Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, September 4, 2012

kelapa muda vs dia 1



CHAP 1

Aku menolak kasar daun pintu rumah berkembar itu. mujurlah nenek juga yang sponsor. Kalau tak, tak berasalah duduk rumah atas tanah di KL ni. itupun tetap juga aku bayar bulan-bulan pada nenek walaupun acapkali nenek menolak. Mana boleh!

Beg tanganku dicampak ke sisi Ana yang sedang asyik menonton tv.

“Hoi, kau apa hal?” Ana memekik,menyakitkan gegendang telingaku.

“parang mana Ana? Kau simpan kat mana hari tu?” soalku pada Ana. Orang terakhir yang menggunakan parang adalah teman serumahku itu.

Ana memandang aku pelik. Dahinya berlapis-lapis.

“kau nak buat apa dengan parang Kiki?”

“aku tanya, kau jawab jelah!”

Kesian pula aku tengok wajah menikus Ana bila dimarah begitu. Habis, yang aku tanya dia tak nak jawab tu kenapa?

“kat.. kat.. chop! kau kenapa ni?”

“aku tengah bengang ni!! mana parang Ana?” aku  berlari ke dapur bila Ana seolah-olah tidak mahu memberi kerjasama denganku. Mencicit Ana berlari mendapatkan aku.

“kau nak buat apa dengan parang tu?” soalan itu juga yang ditanya sejak dari tadi.

“Benn! Benn tinggalkan aku. Jantan tak guna. Dia tinggalkan aku kerana perempuan plastik tu. argh!!!” aku menjerit sekuat hati melepaskan geram.

Laci aku buka satu-persatu. Pisau paling pesar yang ada di dalam laci itu, aku pegang. Hmm, ni tak boleh ni. besar-besar dia pun, tiga jari aku ni lagi besar! Tak lepas ni.

“Kiki sabar! Benda boleh bawa bincang...”

Entah apa yang dibebelkan Ana sudah tidak kedengaran lagi di telingaku. Tak kira, aku nak juga parang! Kalau tak, tak tenteram aku tidur malam ni. Semua tempat di dalam dapur itu aku selongkar. Akhirnya jumpa juga parang yang aku cari-cari.

Aku tersenyum lebar.

“Kiki, jangan!!!” Ana menjerit macam histeria sambil berlari ke pintu hadapan dan berdiri di situ.

“kau kenapa?”

“kau jangan bunuh orang, Kiki!”

“tepilah! Aku nak keluar!” aku menolak Ana kasar.

“Kiki,janganlah macam ni. kejap-kejap aku pakai tudung. Aku ikut kau,” balas Ana kalut lalu berlari mendapatkan tudungnya di dalam blik.

aku pandang pokok kelapa gading di halaman rumah kami itu. hmm...

“kau nak pergi mana masuk dalam kereta aku tu?”

“aku nak ikut kaulah,”

“kalau nak ikut aku, bawak tangga tu sekali.”

“kau nak bawa tangga tu buat apa? Kita nak ceroboh pagar rumah Benn ke?”

“suka hati akulah. cepatlah!”

Ana mengikut cakapku macam orang bodoh. Yang tadi dia beria-ria tahan aku dari bunuh orang, kenapa sekarang dia pula yang beria-ia nak ikut? Hish, Ana ni!

“nak letak mana ni?”

“sini!” kataku sambil berdiri di bawah pokok kelapa gading itu.

“kau nak buat apa sebenarnya Kiki?”

bersambung....

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...