampir, ertinya mereka sudah merancang. Mungkin sesuatu telah berlaku dan pertunangan itu tidak terjadi. Apabila aku bertanya kepada Julia lagi, dia hanya menggelengkan kepalanya.
“ kenapa mengeluh?” soal Luthfi yang sedang tekun memandu.
“nothing,” balasku pendek.
“cantik sangat pokok-pokok kat luar tu? dari tadi macam tak sudi nak pandang saya je,” soal Luthfi lagi.
Aku memandangnya. Sekilas.
“saya pun hensem kan? Apa salahnya sekali-sekali pandang saya pula?”
Aku pula yang ketawa. pandai sungguh si Luthfi ni buat lawak.
“Luthfi, kalau saya pandang pokok, banyak mana pun saya tak dapat dosa. Tapi kalau saya pandang awak, emm.. dengan niat memang nak pandang awak, percuma je dapat dosa kering. Bukan ke pandangan yang pertama itu nikmat, pandangan seterusnya itu dosa?” balasku pula. dia terdiam. Namun lama-lama dia tersenyum.
“pandai!” dia memujiku.
“Alhamdulillah...”
“i like you.. err.. i mean i like the way you are,” ucap Luthfi walaupun ada tersangkut dalam bicaranya. Mungkin tidak mahu aku tersalah faham.
“by the way, apa sebenarnya kerja awak?” soalku. Teringat perbualan abah dulu. Kerja dengan sultan?
“PTD. Pegawai tadbir diplomatik. Kerja saya ada kaitan dengan raja-raja. Baru-baru ni kan ada pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baru. That’s why i’m so busy.”
Aku mengangguk-angguk. Tepat seperti tekaanku sebelum ini.
“hari tu saya lebih-kurang kan aje bila abah awak cakap kerja dengan sultan. Nanti bila cakap PTD, kena explain banyak. And sometime people don’t even know what PTD is,” sambungnya lagi.
“ you better try abah. Banyak benda yang abah tahu,”ujarku pula membela abah.
“wow, i shall not under estimate your abah then,” katanya pula seraya memohon maaf dariku.
Aku ketawa. tahu gelabah!
“so Nurin kerja apa? Sampai malam-malam pun bos cari?”
“jadi kuli batak je. Sebab tu malam-malam bos cari,” balasku lalu ketawa.
Aku terdiam apabila menyedari yang dia sedang merenungku.
“kenapa?”
Dia hanya menggelengkan kepalanya lalu tersenyum. Memang murah dengan senyuman betullah dia ni kan.
“Luthfi, boleh saya tanya sikit?”
“tanya banyak pun tak apa,” balasnya.
“hmm... tapi awak jangan marahlah. Err.. saya bukannya busybody, just nak tahu jelah,” kataku lagi sebelum menyoalnya. Sejujurnya, aku bimbang dia mengatakan aku ni penyibuk atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.
“tanya ajelah Nurin,” ujarnya pula lalu tersenyum lagi.
Agaknya macam mana bila dia marah ye?
“err... Leena tu siapa? Ex-girl awak ke?”
Nah, terkeluar juga soalan itu akhirnya! Aku melihat riak wajahnya. Biasa! Tiada perubahan.
“kenapa? Dah jatuh hati dengan saya ke?” soalannya membuatkan wajahku terasa panas.
“awak ni dulu kat sekolah, bila cikgu tanya awak, awak tanya cikgu balik ye?” soalku geram.
Dia ketawa.
“Yes, it was two years back! Leena was my special girlfriend and we were planning for an engagement. But suddently something came out and the engagement was cancelled,” jawabnya dengan nada yang aku dapat rasakan dia begitu jujur sekali. Apa lagi, semakin menjadi-jadilah perangai ingin tahu aku tu!
“something came out?” soalku lagi dengan penuh teruja.
“sibuk pula dia ni!” balas Luthfi spontan sambil ketawa kecil.
Aku terdiam. Walaupun dengan nada gurau, tetapi aku benar-benar terasa! Keterujaanku sebentar tadi terus terbang melayang entah ke mana.
“betul ke nak tahu?” soal dia seolah-olah memujukku.
Aku pantas menggeleng.
“sebenarnya....”
“i don’t want to know. Just keep it to yourself,” pintasku sebelum dia terus bercerita. Wajahku, sengaja aku ceriakan, “eh, kita berhenti dengan R&R kejap. Laparlah!”
Aku sedar Luthfi terus-terusan memandangku dengan ekor matanya. Ah, malas aku nak layan! Ingat, aku ni nak sangat tahu pasal dia??
Okay, memang aku nak tahu pasal dia! tapi tak payahlah macam nak perasan hot sangat. Aku tanya sekadar pengetahuan am aku aje. hmmm..
“TERIMA kasih sebab hantar saya sampai rumah,” ucapku setelah mengambil beg dari bonet kereta.
“kasih diterima!” jawabnya sambil menyandar di keretanya.
Saat aku mahu menutup pintu pagar rumahku, dia memanggil.
“boleh kita jumpa lagi?” soalnya dengan wajah yang aku kira penuh mengharap.
“tengoklah...” balasku malas.
“kenapa? Ada orang marah ke?”
Siapa pula nak marah? Mak dengan abah? Aku rasa mereka lagi suka kalau aku ni keluar dengan Luthfi. Entah apa yang mereka nampak dekat si Luthfi ni! Boyfriend? Boyfriendlah sangat!
“ada. Tuhan marah kalau keluar berdua-duaan lelaki dan perempuan kalau bukan muhrim,” balasku sinis.
Dia hanya tersenyum.
“mungkin kita kena buang batas tu kot,” katanya pula.
Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut. ‘buang batas tu’? hah, apa si Luthfi ni nak buat? Terasa meremang bulu romaku, apatah lagi bila melihatnya yang sedang tersenyum.
“err... saya masuk dulu. Take care ye,” kataku lalu bergegas masuk ke rumah. Dalam kekalutan itu, aku terdengar juga dia ketawa.
Makin aku tak fahamlah dengan orang lelaki ni!
15 minit kemudian, aku mendapat sms daripadanya.
I safely arrived at home. Sweet dreams Uyin! Dreamt of me, then your dreams will be very sweet! ;) good nite!
Malam itu aku tidur bertemankan ingatan-ingatanku terhadap Luthfi sepanjang seminggu aku di kampung. Sungguh aku pernah bertemu dengan dia tetapi aku benar-benar lupa di mana!
BERSAMBUNG..
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment