Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, October 31, 2012

kelapa muda vs dia 9

0 bunga-bunga cOmeL

Chap 9

Riyat menunaikan janjinya pada keesokan harinya. Apabila kereta aku masuk ke perkarangan rumah, aku lihat keretanya sudah dipakir cantik. Nak ambil hatilah tu! dalam diam, aku tersenyum gembira. Aku tak nafikan yang semakin hari, aku semakin sayang padanya. Seolah-olah rasa cinta yang pernah ada untuk dia dulu kembali menyala.

Senyumku mati bila melihat ada satu kekurangan di halaman rumahku itu. aku segera mematikan enjin kereta lalu terus mendapatkan Riyat yang sedang tersenyum lebar di muka pintu.

“mana dia Riyat?”

“mana dia apa?”

“mana pokok kelapa kat situ!!!” bentakku sambil menunjukkan bekas pokok kelapa itu.

“aku upah orang suruh tebang,” jawabnya selamba!

“RIYAT!!!!!”

Saat itu aku rasa macam kena rasuk. Kenapalah dia tak tanya aku dulu. Kenapa??

Aku pantas berlari ke dapur. Peti ais kubuka. Mana ni??

“kau cari air kelapa ke?”

“yess!!!”marahku padanya.

“aku dah buang kiki,” balasnya.

Aku memandangnya tajam.

“apa masalah kau ni? pokok tu tak buat salah dengan kau pun?yang kau tebang kenapa? Air kelapa aku dalam peti ais ni, yang kau buang kenapa? Dia ada kacau kau ke Riyat!!!!” aku menjerit-jerit dihadapannya. Sungguh, aku benar-benar marah saat itu.

“pokok tu nampak tak sesuai kat halaman rumah kita sayang. Lagipun, situ kan sempit. Nanti kalau akar dia makin besar, simen akan pecah. Air kelapa tu dah berapa hari dalam peti ais tu, takkan kau nak minum lagi?”

“kau tak faham RIyat! Kau tak pernah faham. Kau rasa kenapa pokok tu ada kat situ? kau rasa kenapa dalam peti ais ni ada air kelapa? Kau tahu tak, hah??? Air kelapa tu yang buat aku tenang masa kau tinggalkan aku dulu! Air kelapa tu yang buat aku tenang bila aku stress.

Aku benci kau RIyat!! Aku benci kau! That’s my comfort food and my favourite drink!! How dare you!!! ” aku dah menangis-nangis di dapur itu.

Riyat menghampiri aku, “air kelapa tu hanya sekadar air. Bukan air kelapa yang buat kau tenang,sayang. Allah yang buat hati kau tenang. Air kelapa tu hanya kau yang percaya ia macam tu...”

“Nanti kalau Legolas tak buka gerai dia, mana aku nak dapat air kelapa malam-malam,” nada suaraku semakin mengendur. Teresak-esak aku bersandar di peti sejuk itu. air kelapa je pun!

“aku kan ada...” balasnya. sempat jua aku lihat senyuman manis yang terukir di bibirnya. Dia duduk bertinggung di hadapanku.

“kau nak buat apa? Bukannya aku boleh minum kau pun!!” marahku padanya dengan jawapan yang diberikan.

Riyat nak pergi cari air kelapa kat gerai tepi jalan? It is not so him!!!

“aku boleh buat ni..”balasnya lalu memeluku erat. Dengan mata yang masih kabur dek air mata, aku pandang wajahnya.

does this comfort you, sayang?” bisiknya ke telingaku. Pelukannya dieratkan.

Sungguh, aku tak pernah rasa setenang ini! memang benar sangat!hawa dijadikan dari tulang rusuk nabi Adam di bawah lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk disayangi. Itulah yang aku rasakan sekarang.

Pelukan dari seorang lelaki yang tak pernah sempat aku merasainya. Ayah pergi menghadap yang Maha Esa ketika aku masih belum pandai mengabadikan sebarang kenangan. Setidak-tidaknya sekarang aku ada Riyat untuk melindungiku.

Dan benarlah katanya. Bukan air kelapa yang buat aku tenang tapi Allah. Allah yang datangkan ketenangan ini melalui pelukan luhur seorang suami kepada isterinya.

Cukuplah kedinginan yang aku ciptakan selama ini kerana sekarang aku tak perlukan kelapa muda lagi! aku hanya mahukan Riyat!

“kirana, kaki aku dah kebas ni...” katanya lalu ketawa.

Cis, tak ikhlas langsung! Terus hilang semua rasa-rasa indah yang bertandang tadi. Aku menolaknya lalu bangun dari situ.

“eleh, kau juga yang peluk aku balik tadi kan?” ejeknya.

“diamlah! Aku nak mandi dulu, nanti aku nak keluar beli air kelapa kat simpang tu,” kataku sekaligus meminta izin daripadanya.

“laa.. tadi tak cukup ke? kau nak aku peluk kau lagi ye?” soalnya sambil tersenyum nakal lalu menghampiriku.

“Aipp!!” aku melarangnya. Tiba-tiba terasa pipi ni panas semacam. Aku dengar dia ketawa kuat. Seronok benar menyakat aku nampaknya.

“tu... nampak tu! ada 5 biji kelapa muda aku savekan untuk isteri aku yang tercinta ni. minumlah kau sampai kembung. Aku minta maaf sebab tebang pokok tu tanpa pengetahuan kau. Aku cuma geram sebab, sikit-sikit kelapa. Sikit-sikit kelapa. Kelapa tu, kelapa je pun!”

“takkan dengan buah kelapa tak boleh bercakap tu pun kau cemburu?” soalku padanya.

“habis, kau sanggup menangis-nangis, mengadu kat pokok tu hari tu kenapa? Sedangkan aku yang boleh bercakap ni, siap bertanya kau okay ke tak, kau tak layan pun aku. Aku suami kau tau. Sedih aku bila tengok bini aku bercakap dengan pokok macam tu tengah-tengah malam.”

Aku ketawa. aku ingat bila dah tengah malam, dah tak ada orang nampak. Dia nampak rupanya! Memang aku pergi bertapa kat situ. masa tu aku stress sangat sebab first day duduk dalam rumah ni dengan Riyat. Rasa macam semua serba tak kena.Ana pun tak ada untuk bercerita. Mula-mula aku ingat nak ambil air kelapa aje. Tapi bila je sampai kat pokok tu, kelapa yang ada, hanya yang tua! Apa lagi, menitik-nitiklah air mata aku.

“yelah, lepas ni kalau aku sedih aku ceritakan kat kau! Puas hati?”

“good girl! so kita dah berdamailah ni?”

“well...hmmm.. It does comfort me just now,” jawabku perlahan. Aku lihat dia tersenyum lagi lalu dahiku dikucup lembut.

“aku akan sentiasa cintakan kau Kirana. Dari dulu,sekarang dan sampai ke syurga..”

“Riyat...”

“ya...”

“hmmm... tak apalah. Nantilah....”

bersambung...

Tuesday, October 30, 2012

kelapa muda vs dia 8

0 bunga-bunga cOmeL

Chap 8

“tak nak salam aku ke?” tanya Riyat sebelum dia memasuki kereta. ada senyuman  di wajahnya.

Aku mendengus, namun tangannya tetap aku sambut. Aku isteri dia sekarang, isteri!

“macam tulah. Ni yang aku makin sayang pada kau Kiki,” katanya sebelum mengucup lembut dahiku.

Aku tergamam. Ada satu perasaan indah yang aku rasakan saat itu.

“bye sayang. Jumpa petang nanti,” katanya lagi lalu mengucap salam dan keretanya berlalu pergi.

Lama aku berdiri di muka pintu sehinggalah aku benar-benar kembali berpijak di alam nyata.

Ya, akhirnya aku selamat diijabkabulkan bersama Mohd Shakir Hazriyat. Bukan main meleret lagi senyum nenek bila melihat aku naik pelamin bersama lelaki pilihannya. Pelik juga aku. Sebulan lepas, keadaan nenek teruk benar. Siap duduk hospital seminggu sebab darah tinggi dia datang balik. masa sakit-sakit tulah nenek buat permintaan.

Permintaan apa?

Hmmm.. inilah permintaannya: perkahwinan aku dan Riyat mesti dipercepatkan.

Hai... demi nenekku yang menjagaku sejak aku masih kecil, aku rela buat apa sahaja selagi tidak melanggar larangan agama. Nenek hanya suruh aku berkahwin, bukan suruh aku jadi GRO ke, edar dadah ke? apalah salahnya aku turutkan. Semoga adalah keberkatan daripada Allah bila berkahwin dengan restu orang tua ni.

Kini, aku tinggal berdua bersama Riyat di rumah yang sebelum ini dihuni oleh aku dan Ana. Kesian Ana, kena pula pindah rumah. Mujurlah memang itulah rancangannya dari dulu lagi. bila aku dah ada peneman, dia akan cari rumah sendiri.

Sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan lagi kenapa Riyat beria sangat nak kahwin dengan aku? Pernah sekali aku bertanya, tapi dia hanya tersenyum. Tak juga aku dapat jawapannya.


PETANG itu aku pulang ke rumah lebih awal dari dulu. Maklumlah sejak kahwin ni, aku dah tak balik kerja lambat. Walaupun hubungan aku dan RIyat masih dingin namun aku tetap mengingatkan diri tentang kewajipanku sebagai isteri.

Sampai sahaja ke rumah, aku segera mandi dan menunaikan solat asar. Kemudian, aku ke dapur untuk memasak makan malam. entah kenapa, hari ini aku lebih semangat daripada hari-hari sebelumnya. Mungkin sebab kucupan Riyat pagi tadi kot! Aku ketawa sendiri di dapur.

Lebih sejam kemudian, semuanya sudah terhidang di meja. Ikan goreng, sambal udang galah dan sayur kalian. Cukuplah tu. bukannya nak makan 10 orang. hanya kami berdua sahaja.

Setelah berpuas hati, aku masuk ke bilik untuk tunaikan solat maghrib. Daripada mahgrib, bawa ke isyak, Riyat masih belum pulang. Biasanya dia tidak pulang lambat begini. Setidak-tidaknya pukul 7.30 dia pasti sampai ke rumah.

Aku menunggunya di ruang tamu.  Perut aku dah berkeroncong ni. mana kau Riyat??

Telefon di atas meja, aku jeling. Bukannya reti nak telefon!!! Marahku, entah pada siapa. Bukannya Riyat dengar pun.

Aku nak telefon dia?? tak mungkin... tak mungkin...


“Assalamualaikum...” akhirnya suara salam itu menghilangkan semua resah yang bertandang tadi. Siapa kata aku tak risaukan Riyat? Dia suami aku, tentulah aku risaukan dia!

“waalaikumussalam..” aku menjawab dengan nada yang aku sendiri tak tahu nak gambarkan bagaimana. Marah? Merajuk? Geram?

“eh, lain macam aje bunyi tu?” katanya lalu menutup pintu rumah.

“dah makan ke belum?” soalku padanya.

“dah. kenapa? kau tak masak kan? tak apa. aku makan dengan Eddy tadi kat riang-riang!”

Wah, siap mention lagi makan dekat mana! Aku yang duduk kat rumah ni, berlapar tunggu dia. menyesalnya! Penat aku masak. Tiba-tiba rasa touching semacam ni. aduh!

“eh, kau masak ke? Kau dah makan ke belum ni kiki?”soalnya bila melalui meja makan.

“aku dah makan!” jawabku pantas, lalu bangun mahu meninggalkan dia sebelum aku menangis di depannya.

Dia pantas menarik tanganku, “kau belum makan kan?”

“lepaslah Riyat! Aku dah makan. aku nak masuk bilik. Kau kan rimas kalau tengok aku!” balasku sedih. Entah kenapa tiba-tiba aku mengungkit kisah lama.

“itu dulu... bukan sekarang. bukan setelah kau menjadi isteri aku Kirana. Duduklah. Kita makan sama-sama. Tadi aku makan sate. Sekarang, aku nak makan nasi. Tambah-tambah isteri aku yang cute ni masak. Mestilah aku nak makan,” pujuknya lalu mencuit hidungku. Aku lihat dia tersenyum.

Boleh tak, aku rasa... aku dah termakan dengan pujukannya???? Tapi mestilah aku nak jual mahal kan?

“kau makanlah sorang-sorang.”

“Kirana... please...”

Bila melihat matanya yang bercahaya tu, tak sampai hati pula aku. Tambahan pula dengan aksi dia yang sedang menadah pinggan. Hai, anak siapalah ni?


“BURPP....”

Dia sendawa kuat. “Alhamdulillah.”

“selekeh!”

“nak buat macam mana. Sedap dan kenyang sangat. Kalau selalu macam ni, buncitlah aku jawabnya!”

“buncit sebab tak jaga makan. tengah malam keluar lagi pergi cari makan.  burger pula tu! lepas tu, balik rumah terus tidur. Mahunya tak gemuk!”

“baik cik puan... lain-kali aku balik awal, kita makan sama-sama okay?” balasnya lalu tersengih.

“betul ke sedap aku masak?” soalku lalu ketawa.

aku lihat dia mengangguk.

“weh, kau jangan tipu aku sebab nak ambil hati. Kalau tak sedap, beritahu aku. lain kali, aku boleh adjust. Dulu, aku dengan Ana. Sekarang, aku dengan kau. Taste kita tak semestinya sama.”

“okay. Tapi untuk hari ini, aku rasa sedap je. Betul, aku tak tipu. Sesuailah dengan tekak aku,” balasannya kedengaran ikhlas.

“bagus!” aku ketawa lagi. “aku dah penat masak, kau cuci pinggan ye?”

“tak boleh. Kaulah cuci pinggan!”

“aku dah masak...”

“kiki....!” suaranya tegas.

“yelah tuan besar. Kau pergilah rehat. Biar aku yang settlekan semua ni,” balasku beralah.

Dia kemudiannya ketawa., “kau ni comel jugak bila merajuk!”

“huh!”

“aku gurau jelah sayang. Jom, aku tolong kau. Boleh?”


bersambung

Monday, October 29, 2012

...Qurban 2012...

0 bunga-bunga cOmeL

assalamualaikum...

akhirnya mak n abah teraksa melepaskan aku dan encik K mengembara ke PEnang..hehehe

aku tahu mak risau sangt, tapi aku terpaksa bawak...

disebabkan ada qurban kat skolah, so kenalah balik awal.

9 lebih dah gerak dr rumah, benti beli T&G bridge, n gamble je ikut gps...

alhamdulillah selamat sampai..

-corat-coret di hari qurban-










p/s: aku bukan tak buat keje tp bila time ku buat keje, gmbar aku xde.hee..

sket pun xrasa dging nih actually..





penangan!

0 bunga-bunga cOmeL

"When the world pushes you to your knees- You are in the Perfect posission to Pray "

----------


makan pun xlalu

tidur pun x lena

mandi pun x basah

adam dan hawa pun aku tak layan

hmm..

sume gara-gara PBS

Saturday, October 27, 2012

pagi yang indah..

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum....

selamat hari raya aidiladha untuk semua yang beragama islam tak kiralah di mana jua anda berada...

cewah..

pagi yang indah...

as long as NOT in school..

haha...

plan hari ni nak beraya dan bereunion di rumah seorg sahabat.

tp sebelum tu, 

terpaksala menyetelkan pbs ni..

(nak muntah darah dah wei. pasni jgn ada sape2 mention pbs depan aku kalau xmo kena lempang)

hmmm...

-give it a try my friend-

i did 
but
 maybe it is just a wroooong time...
dan yang paling penting aku tak pernah sekental ni kot..

haish la...
lawak guling2....
emo...
rsa nk lempang diri sendiri pun ada..hahahaha

bravo to me!

it's done.
i'm done..
no more...


Tuesday, October 23, 2012

pbs...pbs

0 bunga-bunga cOmeL

bangun tidur

-PBS-

p skolah

-PBS-

tgh hari

-PBS-

petang

-masih PBS-

malam
-PBS lagi-

skrg dah unavailable.. so aku malas dah nk key in. tak mesra pengguna.huuu~

and untuk pengetahuan korang yang tak tau, PBS adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang mula dijalankan tahun ini untuk pelajar tingkatan 1 yang mana PMR mereka nanti dah tiada.

key in di sistem tamat pada november, tp skolah aku due hari ni..

-tak menang tangan-

p/s: sbb tu lah fb aku bersepah-sepah dengan status PBS.
sekian harap maklum..

oh. Selamat hari raya aidiladha... esok cuti! yeay!

Sunday, October 21, 2012

lalala~

0 bunga-bunga cOmeL

-mode senyum sampai ke telinga..-

and
tak sabar nk balik rumah!

-bukit tabur east, 2011-

Thursday, October 18, 2012

kelapa muda vs dia 7

0 bunga-bunga cOmeL


Chap 7

Biskut kering bersama air teh o panas di atas meja, aku pandang lama. Air itu masih lagi berasap nipis.

Hai.... biskut kering pun biskut keringlah! Dah itu sahaja yang ada.

Minggu lepas, bukan main lagi aku mengutuk Si Ana bila dia bawa balik sebungkus biskut kering Hup Seng! Punyalah banyak makanan yang dia boleh beli kat pasaraya tu, biskut kering saja yang dibelinya.

Kata Ana, biskut ini untuk kecemasan. sebab mana tahu tiba-tiba satu hari, stok makanan kami habis dan masing-masing terlupa nak beli. Kalau lapar tengah malam macam-mana?

Betul juga! Macam sekarang. bila benda lain dah tak ada, biskut kering pun jadilah...

Fikiranku sempat lagi mengimbau kembali kejadian dalam feri semasa pulang dari Pulau Redang dua minggu lepas.


“KALAU kau berani, aku cabar kau kahwin dengan aku!!” jerit Riyat ketika kami sama-sama menikmati pandangan dari atas feri. bukan sama-sama sebenarnya. Dia yang mengekoriku selepas aku bangun meninggalkan tempat dudukku.

amboi...amboii... dia main cabar-cabar pulak! 

Aku memandang kiri dan kanan, mengharapkan agar tiada sesiapapun yang mendengarnya saat itu. memang benar, masing-masing sibuk bergambar dan berborak antara satu sama lain. semua yang bercakap pun menggunakan suara yang kuat kerana perlu melawan bunyi feri yang sangat kuat.

“agaknya, kau ni dah gila kot!”

Dia ingat kahwin ni benda boleh buat main ke? 

“aku serius Kirana,” balasnya. Matanya memandangku tepat. Untuk beberapa saat, aku melawan pandang dengannya kemudian aku meninggalkan dia untuk kembali ke tempat duduk kami. Nanti siapa yang nak jawab kalau tiba-tiba aku terjun dari feri ni?

Mujur tempat aku memang di tepi sekali dan bahagian belakang. Jadi bila aku rasa nak muntah tengok si Riyat, aku boleh pandang ke laut sambil melayan perasaan.

Hmm.. mana pula aku letak asam ni? aku menunduk mencari asam di dalam beg yang diletakkan di bawah.

“argh!” jerit Riyat bila mukanya terkena siku aku ketika aku bangun.

Fuh....kuss semangat!

Bila si riyat ni datang duduk sebelah aku??? Terkejut aku dibuatnya. Tadi tak nampak macam dia nak kejar aku pun.

“aku serius, Kirana!” katanya.

Ya, aku tahu! pertama, wajah seriusnya itu. kedua, sebab dia menyebut nama betulku. Ketiga, dia dah ulang 2 kali! Takkan dia nak main-mainkan?

“kenapa kau nak cabar aku kahwin dengan kau? Sedangkan kau pun tahu, aku takkan bantah cakap nenek! Apa motif cabaran kau tu Riyat? Kalau aku ni tak berdikari macam kau mahu, aku jadi jandalah?” soalku sinis.

“kau memang tak bantah cakap nenek, tapi aku tahu kau cuba lengahkan permintaan nenek kan?”

“kenapa kau nak kahwin dengan aku, Riyat? Aku ni dah memenuhi kriteria perempuan yang kau nak ke, hah?”

Dulu, dia yang beria tinggalkan aku. Aku manja sangatlah, tidak berdikari, dan terlalu bergantung pada dia! Bengang betullah aku dengan si Riyat ni tau. Dahlah comfort food aku ni mana ada kat tengah-tengah laut macam sekarang!

“usia mematangkan kita semua kiki. Masa dulu, kau dan aku masih muda.”

Itu jawapan dari dia.

“kau ingat perkahwinan ni satu eksperimen ke? aku mahukan perkahwinan yang berkekalan Riyat. Bukan separuh jalan.”

“percayalah cakap aku Kiki. Aku pun mahukan perkara yang sama. Aku cintakan kau Kiki.”


“MAKKKKK!!”

Aku mengurut dada. Terkejut beruk aku bila tiba-tiba ada saja Ana sedang duduk bertinggung mengadap aku  ketika aku mahu mencapai biskut.dahlah dengan bedak sejuk penuh di muka. Ya allah, lama-lama boleh tertanggal jantung aku kalau terkejut macam ni selalu!

“kau yang termenung jauh sangat. Aku datang sini pun kau tak sedar,” kata Ana.

“banyaklah kau! Cubalah panggil nama aku ke, bagi salam ke. ini tak, duduk kat bawah tu sambil merenung aku. Mahunya aku tak menjerit! Hantu tepung gomak manalah yang dok tenung aku!” marahku pada Ana.

Dia tersengih.

“kau bancuh air apa ni? nak sikit!” dia terus meneguk air teh o aku.

“eh, biskut cap hup seng ni pun ada!” sambungnya lagi sambil mencapai sekeping biskut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

“dah biskut tu je yang ada...”

“aku tahu!” balasnya lalu ketawa.

“hoi, dah malam-malam ni. jangan mengilai boleh tak?”

“ala...”

“dahlah, kau duduk situ, makan sorang-sorang. Aku nak naik tidur. Nampak muka kau terus rasa mengantuk. Nanti jangan lupa basuh mug tu!” kataku sebelum mengangkat punggung dan berlalu dari situ.

“Ana... sekarang pukul 2.55. jangan lupa paranormal activity pukul 3pagi!” jeritku sebelum menutup pintu bilik.

“KIKI!!!!!”

Aku ketawa dalam bilik. Seronok menyakat Ana yang agak penakut tu!

bersambung....

Wednesday, October 17, 2012

bola oh bola...

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

hehe..akhirnya setelah lebih setengah tahun dpt juga main vb!!!

sakit kot tgn. pedih pelik. xtau sbb bola tu atau sbb dah lama tak main (tapi bola tu mmg x bape nak best pun).. kalau macm nilah, xlama lagi ada bola guli la dlm bilik aku.. nak blik cri la weekend ni!hahaha

semangat!!

always...hahaha..

yup.. ada bola sendiri  dan team sendiri mmg impian aku dr dlu! hehehe

harap2 dah menetap kat sni, adalah geng nk lepaking macam dlu.. dpt yg men vb, lagi chanteq....

hehe

p/s: sy akan menyahut cabaran encik rp. harap2 on...
sedang berusaha kot..

kelapa muda vs dia 6

0 bunga-bunga cOmeL

CHAP 6

Aku memandang jauh ke tengah laut. Tak pasal-pasal dengan aku sekali terdampar kat sini. Nak eratkan sillaturrahimlah konon. Erat apanya, aku ditinggalkan terkontang-kanting kat sini, sedangkan dia enjoy dengan kawan-kawan dia. macam manalah nenek boleh benarkan aku ikut si Riyat ni datang bercuti dengan kawan-kawan dia.

masalahnya, kawan-kawannya semua datang berpasangan dan yang paling peting SUDAH BERKAHWIN! Aku dengan dia ni? dah tu bukan senang nak buat kawan. Yang isteri-isteri semua nak berkepit dengan suami. Habis, aku ni?  takkan nak berkepit dengan Riyat? hish... tak berkenan betul aku!

Eh, kenapa aku rasa macam kaki dah tak jejak pasir ni?

Dan saat itu barulah aku sedar! Aku dah kat tengah laut! Mulalah cemas tak tentu pasal. Nenek, tolong!!

Air laut dah tak tahu berapa gelen aku telan.  Sedar-sedar aje, aku rasa macam ada tangan yang sedang memaut aku. Riyat! Dalam kekalutan itu, sempat juga aku menepis-nepis  tubuh Riyat. Tidak sudi disentuhnya. Tahu-tahu aje, aku rasa pedih kat pipi dan kemudian semuanya jadi kelam.


“KIKI bangun kiki. Jangan takutkan aku macam ni!”


Suara itu kedengaran lagi. aku kat mana ni? kenapa gelap sahaja? Aku dah mati lemas ke?

“kirana, jangan buat macam ni kat aku...”

Terasa macam pipiku ditampar-tampar. Nak marah, suaraku tak terkeluar. tiba-tiba ada satu rasa membuak-buak di dalam dada aku.

Uhuk...uhuk!!!

Bila aku buka mata, Riyat sedang berada ditepi aku. Begitu dekat dengan wajahku.  

Dia nak buat CPR ke ni? tanpa menunggu lama, aku terus menolak tubuhnya sekuat hati!

Aku muntah lagi, mengeluarkan air laut yang banyak tertelan tadi. Orang-orang yang mengerumuni aku sudah mula beredar.

“kenapa dengan kau ni hah?” Riyat memarahi aku bila hanya tinggal kami berdua sahaja di situ. dia terduduk keletihan di sebelahku. Wajahnya garang. Ini pertama kali aku takut mahu melawan pandang dengannya.

“kalau kau mati lemas, aku nak jawab apa pada nenek? Kau ingat, aku nak sangat kau ada kat sini?”

Aku diam lagi. tidak terlintas di hatiku mahu bergaduh dengannya kerana aku tahu, ia memang salah aku.

“Kiki! Aku tanya ni! kau ni memang degil kan? dah tahu tak reti berenang, yang pergi sampai ke tengah laut tu kenapa? Suka sangat menyusahkan orang!Mak bapak kau tak ajar ke!”

“RIYAT!!”

Saat itu, mataku sudah bergenang. Riyat terus diam membisu, mungkin sudah menyedari yang dia telah terlepas cakap.

  “aku nak ingatkan kau kalau kau dah lupa: mak bapak aku dah mati masa aku belum sempat kenal ABC lagi! kau boleh kutuk aku apa sahaja selain mereka!” jelasku tegas. Bergetar suaraku menahan marah.

Bila merasakan yang aku sudah mampu berdiri sendiri, tanpa menunggu lama aku terus meninggalkan RIyat. Aku berlari pulang ke chalet. Beg pakaian, aku kemas segera. Tidak guna lagi aku berada di sini, apatah lagi dia sendiri tidak mahu aku ada.

Air mata yang mengalir laju, aku biarkan sahaja.

“Kiki, bukak pintu ni!” aku terdengar jeritan RIyat dari balik pintu. Pintu itu aku pandang sekilas sebelum kembali meneruskan kerjaku. Air mata, aku kesat kasar. dekat mana tisu entah! Masa-masa ni jugalah dia nak main aci sembunyi dengan aku.

“Kiki, aku minta maaf!”

Ungkapan itu membuatkan tanganku berhenti berkemas. Ungkapan maaf pertama dari Riyat selama kami kenal!

“kau nak ke mana kiki?” soal Riyat kalut bila aku membuka pintu bersama beg pakaian yang sudah siap dikemas.

“aku nak balik!” itu jawapan aku. Memang aku nak balik pun. pertama, pulang ke rumah nenek kerana keretaku ada di sana. Kedua, terus balik KL selepas itu!

“kita balik sama-sama.”

“tak payah. Aku balik sendiri. Kau tak payah risau pasal aku. Aku tak nak menyusahkan kau, aku tak nak juga berada kat sini.”

“Kiki, please...”

“NO! Aku memang tak tahu berenang. Tapi aku rasa black belt aku akan berguna kalau orang kacau aku. So please, excuse me!”

Tangannya yang menghalang laluan aku, aku tepis sekuat hati. Hampir terjatuh dia. lantaklah, aku peduli apa!

Kebetulan shuttle van datang tepat pada waktunya. Aku terus meloloskan diri ke dalam van itu.

“kejap ye cik, ada olang suruh saya tunggu!”

Aduh, apa lagi apek ni! tunggu orang pula. buatnya si Riyat tu datang tarik aku, macam mana?

Seperti yang aku sangka-sangka wajah Riyat menjengah di cermin tingkap van itu. dia menarik pintu dari luar, aku pula menahannya dari dalam.

“aiya adik manis! Dia pun pelanggan saya. Jangan ini macamlah!” teguran dari apek itu membuatkan tindakanku terhenti.

“aku tak nak turun,” kataku bila Riyat membuka pintu van.

“siapa suruh kau turun. Aku nak naik. Nak ikut kau balik!” jawab Riyat.

“amoi, laki manyak hensem macam dia pujuk sama lu, takkan lu mau marah lagi. kasi canlah!” sampuk apek itu lagi sebelum dia meneruskan perjalanan ke jeti. Kemudian dia tersengih.

Apek ni, tadi bukan main lagi dia bersopan denganku. Siap bercik-cik. Sekarang amoi-lu pula.

“dia datang bulanlah tauke! Sebab tu marah semacam!” balas Riyat lalu ketawa.

Aku menjeling Riyat di sebelahku. Langsung tidak rasa bersalah. Boleh pula dia bergurau-senda dengan apek van ni. entah apa mereka berdua berborak selepas itu, aku sudah tidak ambil pusing. Lantak engkaulah Riyat!

bersambung...
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...