CHAP 6
Sebaik sahaja pulang dari kerja, aku terus mencari-cari pakaian yang sesuai. Mestilah nak nampak cantik di mata bakal suami. Almari baju, aku buka. Satu-satu pakaian aku selak. 15 minit berlalu, tetap tiada yang berkenan di hati.
Aku duduk di atas katil sambil merenung almari pakaianku yg terbuka luas. Tiba-tiba aku terfikir, yang aku beria-ria sangat ni kenapa? Baru bakal suami, bukan suami lagi? Bukankah lebih baik nampak cantik di mata suami? Lagipun, kalau seseorang tu sayangkan kita, dia mesti terima kita seadanya!
Akhirnya aku hanya mencapai mencapai blaus kegemaranku dan skirt hitam. Mujur kedua-duaya tidak perlu diseterika. Itu yang aku paling suka tu!
Jam telah menunjukkan pukul 8.30. sudah lebih setengah jam aku menunggu. Tapi kelibat Luthfi tidak kunjung tiba. Dari rasa teruja sudah menjadi rasa malas yang berganda-ganda. Aku mencari handphone di dalam beg tanganku.
“Luth mana awak ni? saya dah siap dah,” kataku sebaik sahaja mendengar suaranya dihujung talian.
“eh, luth dengan Leena ni sayang! Luth ingat awak tak nak dinner sama-sama, kebetulan Leena ajak Luth temankan dia. kita orang kat jusco ni.”
Jawapan Luthfi yang tersangatlah jujur itu meremuk-redamkan hatiku yang dari tadi setia menanti. Tanpa berlengah lagi, aku terus menamatkan panggilan.
Biarlah, biarlah mereka berdua hari ni!
Aku mengesat air mata yang mula mengalir. Terasa betul-betul tidak berguna. Salah aku juga kerana langsung tidak menghantar sms, atau menghubungnya pasal malam ini.
Tapi, tidak fahamkah dia yang aku benar-benar tidak suka dia keluar berdua-duaan dengan Leena? Tidak tahukah dia, yang aku cemburu?
Luth jemput sayang ye kejap lagi?
Sms itu aku baca dengan hati yang walang.
Tak payahlah.
Telefonku berdering beberapa saat kemudian. Aku melihat nama di skrin, tentulah Luthfi! namun aku tidak terasa sedikitpun mahu menjawabnya apatah lagi mendengar suaranya pada saat aku sedih begini.
Sayang, pick up the phone...
Sms itu aku biarkan sepi. Akhirnya aku terlena bersama deraian air mata kecewa.
BUNYI deringan telefon mengejutkan aku. Dengan rasa mamai dan mata yang berat, aku terus menjawab panggilan itu.
“sayang, Luth ada kat luar ni!” ayat dari Luthfi membuatkan aku bingkas bangun lalu mengintai di celah tingkap.
Aku melihat jam di dinding. Pukul 10!
“awak buat apa ni??” soalku lalu terkocoh-kocoh membuka pintu. Panggilannya aku tamatkan sebelum sempat dia menjawab pertanyaanku.
“kenapa comot ni sayang?” soalnya bila dia melihat aku yang kini berada di depannya, di pisahkan oleh pintu pagar.
Aku hanya berdiam diri.
“menangis ya?”soalnya lalu mengusap pipiku. Aku mengelak dan dia tersenyum.
“sayang dah makan?” dia merenungku lembut.
Aku menggeleng perlahan.
“jom temankan Luth makan,” pelawanya dengan senyum manis.
Dah makan kenyang-kenyang, nak ajak aku lagi!
“hah, tu dahi berkerut tu, tak puas hatilah tu! cepatlah, Luth lapar ni sayang...” pujuknya lagi.
Aku merenungnya tajam. Yelah tu!
“betul. Sumpah!” dia mengangkat tangan kanannya. “Luth belum makan lagi. Luth terus hantar Leena balik lepas dia beli semua barang-barang dia. lepas tu, Luth terus datang sini.”
KERANA kasihankan dia, aku turutkan juga walaupun terasa berat. Kami ke gerai makan yang berdekatan.
“sayang tak nak makan ke?” soalnya selepas pelayan yang mengambil order meninggalkan kami.
Aku hanya menggeleng.
“sayang, tudung sengetlah! Sini, Luth betulkan,” ujar Luthfi lalu membetulkan tudungku.
Aku memandangnya yang turut merenungku lembut. hilang seketika semua rasa amarahku padanya digantikan rasa kasih yang tidak berbelah-bahagi.
Aku lihat Luthfi tersenyum, “Luth minta maaf ye sayang. Luth janji takkan jadi lagi macam ni.”
Tanganku di atas meja digengamnya erat.
“tak apa, leena tu kan penting! Saya ada kereta, kalau saya lapar atau nak keluar, saya boleh keluar sendiri,” balasku lalu menarik tanganku dari gengamannya.
“sayang cemburu ya?”
“memanglah!!! Sepanjang hari tau saya fikir nak pakai baju apa, tudung yang mana! Habis aje waktu pejabat, saya terus bergegas balik sebab excited nak bersiap. Alih-alih, bila dah siap rupa-rupanya tak jadi. Siapa yang tak sakit hati?” marahku padanya. Mujur keadaan di restoran mamak ni bising. Kalau tak, habis satu kedai dengar drama sebabak ni.
“alala... kesiannya sayang Luth ni,” pujuknya pula. langsung tidak ambil hati dengan marahku tadi.
“tambah-tambah bila keluar dengan perempuan lain, lagilah sakit hat! Tu yang menangis tu?” sambung Luthfi lagi.
“biarlah kalau nak menangis pun, bukannya awak peduli!”
“sayang... janganlah cakap macam tu. siapa kata Luth tak peduli? Kalau tak kerana sayangkan awak, luth tak ada dengan awak sekarang tau! Luth betul-betul minta maaf. Kita salah faham aje...” bersungguh-sungguh dia menafikan tuduhanku sebentar tadi.
Tidak lama kemudian, pesanan kami tiba. Aku terus meneguk teh tarik berhampiran denganku. Aku lihat Luthfi memandangku sambil tersenyum. Senyumannya itu seakan-akan menghantar makna sesuatu.
“tak apa, Lut tahu awak suka teh tarik. Minumlah, Luth ambil teh ais awak,” kata Luth.
Aduh, malunya! Selalu memang aku akan order teh tarik. Tapi tadi bila Luthfi turut memesan air yang sama, malah serentak pula tu menjawab apabila ditanya pelayan, aku terus mengubah pesananku kepada teh ais.
“sorry...” aku tersengih. Malu... malu...
“hai, nasib baiklah salah minum air, kalau tak, sampai sekarang tak nak senyum untuk Luth kan?”katanya.
Aku ketawa. yelah... yelah... aku ‘forgive and forget’lah hal hari ni!
“Luth...”
Dia memandangku dengan dahi yang berkerut, mungkin pelik dengan nada lembut yang aku gunakan. Tadi kan garang macam singa lapar? Hakikatnya memang aku tengah lapar pun dan maggi goreng di depan Luthfi nampak amat menyelerakan!
“err... tolong orderkan maggi goreng. Macam best je!lapar....”
Dia ketawa. aku hanya tersenyum sahaja, tidak larat lagi untuk terasa hati dengannya. Sudah pe’elnya selalu ketawakan aku. Biarlah, asalkan dia gembira!
“tahu pun. Tadi jual mahal. Sayang makan ni dulu,” ujarnya lalu menolak maggi goreng yang belumpun disentuhnya.
“habis, Luth?” soalku.
“Luth orderlah yang baru,” jawabnya lalu mengangkat tangan memanggil pelayan.
Sebagai usahanya melayanku, memujukku malah memberikan makanannya kepadaku walaupun dia sendiri belumpun menjamah apa-apa, aku memaksanya untuk berkongsi denganku sementara menunggu pesanan baru tiba.
Dia menolak dan hanya tersenyum melihat aku makan dengan berselera. Tentulah, perut dah lapar sangat!
“makanlah sikit, please...” pujukku lagi. Aku semakin dihimpit rasa bersalah apabila dia masih lagi menggelengkan kepalanya.
“ni, kalau awak tak nak jugak, jangan harap saya nak buat macam ni lagi sampai bila-bila,” ugutku lagi lalu mengangkat sudu yang berisi maggi goreng tinggi separas dengan mulutnya.
“kalau yang ni, mana boleh Luth tolak!” balas Luthfi. Sempat juga dia ketawa walaupun mulut penuh dengan maggi goreng.
Tak senonoh dan mengada-ngada! Jeritku di dalam hati.
bersambung...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment