Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, January 14, 2011

...fairy tale jela...


“MORNING sunshine,” suara manja suamiku menyapa ke telinga dengan ciuman selamat paginya seperti selalu singgah di pipiku. Aku menarik selimut sehingga menutupi  wajah,sengaja mahu bermanja-manja dengannya.
“sayang,bangunlah. Solat dulu,” dia menarik selimut yang menutupi wajahku. Senyumannya menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Senyuman itu juga yang mencairkan hati wanitaku.


“orang uzurlah bang,” jawabku.
“oh, abang lupa. Ala... bangunlah temankan abang sarapan yang,” dia menarik tanganku supaya segera bangun. Dia tahu aku sengaja bermalas-malasan pagi itu.
“mestilah! Semuanya untuk cinta hati Sue!” balasku. Ketika itu dia masih lagi dengan pijamanya. Pandangannya nakal. Tak semena-mena dia mengenyitkan matanya padaku.
“Sue dah mandilah. Merepek je abang ni. Orang yang kejut dia, dia dah lupa pula. Sue bangun lagi awal dari abang tau. Sarapan semua dah siap,” kataku padanya. Dia ketawa sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hai hensomnya laki aku ni!
“abang mandi dulu, Sue pergilah siapkan anak kita tu,”arahnya dan menghadiahkan lagi ciuman di dahiku sebelum dia masuk bilik air.
Aku memandangnya penuh kasih. Jika hari-hari begini, maunya aku tak sayang dia. Wajahnya manis, badannya sasa, tubuhnya sihat, tidak merokok , agama dijaga, hormat orang tua, berharta,berkerjaya, penyayang dan romantik. Lelaki hampir sempurna impian setiap wanita!
Aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik anak kembar kami, Alif dan Alisya. Masing-masing sudah berusia 5 tahun. Nama pun kembar, tentulah umur mereka sama. Ketika aku masuk ke bilik itu, kedua-duanya sedang nyenyak tidur. Kelibat Nini, orang gaji kami tiada pula di bilik itu. Mungkin sedang menyiram pokok bunga di taman.

Aku mengejutkan Alif dan Alisya. Mereka mengeliat kecil. Wajah polos milik Alif dan Alisya menyejukkan hatiku yang pernah mengandungkan mereka. Betapa aku sangat menyayangi mereka lebih dari nyawaku sendiri seperti mana aku menyayangi suamiku.
“abang pergi kerja dulu yang. Hati-hati ya hantar anak-anak,” ujarnya. Dia bertambah segak memakai baju kemeja seperti itu. Nampak benar korporatnya.  Sesuai dengan jawatannya sebagai CEO Megah Holdings, syarikat keluarganya yang kini menjadi keluargaku juga.
Aku menyalami dan mencium tangannya. Seperti lazimnya dia membalas pula dengan ciuman di dahi dan pipi. Aku melambai ke arahnya. Setelah kelibat keretanya hilang dari pandangan barulah aku masuk ke dalam.
 Hai... siapa yang tidak bahagia? Aku punya segala-galanya yang pernah aku impikan. Suami yang penyayang, rumah besar, sepasang anak-anak yang comel, keluarga mertua yang baik dan macam-macam lagi.
Keperluanku ditunaikan suamiku tanpa pernah bersoal jawab. Dan aku tentulah tidak mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Duit yang dimasukkan ke dalam akaun aku pula disimpan untuk digunakan pada masa hadapan. Itu belum lagi eluan lain yang dimasukkan ke dalam akaun. Hadiah  shoppinglah, hadiah jaga anak-anaklah,  hadiah anniversarylah, hadiah birthday lagi. Bila aku meningkah, dia hanya tersenyum.
“tak ke mana pun duit –duit tu sayang. Ke tangan isteri abang juga akhirnya.” Sejak itu aku tak pernah menyoal lagi tentang tindakannya memasukkan puluhan ribu ringgit sebulan ke dalam akaun aku.
“mama....mama.. “ suara anak-anakku memecahkan lamunan aku pagi itu. Aku lihat mereka barlari-lari mendapatkan aku dengan lengkap berpakaian baju sekolah tadika.
“eh..anak-anak mama dah siap,” kataku sambil memeluk kedua-duanya. Pipi kedua-duanya aku cium seperti ya ng selalu juga dilakukan oleh suamiku.
Aku memimpin tangan-tangan kecil itu ke meja makan. Kedua-duanya sudah pandai makan sendiri. Aku melayani celoteh mereka. Bergilir-gilir si abang dan adik menyuapkan nasi gorengke mulutku.

Sebulan selepas itu, kami sekeluarga bercuti di New Zealand di samping melawat keluarga ibu saudara suamiku. Kebetulan pada masa tu pula musim sejuk, gembira si kembar itu bila dapat bermain salji. Aku apatah lagi. Bahagia aku di sisinya.

Lebih seminggu di sana, kami pulang ke tanah air. Ada kejutan untukku menanti di rumah, itu yang dibisikkan oleh suamiku di KLIA tadi. Bila ditanya dia hanya tersenyum sambil menjungkitkan bahunya tanda  tidak tahu. Aku tidak sabar mahu segera sampai  ke rumah. Alif dan alisya sudah nyenyak tidur di ribaan kami.
Kereta sewa itu berhenti di hadapan rumah banglo kami. Alif dan Alisya serta-merta terjaga apabila kereta itu berhenti.
“kereta siapa tu mama,” soal Alisya sebaik sahaja turun dari kereta sewa yang kemudiannya menderu membelah malam yang dingin.

Aku memandang ke dalam rumah.memang ada sebuah kereta lain diparkir rumah kami. Biar betul! Kereta proton Tuah yang baru je keluar dalam surat khabar hari tu? aku segera memimpin tangan Alisya dan Alif masuk ke dalam rumah. Nini sudah pun menanti di muka pintu.
Aku membelek kereta dihadapanku ini. Betul-betul tidak sangka. Aku memandang suamiku yang aku tahu dia hanya memerhatikanku sejak dari tadi.
“abang!!” aku menjerit penuh kegirangan. Dia tersengih lalu mengangguk. Aku berlari mendapatkannya. Dia kupeluk penuh kasih. Sesunguhnya saat ini hanya dia dan anak-anak di dunia in yang aku mahukan. Hidupku sempurna.
“abang, Sue rasa macam nak drive sekarang,” ujarku dengan suara yang penuh dengan keterujaan.
“sabarlah sayang, hari kan dah lewat malam,” balasnya sambil mencium pipiku. Tanganku ditarik masuk ke dalam rumah.
“esok abang temankan sue ya. Kita bawa anak-anak jalan-jalan naik kereta baru,” kataku padanya. Dia mengangguk.
Selepas membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kepadaNya, aku terus menapak ke katil. Baru kini terasa penatnya badan. Si kembarku itu pun sudah kutidurkan dengan bantuan Nini. Aku mencari kelibat si dia yang mengikat kasih di hatiku. Ke mana pula dia?
Aku bangun semula lalu melangkah ke bilik bacaan.

Dia di situ. Aku tersenyum. Dia begitu berdedikasi dengan kerjanya tetapi aku dan keluarga tidak pernah dia abaikan. Setahun sekali, setidak-tidaknya mesti sekali dia bawa kami bercuti. Hari-hari penting dalam keluarga kami tidak pernah dia lupakan walau sibuk bagaimanapun dia.
Aku mendapatkannya  yang sedang kusyuk di depan komputernya. Aku memeluknya dari belakang. Dia terkejut.
“tak tidur lagi yang?”
“macam mana nak tidur, bantal peluk sue kat sini,” kataku. Dia tersengih.
“jom abang temankan Sue tidur dulu.”
“kerja abang?”
“kerja abang boleh tunggu, sayang. Dia tak boleh kecil hati pun kalau abang tak tengok dia,”katanya lagi.
“Good night sayang, i love you!” ujanrnya sambil mencium dahiku. Melihatkan wajahnya yang lembut sambil tersenyum sudah cukup untuk membuat aku lena dengan nyenyak.

.... sue sayang abang.....

“SUE bangun! Dah sembahyang ke belum ni?”
“sue uzur la bang...”
“bang?” Mak Teh menyebut perlahan sambil mengerutkan dahi.
“mmmm..”Suriani mengeliat lalu menarik selimutnya sehingga menutupi muka.
“hei, bangunlah! Dah petang ni. Tidur apa asar-asar begini. Dah..dah .. bagun!” jerkah mak Teh.
Akhirnya Suriani membukan matanya. Digosok matanya perlahan-lahan. Pukul berapa dah? Detik hatinya. Dia melihat jam di dinding. Sudah 6.30. Dilihat pula keadaan di luar sana, sudah pun senja! Dia termangu-mangu.
                Suriani mengeluh perlahan. Cuba mengingati apa yang berlaku.

                “BARU balik Sue?” Mak teh menegurnya. Setiap hari kelibat anaknya susah mahu dilihat berada di rumah itu. Hujung minggu pun keluar bertemu pelanggan.
                “ye mak,” jawab Sue.
                “kau dah makan belum?” Mak teh bertanya lagi. Keletihan jelas kelihatan di wajah manis anaknya itu.
                “dah makan mak. Dengan client tadi.”
                “kamu pergilah rehat dulu,  dah teruk muka kamu tu mak tengok.”
                “yelah. Sue ingat nak tidur kejaplah mak. Dah penat sangat ni,” ujar Sue sambil mengerling ke arah jam di tangannya. Pukul 3 petang.
                ‘Hai...penatya badan’ Sue bermonolog di dalam hati. Dia terus menghempaskan tubuhnya ke tilam empuk di bilik itu. Hati sempat berkata-kata sebelum dia akhirnya terbuai dengan mimpi indah impiannya selama ini.

                ...kan bagus kalau aku ada segalanya...

                SURIANI tersengih sendirian! Dia bermimipi rupanya. Ada suami yang kacak dan penyayang, sepasang anak kembar  yang comel, sebuah rumah agam yang cantik, bercuti ke eropah, dapat kereta impiannya. Oh, proton Tuah! Dia baru sahaja terbaca mengenai kereta keluaran proton dengan nama pahlawan melayu baru-baru ni sahaja. Terus masuk ke dalam mimpinya! Dia ketawa. Free pula tu! hai bertuahnya badan. Duduk rumah goyang kaki aje!

“abang, Sue rasa macam nak drive sekarang,” dia teringat sesuatu dan menjerit!

             “ruginya tak sempat naik kereta tu!”

                “hah tu apa menjerit kuat-kuat senja ni?” sergah Mak teh yang entah bila pula muncul di muka pintu biliknya.
                “Sue mimpi tadi mak,” jawabnya dengan senyum yang sampai ke telinga.
                “tulah, tidur sampai ke senja lagi. Ada ke panggil aku abang.... bla bla bla..” Mak teh membebel sambil berlalu meninggalkan anaknya itu.
                “pergi mandi!” terdengar suara emaknya dari kejauhan.
                Suriani tersengih lagi lalu mengorak langkah ke bilik air.

....hai dalam fairy tale jela.....


1129am, 10/11/2011
regards,
 atieput3@terataibungaindah
 istimewa buat junior aku, suriani.

p/s: cite ni xde kaitan dengan sape2 mahupun suriani, junior aku. ape yg aku cuba sampaikan, kita sllu inginkan yg indah2 mungkin sehingga melepasi apa yang sewajarnya kita boleh dapat. pernahkah kita terfikir adakah kita layak untuk merasai keindahan itu?

cinta dan kasih sayang itu indah, lagi susah kita dapat. lagi indah  cinta dan kasih sayang itu...

belajar mensyukuri apa yang kita ada tapi dalam masa yang sama kita mesti cuba untuk dapatkan yang terbaik untuk diri kita selayaknya. yang penting setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya..

wallahualam..
 loves, tina.

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...