Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, October 17, 2012

kelapa muda vs dia 5



Chap 5

“ANA, kau balik pukul berapa?” soalku lemah bila Ana menjawab paanggilanku.

“aku dah on the way. Kenapa dengan kau ni? suara macam orang tak makan je?”

“memang aku tak makan lagi dari siang tadi. Nak masak pun aku dah tak larat ni. apatah lagi nak keluar. Perut aku ni dah macam ada mata blender dah kat dalam dia.”

“aduh, kau ni! kerja kuat sangat...”

“Ana, aku tak larat nak dengar kau membebel...”

“yelah-yelah! Sendiri yang cari penyakit. Tunggu aku balik!”

“hmm...”

Aku terus menamatkan panggilan. Nak ke mana lagi cik Ana oi. Aku nak bangun mandi pun tak larat.

Petang tadi lepas masuk ke dalam rumah, aku terus melompat atas sofa. Hasrat di hati, naklah berehat seminit dua. Tapi terus terlajak sampai ke malam. Air kelapa tadi pun masih cantik terletak di atas meja.

Penangan air kelapa Legolas tulah! Solat dah entah ke mana? Mujur aku tengah uzur. Kalau tak, dapat dosa kering aje!


“Kiki, bangun!!” terdengar suara nenek memanggil namaku.

“tak larat lah nek.. bagilah Kiki tidur lagi. kiki sakit perut ni...”

“HOI KIKI! Bangun. Aku ni. Nenek pula? Bila kau balik kampung?? Dah tahu perut tu ada gastrik, bukannya nak jaga makan!”

“hah.. mana.. mana??” aku terus bangun mengejut bila terdengar suara Ana.

“mana apa?”

“mana air kelapa aku?”

“ini, ada ni! aduh kau ni, air kelapa ni juga yang kau cari. Pergi basuh muka tu! dengan tudung pun tak buka lagi. make up pun tak bersihkan lagi, sedap aje dia tidur kat sofa ni. cepat! Nanti perut tu makin sakit!”

Aku tak tunggu lama, terus bangun dan automatik mengikut arahan Ana. Ana, kalau pasal kesihatan ni, memang garang gila! Doktorlah katakan. Sakit perut aku terus hilang bila dengar dia membebel.

“apa punya perempuan. Tu, nak kahwin tu tak lama lagi tu!”

Sempat juga aku dengar bebelan dia lagi ketika kakiku melangkah ke dapur. Kalau ye pun nak kutuk tu tak payah buat pengumuman. Ana ni!

“tadi aku singgah kat gerai Legolas. Ingat nak beli air kelapa, tapi dia cakap, kau dah beli! 1 bungkus dan 1 dalam cup! So aku pun tak jadilah nak beli,” kata Ana ketika kami sedang asyik menjamu selera.      

Lekat pula nama Legolas tu!

“ingat juga kau pada air kelapa aku tu ye?” balasku pada Ana. “Terharu pula aku. nahlah ambil sikit. Kau mesti penat nak bancuh air!”

Dia mencubit lenganku. Aku ketawa. saja mahu mengusik dia. tentu sahaja air kelapa nan sebiji ini aku kongsi bersamanya. Cuma, dia tu kalau selepas makan berat, mesti minum air suam. Akhirnya nanti aku juga yang habiskan air kelapa. Memang macam tulah setiap kalipun.

“Ana, aku belum cerita pada kau siapa calon daripada nenek aku tu,” aku membuka cerita itu pada Ana.

Baik aku ceritakan sekarang. Nanti pada dia juga aku nak luahkan apa-apa.

“Ya Allah, Kiki! Aku lupa nak tanya kau. aku sibuk sangat sampai terlupa. Sorry sangat-sangat!”

“aku faham! Yang kau gelabah sangat ni kenapa?”

“okay..okay.. so siapa laki tu?”

“dia ni muka memang Melayu habis. Tak ada klon dari siapa-siapa. Hensem tu, tak payah katalah! Perempuan macam kau tengok, mesti cair!”

“habis, kau tak cairlah?” Ana menyampuk, menyatakan ketidakpuasan hatinya. Aku menggeleng.

“hish, bagilah aku habis cerita dulu!” Aku menyambung cerita dengan mood yang sama. “Kalau dia senyum, tak tidur malam kau dibuatnya!”

“apasal aku juga?”

“shhh...!” aku sambung lagi, “siap ada lesung pipit lagi! kalau dia kenyit mata...”

“hish, dahlah tu! cakap je siapa? Bosan dah aku dengar. Puji melambung! Menyampah aku!”  kata Ana sebelum aku terus mengambarkan yang indah-indah.

“Riyatlah!” balasku mendatar.  Hilang semua nada teruja tadi.

Ana terlopong, “Mohd Syakir Hazriyat?”

“OMG! Kejap, bagi aku makan ni sampai habis dulu. Tak baik bercakap banyak masa makan ni. nak gelak pun susah. Nanti tercekik, tak ke naya!” Ana menyambung. Aku tahu, adalah tu yang dia nak soal siasat aku. Tak apa, aku tak hairan. Aku dah bersedia nak menepis apa sahaja hujah dia nanti!


bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...