Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, December 31, 2012

-syukur-

0 bunga-bunga cOmeL
ALLAHUAKBAR

--bersyukur--

ya allah... kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada pandangan mataku, aku terlupa bersyukur.. it might be worst!

merungut..dan merungut...

allahuakbar...

 agaknya aku terlupa, DIA lah yang telah menyelitkan rasa tenang di hatiku sebelum ini. DIA lah yang memudahkan urusanku selama ini..

allah... aku lemah tanpaMU..


Saturday, December 29, 2012

-ICT in PENANG!

5 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

 sekarang kan bulan dua belas. bermakna ada apa kat penang??

ya. pandai.

PESTA PULAU PINANG!

makanya aku pun menjejakkan kaki ke sana bersama sahabat aku yang dok dkt penang ni. konon2 dia nk menghiburkan hati aku yang tak berapa nk betollah time tu..hehe

dan macam biasa, jenuh jgaklah nk cri parking ,2 kali pusing, u turn nala punya jauh.

masuk je kt tempat pesta, terus cri kedai makan. sebb dah sungguh amat sangat lapar dah! lepas dah refill energy dengan nasi ayam madu dan kue tiau goreng kerang, misi mengukur jalan pon bermula.

hehe..

kawan aku nak cri tudung, sume yang ada jual tudung, kami redah. sebb aku ni dalam proses berjimat cermatnya, makanya xde nafsu pon nak membeli. (hebatnya!) hehe

jalan punya jalan punya jalan, terjumpalah satu tempat yang ala-ala ICT kat shah alam tu..

korag rasa muka aku ni macam muka tengok-aje-ke????

hahahahaha

dah tentu2 bergmbar sakan.haha 




tapi ni je untuk tontonan umum.hehe..

balik, penat, solat, dan terus xsedarkan diri sampai pg.

selamat berjalan2 di pesta,, ;)

ps: dikala kita bersuka, ada juga yang berduka.. smoga mangsa2 banjir tabah menghadpi ujian allah..




Thursday, December 27, 2012

.asrama.

4 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

i have plan everything for these last few days of the school holiday n suddenly i have to stay back at the hostel because of the form 1 orientation week..

pagi tau, mood hilang sampai ke petang.

dari umor 13 tahun sampai dah bekerjaya masih lagi dduk asrama? u know hw dat feel?

-terkongkong-

dalam hati ni meronta-ronta aje xnak jadi warden... huhu.. tp apa boleh buat.. dh tugas dn amanah.
kentalkan hati dan positifkan diri..


'setakat jadi warden tu apalah sangat nak dibandingkan kalau dpt posting kat sabah swak..kol 5pm berdesup balik rumah pun sempat aje tido kt rumah..'

mode:menenangkan diri..




-bloglist atieput3-

2 bunga-bunga cOmeL

assalamualaikum..

aku nak upgrade sikit lagi(upgrade lah sgt kan~) untuk blog aku ni supaya aku senang nak blogwalking dan cari benda apa yang aku nak.hehe

ini bukan GA sebab tak ada hadiah. 

aku xpastilah akan dapat sambutan ke tak, kalau xde pun, aku akan cari sendiri. blog yang menarik hati nurani ni aku ni akan  aku letakkan dalam beberapa bloglist yg korg boleh tgk di sini

senang aje benda ni, korang tak payah susah payah:
1)buat special entry tentang ni
2) follow blog ni
3)promote blog ni
dan semua yang sewaktu dgnnya..

tapi 

kalau korang rasa nak follow, nk buat entry, nk promote sbb korg suka ng blog tak seberapa aku ni, 
'sekecik tapak tangan, sepadang bola aku tadahkan'

hehe..

so..just leave ur comment here.

terbuka sampai bila-bila aku rasa nak tutup..

dan akan diupdate dari semasa ke semasa

;)








Tuesday, December 25, 2012

durian crepe vs ketayap?

10 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

sejak 2 menjak ni tiba2 je fb penuh dgn feed ttg durian crepe... dah lama aku tertanya-tanya durian crepe tu macam mana?
pinjam cik epal punya. nak tgk resepi klik sini.

nampak macam sedap...

"alaa... durian crepe tu macam ketayap versi moden la.. beza pd bentuk n isinya."

oh. rupa-rupanya..

hehe

memang sebiji macam ketayap... boleh juga tgk resepi di sini

ok. terasa loser.hahaha..

blueberry cheese tart with cik L

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

"buat apa? bosan"

"nk wt cheese tart. maila"


wah. berdesup aku sampai..haha.. cheese plak. mana bleh tahan kan..hahha

tak payah banyak cerita, aku letak gambar jelah.. hehe


ni aku skip sampai buat doh. lepas doh dah siap kena uli macam ni. supaya senang dan cepat nak buat shell dia.. nt guna acuan, tekap n then ratakan dalam mangkuk.


see.. they will be something like this.. 
another tip: cucuk tgh acuan dgn garpu.. 
letakkan dalam oven selama 15 minit. 180deg kot.. not sure.

but ended up like this. sedikit perang.ops! 
makanya selepas tu kitorg pun turunkan suhu sedikit.
n actually aku pun xtau kenapa dungu sgt smpai xpernah terfikir letak jem dlu baru letak cheese macam kt bawah ni,hahaha
i thought it was the other way round.

so.. inilah rupanya lepas letak filling..

haaa.. kemudian dirosakkan oleh yangmemang xde experience langsung.
kalau bg aku pen, xpela gak kan.
ni bg aku piping... selamat~

selepas 10 mnit dalam oven, there're ready to nyum2~
hahha.. 

masa aku makan panas2 tu, dah jd macam coklat m&m dah. keras ditangan, cair di mulut?hehehe

power2...haha

kawan aku ni pun masih lg amatur. tgk, shell yang 2nd tray ( 1st n 2nd line) was not really bad. see.. xlah seperang yg first..

tapi.. rasa tu tetap ada. sedap!heheh

itu sahaja untuk sharing hr ni.. ptg ni nk p kenduri.. wah. jom cr jodoh!hahah

*mental*


p/s: pasni kitorg nk try red velvet plak. ;)






Monday, December 24, 2012

doodle untuk atieput3

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

hehe..

suka sgt sbb dah dpt doodle yg diorder dari cik Mel.  
rsanya salah satu perkara yang boleh mengubah mood aku menjadi teruja dan happy adalah--- cute things!

they are so creative!

dah letak di profile pic fb..

dan juga profil pic for this blog.


cuma nak letak di header aje, problem sket.. akan diusahakan kemudian..
* suddenly out of no where, i miss my photoshop program..huhu..
only in my other laptop, which is now in the hostel.*


lagi sekali thanx untuk cik mel

want one for you? visit hers! ;)

dah nak krismas.maknanya apa??

0 bunga-bunga cOmeL

dah nak krismas!!

bermakna

dah nak abeh cuti.

bermakna

esoknya tu dah ad meeting kt skolah!huhu


rasa cam baru 2 3 hari lepas abeh jaga exam spm..


preparation for 2013:

-physically n mentally of cause,since masih lagi dgn title ckgu baru. 1/2  year started in the middle of the year and now, new year in the same new school ------- still got the effect on me----

-stdy. yes. ive spent some money for the books. konon2 nak study for the next year tapi baru bukak seminit dua, sempat scan 2 chapter, then konon2 letak tepi kejap, end up, sampai sekarang dah tak bukak2 dah..

-lain-lain, tak ada kot. masih lg dgn mood bercuti..heheh

hopefully everything will be just fine and smooth for next year.. amin..

Sunday, December 23, 2012

-nasi ayam dewan umarak-

2 bunga-bunga cOmeL
 as salam...

tiba-tiba bangun pagi2 teringat pd satu incident ni. 2, 3 years back.. hehe..

masa tu, baru balik dari petrosains. pg ng budak2 skolah rendah, adalah dlam seratus lebih peserta.budak2 ni  join kem yg kolej aku buat.

masa tu aku jadi fasi pd 10 org adik-adik..

jam dah pukul 2 lebih kot. mmg panas n penat.muka mmg ketat dah. apa tak nya, aku yg jd fasi ni dah maca jd kem kom dah. budak2 xdgr ckp.. hyper plak tu..dahala perut pun dah mula bergendang.

bila sampai kolej (tmpat budak-budak ni menginap), makan sume mmg dah trsedia. tunggu nk ngap je. kami fasi2 ni kena makan ng budk2. xpelah...
gmabar hiasan

dah amek sume, duduk dalam group. baca doa.n masa untuk makan. tiba-tiba kem kom keluar...

adik A: "akak, sy xnak makan!"

hah. apa plak budak nih. aku tgh lapar ni.jgn smpai aku jd hulk pulak..

ooooh!baru aku perasan. ada 2 3 org budak ni majok lg ng kem kom pasal insiden hari sebelumnya..dorg ada ckp kalo kem kom ada, dorg xnak makan...

disebabkan time tu aku pun tgu nak transform jd hulk je, xpikir pnjang dah.
suap nasi dalam mulut (nasi ayam feveret plak!) sambil cakap dengan overnya:

"Ya allah........ seeeedapnya.... dah la panas macam ni lapar pulak. hmmm.. sedapnya... kan???" 

budak2 yg dah makn mengangguk-angguk... pastu aku wt donno je sambil tunjuk muka sedap gila r makan...

beberapa saat pastu, dia pun makan...

hehhe...

apece dah adik tu skrang...smoga dorg sume berjaya.. amin...

Saturday, December 22, 2012

..cintaku di pantai merdeka...

5 bunga-bunga cOmeL
as salam...

siapa kata pantai merdeka dekat kelantan?

hehehe

punyalah lama gila tak naik bot dr tnjung dawai ke pantai medeka. last sekali pun masa kecik2 dlu... 
so masa kak ipar aku bawak fmily dia jalan2 at tg dawai, dia ajak naik bot. 

aku ni mana boleh lepaskan peluang keemasan macam ni... hehe


ni gmbr aku snap guna sony u8i... cntiknya view dia!!! xsabar nk angkat dslr.huhuhu

seminit di atas daratan, kemudian terus naik bot balik. sebab hari nak hujan

abg bot bawak bot laju gila! pernah rsa mcm nak terbang tak bila langgar bumper jalan masa tgh bawak kete laju2? haa... gitulah rasanya

pilihan aku tentulah bot kaler biru...hehe

di jeti tj dawai... almost 7pm..
setelah shopping sikit apa yg patut, baru lah balik rumah n terkocoh2 mandi dan tunaikan kewajipan pd DIA..

p/s: pantai merdeka di KEDAH.

Friday, December 21, 2012

dialog #5: nak santa claus!

0 bunga-bunga cOmeL
di dalam kereta on the way nak balik rumah selepas shopping barang dapur.

kakak: mak tau dak eman nak beli apa tadi?

aku dan mak: ultraman??
(anak sedara aku tu peminat tegar ultraman)

kakak: dia nak beli santa claus.

tiba-tiba anak dia menyampuk.

eman: kenapa eman tak boleh beli?

mak a.k.a tok eman: mana boleh beli. tak baik. 

eman: kenapa? santa claus kan baik. suka bagi hadiah kat budak2..


hmm...
lepas tu mulalah kami berhujah. budak2 kan. byk soalan.nak terangkan pun, agak complicated. nak jawab pun nak kena guna level dia..

btw, apa yg cuba aku sampaikan kat sini, bertapa pengaruhnya benda2 ni sume pada kanak2. kalau kita org tua ni, boleh lah paham. sekadar tgk, suka-suka sahaja.boleh tahu, yg sume tu tak betul or tak wujud.  tp kanak2, lain. 

nak cerita syurga dan neraka pun kena level dorg..

dulu abah aku paling pantang kalau tgk cerita ada unsur2 santa claus ni.. actually byklah yg abah tak bg tgk.. mungkin nilah salah satu sebab musababnya kot...

selamat menjaga anak2 cara Islam.... ;)




Thursday, December 20, 2012

KISSM dah lulus..

2 bunga-bunga cOmeL
-mode terkejut n tak percaya keputusan dah keluar-

assalamualaikum.. 

baru cek result KISSM
kursus induksi sitem saraan malaysia.

alhamdulillah. 

pada sape2 yang baru je g kursus KISSM, boleh cek kat sni..


p/s: harap2 ni bukan prank 20122012. hehe

-15 cara diet Rasulullah-

0 bunga-bunga cOmeL


assalamualaikum..

good timing. hampir waktu makan, sedang, ataupun sudah.
aku nak kongsikan cara diet Rasulullah.. kalau yang berjihad, angkat senjata tu susah, bangun malam pun liat, apa kata kita mulakan dengan yang senang.
;)


1. Rasulullah memulakan makan dengan menyebut ' bismillah'
2.Baca doa sebelum makan
3. Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
4. Makan garam secubit sebelum makan
5. Mula makan dari tepi (pinggir)
6. Ambil makanan yang berhampiran.
7. Gunakan tiga jari.
8. Kunyah makanan banyak kali
9. Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan
10. Makruh bersandar ketika makan
11. Kutip makanan yang terjatuh.
12. Jilat jari setelah selesai
13. Membaca doa selepas makan
14. Meramaikan orang untuk makan bersama
15. Galakan bercakap


p/s: jom kita amalkan.. its from Rasulullah. what else can be better? ;)

sumber:shazni



Wednesday, December 19, 2012

it's 20th tomorrow??

0 bunga-bunga cOmeL
cepatnya.....!

next week dah start meeting..huhu

plan nak berjalan sana sini masih lagi tak berjaya.. 
langkawi lah , pdg besar lah. nilai lah. baling lah..

 sume omongan sahaja...haha

insyaallah next year: KELANTAN!


Tuesday, December 18, 2012

...untuk adik: alif ba ta..

2 bunga-bunga cOmeL

sgt comel oke!
selamat membaca..;p

Monday, December 17, 2012

sembang kosong: antara polis trafik atau orang tabung haji??

2 bunga-bunga cOmeL
di satu pagi semasa dalam perjalanan ke parit buntar, tiba-tiba ternampak sebuh kereta TNB di seberang sana highway.

aku:hmmm TNB sudah, Nurse sudah, MA pun sudah. cari yang kerja bekalan air la plak.(gelak sorang2)

mak: hmm... (mood malas nak layan)

aku: haaaaa! polis trafik lah! tak payah bayar saman. (sambil gelak jahat)

kakak: apa plak kaitan??

aku: yelah...kalau kena sama dia boleh adjustkan..


ha ha ha


mak: cari org kerja tabung haji lah. boleh p haji selalu...

hmm....

dalam hati: yang keje tbung haji tu mcm org baik2 sgt je... xtau la anak mak ni layak ke tak layak..huuhu


Sunday, December 16, 2012

tak dapat tgk merlin.huhu

2 bunga-bunga cOmeL

huhuhu..

ada sape2 ada idea kat mana boleh tgk merlin???

16 tahun...?

2 bunga-bunga cOmeL

di suatu tgh hari yg hening...

"lah, mak cik ingatkan ekau baru tngkatan 4 ko...5 ko. dah koje la.."

speechless..

p/s: 16 tahun tu 9 tahun lepas mak cik.huhuhu

Friday, December 14, 2012

-jas's wedding-

2 bunga-bunga cOmeL
wah.. xsabar nak share! hehe

assalamualaikum...
semalam sanggup ke kodiang yang jaraknya lebih 100 km dr rmah...

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Jasrina Bidin dan pasangannya.. smoga bahagia sampai ke syurga.

sibuk bluetooth gmbar yang konon-bajet-comel, last2 baru sedar gmbar pengantinnya, xde plak!haha.. sry jas. kt hp yang tak bape canggih ni xde.hehe

like the colors! simple but nice.



with cik M 

serupa tak pernah tgk bendang! hahaha


semoga bahagia sampai ke syurga! ;)









harimau malaya vs gajah perang

0 bunga-bunga cOmeL
photo:  Alamakk Die nie kene makan gak arini

"aku buat apa weh???"

teruskan usaha harimau malaya!

Thursday, December 13, 2012

kisah natrah -12.2.50

2 bunga-bunga cOmeL

assalamualaikum...

kisah ini aku nak share kan dr seorag sahabat yang aku terbaca dr fb dia td (kedit juga pd org yg dia share)-kisah natrah yang mungkin ramai di antara kita yang tak pernah tahu tentangya.

Tanggal 12 Disember pada tahun 1950,Tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu.Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di Singapura. 

Sedutan daripada Tragedi 12 Disember



Pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu…orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan.. walaupun orang melayu pada masa tu miskin,tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah,

Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kerata api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah,

Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:

“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu

#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.


wallahualam...smoga kita sama-sama ambil pengajaran dan iktibar dr peristiwa ini.

Sunday, December 9, 2012

disember 2012

2 bunga-bunga cOmeL

'bunga mekar diletak baja,,
cantik berseri harum baunya  ,
berkatalah apa sahaja, 
yang menanggungnya tetap saya...'

assalamualaikum...

wah2 pantun plak.poyo je...baru bercuti sekolah sejak seminggu yang lalu memandangkan aku kan kena jaga exm. everything was just fine except for the 4th floor hall. yeah.. sebab banyak sngt pusing2 tangga tu so aku pun dah tak pasti sebenarnya 4 tingkat termasuk ground floor atau tidak.


dpt bannyyyyaaaak kawan baru. older than me, of cause.haha  tp , masing-masing humble, care to share. such a great team work lah.

hari yang hujung-hujung masing-masing dah macam malas-malas.hahaha.. jalan sket, duduk.. haish.

tp aku rasa yang paling best tu adalah dapat bawak kete kt penang kot!haha...ng jalan sempit, serabut, kete banyak, org pun banyak, one way,bersimpang siur.hmmm...mmg dasat la.drpd takut2 ayam nk park, nk tukar lane, nk langgar lampu kuning, hahaha.sekrg tidak lagi!haha..

tp yang paling sakit tu bila kena kontrol below 70km/h atas bridge?logik ke tak logiik weh!! sakit hatiiiiiiiiii... x ikut karang, sampai lagi surat cinta kt encik K aku tu... huhu padahal, aku bawak 84 je!kalau tau, aku tekan 120 terus. baru puas hati kena bayar.huhuhu... kena sound ng abah sedas sebab bawak laju...hehehe.skrg atas bridge mmg 60-70 je bawak,tapi abah xtau anak dia ni berdessssup bawak kete kt hway.hehe 110 la.kira berdesup la tu untuk aku nih.haha

buat sahabat blogger merangkap teman mengompang, memvoli, encik Azwan dan pasangannya, juga teman mengompang teman seflor, teman seprojek(ada tak ek? ;p) puan Zati..selamat pengantin baru..

dan juga mikail tidoshi n ina burn, izan n pasangan: selamat pengantin baru..

semoga bahagia sampai ke syurga untuk kalian semua..

 happy holiday!

p/s:anyone can say anything.. but when it comes to family,  it is  something.. 

Sunday, November 25, 2012

..another wedding..

0 bunga-bunga cOmeL
-
-
-
-
-

beberapa saat aku termenung depan skrin ni. berfikir mende apa yang nak ditaip...
not to say nothing interesting..
but actually, nothing unusual..

 sabtu,
weeding seorang sahabat lama..
untuk Puan S dan pasangannya,
semoga bahagia sampai syurga..

untuk Puan W, jumpa pada hari yang sama,
perut dah semakin memboyot.hehe
xsabar sambung org baru!
semoga semuanya selamat.

untuk Cik L,
bila turn kita ni weh?
hahahaha

ahad, 
keluar sp pagi2 buta..
tgh hari terkandar dalam kesesakan..
lepas zhor, pergi lagi satu weddng.
sedara mak..

lepas makan secukup rsa, gerak balik penang.

 and now, I'm here...

to all my students, all the best..

;)

Friday, November 23, 2012

DDUG- Duduk Diam Untuk Gaza

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

so hari ni aku nak kongsi ttg satu event utk sokong Gaza. so kat sni aku just kngsikan event ni..



Bismillahirrahmanirrahim

#DDUG

Duduk Diam Untuk Gaza (DDUG)

Salam all,

Based on formasi yang membentuk perkataan 'Free Gaza' oleh orang-orang Perancis di taman dekat Eiffel Tower (we'll post the photo later), DDUG ialah cubaan besar-besaran untuk duduk beramai2 di KLCC membentuk perkataan 'SAVE SYRIA' & 'FREE GAZA' dan ada photographer yang akan gambil gambar dari Skybridge KLCC. Ini adalah untuk menunjukkan solidariti daripada Malaysians tanpa mengira agama dan kaum.

Duduk Diam Untuk Gaza atau DDUG ada ironinya, nak memerli mereka yang 'duduk diam' melihat saudara seIslam di Gaza & Syria (&lain2) diperkosa dikelar disiat disekat diseksa jiwa raga dan dinafi hak mereka sebagai manusia.

Tarikh: Ahad (25/11/2012)
Masa: 5.30 petang (event will go on come rain or shine)
Etika: Bawa payung dan sila pakai baju kaler ape2 pun.
Target: 500 orang.

So basically, kita akan duduk diam or berdiri diam (kalau hujan) tepat pukul 5.30 petang, dan satu huruf akan diwakili oleh satu jantina (nak duduk rapat2 berlainan jantina tak betul pulak kan?).

1 Huruf akan ada 30++ orang, SAVE SYRIA + FREE GAZA = 17 Huruf x 30 = 510 orang.

So, boleh share ramai2 dan ajak sesiapa je untuk duduk2 lepak di tepi kolam KLCC petang ahad. :)

Option 1:
Kalau ramai kita buat dekat belah taman, on the wings tepi tasik tu on both sides. gambar akan diambik dari skybridge.

Option 2: 
dekat air pancut on the other side of the tower, dekat tempat bas/teksi tu, buat memanjang along the kolam tegak, dan amik gambar dari skybridge,

Option 3:
kalau tak ramai sangat, kita buat depan dataran (tempat FlashMob for Syria last July) and amik gambar dari Kinokuniya atas tu.

Option 4:
tempat lain selain KLCC.

InshaAllah Weekenders juga nak mengajak Aqsa Syarif, Save Syria, Gabungan Selamatkan Syria, Pertubuhan Ikram Malaysia, Haluan, ABIM dan semua body dan individu for this small effort to raise awareness among Malaysians regarding the most important issue of the ummah.

Please follow this event page as we'll continue to updating, which option we will go for etc. For now please do your part in spreading this to your family and friends and your community. Everyone is welcomed to join this duduk-duduk. :)

Anyway, regarding getting the permission issue, I see nothing wrong with duduk2 like everyone else yg duduk saja tengok air pancut, kan?

May Allah accept our intention and help ease us in doing so, and accept our 'amal though it might seemed small.

Allahummansuril Islamawalmuslimin fi Filistin wa fi Sureey wa fi kulli makan wa kulli zaman.

Say NO to 'duduk diam',
Viva Viva Palestina,
Hisham Mahir 
Go Weekenders!




sebarang update boleh tgk kat sni... 

p/s: kalauaku kat Kl, insyaallah aku join..

Thursday, November 15, 2012

a short holiday...

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

hampir smgu dah barada kat kampung...isnin ni akan strt jaga exm balik..seb baik ada encik K teman. kalau tak, malasnyalah nak naik turun bas dan feri balik ke sekolah..struggle wo~

hehehe... tak ada apa2 yang luar biasa.. cumanya sejak bertambah lagi kaki extra ni, asyik ke sana ke sini la.hehe...

oh. selamat pengantin baru untuk Puan Syidah dan pasangan.. smoga bahagia sampai ke syurga...;p

and one more thing...
mak ada bongkarkan satu cerita yang aku rsa dah lebih 25 tahun mak simpan dari semua anak2nya... dan aku dpt rasakan betapa kental dan tabahnya mak menjaga kami selama ni..she's my everything.. aku tak pernah terfikir kot dlu keluarga aku ada menghadapi masalah sebegitu..crawling2.etc. kalaulah aku tau, rsanya xdelah aku main masak2 belakang rumah, masuk hutan getah tepi rumah tu cari daun2 la nak main, main pondok2 tepi hutan.dan seingat aku lah, mak tak pernah pun larang yang pelik2 dulu...sbb tu la agaknya aku tak pernah la terfikir pasal tu sehinggalh mak buka cerita..

kentalnya mak dan abah!

walaubagaimanapun, aku bersyukur sangat2.. everything are just fine now. even, dulu pun xdelah benda yang pelik2 jadi(seingat aku la) kecuali masa aku kecik2 dlu, bila malam je aku xboleh tdo,sampai kena berubat.. semoga Allah jauhkan kami dari gangguan yang nampak dan tidak nampak. amin....

p/s:agaknya kalaulah kami tak sembang pasal hal yang ada kaitan pasal hal 'tu', entah bila la mak akan terus pgg rahsia tu..

Friday, November 2, 2012

masihkan kamu ingt dengan CHAMANG?

2 bunga-bunga cOmeL
ketika sesi taaruf, camping Kelab Perpaduan Melayu(KPM), second college.

insiden yang paling semua orang tak boleh lupa:
- kena cirit birit yang sangat teruk!

insiden peribadi yang memang aku x boleh lupa:
-masa tu sesi taaruf.dengan penuh confident angkat tangan dan tanpa berfikir panjang, terus cakap:
"tak nampak"
instead of
"tak dengar"

dan aku sedang menyuarakan permasalahan aku tu dengan lantang kepada seorang sahabat yang sedang memperkenalkan diri dia yang kebetulan berkulit gelap sketlah..

seriously! aku xbermksud langsung nak ckp xnampak tu..huuu... aku nak cakap xdgr. entah kenapa terkeluat taknampak... sian kawan aku.hehehehe

btw, ni adalah memory yang terbaik kot..at least smpai skrg aku still ingt dia walaupun aku rsa skrg dia keje kt australia kot. n never keep in touch pun...

hehehe..

Thursday, November 1, 2012

main futsal pulak!

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

hee.. first time main futsal masa kt um, 4th year.. 2/3 years back... first time tu.. tu pun main gitu-gitu je.. time tu aku jd goalkeeper sbb teammates ak yang lain mmg pro futsal..terloncat sana sini segala lah..

lepas tu.... sekali pun xpernah main sampailah rabu lepas!


first half jadi defender. lawan di antara cikgu pompuan. yg lawak nya tu, sume berkerumun bola. comel kot! ng aku-aku sekali la tu.. ada tu, 2 3 kali bola dah dok depan gol, betul2 depan gol, tp boleh plak xmasuk! tu double comel..haha.. ref pulak mula2 kata 7 minit. tup2 tgh dok main dia drag sampai 10 minit.. semput wei~ haha

masa second half, grup aku susun strategi.hahaha.. aku jaga wing kanan. cewah!haha... kali ni team aku dah tak berkerumun la... kan ada strategi!hahaha... gol pertama Cik M masukkan! main-main.. tya masa baru 4 minit. aku ni dah xckup nafas  dah ni... 

tak lama pastu gol lagi sebji. grup aku. so 2-0. aku plak tu yg golkan!hahahah.banggalah jugak untuk kaki bangku macam aku ni kan.. ada talent rupanya aku ni..ahahaha..tu belum masuk nak terspike bila dpt bola tinggi..hampeh tol.. otomatik!hahaha...

 lepas dah gol 2, grup lagi satu dah surrender.haha.actually mmg sume dah xlarat. panas terik kot time tu.haha ni mmg triple comel!haha

so actually i was having fun on that day.. sngt berbaloi setelah hampir seminggu berchenta nk key in pbs..haha





kelapa muda vs dia-end

1 bunga-bunga cOmeL

Chap 10

Ya, Riyat pernah hadir dalam hidup aku dulu dan kini dia muncul lagi bersama cintanya padaku yang tak pernah padam. baru kutahu bahawa dia tinggalkan aku dulu bukan kerana apa yang pernah diberitahunya kepadaku sebelum ini tetapi semuanya dilakukan demi kebaikanku.

Kini baru kusedar  dua tahun menjalin cinta dengannya, prestasi pelajaranku menurun. Sungguh, aku tak pernah menyangka yang dia tinggalkanku kerana sebab yang satu itu. mungkin juga ada hikmahnya, kerana selepas dia tinggalkan aku, hidup aku memang bertemankan buku sehinggalah selepas dua tahun menamatkan pengajian, aku bertemu dengan Benn, lelaki yang baru beberapa bulan dahulu aku tahu dia PENIPU!

 Dalam diam, suamiku itu mencari aku rupanya. Bila dia dapat tahu hubungan aku dan Benn, yang sememangnya diketahui umum yang dia tu playboy (kenapa aku tak tahu pasal ni??), Riyat berjumpa dengan nenek dan menceritakan semuanya termasuklah niatnya untuk memperisteri aku. Itulah sebabnya nenek menggunakan kuasa vetonya menyuruh aku bawa balik menantu dalam masa 30 hari. Dah tentu sangatlah yang Benn tu akan lengah-lengahkan masa. Dah nama pun playboy. Tup..tup.. dia buat pengakuan eksklusif tentang hubungannya dengan Ivy, model iklan deodorant tu.

Nak kata aku ni frust menonggeng tu, taklah juga. Setidak-tidaknya tidaklah seteruk ketika Riyat tinggalkan aku dulu. Berbulan-bulan juga air kelapa muda tu menjadi ubat aku dulu.

Tapi kan, katakanlah aku ikut cadangan Si Ana dulu, macam mana agaknya ya? Tiba-tiba aku bawa balik Legolas a.k.a abang khai yang jual air kelapa dekat simpang tu, apa nenek akan buat ya? Tak pasal-pasal orang tua tu masuk hospital sebab kena darah tinggi. Stress sangat dengan cucu dia ni.

“SAYANG, kenapa gelak sorang-sorang ni? dah tengah malam dah kan?” soalan Riyat menghentikan tawaku. Dia ni kan, memang suka sekodeng aku tengah-tengah malam kot? Terus hilang bayangan nenek masuk hospital yang bermain di mindaku tadi. Jahat gila bayangkan nenek macam tu!

“tak tidur lagi ke?”aku menyoalnya. Tadi cakap mengantuk sangat. Lepas habis je sesi soal jawab denganku, terus dia ke bilik tidur. Aku ditinggalkan seorang diri di depan tv ni, mengimbas kembali apa yang diceritakannya.

“nak tidur macam mana. Dapat bini yang lampi macam kau ni,”balas Riyat lalu tersenyum. Yang peliknya, senyuman dia tu lain macam sahaja. Dahlah sempat lagi mengutuk aku.

"kau ni kan!!! Nak tidur, tidur ajelah. Bising!” marahku. Geram dengan sikapnya.

“Kirana sayang... macam mana aku nak tidur? Bantal peluk aku ada kat sini...” jawabnya perlahan.

“bantal peluk? Bila pula kau bawa keluar bantal kau ni? ada kat dalamlah!”balasku pula sambil menebarkan pandangan ke sekeliling ruang tamu itu.

“kau ni kan! Aku cakap lampi, kau marah! Dahlah, suka hati kaulah! Ingat ye sayang, ingkar perintah suami ni apa hukumnya....” katanya sambil tersengih sebelum meninggalkan aku. dia berjalan ke arah biliknya lalu menutup pintu.

Alamak, apa aku dah buat?

“Riyat...”

“riyat... bukalah pintu. Aku main-main je tadi!” aku mengetuk pintu biliknya bertalu-talu bila tiada sahutan.

“Riyat.. kau dah tak sayangkan aku ke? kau kata cintakan aku sampai syurga...” rayuku di balik pintu biliknya itu.

“HAH! Tahu takut!” Riyat ketawa sebaik sahaja melihat aku yang sudah terduduk di depan biliknya.

“aku pun main-main juga. Dahlah tu. kau tidur bilik kau aje,” kata Riyat sambil membantu aku bangun.

“tapi...”

it’s okay. Aku tak paksa kau.”

“Riyat...” aku lihat dia tersenyum sambil merenung ke dalam mataku.

i’m okay. Don’t...”

“ish, kau ni asyik nak potong cakap aku aje!” aku pula yang memintas kata-katanya. Dia ketawa perlahan.

say it.”

“hmm..”

“sayang, just say it!”

“aku yang tertinggal bantal peluk aku kat sini. So mulai hari ni, aku tidur kat sini,” kataku lalu ketawa dan terus masuk ke dalam bilik itu.

“gatal eh!” balasnya pula lalu ketawa. aku rasa malam ni memang kami berdua kena sawan gelak kot! Untuk beberapa saat kami saling kejar-mengejar di dalam bilik itu.

Aku tak tahu dan tak kisah apa anggapannya. Gatal-gatal pun, isterinya juga. Yang aku tahu, kami bahagia dengan jodoh ini dan mula merasai keindahan berumah-tangga. Harapanku dan harapannya kini menjadi satu: semoga kami bahagia sampai ke syurga.

Yup, lepas ni aku tak cari air kelapa muda lagi sebab aku ada lebih dari itu!


TAMAT
150312

Wednesday, October 31, 2012

kelapa muda vs dia 9

0 bunga-bunga cOmeL

Chap 9

Riyat menunaikan janjinya pada keesokan harinya. Apabila kereta aku masuk ke perkarangan rumah, aku lihat keretanya sudah dipakir cantik. Nak ambil hatilah tu! dalam diam, aku tersenyum gembira. Aku tak nafikan yang semakin hari, aku semakin sayang padanya. Seolah-olah rasa cinta yang pernah ada untuk dia dulu kembali menyala.

Senyumku mati bila melihat ada satu kekurangan di halaman rumahku itu. aku segera mematikan enjin kereta lalu terus mendapatkan Riyat yang sedang tersenyum lebar di muka pintu.

“mana dia Riyat?”

“mana dia apa?”

“mana pokok kelapa kat situ!!!” bentakku sambil menunjukkan bekas pokok kelapa itu.

“aku upah orang suruh tebang,” jawabnya selamba!

“RIYAT!!!!!”

Saat itu aku rasa macam kena rasuk. Kenapalah dia tak tanya aku dulu. Kenapa??

Aku pantas berlari ke dapur. Peti ais kubuka. Mana ni??

“kau cari air kelapa ke?”

“yess!!!”marahku padanya.

“aku dah buang kiki,” balasnya.

Aku memandangnya tajam.

“apa masalah kau ni? pokok tu tak buat salah dengan kau pun?yang kau tebang kenapa? Air kelapa aku dalam peti ais ni, yang kau buang kenapa? Dia ada kacau kau ke Riyat!!!!” aku menjerit-jerit dihadapannya. Sungguh, aku benar-benar marah saat itu.

“pokok tu nampak tak sesuai kat halaman rumah kita sayang. Lagipun, situ kan sempit. Nanti kalau akar dia makin besar, simen akan pecah. Air kelapa tu dah berapa hari dalam peti ais tu, takkan kau nak minum lagi?”

“kau tak faham RIyat! Kau tak pernah faham. Kau rasa kenapa pokok tu ada kat situ? kau rasa kenapa dalam peti ais ni ada air kelapa? Kau tahu tak, hah??? Air kelapa tu yang buat aku tenang masa kau tinggalkan aku dulu! Air kelapa tu yang buat aku tenang bila aku stress.

Aku benci kau RIyat!! Aku benci kau! That’s my comfort food and my favourite drink!! How dare you!!! ” aku dah menangis-nangis di dapur itu.

Riyat menghampiri aku, “air kelapa tu hanya sekadar air. Bukan air kelapa yang buat kau tenang,sayang. Allah yang buat hati kau tenang. Air kelapa tu hanya kau yang percaya ia macam tu...”

“Nanti kalau Legolas tak buka gerai dia, mana aku nak dapat air kelapa malam-malam,” nada suaraku semakin mengendur. Teresak-esak aku bersandar di peti sejuk itu. air kelapa je pun!

“aku kan ada...” balasnya. sempat jua aku lihat senyuman manis yang terukir di bibirnya. Dia duduk bertinggung di hadapanku.

“kau nak buat apa? Bukannya aku boleh minum kau pun!!” marahku padanya dengan jawapan yang diberikan.

Riyat nak pergi cari air kelapa kat gerai tepi jalan? It is not so him!!!

“aku boleh buat ni..”balasnya lalu memeluku erat. Dengan mata yang masih kabur dek air mata, aku pandang wajahnya.

does this comfort you, sayang?” bisiknya ke telingaku. Pelukannya dieratkan.

Sungguh, aku tak pernah rasa setenang ini! memang benar sangat!hawa dijadikan dari tulang rusuk nabi Adam di bawah lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk disayangi. Itulah yang aku rasakan sekarang.

Pelukan dari seorang lelaki yang tak pernah sempat aku merasainya. Ayah pergi menghadap yang Maha Esa ketika aku masih belum pandai mengabadikan sebarang kenangan. Setidak-tidaknya sekarang aku ada Riyat untuk melindungiku.

Dan benarlah katanya. Bukan air kelapa yang buat aku tenang tapi Allah. Allah yang datangkan ketenangan ini melalui pelukan luhur seorang suami kepada isterinya.

Cukuplah kedinginan yang aku ciptakan selama ini kerana sekarang aku tak perlukan kelapa muda lagi! aku hanya mahukan Riyat!

“kirana, kaki aku dah kebas ni...” katanya lalu ketawa.

Cis, tak ikhlas langsung! Terus hilang semua rasa-rasa indah yang bertandang tadi. Aku menolaknya lalu bangun dari situ.

“eleh, kau juga yang peluk aku balik tadi kan?” ejeknya.

“diamlah! Aku nak mandi dulu, nanti aku nak keluar beli air kelapa kat simpang tu,” kataku sekaligus meminta izin daripadanya.

“laa.. tadi tak cukup ke? kau nak aku peluk kau lagi ye?” soalnya sambil tersenyum nakal lalu menghampiriku.

“Aipp!!” aku melarangnya. Tiba-tiba terasa pipi ni panas semacam. Aku dengar dia ketawa kuat. Seronok benar menyakat aku nampaknya.

“tu... nampak tu! ada 5 biji kelapa muda aku savekan untuk isteri aku yang tercinta ni. minumlah kau sampai kembung. Aku minta maaf sebab tebang pokok tu tanpa pengetahuan kau. Aku cuma geram sebab, sikit-sikit kelapa. Sikit-sikit kelapa. Kelapa tu, kelapa je pun!”

“takkan dengan buah kelapa tak boleh bercakap tu pun kau cemburu?” soalku padanya.

“habis, kau sanggup menangis-nangis, mengadu kat pokok tu hari tu kenapa? Sedangkan aku yang boleh bercakap ni, siap bertanya kau okay ke tak, kau tak layan pun aku. Aku suami kau tau. Sedih aku bila tengok bini aku bercakap dengan pokok macam tu tengah-tengah malam.”

Aku ketawa. aku ingat bila dah tengah malam, dah tak ada orang nampak. Dia nampak rupanya! Memang aku pergi bertapa kat situ. masa tu aku stress sangat sebab first day duduk dalam rumah ni dengan Riyat. Rasa macam semua serba tak kena.Ana pun tak ada untuk bercerita. Mula-mula aku ingat nak ambil air kelapa aje. Tapi bila je sampai kat pokok tu, kelapa yang ada, hanya yang tua! Apa lagi, menitik-nitiklah air mata aku.

“yelah, lepas ni kalau aku sedih aku ceritakan kat kau! Puas hati?”

“good girl! so kita dah berdamailah ni?”

“well...hmmm.. It does comfort me just now,” jawabku perlahan. Aku lihat dia tersenyum lagi lalu dahiku dikucup lembut.

“aku akan sentiasa cintakan kau Kirana. Dari dulu,sekarang dan sampai ke syurga..”

“Riyat...”

“ya...”

“hmmm... tak apalah. Nantilah....”

bersambung...

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...