Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, January 3, 2010

...kamp0ng girl~ v0L 4


“ye, aku panggil kau budak kampung!” Aidil mengulanginya lagi. Sengaja dia kuatkan pada perkataan budak kampung. Entah mengapa, angin marahnya datang semula. Tak sangka ramai pula yang bawa mulut tentang perbalahan mereka pagi tadi. Entah-entah budak kampung ni punya pasal! Fikirnya.
“tak pernah lagi ada orang panggil aku budak kampung encik sepet, pakai spek hitam dalam DK!huh!” intan melepaskan kemarahannya. berani betul lelaki itu mengutuknya.
“kau panggil aku apa? Encik sepet?” kini giliran aidil pula membulatkan matanya.
“yelah, kau rasa kau bagus sangatlah. Masuk DK pun nak pakai spek hitam!”
“hello.. baguslah kalau aku pakai spek hitam. Daripada nampak budak kampung macam kau, menyakitkan mata aku saje!” balas Aidil pula. dia tidak mahu mengalah.
“Aidil…. you better mind your words dude! We never call her budak kampung ok.” Taufik tiba-tiba bersuara.
Sophia pula mengusap belakang Intan, menenangkan gadis bertudung ungu itu. baguslah, intan sebenarnya sudah tidak bisa berdiri di situ lagi. Budak kampung? Salahkah dia kalau berasal dari kampung? Salahkah dia andai budak kampung sepertinya belajar di sini? Salahkah?
Intan terus melangkah meninggalkan mereka, malas mahu bertekak lagi dengan lelaki ego seperti Aidil.
 “intan!” Sophia memanggil Intan namun tidak dihiraukan gadis itu. pandangannya kembali kepada aidil, “you ni, hari tu you langgar kitaorang pun you marah. Dia tak pula marah, kutuk you macam ni pun.”
Aidil diam. Cukuplah dia bertekak dengan gadis yang dipanggilnya budak kampug tadi. Sekarang dia tidak mahu bertekak pula dengan Sophia, buah hati Taufik.
“kenapa panggil aku fik?” soal Aidil kepada Taufik sekaligus tidak menjawab soalan yang baru sahaja diajukan Sophia kepadanya.
“aku nak tanya pasal tesis kau tadi, ada masalah ke? Yang kau ejek Intan kenapa?” jawab Taufik lalu menyoal temannya itu.
Aidil tidak menjawab, sebaliknya matanya memandang Sophia yang sudah duduk semula di tempatnya kemudian pandangan itu dialihkan kepada Taufik pula.
“Sophi, you pergi tengok intan kejap.  Nanti I call you after class,” pinta Taufik memahami pandangan mata Aidil tadi.
“Okay. I know he wants privaci. Man to man talk,” bisik Sophia kepada Taufik lalu dia meninggalkan mereka.


Intan terus masuk ke dewan kuliah walaupun masih ada setengah jam lagi sebelum kelas bermula. Kata-kata Aidil terngiang-ngiang di telinganya. Satu-persatu perkataan itu menghiris hati. Buat pertama kalinya, intan berasa terhina menjadi anak kampung. Buat pertama kalinya dia berasa dirinya terlalu kecil kerana menjadi anak kampung. Air matanya menitis. Selama ini dia bangga kerana dia dilahirkan dengan keluarga yang mengajarnya erti hormat antara satu sama lain. Tapi hari ni, dia benar-benar hilang kesabaran diri.
Intan mengesat air matanya. Sudah ramai yang masuk ke dalam dewan kuliah dan dia tidak mahu ada yang melihatnya menangis di situ.
“inn, are you okay?” soal Sophia. Mujur dia dapat mencari Intan di dewan kuliah ini.
“okay,” jawab Intan sepatah sambil menundukkan wajahnya. Entah bila Sophia datang, tiba-tiba sahaja dia ada di sini.
“Aidil tak bermaksud macam tu tadi Inn,” pujuk Sophia.
“habis apa maksud dia bila dia panggil saya budak kampung kak?” intan menyoal Sophia, menagih jawapan dari gadis itu.
Sophia terdiam. Dia kehilangan kata. Intan benar-benar terasa dengan kata-kata Aidil.
“dahlah inn, jangan menangis lagi,”
“inn sedihlah kak,” intan mengadu.
“you should know this dear, we never think that you are budak kampung with nothing special in you. Be confident with yourself no matter whatever people might call you. Remember that! ” kata Sophia. Dia melihat jam ditangannya. Bila-bila masa sahaja akan ada pensyarah masuk.
Inn sudah kelihatan tenang. Sophia menarik nafas lega. Akhirnya Sophia memohon diri untuk keluar tatkala Dr. Muna masuk ke dewan kuliah itu.
****
Hari ini merupakan hari terakhir dia di kampus ini. setelah bertungkus-lumus mengharungi peperiksaan, akhirnya debaran itu tamat. Maka bermula cuti  antara semesternya. Intan mengeluarkan telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Sophia sehari sebelum peperiksaannya bermula. Niat di hatinya, dia ingin menghubungi ayahnya di kampung. melihat telefon itu, dia tersenyum. baik sungguh hati Kak Sophia. bisik hatinya.
“inn, I have something to give you,” kata Sophia pada Inn semasa mereka makan di cafeteria.
“akak nak bagi apa kak?” soal intan. Sempena apa? Kalau sempena hari lahirnya, lambat lagi. Jadi untuk apa? Namun soalan itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja.
“ambillah,” kata  Sophia lalu menghulurkan sebungkus hadiah yang dibalut kemas.
Taufik, Edi, dan rose kelihatan tidak sabar untuk mengetahui apakah yang ada di sebalik bungkusan cantik itu. Johan yang baru datang turut mengambil tempat. Masing-masing teruja dengan isi kandungan bungkusan itu.
“jap..jap.. apa yang korang senyum sengih macam kerang busuk ni?” soal Johan yang masih tidak tahu hujung pangkal.
“ni, kitorang nak tengok apa yang Inn dapat,” Rose menjawab samil menunjukkan hadiah yang dipegang oleh Intan.
“eh, macam pernah tengok je bungkusan ni?” spontan ayat itu keluar dari Johan.
“shhh…” tingkah Taufik. Pandangan tajam matanya ditujukan untuk Johan supaya dia tidak meneruskan kata-kata.
“cepatlah, I nak tengok Sophia kasi you apa?” desak Rose.
Tanpa berlengah intan terus membongkar isi bungkusan itu. dia tergamam. Kotak di tangannya dipandang sejenak.biar betul?
“wah, handphone!” Rose bersuara sementara Sophia dan lain-lain hanya tersenyum.


Telefon Sony Ericsson K660i berdering, menghilangkan ingatan Intan pada bagaimana dia mendapat telefon itu. selepas melihat pemanggilnya di skrin, Intan terus menjawab pnggilan itu.
“bila you balik Inn?” soal Sophia.
“petang esok kak. Kenapa?” jawab Inn.
“kitorang nak keluar petang ni. Nak celebrate sempena dah habis exam. Want to join us?” tanya Sophia.
“err.. tak mengapalah kak. Inn belum habis pack barang la kak.”
“don’t worry. Tomorrow you still have time to pack. No need to rush. I akan hantar you ke pudu. You naik di pudu kan?”
“ala, seganlah kak. Siapa lagi ada? entah-entah, semuanya batch akak.”
“taklah. Rose dengan Johan kan ada.”
“hmmm…” intan masih lagi berat hati. Bukan apa, dia bukannya biasa keluar malam. Kalau dah namanya keluar celebrate bersama mereka tentu tidak sekejap.
“ok.. you ask Julia to come with us. Is that ok with you?”
“kalau macam tu, mula-mula Inn tanya dia dulu. kalau dia nak, Inn tanya ayah pula. kalau ayah kasi keluar, Inn ikut. Boleh?”
“amboi, susahnya nak ajak dia keluar,” jawab Sophia. kedengaran dia ketawa di hujung talian.
“sebab saya anak ayah!” balas Intan pula sambil tersengih.
“tak kisahlah Inn. Yang penting, make sure you datang ok!”
Intan melihat telefon di tangannya. Selepas menamatkan panggilannya dengan Sophia, dia berkira-kira mahu menghubungi siapa dulu. ayah atau Julia? sejak dia mempunyai telefonnya sendiri, dia lebih senang hendak menghubungi sesiapa sahaja terutama ayahnya sendiri. Namun itu bukan alasan untuk dia bergayut sepanjang masa. Sophia memberitahunya, nombor yang digunakannya merupakan nombor postpaid. Tapi semuanya sudah diuruskan oleh Sophia. Entah plan apa yang dia gunakan, intan sudah lupa. Yang intan pasti Sophia memberitahunya, kalau dia mahu membuat panggilan atau apa sahaja, gunalah. Sebab itulah intan berhati-hati. Mana tahu bila datang bil nanti, melambung-lambung pula. pengsan dia!


+ Good, finally u datang jugak. Ok. lepas asar I dengan Fik jemput u n Julia di campus. Around 5pm.
-ok. sy kena pujuk ayah tau. Julia pun sama.tapi nasib baik dia nak ikut. Kalau tak…
Intan membalas. Sengaja dibiarkan ayat itu tergantung.
+haha.. ok.i know u will make it. Nanti bila dah sampai, I’ll call u.
Balasan dari Sophia membuatkan Intan tersengih. Dia melihat jam di tangan. Sudah pukul 3 petang. Maknanya dia ada lebih kurang 2 jam untuk berkemas apa yang patut.
Telefonnya berbunyi lagi.
+bring a pair of sock, sis!
Stoking? Nak buat apa? Hmm.. bawa sajalah. Fikir Intan.


Inn, kau pakai baju kurung?” tanya Julia bila dia melangkah masuk ke bilik Intan yang sudah siap dan menunggu di atas katil.
“yelah. Takkanlah aku pakai bikini pulak?” balas Intan lalu ketawa. Julia turut sama ketawa sebaik sahaja mendengar jawapan Intan. Gadis ini, kadang-kadang lawak juga!
“teringin juga aku tengok kau pakai bikini Inn. ha..ha.. seksi ke tak?”
Mereka sama-sama ketawa.
“Duduklah dulu. kak Sophia cakap, nanti bila dah sampai dia call,” pelawa Intan.
Tidak lama kemudian, Sophia dan taufik pun tiba. Intan dan Julia segera mendapatkan mereka berdua yang sedang menunggu di parkir kereta.
“you pakai baju kurung  Inn?” itu ayat pertama yang keluar dari mulut Sophia apabila melihat intan dan Julia yang semakin menghampiri dia dan taufik.
Seperti selalu intan tersenyum. baju apa lagi yang dia ada selain baju kurung. Dia tidak kisah kerana  dia selesa. Bukankah itu yang lebih penting? Nak pakai seluar?seluar kain batik yang dia jadikan untuk tidur adalah. Mahukah mereka berjalan dengannya kalau dia pakai seluar itu? dia tersenyum sendiri.
“ni kenapa senyum sorang-sorang ni?cepat masuk. Kita dah lambat ni,” gesa taufik.
Akhirnya, kereta Nissan skyline  milik Taufik memecut meninggalkan kawasan kampus. Ini kali pertama intan menaiki kereta Taufik. Sebelum ini dia pernah naik kereta Sophia. Dia juga pernah nampak kereta yang dipandu oleh Aidil. ya, Aidil! sudah lama dia tidak dengar khabar tentangnya. Biarlah, malas mahu difikirkan tentang lelaki ego itu.
Hmm.. taufik punya kereta sendiri. Kak Sophia juga punya kereta sendiri. Aidil, Encik Sepet juga punya kereta sendiri. Kereta mereka pula bukan calang-calang kereta. Semua yang belajar di sini orang kayakah? Semua yang belajar di sini anak dato’kah?
“tapi aku anak petani saja!budak kampung,” kata-kata itu tiba-tiba terlafaz dari bibirnya perlahan, namun tidak intan sangka ada lagi 3 pasang telinga yang mendengarnya.
“Inn, aku tak nak kau sebut budak kampung dengan nada macam tu ok?” taufik bersuara keras sedang kepalanya masih tegak ke depan melihat jalan.
Dia dengar? Mereka dengar?
“maksud Taufik, it sounds like you didn’t proud with where you come from. You budak kampung yang ada ni!” kata Sophia pula sambil jari telunjuk menunjukkan kepalanya.
“you bijak! Sebab tu you ada kat sini,” sambung Sophia lagi. Intan hanya tersengih. Julia pula menepuk-nepuk bahu temannya itu.
“tapi, you always with your baju kurung. It makes you look nicer,” puji Taufik lalu ketawa. Sengaja dia berseloroh, meriangkan suasana. Penumpang di sebelah dijelingnya.
“I gurau je sayang,” pujuk Taufik. Dia tahu, Sophia sengaja memuncungkan mulutnya, kononnya merajuk.
Mereka sama-sama ketawa bila Sophia akhirnya menampar perlahan lengan Taufik.
“tak ape kak. Tak kanlah saya jatuh hati dengan ‘abang’ Taufik pula!” Intan menyampuk. Sengaja dikuatkan perkataan abang.
“Inn, jangan panggil abang ok!” Intan ketawa lagi. Dia tahu itulah respon dari taufik bila dia sengaja mengusik lelaki itu dengan panggilan abang.
“yang you ni Julia, kenapa diam je?”Sophia bertanya.
“I don’t know what to say. Dengar korang borak pun dah terhibur,” balas Julia lalu tersengih.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di Times Square. Taufik segera memandu ke kawasan parkir kereta di tingkat bawah. Dia melihat jam di tangan. Sudah terlambat setengah jam dari yang dijanji. Apa boleh buat, mereka tidak tersangkut dalam kesesakan lalulintas pada masa ini pun dah kira cukup bagus.
Mata Taufik melilau mencari parkir kosong. Begitu juga Sophia. Intan pula seperti selalu apabila sampai ke tempat baru, matanya juga melilau. Mulutnya sekejap terkumat-kamit, sekejap dia tersenyum,.
“sayang, you nak parking sini ke? Mahallah sini.” Kata Sophia.
“I know. Nak naik ataslah ni,” balas Taufik.
“Habis yang mata you tu macam tengah cari parking je.”
“yeke? I tengok kot-kot ada awek lain lagi cantik dari you ke sayang?” balas Taufik lalu ketawa. Cubitan kasih sayang hinggap di lengan kirinya.
“aduh! you ni tangan tu macam ketam. Pakai baju warna merah pun dah macam warna ketam,” kata Taufik tetapi sempat lagi dia berseloroh.
“haa.. tu parking!”kata Julia menghentikan perbalahan antara mereka.
“thank you, Julia. harapkan co-pilot I ni, alamatnya tak keluarlah dari kereta ni,” balas Taufik lalu menuju ke parkir yang dikatakan Julia. Sophia sudah lali dengan perangai Taufik yang kadang-kadang suka bergurau mengenakannya.
Mereka keluar dari kereta lalu berjalan menuju ke pintu masuk. Sophia berjalan mendahului Julia dan Intan. Taufik yang agak ketinggalan sedikit segera mengejar buah hatinya di depan. Minta dipujuklah tu! Fikir Taufik. Masak benar dengan perangai Sophia. Dia tersenyum. sebagaimana senangnya Sophia merajuk, senanglah jua dia terpujuk.
“sayang, I love you!” bisik Taufik ke telinga Sophia.
Sophia hanya menjuihkan bibirnya. Bukan dia ingin merajuk pun sebenarnya. sengaja dia berjalan cepat kerana mereka sudah lambat. Dari tadi Rose sudah bising-bising bertanyakan mereka di mana. Taufik mencapai tangan Sophia. Mereka berjalan berpegangan tangan. Julia hanya tersengih memandang mereka. Intan pula melarikan pandangannya, tidak mahu menyaksikan babak-babak seperti itu. padanya tidak manis lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpegangan tangan. Dia tidak sampai hati ingin menegur mereka. Mungkin suatu hari nanti dia mampu?
“Inn, sini. Kanan!” panggil Julia. Intan segera mengubah laluannya.
“kita nak pergi mana ni Julia?” soal Intan kepada Julia sebaik sahaja dia dapat mengejar Julia. Sophia dan Taufik pula sedana asyik bergurau senda, bergelak ketawa tana\pa menghiraukan orangdi sekelilingnya.
“manalah aku tau. Kau yang ajak aku. diorang tak cakap ke nak pergi mana? Sini ada macam-macam. Bowling, wayang, roller coaster, kedai-kedai nak shoping, surau pun senang,” balas Julia.
“kak Sophia tak cakap pun. Tapi dia pesan suruh bawa stoking,” bisik Sophia pada Julia.
“oo… nak main bowling la tu,” kata Julia.
Bowling? Intan gelisah. Dia, pegang bola bowling tu pun tak pernah apatah lagi kalau disuruh bermain. Bagaimana? Apa alasannya nanti?
“aduh!” Intan mengaduh apabila dia terlanggar seseorang.
“kau ni Inn, jalan tengok mana?” sergah Taufik kepada Intan. intan hanya tersengih manakala Sophia pula ketawa.
“kita dah sampai la Inn. diorang ada kat dalam,” kata Sophia.
“nak buat apa dalam ni?” tanya Intan.mujur soalan itu ditanya perlahan. Buat apa lagi kalau bukan nak makan? Dia pernah dengar nama restoran ni. Kenny Rogers Roasters. Alamak! Baru dia teringat sesuatu, “err.. Julia kat mana ATM?”
“aku pun baru sekali datang sini. Aku tak familiar sangatla,” balas Julia.
Terasa kelat air liur yang ditelannya. Sudah! Apa harus dia buat sekarang? Menyesal pula dia mengikut mereka dan dia terlupa, wang ditangannya tidak pun sampai RM50.
“jangan risau, aku belanja kau hari ni!” satu suara muncul dari belakang Intan. Dia pantas menoleh. Aidil!
Intan semakin cemas. Aidil meninggalkan dia yang masih tercegat di pintu masuk Kenny Rogers. Dia mendengar Aidil menegur teman-teman yang lain, bermakna Aidil turut sama menyertai mereka malam ni.
Budak kampung! Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.
Saat kakinya hampir mengubah langkah, tangannya ditarik....




to be continue...


p/s:s0ryla. mcm pnjg je.. hee

1 bunga-bunga cOmeL:

pelaholic said... [reply to comment]

hbskn cpt bleh kn?huhuhu....ko bg ending dulu...phtu ko bg jln crite...mcm ok gak...hahaha

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...