Jogging day 36.
“abang nak ikut adik hari ni,” ujar abang yang sudah lengkap berpakaian sukan.
“mimpi apa malam tadi?”
“marlini!”
“seriously?” aku menyoalnya dengan penuh teruja.
Dia mengangguk.
“gila bayang betullah abang ni. sampai mimpi-mimpi kak marlini tu.”
Abang ketawa.
“abang nampak dia jogging dekat stadium pagi semalam.”
“oooo.. nak trylah ni?”
Aku pula yang ketawa.
Tanpa berlengah lagi, abang memulakan langkahnya. Hai, ni siapa yang tinggal siapa ni?
Entah beruntung apa abang pagi ini, keluar aje dari rumah, kami ternampak marlini yang baru sahaja menutup pintu pagar rumahnya yang selang beberapa buah rumah dari rumah kami.
Aku hampir menjerit! Sumpah, aku tak pernah nampak dia jogging sebelum ini. semalam pun tak ada. Bila pula kak marlini keluar dari rumahnya. Takkan aku tak perasan semalam.
Abang sudah tersenyum sampai ke telinga. Senyum aje semasa jogging. Nak saing dengan kak marlini tu, tak jugak! Hampeh.
Bila sampai ke stadium, abang berhenti. Nanti kalau ikut, obvious sangat katanya.
Aku menggelengkan kepala. Dasar penakut! Alih-alih aku menemankan sahaja dia duduk di bangku stadium. Matanya pula tak beralih langsung dari kelibat kak marlini.
“apa ni abang? meremang bulu tengkuk adik ni. pandang dia macam nak telan!”
Abang tersengih.
“go! Make a move. Abang tu bukan muda lagi. Tapi jangan lebih-lebih. Agak-agak dia dah bagi green light, terus je suruh mama masuk meminang. Lepas tu kahwin! And then bahagia sampai syurga.”
“kau ingat senang ke macam kau cakap tu?”
“hah, duduk jelah sini. Masalah tu memang akan selesai sendiri!” aku menyindirnya.
“Dahlah, adik nak balik.”
Aku bangun lalu meninggalkan dia.
bersambung...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment