Al- Baqarah
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Friday, February 26, 2010
...kamp0ng girl~ voL7
“PUTRI..” Aidil ketawa sambil menyebut nama itu. ayah Intan yang bercerita tentang nama itu semasa dia melawatnya di hospital semalam. Dia masih ingat betapa garangnya wajah Intan memandangnya apabila dia memanggil gadis itu dengan nama Putri.
“siapa benarkan awak panggil nama Putri?” marah Intan.
“hai… cik puteri dah marah ke?hmmm.. aku tengok kau ni tak sesuai langsung dengan nama Putri. macam manalah nama itu boleh dipanggil pada kau ye?” soal Aidil sengaja mahu mengusik. Intan yang sedang menyiang ikan berhenti, lalu meletakkan pisau.
“awak ni kan… selalu buat saya naik angin tau! Selalu buat saya marah! Boleh tak sekali sekala awak diam, jangan cakap apa-apa?” pinta Intan. dia sudah bosan bergaduh dengan lelaki itu.
“dan jangan panggil saya putri lagi! Faham!”
“ak…”
“diam! Pergi duduk depan! Pergi ke sungai atau mana-mana yang tiada saya,” arah Intan. kemarahannya sudah sampai ke tahap maksima manakala kesabarannya hanya senipis bawang.
‘Intan..intan.. makin kau marah makin aku suka tengok kau. Tak sangka kau sangat bencikan nama itu. tapi kenapa Intan? ayah kau tak cakap apa-apa pun.’ Aidil bersoal jawab dalam hatinya. Dia masih lagi tersenyum seorang diri.
Selepas dimarahi Intan, dia terus ke sungai. Sudah hampir seminggu dia dan Sophia di rumah Intan. ayah Intan pun akan pulang esok. Mungkin sudah tiba masanya mereka pulang saja.
“Aidil, apa you buat seorang diri di sini?” sapaan Sophia mematikan lamunannya.
“saja lepak-lepak sini, you cari I ke?” soal Aidil kepada Sophia.
“lebih kurangla. Intan panggil makan. Lunch is ready.”
“you all makanlah dulu. nanti I balik.”
“hai, kenapa you all ni? Tadi Inn masam muka. Bila I kata, tunggu kejap I nak panggil you, dia pun suruh kita berdua makan dulu. sekarang bila dah jumpa you, you pun cakap benda yang sama,” soal Sophia. Wajah aidil kelihatan serba salah. “come on Aidil. you both bergaduh lagikan?”
Aidil hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Dia bangun lalu melangkah meninggalkan Sophia yang masih termangu-mangu.
“you kata nak makan?”
Serentak dengan ayat itu, Sophia bangun lalu mengekori Aidil.
“esok kita baliklah. Lagipun ayah intan keluar wad esok. Dah hampir seminggu kita bercuti kat sini. Umi I dah bising kat rumahlah Sophia. Actually I tak cakap pun kat dia yang I datang sini. Mesti dia tak kasi punya. I ni kan anak kesayangan dia,” kata Aidil lalu tersenyum bangga.
“you ni tau bergurau juga ye! Tapi kalau dengan intan tu garang semacam,”uajar Sophia.
“excuse me, we are talking about going back tomorrow okay! Not about that kampung girl,” balas Aidil pula.
“I tak kisah pun. Tapi I like staying here. Terasa aman, jauh dari sesak dan hiruk pikuk kota. Truely kampunglah!”
“I know. Tapi kita kan dah lama kat sini. Beban juga kepada Intan sebenarnya. nak layan kita. Besides, she don’t like me as well.”
“itu kata you. You mana tau yang dia tak suka you?” soalan itu sengaja ditanya Sophia untuk menjerat Aidil, sekaligus mengetahui rahsia hati lelaki itu.
“well, I ni kan suka cari pasal dengan dia. kita balik esok ya?” tanya Aidil lagi mengharapkan gadis yang sedang berjalan di sebelahnya itu tidak lagi mengubah topik.
Sophia akhirnya mengangguk sambil tersenyum penuh makna. Mahu tapi malu konon! Dia ketawa di dalam hati.
Keesokan harinya, haji Shukri menjemput adiknya yang sudah pun dibenarkan keluar dari wad. Intan hanya menanti di rumah bersama Sophia sementara Aidil mengikut haji Shukri. Masa yang ada digunakan untuk memasak hidangan tengah hari itu. pastinya hidangan yang istimewa kerana hari ini ayahnya pulang ke rumah dan dalam masa yang sama hidangan terakhir untuk Sophia dan Aidil yang akan kembali ke Kuala Lumpur.
“Intan you merajuk dengan Aidil ke?” soal Sophia berbisik ke telinga Intan. matanya sekilas memandang Mak Long Zabedah yang sedang menanak nasi.
Intan terkejut mendengar soalan Sophia. Ketara sangatkah wajahnya? Memang dia terasa hati dengan lelaki itu. sesuka hati sahaja memanggilnya Putri sedangkan nama itu sudah terkubur bersama arwah ibunya dulu. memanggilnya dengan nama itu membuatkan dia kembali teringat kepada arwah ibunya. Bukan mahu dipujuk tapi sekurang-kurangnya mintalah maaf. Tetapi yang terjadi hanyalah suasana sepi antara mereka berdua. Tiada langsung patah perkataan yang keluar dari mulut aidil untuknya. Mungkin kerana marahnya petang semalam yang menyuruh supaya Aidil diam.
“kenapa pula inn nak merajuk dengan dia kak?” intan tidak menjawab sebaliknya menyoal semula Sophia yang sedang memotong betik muda untuk dibuat ulam.
“tanya kita pula. inn suka dia ya?” masih lagi berbisik.
“kak, siapalah Inn ni kak, nak suka dia? dia tak pandang pun budak kampung macam Inn ni,” balas Intan. lirih sahaja suaranya. Dengan rupa Aidil yang sedap mata memandang, dengan kereta dan kekayaan yang dimiliki keluarganya,dengan ijazah yang sedang diusahakannya, siapa yang tidak suka? Gadis mana yang tidak terbayang-bayangkan dirinya? Gadis mana?
Tetapi bagi Intan, bukan itu semua yang menjadi ukuran. Dia tidak pandang harta kekayaan, dia tidak pandng pada kemewahan. Cukuplah sekadar mencintainya sepenuh hati, memahaminya dan menyayangi ayahnya seperti mana dia. Aidil hanya memenuhi satu sahaja criteria itu. satu sahaja! tegas Intan walaupun dalam diam dia mula mengagumi lelaki itu. lelaki itu dilihatnya pandai mengambil hati orang tua terutama sekali ayahnya.
“Aidil tu lurus orangnya Intan dan dia main lepas cakap aje. Janganlah ambil hati sangat,” pujuk Sophia. Intan hanya tersengih. Beria-ria memujuknya pula.
“apa yang kamu berbisik-bisik ni?” soalan dari mak long mematikan perbualan antara mereka. Kedua-duanya memandang wajah wanita yang sudah berusia 50-an itu.
“tak ada apa-apa mak long. Ni kak Sophia ni, dia teringat pak we dia dekat KL nun,” balas Intan berseloroh. Akibatnya, satu cubitan hinggap di lengannya.
“I pula. Intan ni mak long mahu tapi malu pula,” ujar Sophia pula. ayat yang sama jualah yang digunakan kepada AIdil semalam.
Hajah Zabedah pada mulanya tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Sophia namun beberapa saat selepas itu, dia tersenyum lebar. Andai betul sangkaannya, dia tiada halangan.
“berapa umur Aidil tu ya Sophia? Mak long tengok dia baik je bercakap dengan orang tua. Pula tu, pandai melayan ayah intan dan pak long kamu.
“apa ni mak long. Tanya-tanya pasal AIdil pula,”marah Intan manja. Malu apabila mak longnya mula bertanya tentang Aidil.
“yang kamu nak malu-malu ni kenapa pula. tengok muka dia Sophia. Dah merah-merah. Agaknya betullah sangkaan mak long ni,” galak betul mak longnya mengenakan dia. Sophia pun apa lagi, sukalah ada yang sekepala.
“umur aidil sama dengan saya mak long, 23 tahun. Rasanya masih solo,” balas Sophia lalu ketawa.
Selepas itu intan tidak tahu apa yang diborakkan oleh mereka kerana dia keluar ke kebun mengutip pucuk pegaga. Malas dia mahu mendengar celoteh yang mustahil-mustahil belaka. Tapi yang pasti, sebaik sahaja dia menutup daun pintu, kedengaran ketawa mereka memecah ruang dapur. Sukalah tu bila dia mengalah begitu.
Pucuk pegaga yang dikutipnya diletakkan di dalam bakul yang dibawa. Dia duduk bertenggek di atas tunggul kayu berdekatan batas sayur. Sayur sawi yang ditanam ayahnya sudah hampir boleh dikutip. Begitu juga dengan ubi keledek dan kobis. Lobak merah dan lobak putih baru mengeluarkan bunga. Sayur-sayur itu ditanam untuk keperluan mereka sahaja. saja mengisi masa lapang. Ada lagi sebidang tanah di hujung kampung,tanah milik ayahnya yang dipenuhi dengan tanaman buah-buahan bermusim. Cukuplah rezeki yang dapat setiap kali musim buah-buahan digunakan untuk menampung kos hidup mereka.
Penat bertenggek di situ, intan berjalan menuju ke sungai pula. entah mengapa, dia ingin melayan perasaannya sebentar. Rasa berdebar diusik Sophia dan ibu saudaranya membuatkan dia tidak selesa untuk kembali ke dapur itu semula. Mujurlah dia sudah siap memasak lauk-pauk tadi.
“Hai Intan, termenung jauh nampak! Rindu aku ke?” sapaan Daud yang tiba-tiba berada disebelahnya mengejutkan Intan. bila masa pula anak Tok Penghulu ni ada kat sini?
“apa dekat-dekat ni Daud. Pergilah sana! Tak boleh tengok orang senang. Nak kacau saja,” kata Intan bingkas bangun dari duduknya di atas batu tadi. Niat di hati ingin melayan perasaan dengan kedinginan air sungai itu tidak kesampaian apabila tiba-tiba Daud muncul di sebelahnya. Sangat hampir, sehingga intan dapat mencium bau kurang enak dari lelaki itu. rokoklah tu!
“Intan.. intan..penat aku tunggu kau balik, tapi kali ni kau balik dengan kawan ye?” soal Daud lalu menghampiri Intan yang sudah melangkah jauh darinya.
Melihat kemaraan Daud, Intan melangkah lagi. Air sudah ke paras lutut, membasahi kain batik yang dipakainya.
“Daud, baliklah. Apa kau buat ni? Aku tak nak mandi sungai,” rayu Intan.
“aku nak berborak dengan kaulah Intan. dah lama kan kita tak pernah sembang. Kita kan kawan.” Nada Daud membuatkan Intan semakin naik rimas. Sudahlah dengan Aidil, dia sudah punya masalah. Dan sekarang masalah lain pula datang?
“kita tak pernah berkawan lagi sejak kau cari pasal dengan aku dan kawan-kawan aku dulu. dahlah Daud. Baliklah. Aku sejuk ni,” rayu Intan tapi bernada tegas. Air sudah sampai ke pahanya. Mujurlah dia terlintas untuk mengambil seluar panjang di ampaian tadi dan menyarungnya sebelum ke sungai. Sekurang- kurangnya kakinya tidak terdedah kerana kain batiknya sudah kembang di permukaan air.
“intan?” suara itu kedengaran. Daud mengalihkan pandangannya pada arah datangnya suara itu. tanpa melengahkan masa, Intan membuka langkah silatnya dan menumbuk Daud sekuat hati sehingga lelaki itu jatuh ke dalam sungai. Kemudian gadis itu melompat naik ke atas tebing.
Aidil yang memerhatikan adegan sebabak itu ternganga. Tidak di sangka gadis berbaju kurung itu tahu bersilat dan berjaya menjatuhkan lelaki lebih berat dari dirinya sendiri. Sedikit sebanyak Aidil semakin kagum dengan gadis kampung itu.
“Daud, aku dah cakap suruh kau balik kan? Kau degil. Sekarang baliklah. Jangan kacau aku lagi!” kata Intan lalu meninggalkan Aidil yang masih lagi terkedu dan Daud yang sudah terduduk di dalam air.
“Intan wait!” panggil Aidil. Intan mempercepatkan langkahnya. Tidak mahu mengadap Aidil dengan keadaan dirinya yang basah begitu.
“Putri!” panggilan itu membuatkan langkah Intan kaku. Aidil masih tidak serik! niat di hatinya untuk memaafkan lelaki itu di tarik balik.
“berapa kali saya..” kata-kata Intan terhenti di situ apabila wajah Aidil betul-betul di hadapannya. Pantas Intan memusingkan tubuhnya kembali. Dadanya berdebar. sejak bila pula dia berada betul-betul di belakang aku? desis hati Intan.
“sorry… I didn’t mean it. I call you Intan, but you didn’t respond to me,” jelas Aidil menunjukkan riak wajah bersalah kepada Intan walaupun gadis itu membelakanginya. Sejak mengetahui cerita sebenar dari ayah Intan mengenai nama itu sewaktu perjalanan pulang dari hospital tadi, Aidil dihambat rasa menyesal dengan kelantangannya sebelum ini.
Intan hanya berdiam diri. Tidak tahu apa lagi yang mahu diperkatakannya.
“I don’t know that you have skills in martial art,” ujar Aidil ikhlas. Namun dari respon Intan dia tahu yang gadis itu masih menilai kata-katanya sama ada pujian atau ejekan seperti selalu. memahami perasaan intan saat itu, aidil menambah, “it’s a compliment my dear.”
“saya tak fahamlah awak ni Aidil. apa awak nak sebenarnya? sekejap awak marah saya, kutuk saya. Masa lain pula awak baik-baik pula dengan saya. Sekarang ni awak puji saya pula? kenapa?” luah Intan setelah lama berdiam diri.
“nothing. Cuma aku kagum. Tak sangka gadis kampung macam kau ni, duduk rumah pakai kain batik, 24 jam pakai tudung, tapi pandai silat!”
Intan membulatkan matanya memandang Aidil. Dalam pujian lelaki itu terkandung juga unsur-unsur ejekan untuknya. Apa salah dia? apa salah dia tinggal di kampung? Apa salah dia di mata lelaki itu? apa salah dia andai dia memakai kain batik dan bertudung, selagi dia menutup aurat, apa salahnya? mata Intan bergenang. Segera dilarikan wajahnya. dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya di depan AIdil. aidil tidak akan faham. Dia anak orang kaya yang tak pernah hidup susah.
Aidil bukan buta. Dia nampak mata gadis itu bergenang. Dia bersalah lagikah? Apa yang dia buat hanyalah menyatakan rasa kagumnya pada gadis itu. Aidil mengeluh lagi.
“eh Intan, Aidil kenapa tak masuk? Intan kenapa basah ni?” soal Pak long. Intan tidak menjawab sebaliknya berlari ke pintu belakang.
“mak long suruh Aidil panggil Intan kat kebun tadi, tapi intan tak ada. jadi Aidil cuba cari dia dekat sungai. Memang intan ada di sungai. Tapi masa aidil sampai Intan dah ada kat tengah sungai. Lepas itu ada seorang lelaki macam tengah kacau dia aje. Daud kot namanya,” jelas Aidil sambil memanjat tangga rumah itu.
“oh, daud tu memang suka kacau Intan. tapi Pak cik tak risau lah sangat. Intan tu pandai bersilat. Kalau setakat orang macam Daud tu Insyaallah selamat intan tu” jawab encik Shukri, memuji anaknya.
“mana dia belajar pakcik?”
“kalau kamu nak tahu, adik pak long ni guru silat dulu. budak Daud tu pun belajar sama, tapi sekerat jalan.” sampuk haji Shukri. Aidil terangguk-angguk.
Aidil sempat menjeling Intan yang kebasahan saat gadis itu berlari memasuki biliknya. Sekali lagi dia perasan gadis itu mengesat matanya. Menangis tapi tak nak tunjuk! Tough little kampung girl. Bisik hati Aidil, semakin mengagumi gadis itu.
Selepas menukar pakaian, Intan keluar dari biliknya lalu menyalami Encik Shukri kemudian berlalu ke dapur. Encik Syafik memandang anaknya. Terpancar riak sedih di wajah bujur milik Intan. dia tertanya-tanya kenapa.
Mata Aidil mengekori tubuh Intan yang melangkah ke dapur. Lama matanya memandang ke arah itu, cuba mencerna apa yang sedang menjadi rahsia hatinya. Sedar-sedar sahaja ada dua pasang mata lain sedang merenungnya penuh makna.
“TERIMA kasih Aidil, Sophia tolong jaga anak pak cik,” Ujar encik Shukri ketika menghantar Aidil dan Sophia. Intan hanya memandang dari atas tangga. kalau ikutkan hati, dia ingin memerap di dalam bilik sahaja. tetapi mengingatkan yang Sophia ada bersama, dia keluar juga menghantar mereka.
“intan, marilah turun sini. Yang duduk dekat tangga tu kenapa?” soal mak long. Semua mata tertumpu kepada Intan. tanpa dapat mengelak, dia menuruni tangga lalu berdiri di sebelah Mak Longnya. “sedih sebab dia dah nak balik ke?” usik Hajjah Zabedah berbisik ke telinga Intan. intan pantas menggelengkan kepala.
Sophia memeluk Intan. dia tahu gadis itu menangis tadi. “Sabar ya Inn,” pujuk Sophia perlahan.
“Inn tak ada apa-apalah kak. Terima kasih sebab temankan intan. sampaikan salam dan ucapkan terima kasih pada Aidil juga bagi pihak Inn ye kak,” balas Intan. lama mereka berpelukan.
Aidil hanya memandang intan dan Sophia berpelukan. Dari tadi dia memandang Intan mengharapkan gadis itu turut memandangnya namun hampa. Mungkin dia masih marah, fikir Aidil.
“Sophia jom,” Aidill bersuara. “ kami balik dulu, pak cik, pak long, mak long, Intan.” nama Intan di sebut perlahan tetapi dia tahu gadis itu mendengarnya.
Intan hanya mengangguk tetapi wajahnya langsung tidak sudi memandang lelaki itu. apabila kereta Aidil sudahpun hilang dari pandangan, barulah dia tersedar yang dia telah terlepas peluang untuk menatap wajah lelaki itu buat kali terakhir sebelum semester akan datang bermula semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.
~love chemistry~
.giRLs DrEaM TEaM.
Categories
2012
activities
aidilfitri
appreciation
artworks
award
bed time stories
beverages
birthdays
bizbis
blog review
bloglist segment
bola
bola sepak
broga hill
bruno mars
bukit tabur
chemistry
cikgu
cinta
contact lens
contest
convocation
css code
d' typical love stories
dara.com
dari hati..
dessert
dialog
doodle
durian crepe
euthanasia
family
fav song
fidyah
food
friendship
funny
giveaway
good night sayang
good night sayang 2
gunung datuk
harimau malaya
harry porter
hiking
holidays
ice cream
ilmiah
info
interlok
isu
jogging_the lovey dovey story
jokes
k0mpang
kelapa muda vs dia
kerana bunga
konvo
kunang-kunang
lalalala~~
loghat kedah
love
m0vies
math
migrain
motivasi
my thought
n0vEL
nuffnang
photos
promo
puasa
rahsia anggota wuduk
resdung
review
sambest
secholion_flashback
sembelit
semut emas
seposen_flashback
series
sggs
spike aku masih kencang ok
sunnah
tag
tanda soal
tanjung dawai
tart
tips
v0llEybaLL
video
vote
wedding
yoga
.wishlist.
...bahagia sampai ke syurga...
1 bunga-bunga cOmeL:
smbg cpt2...hahaha
Post a Comment