Jogging day 34
Dia tercongok lagi di depan rumahku ketika aku bersedia mahu memulakan langkah. Kali ini penampilannya lengkap dengan pakaian sukan.
Tak kasi can aku bernafas dulu la mamat ni pun.
“awak ada hutang!” ujarnya tegas.
“assalamualaikum...” balasku dengan senyum sinis.
Dia menjawab salam lalu tersengih.
Hah, pandai pun senyum! Ingatkan dah lupa.
“boleh tak saya nak jogging dulu, baru kita settlekan masalah kita?” soalku berdiplomasi.
Dia mengangguk lalu kami memulakan langkah.
Sepanjang 4 pusingan itu, dia sepi. Begitu juga aku. Bila aku membelok ke taman permainan, dia turut sama membelok.
“boleh selesaikannya sekarang?” soalnya setelah masing-masing telahpun melakukan regangan.
Aku mengangkat kening sebelah, memberi signal-SILAKAN.
“kenapa awak selalu perli saya?” dia menyoal dengan soalan yang sama diajukannya semalam.
“itu cara saya,” jawabku jujur.
Dia mengerutkan dahi.
“bukan saya perli, cuma saya suka berkias. Bukannya awak tak tahu kan, yang merokok tu membahayakan kesihatan?”
Dia mengangguk.
“tapi kenapa awak hisap rokok juga?”
Dia menjongkitkan bahunya tanda tidak tahu atau lebih tepat lagi- ENTAH!
“kalau saya cakap baik-baik, janganlah hisap rokok. Membahayakan kesihatan. Boleh dapat kanser mulut, darah beku dekat otak dan macam-macam lagi. Awak nak dengar ke?”
“emm... tak juga,” dia menjawab lambat-lambat.
“tahu pun. Sebab tu berkias. Lebih sentap. makan dalam. Lebih insaf, walaupun tak adalah insaf manakan?”
“hmmm... kalau tak hisap rokok pun boleh mati juga! Selagi ajal saya belum sampai, saya tetap bernafas di muka bumi ni.”
Uish... dah masuk ajal pulak. Nak melawan mamat ni. sombong! aku yang mendengar pun, naik meremang bulu roma.
“ibaratnya macam nilah. Umur awak yang Allah takdirkan 70 tahun. Tapi disebabkan awak hisap rokok, seolah-olah awak dah isi borang: permohonan untuk hidup sakit. Ya allah, kau berikanlah sakit cancer mulut padaku. Wujudkanlah darah beku dalam otakku. Biarkan aku sakit sehingga ahkirnya nyawaku.sekian terima kasih.
Jadi sepatutnya awak hidup sihat, tapi sebab merokok, baki-baki hidup awak 70 tahun tu, awak terseksa.”
Dia terdiam. Mungkin sedang mencerna apa yang cuba aku sampaikan.
“awak, ajal maut memang di tangan tuhan. Tapi tubuh sihat yang diberikan pada kita tu, adakah kita jaga dia elok-elok? Berduyun-duyun orang sakit, diorang tak minta. Yang awak dok sihat nak cari penyakit kenapa?”
Kali ini dia mengeluh.
“take your time. Think about it. The decision is yours. Allah takkan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mengubahnya.”
Aku bangun, lalu meninggalkan dia dengan ucapan salam.
bersambung...
2 bunga-bunga cOmeL:
mmg sentap. walaupun sy tak merokok. tp bce still sentap.hoho.
haha...em0 bile cte psal ni.haha
Post a Comment