Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, February 26, 2012

good night sayang 2! part 5


Chap 5

sayang, ada yang tak kena ke antara sayang dan Leena?

Ayat penyata yang keluar tiba-tiba dari bibir Luthfi yang sedang memandu mengejutkan aku yang  sangat gembira dengan ketiadaan Leena yang banyak berceloteh di antara kami. Bukan coleteh dia yang aku hairankan sangat tapi cara dia yang sentiasa mahu menarik perhatian Luthfi membuatkan aku tidak senang duduk sebenarnya.

Nak jawab apa ni? aku mengeluh. Simpan lama-lama pun tak guna.

“dia masih sukakan awak.”

Dahi Luthfi berkerut seribu lalu dia ketawa besar.

it doesn’t make any sense,” balasnya dengan ketawa yang belum reda.

Aku terdiam. Lawak apa yang aku buat sampai dia gelak macam tu? aku tengah serius ni! ketawanya mati terus bila aku merenungnya dengan pandangan yang tajam.

“okay..okay... saya minta maaf, tak patut saya gelak macam tu,” ucapnya sambil cuba memegang tanganku. Namun cepat-cepat aku elak.

“gelaklah, saya sikit pun tak kisah!” marahku lagi sambil memandang ke luar tingkap.

“Leena memang macam tu, tak payahlah awak nak kisahkan sangat...” kata Luthfi. aku sendiri tidak pasti sama ada itu ayat pujukan dari dia atau ayat membela Leena.

“dia tahu semua pasal awak. Dia tahu setiap benda yang awak suka dan tak suka. Saya rasa rendah diri tahu tak,” luahku.

Dari ekor mataku, aku lihat Luhtfi tersenyum.

“sayang... proses mengenali antara pasangan ni ambil masa seumur hidup. Saya tak rasa dia tahu semua benda,” kata Luthfi dengan nada yang sangat yakin.

“yela tu. sampaikan baju tidur favourite awak pun dia tahu!” marahku lagi. Mungkin lebih kepada merajuk dan tertanya-tanya. Takkanlah pasal baju tidur pun boleh dijadikan bahan berborak masa bercinta dulu atau.... nauzubillah. Harap-harap, bukan macam tu!


“sayang...sudahlah tu. saya dengan dia tak ada apa-apa. Kisah saya dengannya dah jadi sejarah yang tak mungkin berulang lagi. Saya ada awak sekarang, cukuplah awak saja! Saya tak nak perempuan lain dalam hidup saya melainkan awak,” pujuknya.

Aku hanya berdiam diri selepas itu. sedikit sebanyak terpujuk juga hati ini mendengar kata-katanya.

Tidak lama kemudian kami tiba di rumah sewaku. Aku mengeluarkan beg dan bekal yang emak berikan!

Aduh!! Macam mana boleh lupa pula?

“kenapa?” soal Luthfi.

“bekal lunch mak suruh bawa tadi. Terlupa. Dahlah banyak! Siapa yang nak makan?”

“kitalah makan sama-sama.”

“saya tak ada selera. Hmm.. awak ambillah,balik nanti boleh makan dengan housemates. 

Lagipun banyak ni,” kataku pada Luthfi lalu meletakkan kembali bekalan itu di dalam bonet keretanya.

“awak tak nak ambil sikit ke? kalau lapar nanti?” dia mencuba lagi.

“kalau lapar, pandai-pandailah saya keluar cari makan,” balasku pula.

“kalau nak keluar makan, saya temankan ya?”

Aku memandangnya. Tak penatkah dia memandu seharian ni?

“hmm.. tengoklah nanti,” balasku acuh tak acuh.

“Esok kita dinner sama-sama ye? Lepas magrib, saya datang ambil awak,” ajaknya lagi.

“tengoklah esok macam mana,” balasku perlahan. Dalam diam, takut jua andai dia melenting dengan jawapan-jawapan negative aku dari tadi.

Aku dengar dia mengeluh. Mungkin sedang menahan sabar dengan karenahku yang tiba-tiba berangin semacam.

“sayang, saya minta maaf kalau hari ni buat awak kecil hati. Tapi sumpah, saya memang tak ada apa-apa perasaan pada Leena. Awak janganlah fikir bukan-bukan...” dia merenungku lembut, mengharapkan yang aku faham.

“awak baliklah berehat dulu,” kataku pula.

Apabila dia berlalu pergi tanpa mengucapkan apa-apa barulah aku sedar yang dia kecewa denganku. Redup pandangannya ketika meloloskan diri ke dalam kereta, senyum hambarnya masih jelas di ruang mataku.

Luth, saya minta maaf. I acted like a jerk!

Aku terus menghantar sms kepadanya sebelum masuk ke dalam rumah. Hatiku resah selagi dia belum membalasnya.

Setelah meletakkan beg di bilik, aku terus berbaring di atas katil sambil menunggu balasan dari Luthfi.

Tidak lama kemudian, barulah handphoneku berbunyi menandakan ada sms masuk. Itupun setelah aku hampir-hampir terlelap.

It’s okay. Luth baru sampai rumah.

Balasan pendek darinya menggusarkan hatiku. Dia masih marahkah?

Tanpa menunggu lama, aku terus menghubunginya. Berkali-kali, tetapi satu pun tidak diangkat.

Luth, janganlah macam ni. saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Kenapa Luth tak nak angkat ni? please pick up the phone... please...

“hello, sorry sayang. saya mandi kejap tadi,” jawabnya dengan nada bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku ni punyalah risau bagai nak rak, nasib baik belum menangis aje!

“ingatkan Luth sengaja tak nak angkat call,” ujarku perlahan.

“hei, mana boleh tak angkat! Dahlah jarang-jarang awak call saya,” katanya lalu ketawa.

Aku hanya terdiam, tidak tahu mahu mula dari mana.

“sayang... kenapa ni?”soalnya prihatin.

“saya minta maaf sangat-sangat. Kesian awak, dahlah penat memandu lepas tu kena layan angin tak baik saya lagi.”

“nasib baik sayang...” jawabnya lalu ketawa.

“hmm.. Luth, esok kita dinner sama-sama ye?”

“wah, impressive! First time awak ajak saya keluar,” dia ketawa lagi. Ini yang aku kecil hati ni! dahlah emosi tak berapa nak stabil lagi.

“kalau tak nak tak apa, tak payahlah gelak kuat-kuat,” balasku perlahan. Benar- benar terasa hati. Ingat senang aku nak ajak dia macam tu. terasa nak pecah dada, tapi kena gelak!

Aku berdiam diri selepas itu walaupun berkali-kali dipanggil Luthfi.

“sayang...”

“apa?”

“amboi, garangnya! janganlah marah, Luth excited aje...”

“sudahlah, dah hilang moodlah!”

“kita keluar esok ya?”

“tengoklah nanti.”

“tengok tu, bila Luth ajak ajak suka jawab macam tu!”

“at least saya tak gelakkan usaha keras awak nak mengajak saya keluar!”

Dia ketawa, “comellah sayang ni.”

Wajahku merona merah merah. Pantang kena puji sikit. Mulalah nak cair. Maintain...maintain...

“dahlah. Orang nak mandi!”

“mandi baik-baik okay? Luth nak temankan, tak boleh lagi!” dia ketawa lepas.

Aku terus menamatkan panggilan itu. GATALLLL!!


bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...