BAB 5
26 JANUARI 2008
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
Tujuan Smart Plan ini dijalankan adalah untuk melatih para fasilitator menjalankan tugas serta memberikan pengalaman buat sisipan mereka pada hari berlangsungnya KKAA XI. Di samping itu, ia dilaksanakan adalah untuk mencari serba sedikit dana bagi menampung perbelanjaan sepanjang projek berlangsung nanti. Pada awalnya sasaran kami adalah murid darjah lima dan enam tetapi selepas berbincang dengan guru besar, En. Nordin, beliau menyarankan supaya dikurangkan kepada murid darjah enam sahaja serta diberi penekanan terhadap akademik dan sahsiah para pelajar.
Pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke sekolah tersebut. Pada jam 8.00 pagi pendaftaran peserta dilakukan dan mengambil masa kira-kira 30 minit. Selepas itu program diteruskan dengan sesi pengenalan fasilitator yang mengambil masa selama 30 minit. Pada jam 9.00 pagi slot pertama dimulakan lewat 30 minit daripada yang dijadualkan. Semasa slot ini, peserta diberi ceramah tentang kaedah belajar berkesan, pengurusan diri dan masa, tanggungjawab kepada diri, keluarga, guru dan masyarakat serta berfikiran positif oleh saudari Nurul Syahida Azmi. Di samping itu, pengisian modul yang disediakan turut dijalankan.
Pada jam 10.30 pagi, program ini diteruskan dengan minum pagi di kantin sekolah. Makanan telah disediakan oleh pihak Dewan Umarak, iaitu dewan makan kolejku manakala minuman disediakan sendiri oleh Biro Hidangan dan jamuan KKAA XI yang diketuai Munirah, temanku.
Pada jam 10.45 pagi, program diteruskan dengan slot kedua iaitu latihan dalam kumpulan yang pertama (LDK1). Pembahagian kumpulan telah ditentukan oleh ketua fasilitator dan seorang fasilitator akan mengetuai setiap kumpulan. Sesi ‘ice breaking’ dijalankan untuk LDK 1 ini disamping terdapat permainan uji minda dan pembentangan modul yang digunakan semasa slot pertama.
Pada jam 1.00 tengahari, semua pelajar bergerak ke kantin untuk makan tengahari. Kali ini makanan dam minuman peserta, fasilitator dan ahli jawatankuasa disediakan sepenuhnya oleh pihak Dewan Umarak. Makanan dan minuman tersebut diangkut oleh beberapa orang ahli jawatankuasa sendiri dari Kolej Kediaman Sultanah Bahiyah menggunakan kereta. Selepas itu, semua peserta program menunaikan solat Zohor berjemaah di surau bersama abang dan kakak fasilitator secara bergilir-gilir disebabkan faktor surau yang kecil.
Pada jam 2.00 petang, slot ketiga diteruskan dengan LDK 2 iaitu tentang belajar berkesan. Sepatutnya, setiap kumpulan di beri satu tajuk untuk dibincangkan di dalam kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persiapan untuk menbentangkan hasil kerja mereka semasa slot 4 nanti. Namun tidak seperti yang dijadualkan, slot ketiga ini terpaksa digantikan dengan fasilitator menghabiskan beberapa modul yang penting. Sesi ini juga merupakan sesi terakhir fasilitator bersama peserta dan mereka dikehendaki menyampaikan amanat terakhir mereka kepada adik-adik peserta.
Pada pukul 3.30 petang semua pelajar dikehendaki berkumpul semula di dewan. Slot 4 yang sepatutnya adalah sesi pembentangan tetapi ditukar dengan sesi bersama moderator. Sesi ini berakhir dengan kata-kata ingatan dan nasihat akhir daripada moderator iaitu saudara Mohd Farid Mohamed Nordin.
Pada jam 4.00 petang, majlis perasmian penutup dimulakan. Majlis ini dipengerusikan oleh saudari Maisarah Bt. Azmi dan dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Hilman Nordin. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Smart Plan 2007/2008 dan diikuti wakil Pengetua Kolej Kediaman Sultanah Bahiyah (KKSB), Universiti Malaya dan dirasmikan oleh Encik Putra selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Kemuncak acara bagi majlis penutup ialah penyerahan sijil penyertaan kepada wakil peserta dan cenderamata kepada pihak sekolah. Majlis diakhiri dengan sesi pergambaran beramai-ramai di dewan dan di dataran perhimpunan sekolah.
Akhirnya pada jam 5.30 petang, majlis pun bersurai. Kami dijemput untuk menikmati jamuan ringan di kantin sekolah. Aku melafazkan syukur yang tidak terkira kerana program ini berjalan dengan jayanya.
KOLEJ KEDIAMAN SULTANAH BAHIYAH
Aku bergegas menuju ke Bilik Sistem Keluarga (BSK) untuk mesyuarat kelima KKAA XI. Sempat jua aku mendongak ke langit dalam kelambatan aku. Malam ini tiada bintang. Kosongnya langit. Pekat warnanya masih menunjukkan kehebatan Yang Maha Pencipta.
Aku melangkah masuk ke bilik itu dengan lafaz Bismillah. Oh, masih belum ramai! Ke mana semua orang? Aku menyoal sendiri.
“Okay, panggil semua kawan-kawan kita. Ketua biro, tolong ambil peranan. Yang mana ketua biro belum datang, anak buah tolong hubungi mereka. Kita akan mula dalam masa 5 minit lagi.” Kataku memberi arahan. Kulihat masing-masing mencapai telefon, menghubungi siapa-siapa yang patut.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita buka majlis malam ini dengan bacaan Ummul Kitab Al- Fatihah dan bagi yang bukan muslim, bertafakur seketika.” ujarku membuka majlis.
Setelah semua selesai mengaminkan bacaan Al- Fatihah, aku bersuara lagi. “Seperti yang kita semua tahu, sepanjang hari ni, kita telah berkampung di SKB untuk progrrm Smart Plan. Sebelum saya meneruskan mesyuarat kita pada malam ini, saya menjemput Aiman, pengarah Smart Plan untuk membentangkan laporan Smart Plan. Dipersilakan..”
Dia bangun lalu membentangkan laporannya. Sedikit gugup. Mungkin kali pertama bercakap di hadapan khalayak seperti yang pernah aku lalui dahulu.
Majlis diteruskan dengan semua yang terlibat memberi komen dan pandangan mereka atau ‘round table’. Rata-rata komen daripada fasilitator menyatakan yang mereka kurang berpuas hati kerana ramai antara mereka yang dipasangkan sehingga tiga orang fasilitator untuk enam hingga tujuh orang pelajar. Ya, aku dapat bayangkan situasi mereka. Namun apa boleh buat kerana bilangan pelajar yang hadir hanya 75 orang. Memang ramai yang kecewa apatah lagi aku.
“Tahniah lagi untuk semua yang terlibat pada hari ini. Saya faham ramai yang kurang berpuas hati kerana dipasangkan sehingga tiga orang. Namun apa yang kita mampu buat. Masalah ini bukan datang dari kita. Kita berbalik kepada motif asal kita untuk melatih anda sebagai fasilitator, saya harap ianya tercapai.
Kalau hari ini anda sudah penat melayan karenah mereka, saya harap anda dapat kuatkan mental dan fizikal anda untuk menhadapi situasi sebenar nanti. Apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka, murid darjah enam dan hanya selama satu hari berbanding nanti, pelajar tingkatan 4 dan selama 4 hari 3 malam,” aku berhenti di situ. Mereka bercakap-cakap sesama sendiri.
“Okay, saya ada beberapa pengumuman penting. Pertama, kita akan mulakan minggu persediaan KKAAXI pada hari Isnin, 28 Januari 2008. Mulai tarikh ini, setiap malam kita akan adakan post-mortem dan mesyuarat pada pukul 9.30 malam di Bilik Serbaguna (BSG). Untuk makluman semua, BSG adalah bilik gerakan KKAAXI sepanjang berlangsungnya projek manakala bilik gerakan fasilitator adalah di Bilik Sekretariat. Kehadiran tanpa gagal!
Kedua, kepada sesiapa yang masih belum menyelesaikan bayaran t-shirt KKAA sila berbuat demikian secepat mungkin. Ketiga, semua ketua biro jumpa saya selepas ini. Okay, kita teruskan dengan pembentangan gerak kerja setiap biro. Biro Protokol, silakan..”
Satu-persatu wakil biro membentangkan gerak kerja masing-masing. Aku mencatatkan apa yang patut. Begitu juga setiausaha aku yang setia di sisiku. Setengah jam kemudian majlis pun bersurai setelah aku menutup majlis dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kafarah.
Ada yang terus balik. Ada pulae yang masih berborak. Tidak kurang juga pada sesetengah biro yang sedang brbincang sesama mereka. Di satu sudut aku menanti kehadiran semua ketua-ketua biro kerana ada perkara penting yang perlu dibincangkan.
“Sayang, lepas ni kita pergi minum kat kafe ramai-ramai okay?”
“Okay, ” balasku padanya sambil tersenyum penuh makna.
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment