Aku menahan sebak di dalam hati. Teksi yang meluncur perlahan membelah kelam malam membuatkan jiwaku semakin dibuai-buai rasa sedih. Kenapa begini akhirnya semua ini? Kenapa?
“Cik, dah sampai.”
Suara milik pak cik teksi itu memecahkan lamunanku. Aku segera melihat meter di hadapan lalu membayar harga seperti yang tertera.
“terima kasih pak cik,” ujarku sebelum menutup pintu teksi.
Tanpa menunggu lama, aku bergegas ke tempat menunggu. Malam ini tidak ramai pengunjung yang ada. Aku mengambil tempat duduk di barisan hadapan sekali. Kerusi yang tidak empuk langsung itu, aku sandar lemah.
‘sayang, I dah dekat hentian duta. Masih sempat lagi kalau u nak datang . I’ll wait for you... pls come sayang.’
Pesanan ringkas itu aku hantarkan kepadanya sambil mengharapkan satu keajaiban yang dia akan datang bertemuku dan memujukku kembali kepadanya.
Seminit berlalu, masih tiada balasan daripadanya. Begitu juga minit yang seterusnya, telefon bimbit yang aku gengam erat itu masih tidak bergetar dan berbunyi seperti yang aku harap-harapkan.
“Kenapa datang sini?”
“saya minta maaf. Tolonglah jangan balik...”
“awak tu yang pergi balik. Tak payah datang sini!”
“janganlah macam ni sayang...”
Perempuan di sebelahku bangun. Begitu juga lelaki yang sedang memujuknya. Terasa mahu menitis air mataku. Telefon bimbitku menjadi panahan mata sekali lagi.
Masih kosong!
Satu keluhan terlepas juga. Dalam diam, mataku meliar mencari kelibat si dia. Mana tahu dia akan muncul.
30 minit berlalu, dan harapanku hanya tinggal harapan tatkala bas yang kunanti telah pun tiba.
Ingat macam dalam drama ke? Hero datang pujuk si heroin. Dalam mimpi jelah! Perempuan tadi je yang bertuah. Kalau dia halau juga lelaki tu tadi, memang tak sedar diuntung betul!
Setahun kemudian...
“please Nurin, kau mesti balik jugak sebab kau kena jadi pengapit aku!” desak teman baikku, Julia . Minggu depan dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini lelaki pilihannya.
“ala kau ni... bila aku cakap aku setuju nak jadi pengapit kau?” aku mula mencongak-congak kerja yang bertimbun. Nak jadi pengapit kena ambil cuti lama ke? Kesian pula dia kalau aku datang masa hari kahwinnya saja. Tapi lecehlah jadi pengapit pengantin ni. Nanti mesti kena control ayu juga. Malasnya!
“hei, are you still there?”
“yela. Aku tengah fikirkan pasal hal kau nilah. Karang kalau tak tolong ‘jadi’, kau boikot kenduri aku pula nanti,” balasku. Aku terdengar dia ketawa.
“aku tahu, kau mesti akan balik punya.”
“aku memang akan balik. Tapi aku tak naklah jadi pengapit kau. Lecehlah!”
Julia tidak berdiam diri. Apatah lagi rasa bersalah untuk memaksa aku. Dia terus memujuk aku sehinggalah akhirnya aku tidak mampu menolak lagi. Mana aci guna kelemahan aku! Kurang asam betullah dia ni!
Sehari sebelum akad nikahnya, aku pun pulang ke kampung. Rumahnya sudah dipenuhi sanak saudara yang datang membantu apa yang patut. Julia punya pasal, aku ambil cuti seminggu. Lagipun aku mahu menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Baiknya aku! Lepas tu terseksa menyelesaikan kerja yang bertimbun.
Hai... kalaulah aku dan dia masih ada, tentu aku pun sedang menghitung hari untuk hari bahagia macam ni...
“hoi, kau termenung apa tu? takkan sedih lagi kot?” Julia sempat menyakat aku walaupun tangan dan kakinya sedang diinaikan.
“sedih kenapa pula ni Nurin oi?” Mak Teh yang sedang menginaikan Julia menyampuk membuatkan aku tersengih.
“mana adalah mak teh. Teringat kerja kat office sana,” balasku berselindung lalu ketawa.
“ala.. nama pun cuti, kau lupalah sekejap kerja kau tu! bukannya ke mana pun,” perli Julia pula.
Minah ni kan, perli aku pula! kang aku cuit inai tu dekat pipi, menangis tak berlagu kot. Tak pasal-pasal ada tanda lahir nanti!
“kau tu bila pula Nurin? Julia ni dah nak dapat cop mohor dia esok. Kau bila?” Mak Teh memulakan sesi soal siasat.
“bila kucing tumbuh tanduk mak teh!” balasku lalu ketawa, diikuti pula dengan gelak tawa dari Julia. Bukan main lagi dia. Ini kalau dengar dek mak mertua, terus cancel buat menantu! Mak teh yang pada mulanya mahu naik angin, aku lihat dia juga turut ketawa akhirnya.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar. Masing-masing menenangkan diri, apatah lagi si Julia. Baru dia ingat yang esok dia nak kahwin. Tadi masa gelak, tak ingat dunia. Satu rumah boleh dengar!
“Nurin, kau ke tepi sikit. Karang dia orang tolak pintu kena kau pula,” arah Julia.
Malangnya sebaik sahaja aku baru mengangkat punggung beralih dari situ, pintu telah pun ditolak. Memanglah tak kuat mana, tapi cukuplah untuk membuatkan aku terjatuh dan terhantuk pada dinding!
“oh, sorry... sorry.. tak sengaja. Kenapa duduk belakang pintu?”
Semua yang ada di situ terpinga-pinga melihat aku. Julia sudah mula mahu mentertawakan aku!
“baik kau jangan gelak. Sakitlah!” aku memberi amaran kepadanya sambil memegang dahiku yang sakit. Bata apalah yang kau guna buat rumah ni Julia? Kasarnya!
“sorry... saya ingat tak ada orang...”
Dia cuba membantu aku bangun.
Eh, macam pernah tengoklah mamat ni! kat mana ye?
“hello... korang dah sampai mana dah?”
Aku melepaskan tangannya. Wajahku sudah merona merah. Nasib baik Mak Teh sibuk dengan inai dia tu. kalau tak digosip dengan Julia, pasti kena pula dengan Mak Teh.
“awak okay?” lelaki itu bertanya lagi. Raik kerisauan jelas terpancar di wajahnya.
“alah.. tercium dinding je pun, bukan kena langgar dengan kereta,” balasku lalu ketawa. begitu juga dia.
“tak payah tenung dia lama-lama. Ni kawan aku, Nurin nama dia. Masih single and...”
“hoi!” aku menyergah Julia yang semakin galak memberikan butir-butir peribadiku. Lelaki itu pula hanya tersengih.
“kenapa? He looks very interested in you...” Julia berbisik di telingaku membela dirinya.
“let me introduce you my cousin...” kata-kata Julia dipotong lagi.
“kalau ye pun, biarlah aku intro diri aku sendiri,” lelaki itu mencelah.
“sejak bila kau gentleman macam ni ni?”
“sejak aku jumpa dia..” dia tersenyum lalu memandangku.
Mak teh yang tadi hanya diam tidak mencelah, kelihatan sedang tersenyum seolah-olah menghantar pesanan-nak mengoratlah tu!
Wajahku merona merah. Tak payahlah nak gentleman segala. Sempoi je sudah. Habis, yang aku nak ‘blushing-blushing’ ni kenapa? Maintain... maintain...
“hai Nurin. Nama saya Luthfi. Orang panggil saya Luth...” setiap kata-katanya seolah-olah berlegar-legar di udara kerana mindaku saat ini memikirkan yang aku seolah-olah pernah bertemu dengannya dan mempunyai sejarah yang tersendiri.
“.... ya, saya pun single but not available,” ujarnya sambil tersengih.
Ayat dia yang terakhir mengundang keruh di wajahku. Poyo je! Macamlah aku nak sangat berkenalan dengan dia. Cis! Ini semua Julia punya pasal. Jatuh saham aku!
“dah habis introduction kau? Letih aku menunggu. Apa kau nak?” mujur Julia mengesan riak di wajahku lalu menukar topik perbincangan.
“mana kau letak bunga manggar wahai cik pengantin. Dah puas aku cari. Mak long suruh aku pacak kat simpang sana,” balas Luthfi.
Aku sudah tidak ambil pusing dengan perbualan mereka. Beberapa saat kemudian, Luthfi hilang dari muka pintu. Mungkin sudah dapat apa yang dia mahu. Mak Teh juga sudah meninggalkan kami kerana kerjanya sudah selesai.
“sorrylah... Luthfi memang macam tu. Suka melawak,” ujar Julia.
“alah.. tak terkutik pun aku,” balasku sambil menyembunyikan perasaan di dalam hati.
“yeke? Aku tengok tadi berkerut dahi kau bila dia cakap single but not available,” kata Julia pula lalu ketawa.
“mau tak berkerut. Bajet hotlah tu! macamlah aku nak sangat berkenalan dengan dia,” balasku dan ketawa.
Kami berbual-bual tentang pelbagai perkara. Kutuk orang lepas tu ketawa tak ingat dunia!
Hai... malam bujang yang terakhir untuk kau Julia. Lepas ni dah ada cop mohor bak kata Mak Teh. Aku tersengih.
BERSAMBUNG....
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment