Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, July 18, 2011

euthanasia_bab 8


BAB8
9 SEPTEMBER 2006
HOSPITAL SUNGAI PETANI (HSP)
 Untuk kesekian kalinya, dia terkulai lagi di katil hospital. Dia tatapi wajah-wajah bersih yang sentiasa memberi pengharapan walaupun pada dasarnya mereka sudah tahu yang dia sudah tidak punya peluang untuk kembali seperti biasa. Segala makan minumnya hanya mengharapkan ihsan tangan- tangan yang sudi membantu.
“Akak, makan sikit,” Ujar Aza, jururawat yang bertugas.
Bukan dia tidak mahu. Tapi kudrat yang ada, rasanya tidak lagi mampu menjamah rezeki Tuhan. Semua makanan yang dimakan akan tersembur semula. Hanya air mata yang mengalir perlahan tatkala menatap wajah-wajah insan tersayang disisinya. Dia tidak mampu bergerak walau seinci. Keadaannya seperti mayat hidup.
Dilihatnya lelaki yang sudah dia akui sebagai ayah bercakap-cakap dengan seorang doktor muda. Dr. Nadia. Dia membaca pada nama yang terdapat di dada wanita itu. Doktor itu kemudian berjalan ke arah Amilia. Dilemparkan senyuman yang sangat manis di mata Amilia. Hatinya terusik.
Kepada Amilia, Dr. Nadia menerangkan sejarah penyakitnya. Bagaimana dia boleh terlantar tidak bermaya seperti sekarang. Sekali lagi air matanya tumpah. Begitu sekali dugaan yang telah dia hadapi selama ini. Dia sudah tidak ingat semua kesengsaraan yang dihadapinya. Bagaimana sakit rasanya dia disuntik dengan cecair interferon untuk mengawal barah darah yang dihidapinya. Apatah lagi rawatan kemoterapi yang dilaluinya berkali-berkali sebelum ini setelah cecair interferon tidak membantu.
“Sakittt makk!!!” rintihnya berulang kali dengan juraian air mata setiap kali terasa bisanya rawatan kemoterapi. Sungguh menyakitkan. Dia hampir berputus asa.
“Sabar Ami. Ami kan kuat. Ingat ALLAH Ami. Ibu dan ayah sentiasa bersama Ami.” Suara sebak Mak Leha sayup-sayup melewati ke halwa pendengaran Amilia.
Aku kena kuat. Jangan menangis Leha. Aku harus kuat!
Mak Leha bertegas dengan dirinya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sengsara sebegini.
‘Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melalui saat-saat getir ini. Kau ampunkanlah dosa-dosaku andai aku pergi di saat ini. Ampunkanlah dosa hambamu yang lemah ini, ampunkan dosa kedua-dua orang tuaku. Tabahkanlah hatiku seperti mereka.’
Hanya doa mampu disisipkan di dalam hati. Sebaik sahaja selesai rawatan, dia terasa lemah. Sangat lemah. Benarlah sebagaimana yang didengarnya sebelum ini, rawatan  ini menyakitkan. Pandangannya berpinar-pinar dan perutnya terasa mual.
click continue reading..

Dia tidak dapat lagi menahan kesakitan lalu terhamburlah segala isi perut. Hanya Tuhan yang tahu betapa sengsaranya dia saat itu. Makanan langsung tidak mampu dijamah. Segala seleranya terus pudar malah hilang ditelan sakit yang amat sangat. Badannya semakin lemah. Apatah lagi apabila segala yang tersisa di dalam perutnya, habis dimuntahkan.
Seminggu selepas itu, kesannya bertambah teruk. Rambutnya yang dulu hitam pekat, ikal mayang kini gugur bertaburan. Setiap kali dia mandi, pasti bilik air itu dipenuhi dengan rambut-rambutnya yang luruh.
“Comelnya Ami,” ujar Kak Ogi, jururawat senior di hospital itu.
Amilia tersenyum memandang jururawat tersebut.
“Betulkan Kak Ogi. Comellah Kak Ami. Macam alien turun dari planet Marikh je.” Dalam sekelip mata, wad yang menjadi rumah keduanya ini gamat dengan hilai ketawa. Dia memandang mereka serius.
Dalam keadaan aku sakit-sakit macam ini pun boleh cakap aku datang dari planet Marikh.
Amilia mencapai cermin disisinya. Dilihat wajahnya di cermin. Terasa hodoh wajahnya saat itu dengan kepalanya yang hampir botak. Lama Amilia menatap ujian Allah ini. Tidak lagi kedengaran ketawa-ketawa yang tadinya riuh. Mungkin mereka tersedar yang mereka sudah terlebih gurau.
‘Amilia, maafkanlah mereka. Mereka tiada niat. Mungkin itulah caranya mereka merawat luka perasaan pesakit-pesakit seperti kau. Apalah salahnya jika dibandingkan dengan apa yang mereka telah buat selama ni untuk kau.’
Lama-lama Amilia tersenyum. Lucu juga melihat wajah barunya kini. Dan selepas itu baru kedengaran riuh rendah seperti tadi.
“Hah.. kan Ogi dah cakap, Ami tetap comel tau.”
Akhirnya Amilia terkekeh-kekeh ketawa. Terasa perit perutnya menahan tawa. Namun dia puas. Ada secebis kesakitan yang pergi bersama-sama ketawanya. Mungkin benarlah pepatah ‘ ketawa penawar duka’. Benar.
“Aduhh..” tiba-tiba dia mengerang. Terasa mencucuk-cucuk perutnya.
“Kak Ami, Kak Ami okay..? Ya ALLAH.” Semua kelihatan gelabah dan kelam kabut. Baru tadi dia ketawa. Baru tadi dia kelihatan sangat gembira. Tiba-tiba segalanyan berubah.
“Aza, panggil Dr. Nadia!” arah Kak Ogi.
Kenapa mereka semua? Timbul tanda tanya di benaknya.
“Kak, saya lapar je!” semua terdiam. Masa bagaikan terhenti apabila terdengar kalimah itu dari mulut Amilia. Aza yang tadi bergegas, terus berhenti langkahnya.
“Nasib baik awak ni comel tau Amilia. Dia main-mainkan kita pula,” ujar Kak Ogi. Tanpa sedar, tangannya laju mencubit tangan Amilia. Tidak sengaja. Amilia menjerit. Kali ini memang sakit. Masakan tidak. Tubuhnya sudah tiada isi pun. Usap sahaja pun terasa sakit apatah lagi dicubit begitu.
“Ini sakit betul kak,” balas Amilia.
Terpancar riak serba salah di wajah Kak Ogi. Pantas diusap penuh kasih tangan Amilia yang secara tidak sengaja dicubitnya tadi.
“Akak minta maaf Ami. Tak sengaja..” Amilia hanya tersenyum.

akan bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...