Chap 4
Aku mencatatkan kem terbaru dalam kalendar besar di
whiteboard dalam bilikku. Nampaknya cuti sekolah hujung tahun nanti, tak menang
tangan. boleh dikatakan setiap minggu ada program. Itu belum lagi beberapa
program yang di tangguhkan dahulu kerana jadual yang begitu padat.
Hmm.. bulan disember! Sekarang bulan februari. Nanti, puasa,
raya, lepas tu kahwin! Argh! Bertenang... tarik nafas. Pagi-pagi macam ni mana
nak cari air kelapa? Kedai pun tak buka lagi.
Pandanganku jatuh pada ibu jari kaki kanan. Kalaulah parang
itu betul-betul mendarat pada kakiku, memang sampai bila-bila aku takkan
maafkan Riyat!
“MACAM-mana keadaan Kiki nek?” aku terdengar suara cemas Riyat
bertanya. Walaupun aku telah sedar, tapi sengaja aku buat-buat pengsan lagi.
risau juga kau ya?
“tak payah risaulah! Bukan putus pun jari Kiki tu. luka
sikit sahaja. Nasib-baik lagi. Kalau jatuh betul-betul atas kakinya macam
mana?” nenek menyoal Riyat.
Dalam hati aku dah ketawa terbahak-bahak. Marah dia nek!
Marah lagi! Terlupa pada kakiku yang sakit.
“habis yang dia sampai pengsan tadi kenapa?”
Alamak... janganlah nek!
NASIB baik masa tu, otak aku tiba-tiba berfungsi dengan
cergas. Sebelum nenek sempat buka mulut dan menceritakan kelemahan aku yang
satu itu, aku buat-buat terjaga dari pengsan. Nenek pun apa lagi, dia melurulah
ke arah cucu kesayangan dia ni.
Fuh, selamat!
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk.
“Cik Kiki, ini semua laporan program bulan lepas,” Emilia
masuk sambil membawa beberapa fail yang perlu aku semak. Bertimbunlah kerja
lagi nampaknya.
“Encik Ruzaidi ada dekat bilik tak Emilia?” soalku
bertanyakan share partnerku itu.
“dia keluar jumpa client cik,” balas Emilia.
Aku mengangguk-angguk. Terlupa pula hari ni Ruzaidi keluar
berjumpa dengan pengetua Rumah Kebajikan Bukit Cahaya.
“macam mana dengan temuduga nak cari PA dia? dah dapat ke?”
“belum lagi Cik Kiki. Dia sibuk sikit minggu ini.”
“kalau macam tu, nanti bila dia dah balik sini, awak beritahu saya. Takut
nanti saya tak sedar dia dah balik. ada benda yang saya nak bincangkan dengan
dia.”
Gadis berbaju kurung moden, bertudung biru itu mengangguk
lalu beredar. Tanpa berlengah lagi, aku terus memulakan kerjaku menyemak
laporan-laporan yang baru tiba. Target aku hari ini: siapkan semua!
AKU pulang lewat petang itu. perut sudahpun berbunyi-bunyi
kerana dari tengah hari tadi aku langsung tidak menjamah apa-apa. Hendak makan
tengah hari, perut masih kenyang kerana aku bersarapan berat. Kemudian berchenta pula dengan fail-fail itu
semua sampai terlupa nak makan.
Sekarang: LAPAR!
Ah, air kelapa!
pinjam pak encik... |
Aku berhenti di tepi jalan. Gerai kecil milik Abang Khai
segera aku dekati. Tak dapat makan, minum air kelapa pun jadilah. Kejap lagi
aku berchenta pula dengan mangkuk dan
kuali di dapur.
“berapa biji nak Kiki?” soal Abang Khai bila aku
menghampirinya. Walaupun tangannya ligat membungkus air untuk kanak-kanak yang
sedang menunggu, sempat juga dia menyoalku.
“sebiji jelah bang.”
Aku lihat dia mengangguk.
“eh, lepas tu tambah
satu cup,” sambungku lagi. boleh
minum terus.
5 minit menunggu, aku sudahpun kembali memandu. Serius, muka
abang khai tu hensem macam Legolas. Cuma si Orlando Bloom tu tentu-tentulah
lagi cerah berbanding abang khai. Kenapa dia tak try jadi model ke? pelakon ke?
Pernah juga aku dan Ana bertanya, tapi yang dijawabnya, dia
tak suka jadi artis. Aku dan Ana terus diam. Agak yakin juga jawapan abang khai
tu. tapi, serius! Dia memang hensem. Kalau aku tak tahu dia tu penjual air
kelapa, entah-entah aku dah jatuh hati dengan dia. bukanlah aku nak pandang
rendah pada dia, but yes! Aku
tentulah nak mencari lelaki yang dapat memberi jaminan masa depan.
Tapi pokok pangkalnya, aku hanya jatuh hati pada raut wajah
dia yang hensem tu. cinta tak boleh
dipaksa kan? Kalau dah aku terjatuh cinta dengan dia, tak kisah lah dia penjual
air kelapa sekalipun. Masalahnya... tak!
Hmm... daripada mencuba dengan Riyat, baik aku cuba dengan
dia?
Tapi... nenek bagi masa pada aku 30 hari je. Sekarang dah 7
hari selepas 30 hari. Invalid!
Ahhh.... merepek!
Air kelapa di dalam cup terus aku sedut rakus. Tenanglah
diri...
bersambung....
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment