Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, January 31, 2011

cOMeL LoTe!

0 bunga-bunga cOmeL
(kindly scroll down for the new entry)


assalamualaikum...

akhirnya berjaya jugak plan kecik aku ni. semuanya disebabkan oleh kebosanan yang melanda aku sejak2 abes belajar kt um ni.. yelah, dulu biasa hidup dlm tekanan, bile xde tekanan ni, aku jadi tertekan plak..hihi

masa nilah mula mencari bakat  potensi diri kt mana n cuba diketengahkan.cewah!haha..

orang ckp dimana ada kemahuan di situ ada jalan. so, inilah kemahuan aku n inilah jalan yang ada.hihi  cuma nk tgu korg support je.

ok. xyah cite panjang, introducing you... (drumroll) 
(seperti yang tlh korg tgk banner kat bawah header blog ni)

apa yang best sgt ni?
ahah!
tgk gmbar la beb..


so sempena pembukaan blog ni,

aku buat promotion sket.



jom beli!

berat yang hilang

0 bunga-bunga cOmeL


assalamualaikum...


hihi..tajuk dah mcm cte n0vel da...
aku nk menceritakan kisah berat aku yg tiba-tiba hilang dgn mendadak. actually bukanla mendadak ape. xsedar berat dah mula turun. tup tup bile cek, nah amek k0 7 8 kil0 turun.mm,..mungkin juga 10.tanpa sedar! bangga x bangga?hahaha


sebenarnya jugak lagi, aku bukanlah berniat nk berdiet ke, kuruskan badan ke. sbb aku tak rasa la berat bdn aku masa tu like nightmare bg s0rg p0mpuan kan.. semuanya berlaku tanpa di sangka..kira terapi xsedar la nih.


sume nye jadi starting 2nd year aku kt u kot. sbelum2 tu berat aku tak pernah kurang dr 1 angka ni. nk kata mantain. x mantain jugak, kdg2 naek 2 3 kil0. pastu turun balik tp tetap xkurg dr angka ni.

Sunday, January 30, 2011

laki2 siam (foto saje)

3 bunga-bunga cOmeL

hihi..

 sebagai menunaikan janji pd asma'.

so mari layan foto ni! (tak ikut susunan)

ni berjumpa ng ceo la ni.meeting all LO
junior band. dorg ni mmg dpt special layanan la. umur pon kalau kt masia, baru masuk tadika

with jaja. my partner.@ regency hotel

cntik kan! kagum betol aku dgn akal yg allah ciptakan pada manusia



hari pertama, hari yg aku balik. taklimat dr aku-lupa-nama die. sort of band manager la.



yg pompuan ni la aku dik smbg smentara tgu bas yg adtg 2 jam  splas masa yg dijanjikan. nama die shima,shami.xingt jugak.hihi 

haa!mamat yg aku ckp ensem tu ade kt dlm ni la. ni pon aku curi2 je snap. (tp ,asa aku tenung gmabr2 yg aku kena amek masa dorg smpai dlu untuk nametag, die xdela ensem mane. mungkin character die kot)

oke, da start bising dah. hihih...blom cmpur bunyi drum 3 4 ketul kt tgh pdg l.
aku xtau apasal budak2 ni suke sgt kt aku.hihih.. tula yg buat aku syg nk balik hari tu

ni leader yg men2 bendera-baling2 segala bagai tu. aku cm perasan die nk ckp ng aku. tya nama aku. aku tya la balik nama die. tp skrg aku pon da lupa nama die.haha.. die la yg menjerit sbb geram nk ckp tp aku xpaham.aku manala paham die ckp thai. bukan menjerit sbb aku xpaham-gaya die tu cm menjerit sbb tension cri perjkataan bi xjumpa2.haha(pndai2 je aku)


tolak payment yg msih jugak xdpt, mmg kenangan ni bestla. x fussy sgt. n easy going. dah tu ade pape msalah cm lambat bas ke ape ke, dorg paham. xpayah nk explen byk2 sbb dorg tau bukan slah kitorg LO. aku xtaula ape cte jaja lepas tu. hihi

tu jela kot pasal klwmbc hari tu. mmg aku xnk join da Kl punya pasni.huh.


sekian.. =)

Saturday, January 29, 2011

euthanasia_bab 7

0 bunga-bunga cOmeL
1 FEBRUARI 2008

KOLEJ KEDIAMAN SULTANAH BAHIYAH
Cuti pertengahan semester pun bermula. Ramai yang sudah berangkat pulang ke kampung. Tetapi tidak bagi aku dan juga ahli-ahli keluarga KKAAXI. Lagi dua hari projek kesayanganku ini akan berlangsung. Berdebar-debar hatiku hanya Tuhan yang tahu. Syukurlah di saat projekku bermula, rezeki datang mencurah-curah.
“Hasri, kau baca apa tu”, soalku pada Hasri yang kulihat kusyuk membaca sesuatu di satu sudut dalam BSG.

Friday, January 28, 2011

euthanasia_bab 6

0 bunga-bunga cOmeL
16 OGOS 2006
Batu hampar, kedah
Pagi yang indah membuatkan dia terasa damai yang tidak terlafaz dek kata-kata. Lama dipandangnya keindahan panorama alam ketika fajar siddiq. Kemerahan meganya memukau mata hati. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa. DIA yang mencipta dan mengaturkan segala yang di bumi dan di langit.
Dia tekupkan kedua tapak tangan ke pipi. Hanya tinggal tulang dengan kulit sahaja. Dia sedar kini tubuhnya makin susut dimamah sakit yang tidak bertepi. Merah darah yang menghilang membuatkan wajahnya pucat saban hari. Tiada lagi selera seperti dulu, seperti waktu dia masih sihat, boleh berjalan, berlari dan melakukan apa sahaja tanpa menyusahkan orang lain.
Tiba-tiba dia terasa kesejukan yang luar biasa. Tidak pernah dia merasakan kedinginan yang sebegini. Dan kerana sedetik itu, dia terasa kehilangan. Kehilangan diri sendiri. Dia tidak tahu siapa dirinya apatah lagi mengenali insan-insan disekelilingnya.

Thursday, January 27, 2011

kenapa pungguk rindukan bulan?

1 bunga-bunga cOmeL
coretan sebelum tidur...


rasa mcm betul2 jd diri sendiri.. bukan sbb nk up trafix, nk keep update or what so ever..


2 3 hari ni aku asyik terfikir je..kenapa agaknya pungguk rindukan bulan? kenapa tak matahari ke?bintang ke?kenapa bulan?

Tuesday, January 25, 2011

atia dan khuzairi buat aku cari makan di tgh malam.

0 bunga-bunga cOmeL
hmmm..panjangnya tajuk! hahahaha


dr ptg td aku terperap dlm bilik sbb habiskan masa bce nvel. sampai 2 kali org mai jenguk aku kat bilik.


mula2 mak aku, "ingatkan buat apa?" pastu tutp pintu.
xlama pastu kakak aku pulak, "aku ingt hg dah pengsan kat dlam ni!"


haha... nk wt cne. susah nk benti.kelakar dan berdebar2! mengalahkan heroin dlm cite novel tu plak.hahah! bila dah habes bace barulah perut rasa lapar.padan muka!


jgn xtau, aku kalau bce novel, mmg feel habis.smpai bleh tergelak2, menangis apatah lagi. aku pernah ngis sampai bengkak mata sbb bce 1 novel ni wlau itu adalah kali kedua aku bce.


kdg2 bukannya aku xterfikir, aku ni betul2 sensitif ke atau penulis tu menulis ng baik...mm..mungkin aku pernah merasai perasaan yg sama shingga membuatkan cerita tu betul2 dekat di hati aku.cewah!haha.. biarlah... bukannya salah pun. amek pengajaran atas ape yg aku bace..


so, sape kaki novel mcm aku, aku galakkan bce 'akhir sebuah cinta' karya siti nur dhuha terbitan buku prima. tp ni xdela sedih sampai buat aku ngis2, cuma kdg2 tu terasalah jugak debaran dlam hati..hihih..


dr gaya buku ni mcm dah lame je akak aku beli, tp apasal eh aku tak terpegang n bace?haha


 pengajaran:jgn sesuka hati nk menghina org.. setiap org ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. aaa...lg 1, air dicincang, xkan putus.


slmt membace!

Monday, January 24, 2011

xjd cikgu tadika.

0 bunga-bunga cOmeL
sebenarnya malam td aku nk update... tp tgu punya tgu xkuar2 jugak 'new post' DUNIAKU. last2 terkubur sudah niat nk update sebelum nyenyak tdur...hihi..


oke. aku mungkin xjadi cikgu tadika. smlm rupa-rupanya isi borg je.penat tgu lame. ingtkan interbiu skali.huhu.. xpela. aku pun rsa cm x bape layak je.. sbb tu tadika islamik..besar. mcm2 ada. ajar ngaji la apelah.. kalau setakat untuk diri sendiri, alhamdulillah aku lepas la.. tp nk ajar anak2 murid scr formal cmtu aku mcm xbape yakin sgt la. mybe sbb xbiasa kot.adui  teruknye rasa semalam.huhuu.. kalau nk ajar gitu2, bleh la kot. tp nk ajar scr formal ni rasa cm xckup ilmu je.. 


balik umah, terus rasa d0wn semacam.. mulalah bisikan2 negatif mengusik2..hai...bila fikir2, susah jugak jadi dewasa ni. hahaha.. n kadg2 rasa cm nk ckp ' kalaulah masa bleh diulang...' walaupun tau xbleh punya..


sabar tina, bumi Allah ni luas...


ok dah! (sambil tersengih) akhirnya berjaya juga upload best buddies yg syafi order. ade dlm blogshop list. n bleh jugak klik sini 


dpt order baru dr benz aliff n lin. n i'm working on it..harap2 ade lg rezeki yg mendatang... korg xnk order ke?rm10 dpt 2 frames size 3R, free postage sampai 31 jan 2011.lg seminggu je lagi. jgn lepaskan peluang. bleh letak nama korg kalau nk. atau  nama mak abah korg sempena annyversary dorg ke.. nama korg dan pakwe korg ke... 


tulisan tu tebal. guna foam paper.. 2 lapis lagi. atas color paper biasa, n background(as i mention) guna foam color paper. pilihan color korg bleh cek kt custom made and contoh
 best matching, bleh la tgk contoh2 yang ada.


mm... walaupun kdg2 aku terfikir gak.mungkin ade org ckp, ape class kan?biar beli kedai. kisah plak aku.. cukuplah aku ckp, aku hargai semua hasil yg aku pernah buat slma  ni. means selama ni.. semua yang aku pernah buat...hihi


xksah lah ape org kata kan..baek aku memajukan diri aku dgn oder dr org2 yg support bisnes aku ni!hihi..org2 yg menghargai keCOMELan..hiihi..


ckuplah sampai di sini saja buat masa ni...


have fun kawan2... sem0ga sentiasa diberkati olehnya.

Sunday, January 23, 2011

nervous!

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...


tiba2 hidup ni rasa penuh terisi.hihi.. misi kedua hampir berjaya...


ptg ni nk pg interbiu cikgu tadika. nebes! alahai comelnya! xdpt nk byangkan nk ajar budak2 umur 6 thun. mesti sume cute2....


mula2 mcm berbelah bg nk call 0rg tu ke tak, tp bila memikirkan kawan2 seangkatan aku dah jadi cikgu ganti, cikgu tuisyen, so cikgu tadika pun 0ke ape. leh tambah pengalaman... hihi


ahah. bisnes frame aku tu pun smkin berkembang baik. alhamdulillah... ni kira side income aku la...smlm baru dpt   payment ntuk 2 urusniaga yang pertama. n malam td  pg ni dpt lg 5 tempahan. 1 yang dah sedia ada dan 4 custom made.. 


nt aku buat special 'the makin of -Family Package 1' . sahabat tersayang aku oder frames untuk family die. 13 keping semuanya..hihi


pape pun aku update later.. kalau k0rg rasa nk tgk c0nt0h yg aku ade wt, bleh klik http://atie4art.blogspot.com


p/s:nak tau perkembangan bisnes frames ni or status2 frames leh follow my twitter.

mmmuah!

euthanasia_bab 5

0 bunga-bunga cOmeL
BAB 5
26 JANUARI 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
 Pagi ini aku bangun awal daripada biasa. Hari ini merupakan hari yang penting buat aku kerana pada hari ini akan berlangsungnya program Smart Plan yang dianjurkan di bawah projek aku iaitu Kem Kecemerlangan Akedemik & Akhlak XI atau singkatannya KKAAXI.  Aku sebagai pemantau mestilah memastikan yang program ini berjalan dengan lancarnya. Sebolehnya tanpa cacat-cela. Pengarah program ini,  Mohammad Aiman B. Roslan aku pilih berdasarkan saranan Asrul, presiden kolej aku dan merangkap ex-officio projek mega kolejku ini.

Monday, January 17, 2011

susahlah nk ckp dgn 0rg xpaham ni!

2 bunga-bunga cOmeL
assalamulaikum..


xsangka kan, cerita2 yang kita tgk kt tv kadang2 berlaku or MEMANG berlaku di alam realiti ni..


aku paling pantang sekali, bile dgr cite2 dengki khianat, busuk hati etc...


nak dijadikan cte, aku ada ym ng s0rg kawan aku ni. ade sorg pakcik ni sll dok perli2 die kt tmpat die keje tu. die keje  sementara nk tgu dpt keje betul. anak si pakcik ni plak kebetulan satu U dengan kawan aku ni n grad sama dengan kawan aku walaupun anak die muda setahun.skrg anak dia sambung master. kira kes bangga diri la ni.dah tu dok bertengkar ng kawan aku ni pasal die yg xdpt keje lagi. kawan aku ni mula2 tu jawab la pape yg patut kan. smpai kan pak cik ni ckp 'ish susahlah nk ckp dgn 0rg xpaham ni'


mai ai...sentap pula aku yg membacanya,...padahal, drpada cte kwan aku ckp tu, pakcik ni yg tersalah faham.last2 kawan aku ni diam la.. org tua kan. kan ckp, melawan plak...


bila aku ckp bodoh sombong, kawan aku ckp dia xde r sampai hati nk ckp bodoh sombong kt pakcik tu..hehe..aku plak yg jadi batu api..


xpela..
buat kawan aku tu..semoga tabah (sbb pakcik tu mmg sll dtg tmpt die keje) n sabar selalu...kalau xsabar sgt,sound je. tp sound berhemah la..


'pakcik, rezeki ALLAH bagi masing-masing.macam2 bentuk. rezeki sy skrg di sni. di tempat sll pakcik dtg ni. bila ALLAH bg rezeki, sekelip mata je DIA boleh amek balik pakcik.. kalau amek master sekalipun, belum tentu terus dpt kerja pakcik. skrg dunia penuh dengan persaingan. even master pun ade yg balik kampung tanam anggur pak cik.. syukur la dengan apa yang ada. tak baik ckp besar..'


sekian terima kasih..

Sunday, January 16, 2011

fenomena filem dan drama melayu~

0 bunga-bunga cOmeL
kalaulah k0rg perasan skrg ni byk sgt cite hantu mlayu skrg kn. xksh la drama ke filem ke..besepah2 cite hantu. saka jentayu,slot seram kt astro, ngangkung la n tah pape lagi la cte antu. sampai keluar tajuk dlm paper, cite hantu2 ni beri pengaruh buruk...

aku rasa fenomena cte antu ni mula masa jangan pandang belakang meletop slu. kalau k0rg perasan sejak tu, byk cite hantu dihasilkan...

aku ingt lg dlu, cite potret mistik,few years back. cite tu tamat dgn sume tu just mimpi. yg mcm aku faham masa tu, ade akta yg xbenarkan cite2 hantu cmtula.. s0 ended nng mimpi.

tp skrg..mak ai... ape k0rg nak sume ade.  hantu lawak, hantu bet0l..mcm2 r. naek meremang bulu r0ma aku...but actually mendedahkan juga pada kite, mmg ade 0rg macm tu kt bumi ni.. wat santau etc.ngeri kan?

huhu... itu satu fen0mena..

satu fenomena lagi.. korg perasan tak skeg ni byk drama2 kt tv yang her0in nye pakai tudung... even kt dunia luar, certain dr d0rg ni seksi nk mmp0s...

kalau pasal ni, aku rasa fenomenanya bermula sejak meletopnya NUR KASIH kat tv3 dlu..

ape pendapat k0rg? 


baru2 ni ade lagi cite baru. ustaz amirul. zehra kt tv3.

hmm...aku rasa bgusla.. bab tutup aurat bleh jd ikutan.. ade stgh 0rg org suke sgt nk ikut artis kan... mula2 sbb 0rg lain, mana tau lama kelamaan, allah bukak hati n d0rg tutup kerana Allah...

wallahualam..

pape pun, yg baik jdkan ikutan. yg buruk, jadikn sempadan.

Saturday, January 15, 2011

euthanasia_bab 4

2 bunga-bunga cOmeL
BAB 4
15 MEI 2006
BATU HAMPAR, KEDAH
Ditadirkan Allah, kesihatannya semakin baik. Setelah dua bulan berada di hospital, rumah keduanya, akhirnya dia dibenarkan pulang. Rasa gembira sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Dari semalam, dia sudah mengemas apa yang patut kerana keesokkan paginya suaminya akan datang menjemput. Malangnya  Shamsul, suaminya tidak dapat datang. Katanya out station. Kecewa sudah rasa di hati. Apa boleh buat. Akhirnya terpaksalah dia tunggu sehingga jam 5.00 petang baru abangnya yang  sulung, Johan, datang menjemput.
“Ami, mari ke depan nak. Mak Lang datang ni,” suara ibunya memecahkan lamunan yang menusuk di hati.
“Ye, ibu! Kejap.” Balasnya pendek lalu membetulkan kain batiknya yang hampir terlondeh. Kakinya yang tempang akibat penyakitnya membuatkan perjalanan yang pendek terasa amat sukar. Apatah lagi kini dia perlu bertongkat ke mana-mana sahaja.
“ Hah, Ami! Hidup lagi kamu ye.” Tersentap hatinya apabila disapa begitu. Ingin aku mati cepatkah?

Friday, January 14, 2011

...fairy tale jela...

0 bunga-bunga cOmeL
“MORNING sunshine,” suara manja suamiku menyapa ke telinga dengan ciuman selamat paginya seperti selalu singgah di pipiku. Aku menarik selimut sehingga menutupi  wajah,sengaja mahu bermanja-manja dengannya.
“sayang,bangunlah. Solat dulu,” dia menarik selimut yang menutupi wajahku. Senyumannya menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Senyuman itu juga yang mencairkan hati wanitaku.

Thursday, January 13, 2011

reUnite kanak-kanak itik merah

3 bunga-bunga cOmeL




kanak2 itik merah kini kembali!hihi


aku buat ni atas permintaan encik khairi safwan. ada satu mlm, borak2 ng die kt ym. pastu bercite pasal masa time reduksi dulu.masa kit0rg first year. terkekek aku s0rg2 dlm bilik. drpada dah landing nk tidur aku duduk. lawak plak bile ingt kisah lame.


so sbelum ape2, aku nk mintak maap dlu kalau ade menyentuh sensiviti 0rg2 yg ade dlm kisah ni.hihi...tapi jgn risau aku dah buat tapisan da.haha


cne dpt name itik merah?


entahlah.bos a.k.a encik ezariq yg punya idea. msa tu die 2nd year. itik merah-red duck. something yg merujuk kpd redaksi la gak. stylo r sket kan red duck.haha


keje kit0rg msa cuti pjg antara sesi. kit0rg berkampung lama la jugak. 2 ke 3 mingu aku xingt da.


keje bukanla byk sgt pun. enjoy je lebih.hihi...


yg aku paling ingt, pg2 aku ke shau ke bagun g red nk wt keje tukar rutin bgun pg red kejut budak2 laki. tiap2 mlm d0rg bergelimpangan td0 kt blik tu je. bile d0rg g balik blik, keje kit0rg plak ngemas bilik red tu. jadi rutin!hari2 0ke. giler d0ta bet0l budak2 ni.


haha..pdan muka k0rg kan kant0i dgn master td0 kt situ...


tiap2 malam penat wt keje, g lepak maple. masa tu maple best lg. walaupun ade isu kebersihan..


oh.lupa plak. gee pun ade.gee ng nuri photographer. tp nuri sll ade kt fak wat keje archi die..


aku rep0rter.


yg lawaknya, masa aku ng sau pg interbiu encik DM-yg masa tu baru je keje kt 2nd-terlupa nak 0nn mp4!menyebabkan mende yg sepatutnya aku rec0rd xrekod!sumenya sebab gelabah punya pasal.masa tu dm bujang lg. sume d0k ckp die ensem la ape la..tah pape betol! seb bek sau ade salin sket2. nk interbiu lg, mintak maaflah.malas den.haha


then celeb buffday nuri, safwan n ezrq. 3 sekali...beli kek sebijik..pastu bedalla. ape lg.eheh..


pg tgk wyg ramai2.cte ape tah..


makn megi share dlm kole yg didakwa safwan punye!


sume same2..td0 n mandi je asing2..


haha...bestnye masa tu..i miss those time!


punyalah lame aku nk upl0ad gmbar ni.ni je satu-satunya gmbar ramai2 yg aku ade.
masa celeb buffday ezrq-sfwan-nuri
gee:baeknye k0! =p
p/s: safwan, bile aku tulis ni, xmenarik sgt pun mcm yg kte sembang malam tu.ceh..byk sgt kot potong!hahahahaha

Wednesday, January 12, 2011

euthanasia_bab 3

0 bunga-bunga cOmeL
18 JANUARI 2008
KUALA LUMPUR

Aku menghantar Fad ke puduraya. Tiada apa yang menarik di sepanjang perjalanan kami ketika menaiki PUTRA LRT untuk ke Masjid Jamek dan terpaksa bersesak-sesak dengan lautan manusia. Masakan tidak. Pukul 1.00 petang, pastinya warga-warga kota yang berkerja keluar mengisi perut.
Aku megesat peluh yang menuruni dahiku. Air-cond bagaikan tidak terasa. Oh, bilakah perjalanan ini akan berakhir? Di satu sudut, aku lihat Fad terperosok di sebalik lelaki berkemeja hijau. Hmm.. Hensom juga. Aku tersengih kepada Fad. Dia hanya membalas dengan memek muka yang kecewa. Sabarlah! Ucapku kepadanya. Walaupun tidak sekuat mana namun aku harap dia dapat memahaminya.
“Kau ni kenapa Fad? Dari tadi mencuka je.” Soalku apabila keadaan mengizinkan. Baru sebentar tadi kami turun dari perut PUTRA LRT. Terasa sedikit lega.

Tuesday, January 11, 2011

ye syg!

2 bunga-bunga cOmeL
sejauh manakah makna syg pd kamu?


ahah!


adakah anda hanya memanggil 'syg' pd 0rg tertentu?


hihi.. 


skrg mana main syg dah. xkawen lagi pun dah siap pama, hubby. xpun sgala macam panggilan manje untuk si dia. kan2? 


tp now aku nk cite pasal 'syg' je.


haha... bukan ape. tiba2 terlintas kt kepala 0tak aku ni. kemudian sampai ke memori hampir setahun lebih dlu. masa aku f0rth year, j0in 2nd stove a.k.a gerai konvo k0lej aku..


aku jadi ajk minuman. masa tu aku agak seni0r la n ramai budk2 baru.. disebabkan rmai budak baru, mka ramai la yg aku xsempt nk ingt nama d0rg. sbb aku mmg susah nk ingt nme org melainkan dia selalu muncul dpn mata aku.atau ade kaitan papelah ng aku..


dan setiap kali kebizian melanda dapur 2nd st0ve masa tu, mulalah panggilan 'syg' aku bersepah2.


'syg tumpang lalu'. syg itu syg ini.hahaha


itu totally syg xde perasaan la.. just menggantikan nama d0rg yg belum smpt 0tak aku cerna pada saat aku perlu menyebut nama d0rg tu..nasib baik la p0mpuan rmai.. tp aku xingtla k0t2 ade gak yg budk2 laki aku pgl syg masa tu.erk! hihi..xde kot.


i did call my loves one, 'syg'. of cos la i mean it..


kt anak sedara aku yg kiut miut...


tp nk melafazkan kata syg pada mak abah aku n family aku, tersgtla susah..aku rasa sblum aku ckp tu, bergenang air mata dulu la kot.huhu...aku ni kan sofhearted!


kdg2 tu, xperlu ungkapkan kata sayang..action speaks louder than words rite? =p

soh seh di pagi buta~

0 bunga-bunga cOmeL
assalamulaikum...


rasa mcm lame x cite kan pasal dri aku kt sini.. interesting ke? hahaha...


mm...skrg disebabkan masa yang berlebih-lebihan, sampai dah wujud satu hobi baru.hihih... dan kebetulan smkin menjadi-jadi pula hobi lame aku yg dah lama aku tinggalkan iaitu bce novel!


sbelum ni kalau nk bce pun, mesti cari masa yang betul2 sesuai. sbb aku kalau dah pegang, kena plak dgn taste, hai....makan pun xingt dah!bila perut dah menyanyi lagu rock barulah benti bca n g makan...tidur pun, selagi mata xberat macam kena gantung ng batu, slagi tu berjegil baca.hahaha


hah!sebut pasal x tidur ni, teringat pulak mak aku sound!haha


"ingtkan sapa la dok soh seh soh seh pagi-pagi buta."


mak aku cakap dia terkejut sbb dgn org dok soh seh soh seh pg2 cmtu. aku mmg tak td0 lg time tu. bca n0vel punya pasal. tp nvel tu memang best ah. mmg feel abes la aku!hahaha.. tp aku rasa yg s0h seh s0h seh tu, aku selsema kot.. dah tgh2 mlm cmtu, mane aku tahan.mula s0h seh s0h seh , seh hinguih! adoi...sian mak..hihi..ampun mak!


stok novel, aku memang tak payah risau. berlambak2 lagi nvel yg belum aku habes khatam. kak aku asyik d0k bawak balik ja nvel baru.pengsan la aku cni!huhu..


0klah...smpai sni dlu tuk hari ni...


have a nice day...


mmuahx!


lots of loves,
atieput3 a.k.a terataibungaindah


p/s: jika incik benz aliff membaca ini- weh!bile u nak bg i pnjam koleksi hlovate tu?huuu~

Monday, January 10, 2011

white water rafting

0 bunga-bunga cOmeL
as salam!


korang berminat dengan aktiviti lasak lagi adventures ni?


ahah!bagus! i've got something for you all.




white water rafting

 tarikh: 5 feb 2011
tempat: gopeng perak
bayaran: - RM200.00 (untuk guide, sewa alatan, insuran, sijil, makan dan minum dan bayaran masuk)
             - bayaran pendahuluan (sekurang-kurangnya separuh) dan selebihnya dibayar pada masa kejadian.

*rafting mempunyai 13 selekoh. perjalanan sejauh 10 km selama 3 jam. tempat terhad seramai 30 orang sahaja

cuti raya cina tu. daripada bosan duk rumah baik buat something kan?hihi..

sape2 berminat (atau sebarang pertanyaan)MyEm0.Com boleh sms nama, alamat, no ic korang kt number ni :0174159404

days without you 3...

0 bunga-bunga cOmeL
as salam...


next! hihi


3)gmbar


hai..bile bercinta ni gmbar mesti bersepah-sepah dlm lptp/pc/hp korg. wallpaper, dekstop, screen saver semuanya gmbar si die. tp bile da putus ni, tgk gmbar die je bnjir. tgk gmbar die je mulalah layan blues, termenung..dah tau sedih buat pe tgk lagi. tp nk buat mcm mana?


sekali lg kalau k0rg tabah, delete la gmbr2 tu dr memory korg tu. kalau hari2 d0k menatap je, sampai bile nk lupa kan? tp kalau k0rg sayg ng gmbar2 tu, korg wtla hidden kan lah. bile2 k0rg rindu nk tgk, bleh bukak. nt hidden balik. nt kan senang. bleh tunjuk kt anak cucu. nilah laki/p0mpuan yg tinggalkan korg dulu.hahah...jauhi mereka!cewah. =p kidding! xdela..


x delete pun xpe. sbb nt if k0rg dgn 0rg lain, gmbar tu xmndtgkan effect pun... melainkan klau k0rg rsa selagi k0rg xdlete,selagi tu k0rg xdpt m0ve 0n. then aku cdgkan, k0rg DELETE je. abeh cite.hihi


4)weekend/public h0lidays


sllu k0rgla paling xlekat kt umah time cuti2 malaysia ni.asyik dating aje. time x cuti pun, keje k0rg berdating je inikan pulak cuti kan? s0 bile da x bersame2 lg, hari2 k0rg sepi tanpa die kan2??


tulah.. time c0uple dlu xnk beringat.hari2 nk ngedate je.skang sape yg sakit?


jadi...
masa nilah k0rg nk mngeratkan balik hubungan k0rg ng kawan2... ajakla d0rg kuar. kalau d0rg xnk sbb da majuk ng k0rg, pe lg?pujuk la. dah memang k0rg salah. awek/pakwe k0rg je 24 jam sampai xnmpak kawan.mau xkecik hati d0rg tu.
selain tu k0rg bleh ajak family k0rg kuar. g picnic ke ape ke...anything...kalau xbleh sgt pun, at least u shud try. mende yg kamu rasa xbest maybe akan jadi nbest lepas kamu dah laluinya. blum cuba belum tau kan? =p


DAN yang terakhir TAPI PALING PENTING.


1 perkara aku bleh gerenti kasi hati k0rg tenang punya.everytime k0rg rasa rindu pada dia, k0rg rasa sakit tu tak tertahan sgt..rasa mcm nk menangis..rasa damn hurt!!


k0rg p amek wuduk. bace al-quran. paling xpun k0rg istighfar byk2. zikir byk2..berd0a pada ALLAH. berd0a seikhlas hati k0rg sem0ga k0rg tenang. buat sungguh2.kalau k0rg xsmyg lagi time tu, s0lat terus. tak payah tangguh2 mcm selalu... ingtla selangkah kita pergi kepadanya, seribu langkah DIA datang kepada kita.


insyaallah, hati k0rg akan tenang. at least pada masa tu... terus dekatkan diri dengan Allah. mintak dijodohkan korg dgn 0rg yg baik2..


so ni saje dr aku. sm0ga berguna untuk k0rg n untuk aku jugak!hahahah

Sunday, January 9, 2011

the handsome thai's guys

3 bunga-bunga cOmeL
(mak ai tajuk!) there you go.finally! hihi..


sebelum aku balik kedah-like-forever tu, aku ade join KL world marching band competition. jadi volenteer. tp separuh jalan je sbb ade personal problem...


ade hikmah jugaklah, sbb smpai sekarang payment XDAPAT lagi! huuu~


sekali lagi aku jadi LO liaison officer (LO) untuk band dari thai. tp kali ni xkena jemput kt klia, sbb d0rg dtg naek bas dr bangkok.. selamat!


watkhema blabla band. aku xingt name penuh band tu. kapasiti, 96 org kalau xsalah.


walau sehari je bersama2 dgn dorg, tp enjoy gile.. xrasa dasyat mcm jaga band thai sbelum  ni (mybe sbb sehari je kot) and ramai pulak tu yg hensem2 stafnye! haha... mcm2 jenisla ade.tgk d0rg macam sebaya aku je. tp skali ada yg baru 21..sedey jugak nk tglkan d0rg..uhuhu





...kampOng girl_ VOL 13

0 bunga-bunga cOmeL

            Aidil memberhentikan keretanya di halaman rumah itu. Suasananya masih tetap sama seperti dulu. Damai sahaja hatiya sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke tanah.
            “assalamualaikum… Pak cik apa khabar?” Aidil menyapa encik Syafik, ayah Intan lalu menyalami tangan lelaki itu. Sejak dari keretanya msuk ke pekarangan rumah itu, encik syafik sudah pun menunggunya di beranda.
“pak cik sihat aje. Aidil kan?”
“ingat lagi ye pak cik dengan saya?”
“mestilah pak cik ingat. Jom masuk…” balas Encik Syafik dengan senyuman penuh makna.
Aidil hanya menurut. Debar di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Apa agaknya reaksi Intan sekiranya gadis itu tahu di ke sini, ke rumahnya ini.  Matanya melilau mencari kelibat Intan.
“Intan tak ada,” ujar Encik syafik. 
Aidil tersengih. Faham pula orang tua itu dengan pertanyaan hatinya yang sedang diamuk resah ini.
“kamu duduklah dulu. Tentu penat memandu. Pak cik ke dapur kejap, buat air.”
“eh, tak payah susah-susahlah pak cik. Saya dah minum dekat pekan. Dahaga sangat tadi.”
“betul ni?”
Aidil mengangguk.ada perkara penting yang dia perlu jelaskan pada ayah Intan. Dia pun bukannya boleh berlama-lamaan di sini. Esok pagi dia ada mesyuarat penting. Sekarang pun sudah senja.  Setidak-tidaknya dia harus pulang selepas isyak.
“pak cik, saya datang ni ada hal penting nak bincang dengan pak cik tentang Intan,” aidil memulakan hajatnya.
“kenapa dengan Intan? Dia ada buat salah dengan kamu ke?” soal encik syafik resah. Anaknya tak mungkin menyusahkan orang lain.
“tak..tak… dia gadis yang baik pak cik. Saya sahaja yang buta menilainya,” kata-kata Aidil terhenti di situ. Dia mencari bait-bait perkataan untuk diluahkan.
Encik syafik mengulum senyum. Dia tahu kenapa Aidil di sini. Melihat resah wajah aidil mengadapnya sudah membuatkan hatinya yakin yang aidil datang untuk meminta izinnya memiliki Intan.
“pak cik, saya sayangkan Intan. Saya cintakan intan. Saya ingin jadikan dia isteri saya, bolehkah?” AIdil menarik lafaz lega. Semuanya diungkapkannya dengan hanya sekali nafas.
“aidil, bukan pak cik tak izinkan tapi kita kan ada adat. Ada caranya untuk bersatu.”
“saya faham. Sebelum saya bawa mama dan papa saya datang sini, saya nak minta izin pak cik dulu.”
“pak cik tak ada halangan nak. Pak cik gembira kamu mahu memperisteri Intan. Tapi satu sahaja yang merisaukan hati pak cik ni aidil.”
“apa pak cik?” riak kerisauan jelas di wajah AIdil.
            “kamu enggang, kami ni pipit aidil. Pak cik tak nak Intan diperkecilkan.”
            “tiada enggang tiada pipit dalam soal ni pak cik. Kita sama saja. Dan saya rasa mama dan papa pun tiada halangan dengan siapa pun pilihan hati saya asalkan dia gadis yang baik-baik.
            Pada aidil itu bukan pemisah antara dia dan intan. Masakan mama dan papanya pula menolak sedangkan selama ini mereka tidak pernah kisah dengan siapa juga dia berkawan, tidak kira darjat ataupun pangkat. Lagipun, dia yakin mama dan papanya bukan seperti sesetengah orang-orang besar yang pentingkan kedudukan dan harta.
            “kalau begitu kata kamu, pak cik beri restu pak cik pada kamu berdua. Tapi sebaiknya pak cik harus bincang dulu dengan Inn,” ujar encik syafiq.
            “saya memang ada masalah dengan Inn sekarang pak cik. Tapi saya tau, dia juga cintakan saya. Pak cik masih ingat pada Sophia? Dia ceritakan segala-galanya pada saya. Saya akui, saya selalu sakiti hati Intan dengan kata-kata saya. Tapi saya tak pernah bermaksud untuk menghinanya,” penjelasan Aidil berhenti di situ. Sedih hatinya setiap kali mengingati setiap bait yang pernah dilafazkan dulu.
            “saya memang dilahirkan sebagai seorang yang berterus terang. Saya tahu kadang-kadang kata-kata saya banyak menyakiti hati orang-orang di sekeliling saya.”
            “tak apalah Aidil. Bagilah masa pada Intan. Pak cik juga yakin dia sayangkan kamu,” kata-kata  ayah Intan bagai memberi semangat kepada Aidil.
            Encik syafiq pun menceritakan perihal anaknya yang seringkali memerap di dalam bilik. Bila keseorangan asyik temenung. Sudah seperti orang angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.
            Aidil tersenyum gembira. Dia tahu dia masih punya peluang untuk memiliki Intan.
            “tapi Aidil, kamu haruslah belajar mengawal kata-kata kamu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.” 
            Aidil hanya mengangguk, faham dengan nasihat itu. “eh, Intan ke mana pak cik?”
            “dia ada di sungai dengan memek.”
            “memek?”
            “lembu Intan,” balas encik Syafiq sambil tersenyum.
            Aidil kembali tersenyum girang sebelum meminta izin ke sungai bertemu Intan. Dia ingat lelaki mana pula yang berdating dengan buah  hati pengarang jantungnya itu. Hampir sahaja dia naik angin. Cemburu sebenarnya!
            Tanpa berlengah aidil terus ke sungai. Pesanan ayah Intan supaya jangan terlalu lama berdua-duaan, tidak diambil ringan. Dia tahu, lelaki itu sebenarnya enggan melepaskan dia pergi. Mungkin bimbang dengan kata-kata orang kampung atau lebih tepat lagi, memang tidak manis berdua-duaan di situ.
Aidil mempercepatkan langkah. Teringin jugak dia tengok si Memek, lembu Intan tu. Dulu datang, tak perasan pula dia dengan kewujudan memek. Intan pelihara lembu? Dia tersenyum. Comelnya! selebihnya tentulah dia merindui gadis itu. apa lagi sebab yang membawanya sehingga ke kampung ini?
            “menyanyi pula cik adik ni. Dah tu tak ada lagu lain pula tu. Memang kampung betullah!” Aidil berhenti melangkah. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Kusut memikirkan yang dia baru sahaja terlepas cakap lagi walaupun bukan di hadapan gadis itu, dia tetap rasa bersalah.
            “ok,last!”dia memberi amaran pada dirinya sendiri sebelum bersembunyi di sebalik rimbunan pohon renek yang dia sendiri tidak tahu apa namanya.
            “seronok juga kalau dapat sakat  dia ni!” aidil mula tersenyum penuh makna.

Saturday, January 8, 2011

..KETENANGAN yang dicari..

2 bunga-bunga cOmeL


ketenangan yg kucari...


sebenarnya ketenangan yang selama ni aku tercari-cari ade di mana2 sahaja..


selalu terlintas di hati, kan best kalau duit berk0yan2 dlm bank, berkepuk2 dm purse.haha. b0leh buat ape aje b0leh pg bercuti,meet new pe0ple, survive at new envir0nment.


mungkin sbb dah terlalu lama dis0g0kkan dengan-nk cri ketenangan pergilah bercuti..


kalau mmg betul nk lihat keindahan alam ciptaan Allah xpe. tp ade niat lain...


semuanya hanya psik0l0gi semata-mata. sebab kte yakin begitu.kalau pg bercuti, tgk laut ke panjat gunung ke picnic ke, akan dptlah ketenangan yg dicari..


padahal kita sll terlupa yang Allah dah berfirman," dengan mengingati Allah, hati akan lebih tenang."


kan bgus kita yakin pasal ni..insyaallah inilah ketenangan yang abadi..ketenangan yg selama ini aku cari..dan mungkin juga ketenangan yang korang pernah cari..

days without you 2...

2 bunga-bunga cOmeL
salam


last entry aku bercakap ttg hp.. ape lagi dalam days without you ni...



2)social network.




hai sllu kalau bukak je fb ke,twitter ke, fs, ms ke mende pertama korg buat mesti pergi berkasih syg kt page si dia kan. nyibuk2 nk komen, say hi.masa tu sumenye indah la pendek kata. tp  bila dah GAME OVER ni, korglah jd penskodeng paling berjaya. hari2 korg stalk page die. nk tgl jejak, mcm pelik plak kan. u hve nothing to do with him/her anymore. kalau hari ni say hi. xkan esok2 nk say hi lagi. kalau dulu bleh la. komen xde kaitan ng diri korg pun die tetap bg feedback +ve.kn2?


apa nk buat?


kalau korg tabah, delete je terus si die dr friends korg. tp tabah ke? aku rasa kalau aku la, if aku delete tu maksudnya aku memang betul2 sakit hati ng die time tu n xmau ade kaitan apa2 ng die.ataupun, dia tinggalkan aku sbb die curg ng p0mpuan lain ke, tu memang GUDBYE FOREVER la kan.haha..


 tp aku tau. slalunya xsampai hati. at least leh stalk die. die sihat ke? die koma kt hspial ke?die dpt keje ke?die pg stdy overc ke? cuma yg sakitnya bile kt page die tu korg tgk bersepah2 post baru. enjoy abes la die ng kwan2 die. ataupun tiba-tiba korg notice ade plak kawan p0mpuan die yg  ala manja2 ng die. die pun melayan.hai bikin hati panas je.kn2?hahaha...korg kt sni, sedih. makan xkenyang td0 xlena mandi xbasah. dia dok sedap berhuhahuha...kn2?haha


caranya.
korg jgnla nk jd stalker yg  setia sgt. bukak sekali2 dah la. ade masa tiba-tiba korg rindu die sgt kan. time tu xpela korg tgk.. tp sblum tu kenalah kuatkan hati..mana tau ade mende2 yg akan menyakitkan hati korg kn.


tapi..


kalau korg bukak. tgk die ng gf/bf lain baekpunya, n korg bleh tgk dgn xrasa pape, tu aku memang tabik spring ah! korg memang dah fully healed!tahniah2!(meh kongsi ng aku sikit pe rahsia korg.haha)





CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...