Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, May 31, 2009

:: Umi Khadijah (part 1) ::

13 bunga-bunga cOmeL
Namaku Umi Khadijah. Kata mama, namaku diberi sempena nama isteri pertama Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Mama mahu aku jadi seperti Khadijah, wanita tabah yang menjadi tulang belakang suaminya di kala susah dan senang serta berkorban demi Islam. Kata papa pula, namaku ini diambil sempena nama arwah moyangku yang meninggal dunia sewaktu aku dilahirkan. Di saat semua gembira menyambut kelahiran aku melihat dunia ini, moyangku, Umi Khadijah atau nek Umi dijemput Yang Maha Esa. Jadi tak kisah lah, sempena nama siapa namaku ini tetapi aku sangat berbangga dengannya. Walaupun satu ketika dulu aku sering diketawakan kerana punya nama yang kononnya sedikit kolot.

“nama siapa kolot??? nama aku ni nama isteri nabi tau!!” marahku kepada mereka yang tidak habis-habis mengutuk namaku.
“tapi nama kau tak sedaplah,” kata salah seorang dari teman sekolahku lalu ketawa.

Aku dipulaukan dari teman-teman. Betapa tidak adilnya mereka. Kerana sepotong nama, aku disisihkan. Aku tidak salahkan mereka. Kehidupan di bandar mungkin membuatkan mereka tidak tahu tentang kisah nabi-nabi. Walaubagaimanapun aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku ada kerana aku punya teman yang betul-betul memahami aku.

“kenapa awak menangis?” aku disapa oleh seorang budak lelaki di saat aku bersedih.
“mereka pulaukan saya,” jawabku setulus mungkin.
“ kenapa? awak ada buat salah?” soalnya.
“tidak. Mereka tak suka dengan nama saya.” Aku lihat dia terkejut.
“ siapa nama awak?” soalnya lagi.
“Umi Khadijah,” aku menjawab. Dia tersenyum.
“sedap nama itu.”

Sepotong ayat itu membuatkan kami menjadi teman yang sangat akrab. Tiap kali aku diejek, dia ada menyelamatkan. Aku suka berkawan dengannya. Walaupun dia dari keluarga yang sangat berada tapi dia tidak pernah memandang rendah padaku yang baru sahaja berpindah dari kampung ke bandar mengikut papa yang mendapat pekerjaan yang lebih baik. Perkenalan kami ditakdirkan sekejap cuma. Keluarganya terlibat dalam kemalangan dan selepas itu aku sudah tidak tahu apa yang terjadi dengannya.

“kawan kau dah mati,” ayat itu bagai pisau yang menusuk ke jantung. Memang dasar budak-budak tak ada adab.

Kerana ayat itu juga mama dan papa dipanggil ke sekolah kerana aku telah menampar budak itu. Memang lucu. Aku sendiri tidak menyangka, aku boleh berbuat begitu padahal umurku baru menjangkau 9 tahun. Tidak lama selepas itu, kami berpindah lagi. Kerja papa memang membuatkan kami berpindah randah. Tetapi yang ini adalah yang terakhir. Rumah kami sampai sekarang di sini. Di kota Kuala Lumpur ini.

“kak Umi, mama panggil makan,” ujar adikku sebaik sahaja menolak pintu bilikku.
“Sarah kenapa tak ketuk dulu pintu bilik akak?” marahku kerana kedatangannya betul-betul mengejutkan aku. hilang semua cebisan-cebisan memori yang terimbas seketika di mindaku.
“Sarah dah ketuk tapi akak tak jawab pun,” balasnya. Aku pula rasa bersalah. Dia datang memanggilku tetapi dimarahi pula.
“yelah. Terima kasih. Akak nak bersiap kejap. Kejap lagi akak turun.”
“akak nak pergi MPH lagi ke? Sarah nak ikut,” pintanya. Memang menjadi hobiku di hujung minggu berkunjung ke MPH di Mid Valley atau di One Utama. Tujuanku hanya satu, menghabiskan masa di sana dengan membaca.
“sarah nak buat apa kat sana? Nanti sarah bosan tunggu akak,” soalku padanya.
“sarah nak cari satu buku ni. Dekat kedai buku kolej Sarah dah sold out. Bolehlah akak, nanti kalau Sarah bosan, Sarah pergilah window shopping. Akak baca jelah macam selalu,” pujuknya lagi sambil tersengih.
“yelah ikut suka Sarahlah. Tapi tanya papa dulu ye,” balasku. Apa salahnya dia mengikut.
“Ok. Sarah tanya sekarang,” kata Sarah lagi, senyumnya semakin melebar.
Aku segera bersiap. Tidak mahu papa dan mama menunggu untuk makan tengah hari bersama. Saat aku menuruni tangga, memang semua sedang menunggu. Begitu juga dengan abang dan tunangnya. Terlupa pula hari ini, kami punya tetamu. Sarah sudah pun mengambil tempatnya.
“Umi ni lambatlah. Kesian kak Ann dah lapar tunggu umi,” kata abang. Aku tahu dia bergurau. Kak Syazana menyiku abang. Mungkin malu abang bergurau begitu. Abang mengaduh manja lalu senyum ke arah tunangnya. Mereka sangat secocok bersama.
“maaflah abang. Umi lupa Kak Ann nak datang. Umi bersiap tadi, nak keluar lepas ni,” balasku lalu tersengih.
“pergi MPH lagi ke?” soal papa. Aku mengangguk.
“papa, papa kasi sarah ikut Kak Umi kan?” kini giliran papa pula menganngguk.
“Umi buat apa kat sana?” soal Kak Ann.
“dia suka baca buku kat sana. Belinya, tak juga. Dari belajar kat universiti sampai dah bekerja, pergi situ dan membaca sahaja. Dulu tak kisahlah belajar lagi, tak ada duit. Tapi sekarang dah kerja.” Kata abg.Aku ketawa.
“Umi pernah juga beli ok! Alah tak luak pun buku yang ada kat sana walaupun Umi selalu pergi baca. Lagipun hujung minggu je Umi lepak sana” aku mempertahankan diri.
“kenapa tak baca kat library je?” soal Kak Ann lagi.
“ Alah kak, library skema lah.” balas adikku pula.
“betul..betul..” jawapanku membuatkan semua ketawa.
“ dahlah tu, marilah kita makan. Jemput makan Ann,” kata Mama.

Selepas makan, aku menolong mama mengemas apa yang patut sementara menunggu adikku bersiap. Mamaku sangat cekap melaksanakan tugasnya sebagai suri hidup papa dan ibu kepada kami adik-beradik. Bagiku, mamalah mama terbaik di dunia ini. Dia seorang ibu Mithali dan isteri yang sempurna. Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah dengar mereka bergaduh. Papa pula sangat menyayangi mama. Semua yang mama suka mesti papa belikan untuk mama. Tetapi mama tak pernah ambil kesempatan atas kasih sayang yang papa curahkan.

“akak, Sarah dah siap. Jomlah.” Ujar Sarah. Aku segera menamatkan kerjaku.
“pergilah Umi. Akak habiskan cuci pinggan ni.” Kata Kak Ann yang sedari tadi turut menolong mama walau sudah berkali-kali ditegah mama.
“eh, it’s ok sis. Just a little bit more.” Balasku.
******

Setengah jam kemudian, kami tiba di One Utama. Tak sabar aku melangkah ke MPH. Ada novel baru keluar minggu ini.

“akak, sarah pergi cari buku sarah tu ye,” kata Sarah tatkala aku sedang mencari novel Salju Sakinah. Aku mengangguk. mataku sudah tertancap ke arah sebuah novel berwarna biru di hujung rak. ‘1st best seller’. Aku terkocoh-kocoh ke sana.

“aduh!”aku mengaduh. Sakitnya jatuh begini.
“Are you ok?” tanya seoaang lelaki. Dia utuh berdiri sementara aku pula jatuh terduduk. Betapa tidak adilnya perlanggaran ini. bagaimana dia boleh maintain sahaja di situ.
“ok..ok.. I’m sorry. Tak perasan,” balasku cuba untuk bangun. dia menghulurkaan tangan untuk membantu. Aku menggeleng tanda tidak perlu.
“Apa yang you kejar?” soalnya apabila aku sudah berdiri di hadapannya.
“novel tu. Maaf ye, saya pergi dulu. Terima kasih,” balasku lalu melangkah lalu tersenyum.
“Wait, what’s your name?” aku berhenti tatkala mendengar pertanyaannya. Perlukah dia mengetahui namaku ini?
“Umi,” balasku pendek.
“Sayang, jom balik. I bosanlah!” tiba-tiba muncul seorang perempuan dengan gaya yang cukup membuatkan aku rasa menyampah. Aku menanti bicara lelaki itu. dia seperti ingin berkata sesuatu sebelum perempuan yang mengada-ngada itu muncul.
“I belum jumpa lagi that book,” balasnya. Dan aku sudah tidak tahu apa yang mereka bualkan lagi selepas itu.

Aku meneruskan hobiku seperti selalu. 2 buah novel menjadi pilihanku. Salju Sakinah dan juga sebuah novel baru tulisan Aisya Sofea, penulis yang aku minati.

“Akak, akak bayarkan dulu buku ni ye. Tadi Sarah terlupa nak minta duit pada papa and now I don’t have enough cash. please…” rayu Sarah. Kasihan pula aku melihatnya.
“yelah. Nanti akak bayarkan. Akak belanja Sarah.”kataku.
“wow, terima kasih kak.”
“tapi dengan satu syarat?” balasku. Apa salahnya untuk kebaikan dia juga.
“apa?” senyuman dia hilang untuk seketika.
“You have to get A in this subject. Can you?” dia tersenyum dan senyuman itu semakin melebar.
“no prob!” dia mengangguk. dia menyerahkan buku setebal 2 inci itu kepadaku lalu meminta izin untuk pergi.
“Nanti akak call Sarah. Jangan lupa solat.” Aku lihat dia mengangguk.

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku masih belum menunaikan solat zohor kerana terlalu asyik membaca novel. Segera aku menyudahkan helaian terakhir. Novel Salju Sakinah, aku letakkan semula walaupun aku masih belum membacanya. Aku sangat berkenan dengan novel itu di tambah pula dengan kulitnya yang berwarna biru, menambahkan lagi minat aku terhadap novel itu. disebabkan salinannya yang masih banyak di rak, aku tidak takut untuk letak semula. Selepas ini aku akan datang lagi untuk membacanya. Aku berjalan menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar buku yang dipilih adikku.

“Cik, Umi kan?” aku hairan. Bagaimana dia mengetahui namaku.
“ye?”
“ni ada hadiah dari seorang lelaki. Dia suruh beri pada cik,”
“Are you sure?” aku mengambil bungkusan itu dan menghulurkan pula wang untuk buku Sarah. Aku lihat dia mengangguk.

Aku membelek bungkusan itu. biar betul. Siapa pula yang nak beri hadiah pada aku. dari segi saiznya aku dapat agak yang hadiah itu merupakan sebuah buku.
Aku segera menuju ke surau di tingkat 4. Setiap kali aku datanng mesti ramai orang.. padanlah dengan hujung minggu begini, mestilah ramai yang hendak menghabiskan masa bersama-sama. Tak kisahlah family atau pun pasangan bercinta. Couple? Teringat aku pada lelaki tadi dan buah hatinya. Dia kelihatan biasa sahaja tetapi perempuan itu, perangai gediknya sangat melampau-lampau. Belum lagi si sarah yang melihatnya. Tentu adikku itu dengan selamba menegurnya sama seperti dia lakukan pada seorang perempuan suatu masa dulu ketika dalam tren LRT.

“hei, awak ni. Tak reti duduk diam ke? Meliat-liat kat laki kenapa? dah tak reti nak berdiri tegak. Kalau boleh macam nak masuk dalam baju dia. Dah kahwin ke belum?”

Termalu perempuan itu. stesen berikutnya, dia bersama teman lelakinya keluar dari tren. Adikku langsung tidak menunjukkan muka bersalah sebaliknya hanya selamba seperti tiada apa yang berlaku.

Tiba di surau aku terus menunaikan solat. Setelah usai, duduk menyandar di dinding dengan niat ingin menunggu masuknya waktu asar. Bungkusan di kanan, aku pandang sekilas. Siapakah pemberinya? Aku segera membuka balutannya dan melihat apakah isinya.

‘salju sakinah’. Mana dia tau pasal novel ni. Aku membuka helaian pertama.

-ikhlas dari Hafez. Do contact me..

Hafez? Siapa Hafez? Seingat aku, aku tak punya kenalan bernama Hafez. Memandangkan aku perlu mengucapkan terima kasih kepadanya, lantas aku mendial nombor yang dia berikan kepadaku. Hanya dengan sekali bunyi, panggilan terus berjawab.

“errr… Hello.. Hafez??”
“Hei perempuan. Kau jangan kacau boyfriend aku ok. Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa.. perempuan jalang…”

Aku terus mematikan panggilan itu. kenapa malang betul aku hari hari ni. Terjatuh depan lelaki. Kena maki tak tentu pasal. Dalam asyik aku mengelamun, telefon bimbitku berbunyi.
“Assalamualaikum kak. Akak kat mana. Dah bosanlah berjalan sorang-sorang.jom balik.”
“Itulah. Akak dah cakap tadi kan. Datanglah. Akak kat surau ni. Lepas sembahyang asar kita balik.”


*****

Hari ini merupakan hari yang paling penting untuk kami sekeluarga terutamanya abangku ini. abang akan bernikah hari ini bersama tunangnya, kak Syazana. Mereka kelihatan cocok sekali dengan suit bewarna krim pilihan mereka berdua. Aku gembira sekali hari ini. tercapai sudah hasrat aku memiliki kakak walaupun hanyalah kakak ipar. Aku menolong mama apa yang patut. Melayan tetamu, melayan saudara mara.

“Hai..” aku disapa tatkala sedang bercakap-cakap dengan sepupuku.
“hai..” balasku pendek. “emi, nanti kita borak lagi ye.”kataku kepada sepupuku pula. siapa pula ni? Aku segera mengerahkan otakku berfikir mencari identiti lelaki ini.
“remember me?” soalnya.
“oh, you are the one yang I langgar hari tu dekat MPH kan,” kataku. Dia mengangguk bersungguh-sungguh. Macam mana dia boleh ada di sini. Siapa yang jemput dia?
“Your brother. I’m one of his friends,” katanya, bagai dapat membaca persoalan yang muncul di mindaku.
“oh, you dah makan ke? Come, have a seat.” Kataku lalu tersenyum.
“Belum. I baru sampai. Boleh I jumpa dengan Faiz dulu?” balasnya turut tersenyum.
“nak jumpa pengantin mestilah boleh.” Ujarku lalu mengajaknya masuk kedalam rumah untuk ke bilik abangku. “you dah terlepas time diorang bersanding tadi. Cantik betul. I really like it. Hopefully nanti I boleh bersanding macam tu jugak. Ops.. maaflah. I kalau bercerita bab keindahan ni memang beria-ia.” Aku lihat die tersengih-sengih.
“It’s ok.I pun suka tengok u suka.”kata-katanya mengejutkan aku. ada maksudkah?
“did you mean something?” soalku. Dia hanya menggeleng tapi tersenyum penuh makna.
Aku sudah malas mahu berfikir. Mungkin memang tiada apa-apa. Abang terus memeluknya saat mereka bersemuka. Mungkin mereka teman baik. Lagak mereka seperti sudah tiga atau empat tahun tidak jumpa. Aku melayani Kak Ann sementara abang dan lelaki itu berbual. Tiba-tiba abang memanggil aku.
“Umi, ini abang kenalkan member abang baru balik dari kerja kat UK. Abang dah lama tak jumpa dia dan tak sangka pula dia datang. Nama dia Hafezi,” kata abang. Aku hanya tersenyum begitu juga dengan lelaki itu. yang peliknya kenapa aku yang diperkenalkan dengan lelaki itu bukannya Kak ann.
“just call me Hafez. nice to meet you,” katanya lalu menghulurkan tangan ingin bersalam. Aku hanya memandang.
“hei, kau kena kahwin dengan adik aku baru boleh salam okay!” tegur abang. Bukan sahaja lelaki itu malu tetapi aku turut sama malu. Ada ke cakap kahwin-kahwin macam tu. Mestilah aku malu.
“kalau macam tu, aku kena tackle adik kau dululah ye?” si hafezi ini pula menambah-nambah. Semakin malu aku dibuat mereka. Kak Ann hanya terseyum.
“Alah… dua-dua pun sama nak kenakan Umi. Umi keluar dululah.” Balasku sambil tersenyum malu. Lagi lama aku di situ entah apa-apa lagi yang keluar dari mulut mereka.
“Umi,..” langkahku terhenti tatkala mendengar namaku dipanggil.
“Temankan I makan.” Aku terkejut dengan permintaannya. Namun setelah bertembung pandangan dengan abang, aku turuti juga.

Malam itu aku ingin segera naik ke bilik, sudah tidak mampu melayan tetamu yang sedang rancak berbual di ruang tamu. Lagipun aku tidak rasa ketidakhadiran aku di situ mencacatkan apa-apa kerana semuanya kawan-kawan mama dan papa.

“Mama, umi nak nak naik dulu. penatlah ma,” bisikku pada mama. Mama mengangguk. aku memohon diri dari tetamu yang ada.

Tanpa berlengah aku terus naik ke bilik. abang dan Kak Ann masih lagi berbual dengan teman mereka di bawah. Sarah pula awal-awal lagi sudah mengundur diri. Geram benar aku dengan perangainya. Bukannya mahu ditolong aku menyediakan makanan dan minuman untuk tetamu yang masih lagi bertandang ke rumah. Tidak menang tanganku di buatnya.

Selesai membersihkan diri, aku menunaikan solat isyak. Kemudian terus merebahkan diri atas katil. Aku mengeliat sedikit, membetulkan perjalanan urat darahku di samping kakiku yang lenguh berjalan ke sana ke mari membantu mama bagi memastikan kenduri abang berjalan dengan lancar. Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku mengutuk di dalam hati. Siapa pula yang mengganggu aku malam-malam begini? Sekilas aku melihat di skrin telefonku. Hanya tertera sebaris nombor yang sudah pasti tiada dalam simpananku.

“hai sayang, I rindu youlah,” suara itu kedengaran tatkala aku menjawab penggilan itu. Aku pelik, siapa pula yang bersayang-sayang dengan aku.
“err… I think you have dialed the wrong number,” balasku.
“Umi kan?” soalnya. Ya, memang betul aku Umi, tapi aku manalah ada orang panggil aku sayang-sayang macam ni.
“I’m Umi but maybe different with your ‘Umi’. I penatlah. You dah salah nombor. You dah salah call Umi lain,”balasku pula. malas mahu berteka teki dengannya lantas aku meletakkan telefon. Namun ketenangan malam itu di rosakkan dengan deringan telefonku untuk kedua kalinya. Mula-mula aku membiarkan sahaja namun apabila berkali-kali ia bordering aku sudah tidak tahan lagi.
“You nak apa lagi?” marahku pada si pemanggil.
“Assalamualaikum,” suara itu memberi salam. Aku terdiam. Siapa pula ni. Skrin telefon bimbitku dipandang. Nombor baru lagi. Kali ni siapa pula?lama-lama aku menjawab salam.
“marah nampak Umi? I ganggu you ke?” soal suara yang masih belum aku ketahui siapa.
“maaflah, siapa ni?” soalku berdiplomasi.
“Hafez. Ingat lagi?” balas lelaki itu. tiba-tiba aku tersenyum. Entah mengapa satu perasaan indah wujud dalam hatiku.
“Eh, yang mana ya? Ha, ni mesti yang paksa I makan dengan dia petang tadi kan?” balasku. Dia ketawa dengan nada gurauanku.
“you tengah buat apa? Berehat ya?”soalnya padaku.
“tengah baring-baring. Penatlah siang tadi tolong mama layan tetamu. Kawan-kawan I lagi. Lepas tu kena pula temankan kawan kesayangan abang I pula kan…” balasku lalu ketawa.
“ala, bukan selalu I dapat peluang macam tu kan?entah bila lagi you akan temankan I,” dia ketawa di hujung ayatnya.
“kalau you nak I temankan you, cakap je bila. I akan temankan you,” balasku tanpa berfikir panjang. Terlepas cakap pula, malunya. Juallah mahal sikit. Ni nak berserah je. aku menyesali kelancanganku.
“serious?” soalnya pula.
“err.. I gurau je Hafez,”jawabku
“kecewalah macam ni. Macam mana I nak tidur malam nanti. You dah tolak pelawaan I,”rengeknya. Memangada-ngada pula kawan abang ni.
“Wait Hafez. I think… you dah ada girlfriendkan? Ajaklah dia keluar. Nanti apa kata dia pula kalau you keluar dengan I,” balasku.
“Jadi kalau I tak ada girlfriend, you sudilah keluar dengan I?” soalnya. Alamak, aku nak jawab apa pula?
“hmmm.. macam nilah lelaki. Nak keluar dengan perempuan lain, sanggup tipu kata tak ada girlfriend walaupun ada sebenarnya,” balasku. Tiba-tiba aku rasa menyampah dengan lelaki ini.
“Eh, bila pula I tipu you. I cakap kalau I tak ada girlfriend kan?” jawabnya pula seakan mahu bergaduh denganku.
“apa-apalah Hafez. Malas I nak bergaduh dengan you. I penat,”kataku lalu memberi salam dan mematikan panggilan itu.

Hafez nampaknya tidak mengalah. Telefonku berdering lagi. Aku terus menekan punat off. Lelaki sama sahaja! Benci betul aku. entah dari mana pula dia dapat nombor. Ni mesti abang punya kerja.

*****
setahun telah berlalu. abang dan kak Ann sudah dikurniakan bayi lelaki yang sangat comel. Kemudian diberi nama Muhammad aiman. Aku masih lagi begini. Meneruskan kehidupanku sebagai seorang perancang bandar, dan pembaca novel di MPH. hobiku nan satu itu susah benar untuk ditinggalkan.

“Umi, abang ada tetamu hari ni. Jangan ke mana-mana pula,” kedengaran suara abang member arahan.
“kenapa pula Umi tak boleh ke mana-mana? Ala… last week umi busy sampai tak sempat ke MPH. takkanlah minggu ni, Umi kena duduk rumah pula kena layan tetamu abang?” rayuku pada abang. Dalam hatiku tertanya-tanya, mengapa pula aku yang harus melayani tetamu abang itu. bukankah kak Ann ada, mama ada, malah papa pun ada. Tiada cacat celanya kalau aku keluar sebentar.
“kawan abang tu nak jumpa dengan adik abang ni. Nak buat macam mana. Nanti abang suruh dia temankan umi ke MPH ok?” pujuk abang.
“amboi, kasi pula umi ni keluar dengan orang yang umi tak kenal?” soalku sinis kepadanya.
“sebab abang kenallah sayang. Kalau tak, takkan lah abang nak kasi dia keluar dengan adik abang yang cantik ni?” balasnya lalu ketawa.
Aku terus menaiki tangga ke bilik. Malas mahu melayannya.
“hah, ni kenapa monyok pula ni?” tegur mama sebaik sahaja selisih denganku.
“abang tu!mengada-ngada pula dia. geram betul Umi!”

Aku menolong mama di dapur. Beria-ria pula mama masak hari ini. apabila ditanya, dia hanya tersenyum kepadaku. Hai…. Istimewa sangat ke tetamu abang hari ni?

“Mama, siapa beli tepung karamel segera ni ma?”
“abang kamulah. Apa lagi, buatlah puding karamel tu,” arah mama.

Aku memandang mama penuh tanda tanya. Tapi aku turuti jua arahannya. Tidak susah untuk membuat pudding karamel. Semua sudah tersedia. Tepungnya dicampur dengan susu dan panaskan sehingga ia separa pejal. Kemudian tuang di dalam bekas yang terisi dengan gulanya. Gulanya pun sudah diberi. Cuma perlu dibancuh dengan air suam. Apabila sudah sejuk, masukkan dalam peti ais. Tunggu untuk dihidang!

“ ok, dah siap? Lagi nak buat apa untuk tetamu abang hari ini?” soalku pada mama.
“kamu pergi siap cantik-cantik,” kata mama. Dia memandangku penuh makna.
“apa lagi ni mama? Kenapa kawan abang yang nak datang, umi pula yang kena siap cantik-cantik?” soalku pada mama. Geram pun ada. semua orang membiarkan aku tertanya-tanya sepanjang hari ni.
“pergilah tanya abang kamu tu,” kata mama.

Aku malas mahu berfikir lagi. Kalau ditanya pada abang pun, jawapannya hanya sama. Senyum macam kerang busuk. Lebih aku naik bilik, baca novel yang sedia ada.

“ma, umi naik bilik ye. Dah tak ada apa-apa kan?” pintaku mengundur diri. Kulihat mama mengangguk.

Di ruang tamu, abang mangacah-acah anaknya. Kak ann pula hanya tersenyum lesu. Maklumlah masih dalam pantang lagi. Comelnya Aiman!! Geram betul aku. tapi disebabkan hati yang bengang dengan sikap abang, aku tidak jadi singgah di situ sebaliknya, kakiku terus sahaja melangkah ke bilik.

Novel ‘andai itu takdirnya’ karya siti rosmizah menarik minatku untuk mengulang-baca. Mp3 diatas meja segera kucapai. Memang menjadi kebiasaan aku membaca sambil mendengar lagu. Begitu juga ketika aku membuat lakaran atau sedang belajar. Halwa telingaku mestilah tidak diam dari disinggahi bunyi-bunyian.

“umi, kawan abang dah sampai,” terdengar suara abang di luar pintu bilikku. Aku bermalasan bangun ke pintu.
“tak tukar baju lagi?” soal abang terkejut melihat penampilan aku, berbaju t dan berseluar trek.
“ala, malaslah abang!” balasku.
“kawan abang dah sampai, cepat turun!” arahnya lalu turn meninggalkan.

Kawan dia yang datang, aku pula yang kena itu ini. tak faham betul aku. bukan aku kenal pun siapa yang datang. Hah? Jangan-jangan yang datang ni, konon-kononnya bakal suami aku? nak kenal-kenalkan dengan aku dulu. kalau betullah, memang cari nahas dengan akulah jawabnya. Sudah berkali aku cakap, jodoh aku, biar aku yang cari sendiri.

Akhirnya aku turun jua tetapi masih barbaju-t cuma seluar sahaja sudah bertukar jeans. Tudung, aku hanya selempangkan ke atas. Ini tandanya memprotes tindakan abang yang menyuruh aku itu dan ini!

Langkahku terhenti di anak tangga yang terkhir. Hafez? Dia tetamu abang? Sudah setahun aku tidak bertemu dengannya. malah kali terakhir aku bercakap dengannya adalah pada malam aku putuskan yang aku benci lelaki seperti dia, sudah punya teman istimewa tetapi masih mengharapkan perempuan lain.

“hah, tu apa tercegat lagi kat situ? Hafez dan aqilla dah lapar tu,” kata papa.
Semua mata tertumpu padaku, begitu juga Hafez dan anak kecil disebelahnya. Ya, Aqilla! Aku dengar papa sebut tadi. Siapa Aqilla? Anak Hafez barangkali? Mungkin sudah dikenalkan dengan ahli keluargaku sebaik sahaja dia sampai tadi.
“mama, mana Farah?” soalku pada mama, menutup gugup di hati. Aku perasan matanya masih lagi mamandangku.
“Farah keluar dengan kawan-kawannya. Katanya ada discussion.” Balas mama. Aku mengambil tempat duduk di sebelah abang.
“hai Umi…” suaranya kedengaran di telingaku. Aku membalas sapaannya dengan senyuman yang entah bagaimanalah rupanya. Memang benar, aku sangat gugup saat itu.
“hafez sambung kerja di UK setahun. sekarang ni dia dah tukar ke Malaysia,” tingkah suara abang menyampuk. Motif? Aku sendiri tak pasti.
“hai Aqilla! Aqilla berapa tahun?”
“4 years old untie!” balasnya. Aku tersenyum. Amboi, speaking dengan aku! memang sahlah kahwin dengan perempuan mat salleh. Tiba-tiba aku terasa sedih. Dah kahwin rupanya dia, melepaslah aku. tetapi bukankah dulu aku yang menyekat hubungan yang cuba terjalin?
“sudahlah, mari kita makan. Jemput makan Hafez, and u also lil aqilla,” pelawa papa.

Kami menjamu selera. Tiada juadah yang berjaya mengurangkan perjalanan sel-sel otakku dari bekerja keras mencari jawapan bagi setiap persoalan yang muncul. Tanganku menyuapkan nasi ke mulut tetapi hatiku berada di dimensi lain. Mulutku mengunyah, tetapi otakku ligat mencari jawapan. Sekali-sekali pandangan mataku dan dia bertembung. Dia tidak mengalah sebaliknya aku yang akhirnya tertunduk malu. Mama melayani si kecil Aqilla makan. Berselera benar aku lihat dia. mungkin sudah setahun kot tak jumpa masakan melayu.

“Hafez, kau free tak petang ni?” abang bersuara.
“free, kenapa?” soal Hafez.

Aku malas ingin mengambil tahu apa yang menjadi perbualan mereka. Suapan terakhir segera aku habiskan lalu meneguk air kosong yang berada di bahagian kiriku. Padahnya, kerana terlalu ingin cepat habis, aku tersedak tatkala abang meminta Hafez menemaniku ke MPH.

“last week dia tak dapat pergi Hafez, kesian dia. kau temankanlah dia kejap, boleh?” suara itu benar-benar buat aku rasa ingin marah.
“Hish, apalah abang ni. Menyusahkan Hafez je. selama ni pun Umi pergi sendiri je,” balasku. Sedayaku ingin elakkan diri dari keluar dengan suami orang. Yang abang ni pun satu. Hafez tu dah beranak satu, nak juga suruh temankan aku.
“ala, tak susahkan I pun umi. Setakat nak pergi MPH tu. Bukan abang you mintak teman you ke UK,” balasnya. Aku tahu niatnya ingin bergurau, namun padaku ayatnya hanya menambahkan rasa jengkelku padanya. Dasar lelaki. Huh!
“entahnya Umi ni. Biarlah Hafez temankan kamu. Taklah papa risau sangat,”
“ tapi pa, selama ni Umi pergi, papa tak cakap macam tu pun,” balasku
“selama ni pun memang papa risau, tapi papa tak luahkan. Mama pun risau tapi dah itu yang Umi nak sangat buat,” kata mama pula.
“kalau risau sangat abang kan ada, boleh teman Umi,” balasku tidak ingin mengalah.
“abang kena temankan Kak Ann. Dia kan dalam pantang. Dia belum makan lagi,” balas abang.

Semua pun nk aku keluar dengan si Hafez ni. Semua pun nak aku keluar dengan suami orang kenapa?

“Umi rasa, Umi tak jadi keluarlah hari ni. Umi nak siapkan lakaran Umi. Sorry Hafez, I tak nak keluar dengan suami orang!” kataku lalu bangun dan membawa pingganku ke dapur untuk dicuci.
by the way, ni pudding karemel yang abang suruh buat tadi. Umi minta diri dulu ye..” kataku lalu naik ke bilik. biarlah apa mereka ingin katakan. Yang penting sekarang mereka sudah tahu prinsip aku.

Friday, May 29, 2009

: Akim af7: titah sultan ::

4 bunga-bunga cOmeL
sebenarnya kali ni aku xde feel langsung nk layan af7. memandangkan duduk kt kolej, exam lagi... selebihnya aku x berapa minat sgt.. tapi beberapa minggu yang lalu, secara kebetulan aku tertengok konsert af7(kalau x life pun, ulangan kot) kt rumah. konsert ke 8. tema teater musical. bila je tgk persembahan pembukaan, terus jatuh hati. pastu bila akim buat persembahan lagu titah sultan....... wah, menariknya. tiba-tiba terasa rugi x tgk PGL d musical hr tu... terus terminat AKim secara tak langsung. the next concert, aku x saba nak tgk AKim perform. lagu i'm yours(aku rasa ada dua lagu. lagi satu x ingt) perfecto!! haha... memang nmpak le bintang die tu.. malam konsert ke 9 ni, hafiz pun x kurg jugak hebatnya.memang mantap gile r masa dia bawak lagu i believe i can fly.... terasa aura die tu sampai kat aku yg mendengar ni...hahaha

jadi.. skrg aku nk upload la vdeo titah sultan by Akim...heee
next time hafiz punye plak.


video

Thursday, May 28, 2009

i'm back... =)

8 bunga-bunga cOmeL
Salam…

Hai.. selamat kembali membaca. Dah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini. Bila dah balik kampung, internet pun berkampung jugak.

Kali ini aku datang degan suatu segmen baru yana aku nak letakkan dalam blog aku ni. Bila dah duduk rumah, bosan-bosan, laptop jugaklah aku ngadap.segment ni aku namakan ‘d tipical love stories’.

the tipical love stories..

sebab tipical?

Padaku, kisah cinta ni same je. bila satu kisah penceritaan tu bermula, pengakhirannya ada dua. Bersama atau tidak. Yang beza hanyalah pada jalan penceritaannya ,bagaimana ia bermula. Bagaimana ia berakhir, bagaimana di pertengahan cintanya, watak dan yang sewaktu dengannya. At last, seperti yang aku cakap pasangan bercinta ni bersama atau pun tidak.

sebab love story?

Mungkin sbb aku ni masih muda remaja, suka baca novel, pantang tengok cerita cinta dalam tv, ada hero hensem, terus rasa teruja.. oh sweetnye~~

Selain tu memang dari dulu lagi hobi aku ni mengarang. Tapi yang aku karang tu mesti secara tak langsung pasal cinta jugak.. haish bosan! aku pernah try bawak cite selain cinta, tapi x jadi. Mesti tak boleh nak gerak. Tapi dalam bosan2 ni pun aku teruskan jugak. Sebabnye, memang hobi aku.

And one more thing… semua kisah ni aku reka je. dr pengalaman, pemikiran, pembacaan, penglihatan, pengamatan.. kalau ada sebarang persamaan, kebetulan aje.. =)

Aku mula minat bidang2 penulisan ni, dari aku sekolah rendah lagi. Kalau korang ingat lagi, time2 tu famous dengan kisah pengembaraan (zaman2 aku la.. 90an) ala standart cte budak2.. n kebetulan, my 3rd sis rajin pula menulis cte2 camni. Aku selalu curik2 baca dalam buku sekolah dia yang dia dah tak guna. Lama2 aku pun terikut dia. rasa puas bila dapat tulis macam yang aku sendiri nak. Bila masuk sekolah menengah, aku rasa satu penghormatan bila dapat markah tinggi dari cikgu aku ni. Dia sangat cerewet..hoho..Dan kalau diberi pilihan, aku akan pilih karangan yang berbentuk cereka. Karangan fakta adalah pilihan terakhir.

Bahan bacaan aku pulak, bahan yang ringan2.. bahasa yang terlalu sastera kadang-kadang aku sendiri tak paham (salah aku sbb tak byk ilmu. Masih menuntut) bahan2 ilmiah pun aku layan jugak. Tapi mostly aku lebih suka baca novel cinta dr sape2 je n novel thriller dr ramlee awang mursyid. Bila dah dapat satu, memang dah tak bleh buat keje lain. Sebab tu bila dah dekat exam, aku akan jauhkan diri aku dari novel. =p

(tula kot masalah orang macam aku. baca yang ringan2 je)

x kisahla ape yg kite bace tp yg penting kasi manfaat pada kita walaupun sikit. (bace novel pun ade gak mesej die.. hee)


Oklah.. selamat membaca.

Enjoy~ ;)

Friday, May 8, 2009

:: happy holidays ::

5 bunga-bunga cOmeL

happy holidays to all my campusmates n sape2 je yg tgh bercuti...

take care..

see ya~ next time...

salam..

Tuesday, May 5, 2009

:: dah abes exam... yeay!! ::

4 bunga-bunga cOmeL
yes!!!

finally abes jugak exam untuk semester ni.. overall, i can say OK.. some quite tough, some were easy.. well that's what exam is all about rite..hee

terasa terseksa plak menjadi antara org2 terakhir abes exam.. sume org dah menjoli sakan.. aku ni terpaksa mengadap buku menelaah lgi.. selalunya akulah antara org terawal yg abes exam dulu.. tapi kali ni, tah macam mana buat pertama kalinya, hari exam aku smua hujung2..xkisahlah.. ada jugak kelebihan exam hujung2. boleh stdy byk2.. kan..kan??

musim exam kali ni, aku tidak lagi melepak2 stdy kt bbg (bilik bacaan). entah mengapa berat plak kaki aku melangkah ke sana.. permulaan stdy week aku bayk habiskan masa stdy di bilik. bila start first paper, aku mula stdy kt dewan makan..

dewan makan... hmmm... kdg2 sunyi.. kadg2 bising.. tp nak marah tak boleh... rutin aku hari2 sama je..

bgun..breakfast... stdy... mkn...tdo kejap... stdy...main bola tampar... mkn mlm... stdy... tdo...
(termasuklah rutin harian yg lain.. mandi ..solat..)

aku happy sgt time ni...hee

bila exam dah abes.. merancang plak aktiviti2 untuk mengisi masa yang terluang sebelum berangkat pulang ke kedah... hoyeaaaaaa!!

tu jela untuk kali ini.. thanx for reading...

aku xde idea sebenarnya nk tulis. tapi nk aku nk share ng semua orang yang aku daH HABIS EXAM.... YEAY!!

Sunday, May 3, 2009

:: exam... :

5 bunga-bunga cOmeL
3th mei 2009

0054 am

dewan umarak, tuanku bahiyah residential college, University of Malaya

testing... testing...

salam..

petang tdi, aku ke exam hall. taking my 4th paper for this final exam. dlam perjalanan tu, hanya Tuhan saja yang tahu bertapa gundah gulana nya perasaan aku ni.. semua rasa bercampur menjadi satu..

bila exam tamat, aku dah tak terkata... sedihla jugak.. soalannya quite tough..

sampai je kolej, solat, tukar baju.. apa lagi.. main VOLLEYBALL. hee.. sekuat hati aku serve.. hari ni tukar net lain. net yang lama tu dah koyak rabak dah...

main puas2....

balik.. mkn.. mandi.. solat... stdy... maple...blogging...hee

>>selingan je... oklah, nk sambung stdy.. next paper will be on this coming monday~tomorrow la..

chaiyok tina!!!

Friday, May 1, 2009

:: tini's 21st birthday ::

3 bunga-bunga cOmeL




salam...

post kali tentang birthday tini..

dear my lil sis...

happy belated birthday... all the best in whatever u do n remember, we will be always love you...

sorry lambat postkan tini nye birthday. exam bersusun2....hee

birtday girl n her dear friends...



28th april 2009
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...