Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, January 28, 2011

euthanasia_bab 6


16 OGOS 2006
Batu hampar, kedah
Pagi yang indah membuatkan dia terasa damai yang tidak terlafaz dek kata-kata. Lama dipandangnya keindahan panorama alam ketika fajar siddiq. Kemerahan meganya memukau mata hati. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa. DIA yang mencipta dan mengaturkan segala yang di bumi dan di langit.
Dia tekupkan kedua tapak tangan ke pipi. Hanya tinggal tulang dengan kulit sahaja. Dia sedar kini tubuhnya makin susut dimamah sakit yang tidak bertepi. Merah darah yang menghilang membuatkan wajahnya pucat saban hari. Tiada lagi selera seperti dulu, seperti waktu dia masih sihat, boleh berjalan, berlari dan melakukan apa sahaja tanpa menyusahkan orang lain.
Tiba-tiba dia terasa kesejukan yang luar biasa. Tidak pernah dia merasakan kedinginan yang sebegini. Dan kerana sedetik itu, dia terasa kehilangan. Kehilangan diri sendiri. Dia tidak tahu siapa dirinya apatah lagi mengenali insan-insan disekelilingnya.

Ya ALLAH.. siapa aku ni? Siapa sebenarnya diriku ini? Amilia gagal mencari diri sendiri. Dia bukan sahaja kehilangan tenaga tapi dia bagaikan sudah hilang segala ingatan. Segalanya kosong dan terus kosong.

“Bagaimana Ami rasa sekarang?” soal Dr. Nadia.
“Maksud doktor?”
“Maksud saya, selalu tak Ami rasa pening tiba-tiba dan sakit kepala seperti semalam.”
“Selalu juga. Macam malam semalam, sedang asyik saya membaca buku ilmiah, tidak semena-mena pangkal leher saya terasa kejang dan kepala pula rasa bagai direntap-rentap. Kenapa doktor?” balasnya menceritakan apa yang terjadi pada dirinya yang dianggap serba kekurangan.
“Ini adalah disebabkan gangguan saraf di pangkal otak akibat sistem peredaran darah ke saraf yang berkaitan terganggu. Ini adalah sebahagian daripada implikasi penyakit awak Ami.”
“Ya Allah..” dia tergamam. Hanya kalimah itu yang mampu diucapnya.
“Sebenarnya system peredaran darah awak mungkin dijangkiti barah yang dipanggil Multiple Myeloma.”

Tiba-tiba sepasang tangan memeluknya erat…
“Ami.. Ami.. Ami anak ibu.” Panggilan itu terasa terngiang-ngiang di telinganya.
“Ami..Ami siapa? Saya?” Amilia bertanya seperti orang bodoh.
Pandangannya dilemparkan pada seraut wajah tua yang berada di depannya. Ada esakan yang dapat dirasakan oleh Amilia. Tiba- tiba dakapannya terlerai dan bingkas wanita tua itu meluru keluar tanpa sepatah kata. Amilia kebingungan. Kenapa dia ditinggalkan? Apa yang dia telah buat?
“Ami, tak kenal kami siapa?” soal pula seorang lelaki tua tidak lama selepas itu.
Dia lihat wanita yang mengaku dirinya ibu sebentar tadi teresak-esak di belakang lelaki itu. Lambat-lambat dia menggeleng. Apa lagi yang harus dijawabnya. Dirinya sendiri pun dia tidak tahu masakan pula sepasang wanita dan lelaki tua di depannya kini.

“Blood test hari tu adalah untuk menganalisis kandungan hemoglobin iaitu bilangan darah merah. Hasil ujian semuanya menunjukkan bilangan rendah dari paras normal terutama kandungan hemoglobin yang Cuma 6.8gm/dl sedangkan paras yang sepatutnya ialah antara 12gm/dl -  13.5gm/l.
Pada awalnya kami menjangkakan beberapa kemungkinan sama ada masalah buah pinggang awak atau mungkin leukemia. Tapi, berdasarkan hasil pemeriksaan sum-sum tulang, mengesahkan yang awak menghadapi barah darah.. maksud  saya Multiple Myeloma.”
“Saya tak faham,” soal Amilia. Suaranya sengaja direndahkan. Dia cuba mengawal perasaannya. Lututnya goyah.
Multiple Myeloma adalah barah yang menyerang sel plasma pada sum-sum tulang. Salah satu cara untuk mengawalnya ialah dengan kemoterapi. Selain itu, buat sementara ini kita cuba kawal dengan suntikan interferon. Tapi kalau kedua-duanya kurang berkesan, terpaksalah kita lakukan autologous stem cell transplantation.”
Dia terlopong. Autologous stem cell transplantation. Mendengarnya sudah membuatkan dia berasa gerun. Dia mengucap di dalam hati. Apa lagi ujian yang bakal dia hadapinya. Terasa kekuatan dirinya meyusut ke tahap sifar. Ya.. ALLAH.. bantulah hambamu yang lemah ini.

“Inikan ayah dan mak Ami. Ami tak kenal?”
Sekali lagi dia menggeleng. Dilihatnya sepasang tua itu menitiskan air mata. Fikirannya melayang entah ke mana. Mindanya menerawang mencari hakikat sebenar diri dan keluarganya. Pelukan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ayah terasa mendamaikan dan membuatkan dia terasa disayangi. Kekuatannya yang hilang bersepai bagai gelas kaca dihempas ke lantai konkrit kini meresap semula ke urat-urat sarafnya memberikan satu anjakan pada semangat dan ketabahan hatinya.
Terdetik di hatinya mungkin naluri begini menjadi bukti pertalian mereka. Berulang kali dia memujuk dirinya menerima hakikat yang dia sendiri tidak pasti. Perlahan-lahan sepasang tangan menyelimuti dirinya yang kudus. Dahinya dikucup penuh syahdu. Puas diingatnya wajah-wajah di depannya kini namun ternyata ingatannya kian lumpuh, selumpuh jasadnya yang kian lemah.

Autologous stem cell transplantation sejenis rawatan yang mengambil sum-sum tulang awak sendiri. Kemudian sum-sum tulang ini akan dibersihkan dan dirawat. Selepas itu ia akan dibiakkan.” Jelas Dr. Nadia.

‘Ya ALLAH ya Tuhanku, kurniakanlah aku kekuatan zahir dan batin supaya aku dapat menghadapi ujian ini sebaik mungkin. Berkatilah hidupku serta hidup kedua orang tuaku yang sekarang sudah tidak aku kenali. Limpahkanlah mereka dengan rahmat dah kasih-Mu sepertimana mereka mengasihiku yang lemah ini. Berikanlah jua kekuatan kepada mereka dalam menghadapi karenahku. Aminn..’

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...