Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, September 6, 2009

::apa kata hati (part 4)



Huh! Menyesal betul Mia menjejakkan kaki ke Cameron ini. hanya menyakitkan hati sahaja. benci dia melihat Akim tadi. Sebelum masuk ke dewan, bukan main lagi dipanggilnya sayang, hatinya baru terasa sedikit bahagia. Namun apabila masuk ke dewan, lain pula yang terjadi. Bukan main lagi Akim bermesra-mesra dengan seorang gadis seksi yang Mia sendiri tidak tahu siapa namanya. Mereka kelihatan saling mengenali.

Akim perasan Mia asyik memandangnya sepanjang di dalam dewan tadi dan wajah Mia juga turut mengambarkan rasa cemburu. Tapi Akim sendiri terkejut dengan kehadiran Lily di sisinya. Entah mengapa gadis itu asyik berkepit dengannya. Ke mana dia pergi, gadis itu pasti mengekorinya sehinggakan dia tak berpeluang langsung untuk merapati Mia. Padahal dia bukannya kenal sangat dengan gadis itu. Entah apalah yang difikirkan oleh Mia.

“benci! Benci! Benci!”
“ eh, kenapa ni Mia? Siapa yang kau benci?” soal Intan. Dia menutup pintu lalu menanggalkan tudung dan disangkut di dalam almari. Dari tadi dia lihat Mia seperti ayam berak kapur. Tidak senang duduknya. Sekejap ke sana sekjap ke sini.
“tak ada apa-apa..” balas Mia. Suaranya mendatar.
“mia, boleh aku tanya sikit?” soal Intan. Dia duduk disebelah Mia. Tangan sahabatnya untuk digengm persis memberikan semangat.
“tanyalah,” balas Mia.
“apa cerita kau dengan Akim?” lambat-lambat soalan itu di tanya. Sudah lama dia ingin berbicara tentang itu dengan Mia. Namun baru sekarang dirasakan masa yang sesuai. Tadi, di dalam dewan, dia lihat Mia asyik memandang Akim dalam diam. Bila Akim dekat dengan Mia, Mia lari. Bila ada perempuan lain mendekati Akim, wajah Mia berubah. Akim pula seakan-akan mendera perasaan Mia. Seolah-olah membiarkan Mia makan hati seorang diri. Dia tidak nampak usaha Akim menjauhi Lily sebaliknya dilayan pula oleh Akim.
“kita orang putus lepas grad. He needed s0me freedom and I gave him,” balas Mia. Malas dia mahu berselindung lagi. Biarlah intan tahu segalanya tentang mereka. Dan dia bercerita hingga tiada satu pun yang terlepas dari pandangannya.
“so meaning now, he wants u back?” soal Intan. Mia mengangguk. Sedih dia mendengar kisah Mia dan Akim. Dia pula tiada di sisi Mia saat Mia memerlukan sokongan. Alangkah bersalahnya dia pada Mia.
“Mia, Hani dengan Ain tau tak?” kali ini, Mia menggeleng.
“aku tak beritahu siapa-siapa pun.”
“you should let us know babe. Aku rasa bersalah bila kau sedih, dan aku tiada untuk kau meluahkan segalanya.”
“ aku hanya tak nak menyusahkan kau orang semua. Mak dengan ayah aku pun tak tau kisah aku dengan Akim. Tapi lepas pergi rumah Akim malam tu, parent aku macam berkenan je dengan Akim…”
“Kau pula macam mana Mia?”
“He’s unpredictable. Sometime dia dingin macam tak ada apa-apa berlaku but some other time he’s so romantic sampai aku rasa nak tercabut jantung aku ni berdebar-debar kau tau tak!”
Intan tersenyum. Walaupun Mia menafikan yang dia masih menyayangi Akim, tapi dari cara Mia bercerita, Intan pasti Mia masih lagi menyayangi Akim.
“mia, why not you give him just one more chance?”
“nantila, aku fikirkan…”

Keesokan harinya, Mia bangun seperti selalu. dia mandi, menunaikan solat dan berdoa untuk kesejahteraan dia dan keluarga. Tidak lupa juga dia mendoakan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Dan akhir sekali dia berdoa agar hatinya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan untuknya. Saat ini, hanya wajah Akim yang terbayang di mindanya. Adakah AKim yang menjadi jodohnya? Siapa tahu?

Akim mengejutkan Malik yang masih lagi lena diulik mimpi. walaupun penat masih belum hilang, kewajipan yang satu itu tetap harus dilaksanakan. Usai menunaikan solat, dia menuju ke balkoni biliknya. Malik masih lagi di dalam solat. Terkocoh-kocoh dia bangun apabila dimarahi Akim. Dah besar, tapi perangai masih lagi macam budak-budak.

Nyaman udara pagi ini. sejuk pula tu. Kalau ikutkan hati, dia tidak ingin mandi pun tadi. Nasib baik ada alat pemanas air.

Mia! Detik hatinya tatkala melihatkan sesusuk tubuh di taman berhampiran dengan hotel, tempat mereka menginap. Wanita itu kelihatan sedang asyik melayani keindahan bunga-bunga yang sedang kembang mekar. Akim tersenyum. dia teringat tentang doanya sebentar tadi, semoga dia diberi peluang bersama dengan Mia semula.

Mia gembira melihat bunga-bunga di taman ini. indah, seindah perasaan dan semangatnya pagi itu. entah kenapa terdetik pula hatinya pagi itu untuk turun ke taman. Tidak sangka pula, taman ini lagi cantik dari yang dilihat dari biliknya.

“Assalamualaikum..” tiba-tiba Mia disapa oleh seseorang. Dia tahu siapa kerana dia sangat mengenali suara itu. hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang. Dia manjawab di dalam hati lalu tanpa menoleh dia terus melangkah meninggalkan suara itu.
“Mia tak nak pandang Akim langsung ke?” langkah Mia terhenti. Runtun jiwanya mendengar nada sayu dari AKim.
“Mia, kalau Mia masih lagi tak boleh terima Akim sebagai kekasih, boleh tak Mia terima Akim sebagai kawan dulu. kita mula dari awal. Build your trust on me first? Can you, sayang?” pujuk Akim. Ada getaran di situ. Resah hatinya andai Mia melangkah lagi. Dia takkan lepaskan peluang seperti ini lagi untuk memujuk Mia.

Suasana sepi. Hanya kedengaran bunyi deru angin yang mengasyikkan.

Mia, berilah dia peluang. Teringat dia pada kata-kata Intan. Tidak rugi kalau dia memberikan peluang pada Akim. Mungkin pada masa ini Akim akan lebih menghargainya.

“kawan tak panggil kawan dia sayang!” balas Mia. Perlahan suaranya melawan tingkah jantungnya yang berdengup laju.
“tapi Akim nak panggil?”

YESSS!! Dalam hati Akim bukan main bahagia lagi tatkala mendengar jawapan Mia. Tetapi dia sengaja mengusik gadis itu. pasti wajah Mia sudah kemerah-merahan sekarang.

“Akim ni!” marah Mia. Saat dia berpusing mengadap Akim, AKim betul-betul dibelakangnya. Hanya beberapa inci sahaja lagi untuk merapatkan jurang di antata mereka. Mia menundukkan wajah. Dalam masa yang sama dia bergerak selangkah ke belakang, menjauhi Akim. Degup jantungnya sudah tidak seiring lagi. Rentaknya indah, menyamai rentak degup si lelaki.
“Mia malu eh?” Akim menyakat lagi.
“mana ada!” balas Mia tegas. Padahal, hanya Tuhan yang tahu perasaannya saat itu.

Mia kau sangat cantik. Alangkah ruginya aku melepaskan kau dulu. kenapalah aku bodoh sangat. Buat keputusan terburu-buru hanya kerana perkara yang remeh-temeh. Padahal kau begitu setia dengan cintamu dulu. Mia, Akim minta maaf!

“eleh, kalau macam tu, pandang Akim!” AKim mengarah. Sengaja ingin melihat sejauh mana kebenaran kata-kata Mia.

Tanpa berfikir panjang, Mia terus memandang Akim, tepat ke matanya.

Sepi…

Orang cakap dari mata turun ke hati…

“aduh, sakitla Akim ni! Asal cubit pipi Mia pula?” soal Mia. Dia menggosok pipinya yang terasa perit. Dahlah dipaksa bertentang mata, kemudian dicubit pula.
“geram. Comel sangat! Sakit ke?” soal Akim pula. tiba-tiba dia rasa bersalah. Gelisah dia melihat Mia yang menggosok pipinya yang sudah kemerahan.

Dia turut sama menggosok pipi Mia. Mia mengelak. Akim hanya tersenyum.

“Mia…” panggil Akim lalu menyerahkan sejambak bunga ros merah yang sedang kembang mekar.
“untuk Mia?”
“yelah sayang, takkan untuk kakak yang jual tu pula,” kali ini Mia pula yang mencubit Akim. Lengan lelaki itu yang menjadi mangsa.
“mulut tu, laju je panggil sayang. Kata kawan,” marah Mia walaupun dalan hatinya begitu bahagia sekali.
“dah sayang..” pendek sahaja jawapan Akim. Senyumnya melebar. Dia tahu Mia suka. Dia akan berusaha lagi selepas ini.

Mereka beriringan meneruskan perjalanan sambil menikmati keindahan pagi. Masing-masing melayani perasaan yang berbunga-bunga. Sekali-sekali mereka ketawa mendengar celoteh masing-masing.

“Akim, perempuan semalam tu siapa?”
“Lily? Yang seksi tu? Mia jeles ye?” Akim tersenyum.
“huh, mana ada!” Mia menggeleng laju. Akim ketawa. Faham benar dengar sikap Mia. Tidak akan mengaku.
“Mia yang disayangi…” panggil Akim. Langkah Mia terhenti. Maata mereka bertentang.
“… Akim pun tidak kenal siapa Lily. Yang pasti dia bukan saingan Mia. Dan sebenarnya selepas habis majlis tu, dia minta maaf. Dia sebenarnya nak buat boyfriend dia jeles. Kenal Ikram? Diaorang tengah gaduh. Tapi bagus juga, at least AKim tau Mia pun cemburu juga!” katanya lalu ketawa.

Gembiranya AKim, mia. Apabila Mia cemburu begitu. Makin sayang AKim pada Mia!

Mia mendengus kasar lalu berjalan meninggalkan Akim. Menyesal dia bertanyakan hal itu. ditertawakan pula. tapi kalau tidak ditanya, makan hati.

“sayang… janganlah merajuk…” Akim memanggil Mia yang meningglkan dia. salah dia juga. Kalau gembira sangat pun janganlah sampai ketawa beria-ia. Kasihan Mia. Pasti gadis itu malu.

Tau takut! Ketawakan orang, bukan main lagi dia! ingat dia aje yang tau cemburu. Perempuan tak reti cemburu jugak ke? Bila perempuan lain datang, seksi, lelaki pun apa lagi, melayan. Nasib baik lily tu main-main. Kalau tak, makin makan hatilah….

“cepatlah! Mia laparlah. Tak habis-habs ketawakan orang!” marah Mia. Marah-marah sayang.

Akim mengejar Mia. Senyumnya melebar. Terik mentari yang baru sahaja ingin muncul, seolah-olah memberi sinar harapan kepada pasangan itu seiring dengan kasih yang baru tersemai semula.

Akim bahagia, Mia juga. Kata hati mereka sama. Dengup jantung mereka seirama. Pandangan mata mereka penuh dengan sinar cinta.

“ Mia…” panggil AKim, seolah-oleh meminta izin.

Dan akhirnya tangan mereka jua bersatu, tanda ikatan yang baru tersimpul.




---------------------- the end --------------------

read part 1  , part 2, part 3

7 bunga-bunga cOmeL:

-m3- said... [reply to comment]

selesai sudah...=)

ashnike88 said... [reply to comment]

fuh.. agak mnarik gak arr.. hehe

maE said... [reply to comment]

'jiwang'ness...cayalah tina hehe

ieka said... [reply to comment]

uit xkn da abis kot cm2 je wei...
cpt sgt la die terima akim.....
xpe tp best. bbunga2 gak la ak baca..huhuhu

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

hee.. alhamdulillah selesai sudah..

di alam realiti aku tidak sejiwang itu ye..haha

mula aku xnk abeskan lagi.. dah ade dlm kepala ni satu k0nflik.. tp bile2 aku pk2 balik, kalau aku buat je k0nflik tu, bile plak la k0rg dpt bace sambungn die..haha.. tulah aku abehkan dgn cara yg indah2..haha

**yg xbaek tu jgn la ikut ye kwn2.. ni cerita je..

pelaholic said... [reply to comment]

tiena ajar,kalu kapel,leh pegang tangan...ehe...main2 jer...

ok la,not bad la ending...tapi mudah sgt dia terima..patutnya ko wat la perang2 dulu ke,gaduh2 dulu ke,baru terima...hahahha

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

hee.. tu r.. nmpk mcm die sedang terima.. well~ dunia Akim n Mia..hhaha

ha pelah.. nk jadi Akim lagi ke?haha

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...